Bab 2

Romance Completed 30326

Bab 2

“Kenapa tak balas chat?” soal Ikha ketika Farhan melangkah masuk ke dalam kelas.

“Letih…” eleh! Alasan!

“Kau bohong kan?”

“Betullah!” malas Farhan nak layan Ikha. Sejak-sejak Ikha dapat nombor telefonnya, dia kerap chat! Rimas!

“Mana ada!” Farhan sedaya upaya hendak elak dari soalan Ikha.

Ikha hanya diam. Malas juga dia nak bertekak dengan Farhan. Buat habis air liur je! Dia chat dengan Sashalah tu semalam! Meluat betul aku! Tak lama kemudian, Sasha melangkah masuk ke dalam kelas.

Ikha terus melangkah keluar apabila Sasha masuk ke dalam kelas. Sasha melihat Ikha yang berlalu pergi dengan muka cemberut. Kenapa dengan Ikha erkk?? Kebelakangan ni jarang tegur aku.

Dia menghampiri Ikha yang sedang berdiri di luar koridor. Kenapa dengan Ikha? Asyik termenung je?

“Ikha…” Sasha cuba menegur.

“Apa?” balas Ikha agak kasar.

“Kau kenapa ni? Kenapa kau macam marahkan aku je?”

Ikha merenung Sasha dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Urghh! Aku sakit hati!

“Kenapa ni?”

“Tak ada apalah! Kau tak payah nak sibuk!” Ikha terus berlalu pergi. Zurin yang baru tiba di sekolah pelik melihat muka cemberut Ikha.

Zurin bertanya kepada Sasha yang sedang memandang ke arahnya. “Kenapa dengan Ikha tu?”

“Entahlah…aku try tegur dia tapi dia blah macam tu je.”

Zurin sudah faham apa yang jadi. Mesti Ikha jeles! Tak syak lagilah yang Ikha memang sukakan Farhan! Dia segera melangkah masuk ke dalam kelas. Ikha pula melangkah ke bawah apabila hari ini dia ditugaskan untuk menjaga gate. Dia kan pengawas sekolah!

“Kau kata apa dekat Ikha hah?!” serang Zurin sambil duduk berhadapan dengan Farhan.

“Aku kata apa?” Farhan tayang muka blur.

“Kau jangan nak buat bodohlah! Kenapa dengan Ikha?! Kenapa dia bad mood semacam??”

“Lah weyh kau pasaipa?” tiba-tiba suara Puteri menyapa.

“Shut up!” marah Zurin. Puteri angkat tangannya tanda mintak maaf. Zurin kembali memandang Farhan.

“Kau cakap sekarang! Apa yang kau dah buat dekat Ikha hah?!”

“Aku buat apa?! Aku tak buat apa-apa pun! Dia yang bad mood sorang-sorang!” bentak Farhan. Apa kes nak mai salahkan aku pulak?!

“Masalahnya kalau dia bad mood dengan Sasha, bukan macam tu! Aku tahu ada kena megena dengan kau!”

Farhan merenung wajah Zurin. Dia cuba ingat apa yang terjadi semalam. Oh…aku tinggal blue tick je dekat dia.

“Aku tak balas chat dia. Aku tinggal blue tick je dekat dia…”

“Blue tick? No wonder dia marah!”

“Aku rimaslah! Setiap malam kalau aku online, mesti dia akan chat aku! Mengganggu!”

“Kenapa? Mengganggu kau chat dengan Sasha?” Farhan terus menikam mata Zurin.

“Apa kena mengena dengan Sasha?”

“Yelah…kau kan playboy famous! Manalah tahukan?? Kau menggayat dengan minah tu ke?”

“Tak…sekarang ni kenapa kau nak salahkan Sasha dan backup Ikha?!”

Zurin memandang wajah di hadapannya. “I don’t know but I think this is not fair and you shouldn’t do that.”

“Maksud kau?”

“Tafsirlah sendiri…” Zurin terus melangkah keluar. Maisarah hanya memandang dari luar. Ada case ni!

KETIKA waktu pembelajaran, Ikha hanya menyepi. Dia membuat seolah-olah kawan-kawan di sekelilingnya langsung tidak wujud. Maisarah membuat isyarat kepada Zurin, Zurin balas tidak tahu. Nadrah lagilah tak tahu.

Sampailah sesi tamat waktu sekolah, Ikha masih senyap. Maisarah cuba bercakap dengan Ikha apabila Sasha sudah beredar pulang.

“Kau kenapa ni? Pelik je!”

“Tak ada apalah…”

“Kau baik cakap! Kenapa jadi macam ni?! Kenapa?!” Maisarah cuba mendesak.

“Kau tahu aku suka Farhan! Tapi Sasha potong line dan aku tak ada mood! Sekarang ni, aku cuba lupakan Farhan! Dan biarkan dia dengan Sasha! Get it?!” Sasha hanya mendengar dari luar. Sebenarnya dia memang sudah beredar pulang tapi dia tertinggal sesuatu. Ketika dia hendak melangkah masuk, dia terdengar Ikha menyebut nama Farhan. Dia hanya mendengar dari luar.

Emmm…Ikha sukakan Farhan?? Huh! Jangan haraplah dia akan dapat Farhan sebab Farhan dah pun jatuh suka dekat aku! Tak apa…aku ada plan! Sasha segera beredar pergi. Niat nak ambik barang yang tertinggal segera dibatalkan.

“Kenapa perlu Farhan?! Kan ada banyak lagi lelaki lain!”

“Entahlah…aku rasa macam lain! Bila setiap kali aku chat dengan dia, aku rasa lain! Maybe love?”

“Eiii! Farhan jugak yang kau pilih! Dahlah tak hensem!” sampuk Nadrah.

“Biarlah! Bagi aku dia hensem!” Ikha cuba backup Farhan balik.

“Apa-apa jelah kau ni Ikha!” Maisarah hanya menggeleng mendengar taste Ikha tersebut. Farhan??

FARHAN melangkah ke arha motornya. Dari jauh, dia dapat dengar suara gedik perempuan sedang memuji kehensemannya. Dia memandang ke arah sekelompok perempuan itu. Dia menghadiahkan senyuman. Playboy lah katakan.

“Weyyyy!!! Dia senyumlah! Melted aku dibuatnya!!!” jerit salah seorang perempuan di situ. Senior pulak tu! Gila ke apa?

Farhan segera menunggang motornya pulang ke rumah. Tiba di rumah, Farhan disapa oleh ibunya, Datin Noraini.

“Angah dah balik?” Farhan menyalami tangan ibunya.

“Angah boleh tak tolong?” Farhan mengerutkan dahinya.

“Tolong apa?” dia meletakkan begnya di atas sofa.

“Tolong ambik Alang dekat sekolah. Abah tak boleh nak ambiklah. Tolong erkk??”

“Hmmm yelah! Tapi Angah nak mandi dulu…badan ni melekit!”

“Hmm yelah! Tapi jangan lama! Alang dah tunggu tu!”

“Ok!” Farhan segera ke biliknya yang berada di tingkat 2.

USAI mandi, dia segera bersiap-siap. Kunci motor dicapai dan dia segera beredar keluar.

“Ibu! Angah pergi dulu!”

“Ok!” Farhan segera menuju ke arha motornya lalu enjin dihidupkan. Dia segera menunggang ke sekolah adiknya.

Sampai di sekolah adiknya, dia berhenti di pondok pengawal. Adiknya sedang menunggu kehadirannya.

“Abang lambat!”

“Alah…sorry lah! Jom! Ibu pun cakap dekat Angah last minute!”

“Yelah tu!” Fikri tarik muka. Farhan menyerabutkan rambut adiknya.

“Dahlah tu! Jom balik!” Fikri hanya mengangguk. Dia memakai topi keledar yang dihulurkan oleh abangnya.

Selepas Fikri naik di atas motor, dia segera menunggang pergi.

“Hensemlah abang Fikri tu! Ya Allah…kalaulah aku dapat dia…???” kata salah seorang pelajar tahun 6 di sekolah itu.

“Jangan nak persanlah!” kawan-kawannya mencebik.

Sampai di rumah, Farhan terus ke biliknya. Dia mengambil telefonnya lalu check mesej. Nampaknya tak ada sapa yang chat dengan aku. Dia menyentuh pada chat name Ikha.

“Nak chat ke tak?” Farhan berkira-kira.

“Chat jelah!” Farhan menaip sesuatu lalu di send kepada Ikha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience