Bab 6

Romance Completed 30326

Bab 6

“Zurin! Zurin!” jerit Sasha. Dia berlari ke arah Zurin.

“Ada apa?”

“Aku dah couple dengan Farhan!!!”

Lah…Farhan je pun! Dok buat syok apa! Farhan tu nak main-mainkan kau tahu tak?! Bila si mamat tu tinggal kau, melalak, terpekik macam orang gila!

“Jadi?”

Sasha menarik muncung. “Alah kau ni. Takkan tak memahami aku?”

“Aku memang memahami tapi kau tahukan yang Farhan tu playboy? Kenapa kau nakkan dia lagi?”

“Kau jeles ke hah aku dengan Farhan?”

Zurin tersenyum sinis. “Payahlah aku nak jeles! Aku ni kawan dengan dia dah lama! Kalau aku suka dia, aku akan suka dia masa sekolah rendah lagi!”

“Habis tu? Kenapa cara kau macam tak suka aku ni couple dengan dia?” soal Sasha tak puas hati lagi.

“Suka hati kaulah Sasha. You choose the way then you ride. Bila susah jangan mintak tolong!” Zurin segera blah. Malas nak layan. Maisarah hanya mencebik manakala Ikha menahan perasaan.

Sasha hanya mencebik memandang Zurin. Dia kembali memandang gelang pemberian Farhan. Wah! Tak sangka aku dah couple dengan Farhan! Macam dalam mimpi!

“Sabar Ikha. Aku tahu kau ada hati dekat Farhan tapi…”

“Tak apa Mai. Aku faham. Orang macam aku ni siapa yang nak kan?? Aku akan back off. Lagipun buat apa aku suka dekat playboy tu kan?”

“Aku setuju!” Maisarah sokong 100 peratus kalau Ikha dah tak sukakan Farhan. Muka macam penyapu! Ingat hensem sangat ke? Kalau hensem macam Zayn Malik tak apalah jugak!

Ikha menghela nafas berat. Fuh! Mulai sekarang, aku takkan ingatkan Farhan lagi! Cukup! Alah…macam lagu sudah cukup sudah tu!

“ZURIN!” laung Sasha sambil berlari ke arah anak ke arah Zurin. Zurin hanya mengeluh. Apa lagilah yang minah ni bangga hah?!

“Apa lagi?” Zurin mulai bosan dengan perangai Sasha yang sejak kebelakangan ni makin menjadi-jadi galaknya.

“Aku nak kau temankan aku dengan Farhan dating, boleh?”

Erkkk! Maknanya aku jadi mak guard lah ni? Oh no! Tak kuasa aku! “Tak naklah aku! Korang nak dating, korang punya pasallah!”

“Alah Zurin. Lagipun kau kan kawan Farhan?”

Tiba-tiba satu akal Zurin datang. Dia buat-buat senyum. “Ok…aku akan temankan korang tapi dengan satu syarat. Ada Hazra boleh?”

“Ok! Sayang kau! Bye! Petang ni dekat kelas pukul 3.30!”

“Ok!”

Hehehe…aku nak tengok macam mana rasanya bila aku kacau dating mereka! Kihkihkih…siap korang!

Zurin melangkah ke arah Ikha lalu duduk berhadapan dengan Ikha. Dia tersenyum memikirkan rancangannya.

“Kau dah kenapa sengih macam orang gila?” soal Ikha apabila melihat senyuman tak waras Zurin.

“Hesy kau ni! Ada pulak muka aku yang lawa ni kau kata gila? Sebenarnya aku tengah rancang satu plan!” kata Zurin sambil menjongketkan keningnya.

“Plan apa?” soal Maisarah yang baru tiba di kelas bersama Hazra. Nadrah dan Katrina tak datang. Katanya malas! Ceh!

“Aku nak kacau date Farhan dengan Sasha. Ada hati nak buat date? Tengoklah! Aku akan kacau depa! Siap!” Zurin tersenyum ala-ala devil.

“Bapak punya serius weyh? First time couple dah nak date berbagai! Entah lepas ni bergomolan pulak!”

“Haiii!!!” Zurin dan Ikha terjerit mendengar perkataan bergomolan dari mulut Maisarah. Hazra pula menahan gelak.

“Betullah! Minah tu kan songsang! Bila-bila je out! Samalah macam mamat tu!”

“Aku akan pastikan benda tu tak terjadi. Hazra! Teman aku kacau depa buat date!”

“Ok…” Hazra hanya setuju.

Zurin menunggu kehadiran 2 makhluk Allah itu. 5 minit kemudiannya, mereka berdua muncul. Zurin mencebik. Hazra hanya melihat sahaja. Nak termuntah biru pun ada!

Zurin dan Hazra duduk di meja guru. Duduk jauh-jauh dari 2 makhluk itu. Zurin memberi isyarat yang plan nya sudah mahu mula. Hazra yang memahami mengangguk kecil.

“Hazra! Jom menyanyi!!!” sengaja suaranya dilantangkan.

“Jom!”

“Selamat pagi sayangku…apa khabar dirimu! Maafkan andai mengganggu lenamu!” suara Zurin mula kedengaran.

“Andai pernah melukakan, maafkan ku tak sengaja! Harus kau dan aku selalu bicara…kau tahu? Kau satunya, ku mahu kita selamanya!”

Sengaja suara mereka dilantangkan. Nak kacau date Sasha dan Farhan.

“Andai hatimu berubah, pasti coba fahami! Tetap ku melangkah terus berani!” suara Zurin dikuatkan lagi.

Sasha dan Farhan memandang ke arah mereka. Mereka berdua hanya tersenyum melihat Zurin seperti orang tak betul.

“Zurin saja macam tu…dari zaman sekolah rendah tak pernah berubah!” kata Farhan. Mulalah Sasha tak senang duduk.

“Saja pun…macam tulah dalam kelas!” sengaja Sasha ikut join kata-kata Farhan. Dia tak boleh jeles!

“Boleh pandang-pandang! Jangan pegang-pegang! Duduk renggang-renggang! Bertambah sayang!” terus Farhan dan Sasha sentap.

“Ingat mati ingat sakit! Ingatlah saat kau sulit! Ingat-ingat hidup cuma satu kali!” sentap lagi!

Sasha tahu yang Zurin sengaja hendak mengenakan mereka berdua. Dia mengetap bibir. Geram dengan Zurin!

Begitu juga hari-hari yang seterusnya. Zurin menemankan Sasha dengan Farhan buat date sehinggalah satu hari dia mengundur diri setelah melihat apa yang dilakukan oleh Sasha dan Farhan. Dia terus mengajak Hazra pulang. Tak sanggup lagi melihat adegan itu.

Petang itu Zurin duduk di taman sambil ditemani oleh Fikri, adik Farhan. Dia sedang bermain bersama kawan-kawannya. Zurin duduk di buaian. Fikirannya merewang kepada peristiwa di sekolah tadi.

Maknanya…Farhan dah pernah berciuman dengan perempuan lainlah??? Ya Allah…kenapalah Farhan berubah sedrastik ini? Adakah kerana masalah ibu dan bapa dia? Tak mungkin…

“Kak Zurin!” panggil Fikri yang sudah terpacak di hadapannya. Zurin memandang Fikri di hadapannya.

“Kenapa dengan Kak Zurin?”

“Tak ada apa-apalah. Tapikan, akak nak tanya something boleh?”

“Boleh! Apa?”

“Abang bergaduh dengan abah ke?”

Fikri menggeleng. “Tak adalah pulak. Kenapa kak?”

“Tak ada apa-apalah Fikri. Pergilah main…saja je nak tahu.”

“Oh…ok! Bye!” Fikri kembali sambung bermain dengan kawan-kawannya.

Farhan menuju ke taman. Yelah! Adik dia pergi sorang-sorang tadi. Farhee pulak demam! So, akulah yang kena jaga. Selalunya Farhee yang akan jaga dia.

Dari jauh, dia ternampak baying Zurin yang sedang duduk di buaian. Dia menuju ke arah Zurin.

“Barghh!!!”

“Mak!!!” hampir terlentang Zurin dibuatnya. Jebon betullah Farhan ni! Farhan pula sedap mengetawakan Zurin.

“Seronoklah?! Jahatkan?!!” Zurin memandang tajam ke arah Farhan.

“Ok, ok. Sorry! Kau dah kenapa? Aku tengok kau asyik mengelamun je?”

“Tak ada apalah…saja je nak mengelamun!”

“Yelah tu…”

“Hai…!” percakapan Ikha terhenti bila ternampak kelibat Farhan. “Zurin…” terus mood Ikha hilang.

Farhan pula memandang ke arah lain. Kenapa pulak minah ni muncul tiba-tiba? Hesy!

“Tak apalah Zurin! Lain kalilah erkk??”

“Ikha! Tunggu! Jomlah balik sama-sama! Farhan, aku balik dulu. Fikri! Akak balik dulu!” Fikri angkat thumbs up ke arahnya. Mereka berdua segera pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience