Bab 41

Romance Completed 30326

Bab 41

Dahlia memasuki bilik abangnya. Kata mama, abang tak pergi kerja hari ni. Agaknya apa yang dia buat dalam tu.

Syed Izzul Raziq yang sedang meneliti laporan di mejanya terganggu apabila pintu biliknya dibuka. Dia menoleh. Dahlia…

“Kenapa masuk bilik abang ni?”

“Sengaja! Mama cakap abang tak pergi ofis! Abang sakit ke?”

“Taklah…malas! Lagipun banyak laporan nak kena check! Ada apa?”

“Taklah…saja nak jenguk abang! Manalah tahu sihat tak walafiat kan?” Dahlia dudukdi birai katil tepi dengan meja kerja abangnya.

“Abang…adik nak tanya something boleh?” Syed Izzul Raziq hanya mengangguk.

“Kenapa errkkk tiba-tiba abang nak cepatkan perkahwinan abang dengan kak Zurin?” Syed Izzul Raziq hanya menjongketkan bahu.

“Abang! Takkan jongket bahu je jawapannya? Abang! Mesti ada something wrong between you and her, right?”

“Adik! Jangan nak masuk campur boleh tak?”

“Tak! Bukannya adik nak masuk campur tapi adik just curious…tahu tak nampak macam abang ni terdesak nakkan seorang isteri dalam hidup abang! Don’t you think that?”

“Adik…it’s my please ok. Tak ada kena mengena dengan yang lain pun.”

“Yelah! Tapi…peliklah! I know you abang…abang tak boleh nak sembunyikan perkara ni dari adik! Ke masalah abang ni ada kena mengena dengan the sotong tu?”

“Sapa pulak sotong?”

“Sasha!” Syed Izzul Raziq berhenti meneliti laporannya lalu memandang adiknya dengan pandangan yang sukar dinyatakan. Macam mana adik aku ni boleh tahu?

“Am I right?” Dahlia menjongketkan keningnya.

“I know you very talented in this course. You can read my mind…” nak rahsia apa-apa pun tak boleh dengan adik aku ni! Ada saja yang dia tau!

“See? Abang tak boleh sembunyi apa-apa. Now, tell me. Ada apa sebenarnya?”

Syed Izzul Raziq mengeluh. Dia memandang adiknya sekejap sebelum memandang kembali laporannya. Dahlia menunggu perkataan yang hendak keluar dari mulut abangnya.

FARHAN memandu pulang ke pejabat bersama senyuman lebar yang terbit di bibirnya. Kalau boleh, sampai bila-bila nak senyum! Sekarang ni, aku dan Ikha dah terikat!

Dalam kereta, dia menaip mesej untuk Zurin.

Me: Aku seronok gila weyh!

Tak lama kemudian, mesejnya dibalas.

Zurin: Apa yang bahagianya?

Me: Aku dah bertunang dengan Ikha!

Zurin: What?! Serius kau? Bukan ke kau dengan Ikha…

Me: Itulah kau! Mai sini aku nak cakap. Aku sebenarnya jumpa parents dia senyap-senyap. Alah, macam kau bertunang dengan Raziq tu.

Zurin: Habis tu? Mak ayah dia terima kau?

Me: Of courselah terima!

Zurin: Ok…congrats for both of you. Kiranya Ikha tak tahulah ni?

Me: Nope. Janji jangan bagitahu dia ok?

Zurin: Ok…zip! Patutlah kau tak bagi aku datang ofis awal hari ni! Ini rupanya muslihat kau erkk??? Hahaha…cerdik jugak kau ni!

Me: Well, see who’s the planner? Farhan Hanief ok!

Zurin: Banggalah sorang-sorang! Malas nak layan! Bye!

Farhan menyimpan kembali telefonnya lantas keluar dari keretanya melangkah masuk ke dalam ofisnya.

Sampai di tingkat 20, dia masuk bersama senyuman masih tertera di bibirnya. Amboi! Gayanya macam orang baru keluar dari wad sakit jiwa.

“Amboi bos! Kenapa sengih sampai ke telinga ni?” tegur Fina.

“Tak ada apa-apalah…saya nak senyum salah ke Fina?”

“Taklah…tapi bos nampak lain macam hari ni…”

“Something special happen…”

“Oh…well congrats untuk something special tu sampai bos tersenyum macam ni…”

“Perli?”

“Mana ada!” nafi Fina. Farhan melangkah ke arah meja Zurin. Ikha masih lagi tekun menaip. Dia ni turun lunch ke tak?

“Ikha…”

Ikha mendongak kepalanya. Oh…dah balik rupanya mamat ni. “Kenapa?”

“Dah lunch?”

“Tak…saya minum milo je tadi. Still kenyang!” amboi! Suara macam marah je?

“Marah?”

“Buat apa saya nak marah? Lagipun, inikan arahan bos. Tak baik kan kalau saya lawan?”

“Yelah…tapi takkanlah sampai tak keluar makan?”

“Malaslah…lagipun kesian jugak dekat Zurin. Banyak lagi fail ni!” Ikha menumpu perhatian kepada skrin komputer di hadapannya.

“Memandangkan awak tak makan lagi, apa kata kita keluar makan?” Ikha membelek jam di tangannya.

“It almost 2 o’clock boss. Masih dipanggil lunch hour ke? Bukan masa kerja?”

“Ikha! Awak tak makan lagi…”

“Tak apa! Saya dah biasa!”

“Ikha…”

“Saya dah cakap saya ok kan? Pergilah masuk! Saya nak siapkan semua ni!”

“Ok…” Farhan menuju ke biliknya. Kalau saling melawan, tak ada siapa pun yang menang.

Tak lama kemudian, Zurin masuk ke dalam pejabat. Dia menuju ke mejanya. Ya Allah! Ikha buat kerja aku??? Kemudian, dia teringat tentang Farhan tadi. Jadi, Farhan sengaja bagi Ikha kerja supaya dia boleh jumpa parents Ikha??? Patutlah…

“Eh Zurin? Kau datang?” soal Ikha apabila Zurin tercegat di hadapan meja kerjanya sendiri.

“Memanglah! Tadi aku ada hal sikit sebab tulah aku masuk lambat.”

“Ohhh…”

“Dahlah Ikha. Kesian dekat kau…pergilah balik tempat kau. Yang selebihnya biar aku siapkan.” Ikha hanya akur lalu bangun. Zurin duduk di tempatnya.

“Ikha…thanks sebab tolong aku…”

“No thanks…” Ikha berlalu ke tempat kerjanya.

“Farhan…Farhan…sampai teruk macam ni sekali kau buli Ikha? Kesianlah dekat dia…banyak ni!” Zurin hanya menggeleng lalu menyambung kembali kerja yang dibuat oleh Ikha tadi.

“ABANG biar serius? Takkanlah kak Zurin sanggup melakukan perkara terkutuk tu dengan kawan dia sendiri? Hello, sounds tak logik langsung!” bentak Dahlia. Agak-agaklah nak buat cerita tu!

“Entahlah adik…sekarang ni abang confuse whether cerita tu benar ataupun palsu…lagipun adik mereka berdua tu rapat gila. Macam belangkas tahu tak? Kadang-kadang abang pun syak something jugak. Hari tu dekat hospital, mereka berdua berpelukan dan Zurin tak kata apa-apa pun. See?”

“Abang…look. They know each other since mereka kecil lagi. Sejak sekolah rendah lagi. I know Farhan need her when he need and sis Zurin was there when he need her. Come on. Close friend.”

“Yelah…tapi boleh ke close friend berpelukan sampai macam pasangan kekasih?”

“Abang…you don’t make sense from their situation. Abang pun tahukan yang Farhan tu memang luahkan apa yang terpendam dekat kak Zurin dan hanya kak Zurin sahaja yang tahu problem keluarga dia. So?”

“Abang tahu tapi…”

“Abang! No tapi-tapi ok! This is wrong. You want to get marry with her because you just want to know is she still virgin or not? Abang! Tak masuk akallah abnag!”

“Adik…abang tahu apa yang abang buat dik…”

“Kalau kak Zurin masih berdara macam mana?” soalan KBAT keluar.

Syed Izzul Raziq mengeluh. Kalau dia masih berdara??? Tapi Sasha…

“Tengok! Confirm mesti tengah fikirkan pasal Sasha kan? Stop thinking of that devil woman! Sebab dialah abang clueless macam ni tau!”

“Tapi dia pun kawan rapat Zurin…”

“Kawan rapat Zurin??? Abang! I know everything and perempuan tu sengaja melongkangkan otak abang kasi kotor! Dia tu perempuan licik. Percayalah cakap adik. Dengar sini abang, kalau adik tahu abang macam-macam dengan kak Zurin, adik rendam kepala abang dalam air sabun!” terus Dahlia bangun melangkah keluar. Dengar sangat cakap perempuan bodoh tu! Dasar gila!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience