Bab 52

Romance Completed 30326

Bab 52

Zurin termenung. Makanan yang dipesan pun tak disentuhnya. Ikha pula melihat Zurin. Kenapa pulak dengan Zurin ni? Ikha meletak sudu dan garfunya. Air dihirup sedikit.

“Zurin…” panggil Ikha. Zurin tersedar dari lamuannya. Dia memandang Ikha.

“Ya?”

“Kau ada masalah ke?” soal Ikha. Dilihatnya Zurin dari tadi hanya termenung.

“Eh. Tak adalah! Mana ada…”

“Kau jangan nak tipu akulah Zurin. Aku kenal kau! Kalau kau ada masalah, kau mesti dia tak makan macam ni. Cubalah kau cakap dekat aku. Sekurang-kurangnya beban kau tu hilang! Tak adalah aku meroyan sorang-sorang…”

“Betul! Tak ada apa-apa. Aku ok je. Kau tak payahlah risau!”

“Zurin! Kau jangan Zurin. Kau pernah ada rekod gangguan mental tau! Kau jangan nak buat hal lagi Zurin. Bukan senang kau nak pulih dari sakit kau tu.”

“Dahlah Ikha. Aku dah boleh handle sekarang ni. You don’t have to worry, dah makan! Kejap lagi kau ada meeting kan?”

Ikha hanya mengeluh. Budak ni memang degillah! Susah betul nak share dengan orang! Kalau yang kita ni, dipaksa sampai boleh! Zurin…Zurin…aku harap mental kau tak terganggu. Aku tak nak kau sakit macam dulu…

Zurin buat-buat makan. Tak nak menyusahkan Ikha disebabkan hal rumah tangannya sahaja. Insha-Allah aku boleh handle tapi, mampukah aku?

Allah tak akan menguji hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya! Allah menguji hambaNya sebab dia sayangkan kita. Bukannya tanda dia membenci kita… kata-kata ustazahnya masa di sekolah dahulu terngiang-ngiang di telinganya. Ya! Allah uji aku sebab dia sayangkan aku! Allah tak pernah bencikan umatnya malah dia Maha Pengampun dan Maha Pengasih.

Zurin memakan fish ‘n’ chip yang dipesannya. Kalau dia tak makan, lagilah Ikha akan tanya macam-macam. Baik aku makan! Terkuncilah mulut dia tu nak bertanya.

Zurin…aku tahu kau cuba sorok dari aku apa yang telah terjadi antara kau dan Raziq tapi aku dah tahu semuanya Zurin. Kau tak boleh nak sorok apa-apa dari aku. Raziq dah ceritakan semuanya dari aku.

Namun dari jauh, ada mata yang memerhati ke arah mereka. Dia hanya tersenyum sinis. Well, well, well…at last kita berjumpa jugak akhirnya Ikha! It’s the time for revenge!

“SASHA! Enough okay! Apa tujuan you sebenarnya datang sini hah?!” kali ini Syed Izzul Raziq tercabar apabila senang-senangnya Sasha memeluknya di hadapan Mr Shuzberg. Memang melampau!

“Alah sayang…takkan lah sekarang dah tak boleh?”

“Sayang?! Sapa sayang you hah?! You jangan ingat you menggedik macam ni, you boleh dapat I!”

Klik! Adegan itu diambil oleh orang upahan Sasha.

“Alah sayang…takkan you dah lupakan I hah? Takkan you senang-senang macam tu je lupakan I sayang?” Sasha memeluk pinggang Syed Izzul Raziq.

“Eiii! I cakap lepas, lepaslah! You nak I penumbuk you, baru you nak faham ke hah?!” anginnya tak dapat lagi dikawal! Syed Izzul Raziq menolak tubuh Sasha dengan kuat menyebabkan Sasha terhumban jatuh ke dalam kolam air pancut. Ramai yang saksikan adegan tersebut.

Padan muka kau! Nak menggedik dengan aku sangat kan?! Syed Izzul Raziq segera melangkah pergi. Tak peduli dengan muka kesian yang ditunjukkan oleh Sasha.

Sasha segera bangun sambil mendengus geram. Kurang ajar punya Raziq! Dahlah dekat sini sejuk, kau tolak aku masuk dalam kolam?! Kau memang cari nahas! Sasha mengibas-ngibas bajunya yang basah.

Khai, orang upahan Sasha datang menghampirinya dengan gelak ketawa. Sasha memandang Khai serupa nak telan.

“Apa gelak-gelak?! Nak penumbuk ni singgah muka kau?!” marah Sasha. Sudahlah satu aku malu dengan orang sekeliling, ni mamat depan aku ni sedap je ketawakan aku! Lagilah aku panas!

“Ok sorry…” Khai berhenti ketawa.

“Macam mana gambar?!”

“Ok…”

“Ok tu macam mana?! Bak sini aku nak tengok!” Sasha merampas telefon Khai lalu dibuka bahagian gallery. Gambar dibuka. Dia tersenyum puas. “Perfect!”

“Mana bayarannya?”

“Nanti malamlah kita jumpa! Apa yang kau bahlol sangat ni?”

“Ok…malam ni kita jumpa!” Khai mengambil kembali telefonnya lalu segera beredar pergi.

Well Syed Izzul Raziq, you’ll be mine one day! Sasha tersenyum puas.

“HAH?!” terkejut Dahlia dibuatnya bila dia mendapat panggilan dari Shiqin menyuruh dirinya menggantikan tempat abangnya.

“Tapi kak Shiqin…dahlia masih study. Macam mana?” duh! Ni pun satu bala jugak! Abang ni pun agak-agaklah! Nak suruh aku ganti tempat dia?! Mana aku ada pengalaman!

“Tak apa…dekat sana ada orang yang akan guide Dahlia…”

“Siapa pulak?”

“Syakir…” Syakir? Lah…yang mana pulak? Aku bukannya ketahuan pekerja-pekerja abang aku malah aku tak ambik tahu langsung!

“Kak Shiqin, bagilah orang lain…” Dahlia cuba minta simpati.

“Tapi Dahlia, ini atas arahan abang Dahlia sendiri. Kalau Dahlia tak datang, bos akan marah akak.”

Sedihlah pulak kalau Kak Shiqin kena marah dengan abang. Hmmm…apa kata aku pergi je? Bukannya aku nak buat semuanya sorang-sorang. Ada orang akan guide aku. So, tak menyusahkan kan?

“Hmmm…oklah akak. Dahlia akan masuk ofis…ganti tempat abang.”

“Bagus Dahlia. Selamat akak…jadi jangan lupa tau datang esok!”

“Ok akak…” Dahlia memutuskan talian. Fuh! Gila kau! Nasib baik esok aku tak ada kelas! Kalau tak, memang serabutlah!

Abang ni pun satu! Mentang-mentanglah aku ambik jurusan business, suka-suki hati dia je nak perambat masuk ke ofis dia! Hesy! Nasib baik abang aku tau! Kalau tak, memang aku buat bodoh je!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience