Bab 33

Romance Completed 30326

Bab 33

“Betul Farhan nak jadikan kamu sebagai menantu uncle?” soal Dato Aswad.

“Saya pun sebenarnya confuse uncle. Saya pun tak tahu yang dia nak bawak saya sampai ke sini…” jelas Ikha.

“Tapi uncle nak Ikha jadi menantu Ikha…mula-mula tu ingatkan Zurin sebab dia terlampau rapat dengan Zurin.”

“Zurin??” Oh…

“Ya…Zurin. Tapi, dah dia bawak kamu jumpa uncle jadi uncle yakin yang dia memang nak jadikan kamu sebagai isteri dia…”

“Tapi uncle saya…”

“Uncle tahu. Kamu mesti anggap dia playboy lagikan?” Ikha mengangguk.

“Tapi dia sekarang dah tak macam dulu lagi Ikha…”

“Apa yang uncle maksudkan?”

“Uncle maksudkan ialah Farhan bukanlah playboy macam dulu lagi.”

“Uncle tahu mana?”

“Uncle ada pasang spy tanpa pengetahuan Farhan dan ya…dia bukan macam dulu lagi. Keluar dengan perempuan. Especially Nadzra. Uncle tak minat langsung dia dengan Nadzra tu. Sasha tu uncle boleh tahan lagi tapi bila dia dengan Nadzra, entahlah uncle rasa macam tak sesuai langsung!” luah Dato Aswad.

“Jadi, sebab tulah uncle rasa Ikha orang yang sesuai selain Zurin. Kalau betullah Farhan sukakan Ikha, tolong terima dia ya? Uncle tak nak dia cari yang lain. Kalau yang lain tu Zurin tak apa…kalau yang tak ketahuan hala tu? Uncle tak nak!” Dato Aswad berharap sangat yang Ikha akan menjadi menantu dia.

“Insha-Allah Ikha akan cuba terima dia dalam hidup Ikha…”

“Ikha tolong uncle ya? Uncle tak nak dia berubah ke zaman dia dulu…”

“Insha-Allah uncle…” mampukah aku hidup dengan Farhan?

Tiba-tiba ada seseorang yang datang. Wanita itu memerhati mereka semua. Farhan keluar dari tempat persembunyiannya dengan kehadiran wanita itu. Dato Aswad dan Ikha berdiri serentak.

“So??? Inilah bakal isteri Farhan Hanief?!” soal Nadzra kasar.

“Nadzra?! You buat apa dekat sini?!” Farhan berdiri di sebelah Ikha.

“You tanya apa I buat dekat sini?! Hey! Takkanlah I datang just nak mendiamkan diri bila dengar you pilih Ikha untuk jadi isteri you?! Dan you pompuan! Bukan ke aku dah cakap jauhkan diri kau dari Farhan?!” Nadzra meluru ke arah Ikha namun dihalang oleh Farhan.

“You nak buat apa hah?!” Nadzra tarik senyuman sinis.

“You ingat I nak buat apa hah?? You know what Farhan??? I tak boleh hidup tanpa you! I nak you balik Farhan!”

“You nakkan I balik??” Farhan ketawa. “Are you kidding me kitty? Hello! Sebenarnya diri you ni dah tak laku kan?! Sebab tulah you datang cari I kan?!”

“Tak…bukan macam tu Farhan tapi I sayangkan you more than my life!”

“You know what? Taktik you ni dah banyak diguna pakai! I tahulah yang diri you dah tak laku sekarang ni!”

Nadzra mengetap bibirnya. “Ni semua sebab perempuan ni kan?! Tepi! I nak bunuh dia!!!” Nadzra memacakkan pisaunya namun dihalang oleh Farhan dan Dato Aswad namun Nadzra sempat menikam bahu Ikha sebanyak tiga kali.

Ikha rebah sambil memegang bahunya. Peritnya tak terkata. Farhan memandang Ikha yang sudah berlumuran darah. Rahang Farhan bergerak-gerak. Urat-urat di tengkuknya jelas nyata tanda dia bengang dengan Nadzra.

Nadzra pula ketawa. Ketawanya mengilai satu rumah. Puas kerana dapat buat Ikha berlumuran darah. Dato Aswad dari jauh memberi isyarat supaya bodyguard nya segera ke rumah untuk menangkap Nadzra.

“Hey! Apa ni?! Lepaskan akulah!!!” kata Nadzra sambil cuba merungkai tangannya dari dipegang oleh bodyguard Dato Aswad. Dato Aswad memberi isyarat supaya pergi. Mereka membawa Nadzra pergi.

“Lepaslah!!! Farhan!!! Erghhh!!! Lepaslah!” bentak Nadzra.

“Farhan! Bawak Ikha ke hospital cepat!” arah Dato Aswad. Farhan dengan tangkas mencempung tubuh Ikha lalu diletakkan ke dalam kereta. Farhan segera memandu ke hospital.

ZURIN dan Syed Izzul Raziq segera melangkah masuk ke dalam hospital. Mereka menuju ke arah Farhan yang sedang meraup mukanya sambil memerhati pintu bilik ICU tersebut.

“Farhan!” panggil Zurin. Farhan memandang Zurin lalu berdiri. Dia memeluk Zurin. Zurin terkaku. Duh! Dia ni pun agak-agaklah! Dekat hospital kot!

Syed Izzul Raziq menahan cemburu. Sedapnya mereka berpeluk! Kalau Zurin dengan aku, penumbuk yang dia bagi! Raziq! Raziq! Behave ok! Dia dengan Farhan tu kawan jadi kenapa kau nak cemburu lebih ni? Lagipun Farhan dah ada Ikha dan kau dah ikat Zurin dengan talian pertunangan.

“Farhan…”

“Aku takut Ikha tinggalkan aku Zurin!”

“Tak…kau janganlah cakap macam tu! Lagipun, dia kena tikam dekat bahu kan?”

“Memanglah! Tapi kalau Allah nak tarik nyawa dia, sekarang pun boleh!”

“Syhhh…dah! Jangan nak fikir merepek! Kau berdoalah supaya dia sembuh. Kau ni pun!”

“Aku takut Zurin…”

“Tak payah takut! Allah ada dengan kita. Insha-Allah Ikha akan hidup lagi! Kau percayalah aku…” Zurin cuba memujuk lagi. Dia memerhati Syed Izzul Raziq. Dia tahu Syed Izzul Raziq cemburu melihat dia dengan Farhan berpelukan begini.

“Farhan…calm down please?” Zurin menyorot supaya Farhan duduk. Zurin duduk di sisi Farhan. Farhan melentokkan kepalanya di bahu Zurin. Zurin mengusap lembut rambut Farhan. Gaya macam adik dengan abanglah pulak.

Zurin mengeluh kecil. Ya Allah…engkau berikanlah kepada Ikha peluang untuk dia hidup di dunia ini Ya Allah dan berbahagia bersama Farhan. Aku tahu dia masih mencintai Farhan Ya Allah…

Tak lama kemudian, ada seorang doktor wanita keluar dari bilik ICU tersebut. Farhan segera menuju ke arah doktor itu sambil diikuti oleh Zurin dan Syed Izzul Raziq.

“Doktor…macam mana dengan Ikha?” doktor itu memandang mereka silih berganti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience