Bab 47

Romance Completed 30326

Bab 47

Sasha segera mengemas baju-baju yang hendak dibawa ke Europe. Aku perlu jugak ke Europe! Senanglah aku nak lancarkan senjata.

Nurina memandang Sasha yang sedang mengemaskan bajunya ke dalam bagasi. “Kau nak ke mana ni Sasha?”

Sasha memandang Nurina yang sedang merenung ke arahnya. “Aku nak ke Europe.”

“Europe??! Kau nak buat apa ke sana?”

“Adalah…”

“Kau jangan nak buat kerja gila pulak Sasha! Nanti parents kau call tanya pasal kau. Apa yang aku nak jawab?”

“Alah…kau jawab jelah yang aku ke Europe atas urusan kerja. Simple kan? Takkan yang tu pun aku nak kena ajar?” dengus Sasha. Dia memasukkan barang keperluannya ke dalam bagasi tersebut.

“Kau nak buat apa ke sana sebenarnya?”

“Yang kau sibuk nak tahu ni apasal?!” Sasha membalas kasar. Tak suka disoal banyak-banyak.

“Aku perlulah sibuk sebab kau ni boleh kira sangat!”

“Dahlah! Aku malas nak layan kau Nurina! Aku nak blah!” Sasha membawa bagasinya keluar dari bilik. Dia turun ke tingkat bawah lalu bagasinya diletakkan dalam kereta. Dia masuk ke dalam kereta lalu memecut ke KLIA.

Nurina hanya mengeluh. Ikut suka hati kaulah Sasha. Aku pun malas nak tegur kau! Kalau aku tegur pun, kau bukan nak dengar pun!

SYED Izzul Raziq melangkah masuk ke dalam KLIA. Berat hatinya nak meninggalkan Malaysia. Lagi berat hatinya nak meninggalkan Zurin. Tapi, nak buat macam mana? Aku perlu jugak.

Syed Izzul Raziq menghantar mesejnya kepada Ikha.

Me: Jaga Zurin elok-elok untuk saya ok? One more, jangan bagitahu dia yang saya pergi ke Europe hari ni. Please ok??

Syed Izzul Raziq mematikan telefonnya. Dia melangkah ke kaunter check in. Usai check in, dia segera masuk ke balai perlepasan. Pengumuman kapal terbang ke Europe sudah diumum. Sasha turut masuk ke balai perlepasan tanpa diketahui oleh Syed Izzul Raziq.

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Munich…Syed Izzul Raziq keluar dari balai perlepasan. Dia menuju ke tempat pernungguan teksi. Usai memberitahu alamat yang ingin dituju, teksi itu segera memandu pergi.

Sasha pula menyuruh pemandu teksi itu mengikut teksi yang dinaiki oleh Syed Izzul Raziq. Aku kena tahu dekat mana dia akan tinggal. Senanglah aku nak dekat dengan dia.

Teksi yang dinaiki oleh Syed Izzul Raziq berhenti di sebuah hotel mewah. Syed Izzul Raziq melangkah masuk ke dalam hotel tersebut bersama begnya. Sasha cepat-cepat membayar tambang lalu keluar dari teksi bersama bagasinya. Selepas kelibat Syed Izzul Raziq hilang, giliran Sasha pula masuk ke dalam.

“Hello, welcome to our hotel.” ujar salah seorang penyambut tetamu tersebut.

“Emmm…is there any available room for me to stay?” mintak-mintaklah ada!

“Yes…there’s just one room available and you’re such lucky. You want it?”

“Of course yes. And can I know that guy who check in for a room here just now?”

“Sorry miss…this is our customer privacy. We can’t just give information for someone else…”

“Oh okay…” hesy! Pulak dah! Tak dapatlah aku tahu mana satu bilik dia!

KAK Lin membawa bubur nasi kepada Zurin. Dah tak sihat….takkanlah nak paksa dia turun bawah makan kan? Lagipun pelik! Ke mana Raziq hah? Dah sehari dia tak balik! Tak kesian dekat Zurin ke?!

Ketika dia melangkah masuk, Zurin tengah mengelamun. Entah apa yang dia fikirkan pun tak tahu.

“Zurin…” panggil Kak Lin perlahan. Zurin memandang ke arah kakaknya.

“Kenapa?”

“Makan jom? Ibu kata dari pagi tadi Zurin tak makan…”

“Tak apalah kak…Zurin tak ada selera.”

“Janganlah macam ni…kau kena makan. Kalau tak, kau jatuh sakit!”

“Biarlah aku sakit! Bukannya ada siapa pun yang peduli!”

“Siapa cakap? Ni aku peduli tentang kau! Makanlah sikit ok? Lepas tu makan ubat…”

“Tak nak…”

“Kau jangan degil boleh tak Zurin? Kau kena makan. Kalau penyakit kau melarat macam mana? Dahlah laki kau tak balik lagi!”

“Biarlah dia tak balik sekalipun…” balas Zurin. Seakan putus asa.

“Dah…sekarang ni kau makan. Aku tinggalkan bubur atas ni. Kau makan! Kalau aku datang balik, kau tak makan aku sumbat sekali dengan mangkuk ni!” arah Kak Lin. Tegas.

“Yelah!” Kak Lin beredar keluar dari bilik Zurin.

Zurin mencapai mangkuk berisi bubur lalu ditenung sahaja isi bubur itu. Aku tak ada selera nak makan! Disuap sedikit bubur itu ke dalam mulutnya.

Ting! Ada mesej masuk. Zurin mencapai telefonnya. Mesej dari Raziq.

Raziq: Take care of yourself. Saya nak awak tahu yang saya sentiasa sayangkan awak tapi saya tahu saya tak mampu nak beri kehidupan yang bahagia kepada awak. Sekarang ni saya berada di overseas. Saya bagi ruang untuk awak berfikir. Saya tahu awak perlukan ruang buat masa sekarang. Apa yang saya pinta di sini ialah kemaafan dari awak. Saya mintak maaf atas apa yang terjadi antara kita semalam.

“Senangnya dia mintak maaf lepas tu larikan diri ke overseas?! Nampak sangat tak bertanggungjawab!” omel Zurin dalam keadaan marah. Mangkuk dicampak ke bawah. Pecah berderai dibuatnya.

Kak Lin segera melangkah masuk. “Ya Allah! Kau dah kenapa Zurin?!” marah Kak Lin. Dia melihat mangkuk yang pecah berderai tersebut.

“Tak ada apalah! Aku tak ada mood nak makan!” balas Zurin kasar. Dia membaringkan badannya lalu memejamkan mata.

Kak Lin hanya mengeluh. Dia mencangkuk mengutp kaca-kaca tersebut. Mesti ada kena mengena dengan Syed Izzul Raziq ni. Budak ni memang nak kena betul! Suka-suki nak kahwin dengan adik aku dan suka-suki hati dia jugak nak tinggalkan adik aku?!

Kak Lin membawa kaca-kaca tersebut ke dapur. Puan Zaria memandang kaca-kaca yang dibuang oleh Kak Lin.

“Dah kenapa ni Lin?”

“Entahlah…Lin rasa dia ada problem dengan si Raziq tu. Lagipun, tengoklah! Time macam ni pun tak balik-balik lagi!” bebel Kak Lin lantas membasuh tangannya.

“Tulah…ke manalah budak ni pergi?” Puan Zaria turut risau dengan keadaan Syed Izzul Raziq. Time macam ni pun tak balik lagi. Dia ke mana?

“Biarlah! Lantak dialah nak balik ke tak! Geram Lin dibuatnya! Dialah punca Zurin jadi macam ni!” Kak Lin memeluk dirinya. Puan Zaria hanya mengeluh. Kenapalah boleh jadi macam ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience