Bab 9

Romance Completed 30326

Bab 9

Ikha ralit memerhati bajunya sehingga dirinya terlanggar dengan seseorang. Ikha jatuh terduduk. “Ouch!” dahlah betul-betul punggung.

“Sorry…” ujar suara itu. Ikha tergamam. Dia kenal suara itu walaupun dah lama mereka tak berjumpa.

Ikha bingkas mengutip beg bajunya dan segera bangun pergi.

“Ikha!” panggil Farhan. Langkah Ikha terhenti.

“Tak ada salam perkenalan ke?” soal Farhan. Dia sudah lama ingin berjumpa dengan Ikha dan meminta maaf dengan apa yang terjadi dan apa yang dia telah katakan kepada Ikha.

“Sorry Mr…I don’t know you. Can I know who you are?” sengaja Ikha buat-buat tak kenal.

“Ikha…come on! Don’t you know me? Saya Farhan Hanief!”

“Sorry…saya tak kenal. Mungkin encik salah orang! Saya bukan Ikha tapi saya Ain.”

“Ain Zulaikha…” sengaja Farhan mengenakan Ikha.

Ikha tak betah lagi duduk di situ lantas dia segera beredar. Aku tak nak hati aku terpaut lagi pada dia.

“Sayang…you bercakap dengan siapa tadi?” suara Nadzra mencelah. Dari tadi dia memerhati perempuan itu namun dia tak dapat mengecamnya.

Sekarang Ikha dah cantik. Dah kurus…kenapa dulu aku bodoh sangat hah? Aku tahu Ikha suka dekat aku tapi waktu itu aku judge dia melalui fizikalnya.

“Sayang!”

“Errr…tak ada sapa-sapalah. Tadi I terlanggar dia…”

“Oh…” Nadzra malas nak tanya banyak-banyak. Dia tahu yang hati Farhan takkan berubah.

“Farhan!” laung seseorang. Farhan dan Nadzra menoleh. Sudah! Bala sudah datang!”

“Oh! Dekat sini you rupanya! Ni balak you ke hah?” serang wanita itu tiba-tiba.

“Apa ni Alin?!”

“Hey! You jangan ingat you boleh terlepas! You dengan I belum break up, you dah gayat betina lain?!” mata Alin tertumpu kepada Nadzra yang berada di sebelah Farhan. “And you! Watch out! How dare you stole my boyfriend huh?!”

“Hey! You tu yang tak tahu malu! You ni macam orang gila talak! Tup tup datang serang I dengan Farhan. You kenal ke perempuan ni Farhan?”

“Entah! I pun tak kenal dengan perempuan ni!” saja dia berkata begitu.

“What?! How could you Farhan?! Ini semua sebab kau betina!” terus Alin menyerang Nadzra. Terjerit Nadzra dibuatnya.

“Stop! Stop! Alin! Stop it!” tubuh Alin ditolak kuat menyebabkan Alin terjatuh ke belakang.

“I warn you! Don’t you ever dare to show your face in front of me again! Take this as a note! Jom!” tangan Nadzra ditarik hingga ke kereta.

“Hell you go Farhan!!!” jerit Alin. Banyak mata memandang ke arahnya.

“Enough Farhan! Let me go! I dah cukup malu! I ingatkan you setia!” marah Nadzra.

“Eleh! You pun playgirl!” perli Farhan kembali.

“Yes! At least, I setia dekat you!”

“Ok, ok…I mintak maaf ya? I’m sorry about what happened.”

“You janji dengan I yang you akan setia dengan I?” hanya anggukan diberi. Tak boleh nak janji lebih-lebih sebab pandangannya hanya tertumpu kepada Ikha yang baru dijumpainya tadi.

HARI ini adalah hari yang besar buat Farhan. Dia akan memangku jawatan sebagai CEO kepada Ecomas Executive Holdings. Fuh! Jawatan yang sangat berat tu!

Datin Noraini melihat penampilan anaknya yang segak dengan kot berwarna hitam di tubuhnya.

“Hensem anak ibu ni! Kalau dekat luar, makin ramailah yang menggedik nakkan anak ibu ni!”

“Hesy ibu ni! Ada pulak cakap macam tu!”

“Yelah…anak ibu sorang ni kan playboy famous! Macam si Zurin cakap!”

“Zurin cakap?!” Datin Noraini hanya mengangguk.

“Nak kena Zurin ni!” geram pula Farhan dibuatnya.

“Dah…jom! Kita kena pergi cepat! Mesti orang di ofis tengah berkumpul sekarang ni.”

“Hmm…” Farhan dan Datin Noraini melangkah keluar dari bilik.

HARI ini merupakan hari pertama Ikha akan masuk ke pejabat memandangkan surat dari Ecomas Executive Holdings kelmarin yang dia dapat menyatakan yang dia diterima untuk bekerja di situ.

Dia hanya mengenakan solekan tipis di wajahnya. Cukup menaikkan seri wajahnya. Dia mengambil beg tangan lalu keluar dari biliknya.

“Amboi anak mak! Cantiknya!” puji Puan Lydawati.

“Biasalah mak…nak kena pergi kerja dekat ofis yang ternama! Takkanlah nak pakai selekeh pulak kan?”

“Betul!” sokong Puan Lydawati.

“Pergi sana jangan nak menggatal!” celah Encik Ahmad Izham.

“Apalah ayah ni! Orang ke sana nak kerjalah! Bukannya nak menggatal macam si Aina ni! Ke uni kira menggatal!” sengaja Ikha menembak adiknya.

“Eleh kau ni kak! Kau jeles apahal dengan aku?” Aina mencebik.

“Dahlah! Malas nak bertekak dengan kau! Ayah, mak! Ikha pergi kerja dulu!” Ikha menyalami tangan mak dan ayahnya.

“Bawak kereta elok-elok!” pesan Puan Lydawati.

“Ye mak! Bye! Assalamualaikum!”

“Bye kak! Assalamualaikum!” sambut Armaya yang berusia 10 tahun.

“Bye!” Ikha menuju ke keretanya lalu memandu ke ofis.

KETIKA Ikha sampai, dia berasa pelik bila kebanyakannya staf-staf pejabat sibuk berkumpul di hadapan pintu masuk.

“Eh Ikha! Ke sini cepat! Kejap lagi bos baru nak masuk!” panggil Zurin. Ikha berdiri di tepi Zurin.

“Bos baru? Kenapa? Dah pencen ke yang sorang tu?”

“Bukan…sebenarnya bos baru ni adik kepada bos yang interview kau hari tu. Bos yang hari tu nak kena handle syarikat di Kelantan pulak. So, dia gantikan dengan adik dia di sini.”

“Oh…”

“Bos dah datang dengan Dato Aswad!” ujar salah seorang pegawai di situ. Dia berdiri di pintu utama. Membuka pintu untuk Farhan dan Dato Aswad masuk. Ikha pula sibuk memandang ke bawah. Entah kenapa. Dia membetulkan bajunya.

Ketika Farhan melintasi depannya, dia langsung tidak perasan sampailah seoramg pegawai mengumumkan yang mereka harus ke bilik meeting.

Di bilik meeting, semua staf dan orang atasan kepada CEO berkumpul di bilik mesyuarat untuk sesi kenal-berkenalan dengan CEO baru. Ikha duduk di sebelah Akram, arkitek di syarikat ini.

“Assalamualaikum semua…tujuan saya mengadakan berkumpul ramai-ramai adalah untuk memperkenalkan anak saya yang akan menggantikan tempat abangnya. Namanya Farhan Hanief…”

Zuppp!!! Terus jantung Ikha berdegup kuat. Farhan Hanief sebagai CEO syarikat ini?? Arghhh!!!! Macam mana boleh sama pulak ni? Tunduk! Tunduk! Jangan bagi dia perasan kehadiran kau dekat sini.

“Oh ya…saya ada dapat berita daripada anak sulung saya, Fakhrul yang mengatakan dia mengambil seorang wanita bekerja sebagai Board of Director dan dia masuk bekerja hari ni. Can I know who is she? Boleh perkenalkan diri?” pinta Dato Aswad.

Aduh! Dia nak kenal akulah pulak! Matilah aku! Huhuhu…

“Mana orangnya ya?” mata Dato Aswad mencari gerangannya.

Mahu tak mahu Ikha harus bangun. Dia memandang Dato Aswad sekaligus Farhan.

Ikha?! Terus jantung Farhan berdegup hebat. Ikha kerja dekat sini?? Apakah petunjuk ini Ya Allah?

“Nama saya Nur Ain Zulaikha…saya board of director baru di ofis ni…”

“Oh…Ain Zulaikha? Kawan Zurin kan?” Ikha hanya mengangguk.

“Tak apa…awak boleh duduk…” Ikha duduk kembali. Matanya tak berani nak bertentang dengan Farhan lama-lama.

Akhirnya Ikha…kau dekat jugak dengan aku! Sebelum ni, kau boleh lari! Tapi sekarang…kau dah tak boleh lari lagi! Ikha pula hanya menunduk. Dia tahu dia sudah terperangkap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience