Bab 18

Romance Completed 30326

Bab 18

Ikha datang ke meja kerja Zurin. “Weyh! Bos ada tak?”

“Aipp?? Cari bos nampak?” sengaja Zurin nak menyakat.

“Isy kau ni! Aku nak bagi draft ni! Yelah…semalam kan aku salah buat draft? Dia ada ke tak?”

“Ada…pergilah!” Ikha mengangguk lantas masuk ke pejabat Farhan.

“Yes Ikha?”

“Nah draft yang bos nak semalam. Saya dah siapkan. Sorry pasal salah draft tu.”

“No, no. Awak tak salah pun! Biasalah awak masih mentah dalam bahagian ni kan? Saya mintak maaflah sebab termarah awak semalam…”

“Nothing lah bos. Saya keluar dulu…”

“Ikha!”

Ikha menoleh. “Ada apa-apa ke bos?”

“Nothing. Cuma nak ajak awak keluar lunch? Kalau sudi, ok. Kalau tak sudi, tak apalah…”

“Tengoklah!” Ikha mengorak langkah keluar dari pejabat Farhan.

“Apa? Nadzra datang?”

“Ye! Dia dah sampai tingkat 20!”

“Ok! Ok!” Zurin mula prepare! Sesungguhnya minah ni memang ulat bulu! Tak reti malu!

“Cik Nadzra buat apa dekat sini! Maafkan saya Cik Nadzra, Cik Nadzra tak boleh masuk!” ujar salah seorang perempuan di situ.

“Ikut suka hati I lah! Ini pejabat kekasih I!” eiii! Perasannya! Please lah! Nak termuntah hijau kuning pulak aku! Nadzra dengan bangga sorang-sorang melangkah menghampiri pejabat Farhan.

“Kau buat apa datang sini?” soal Zurin dengan nada jengkel. Anti betul aku dengan minah ni!

“Aku datang nak jumpa kekasih akulah! Kau sibuk pehal?”

“Ya Allah! Perasannya! Sejak bila kau dengan dia together balik? Setahu akulah Farhan tak pandang kau langsung!”

“Ada aku kisah?” terus Nadzra melangkah masuk.

“Woiii!!! Farhan tak nak jumpa kau!” Zurin cuba menghalang Nadzra.

Farhan terkejut dengan kehadiran Nadzra tiba-tiba. Dia bangun dari tempat duduknya.

“Sorry Farhan! Dia dengan gila dia tu terus rempuh masuk!”

“Hey! I tak gila!”

“Gilalah kalau ikut suka je nak masuk pejabat orang!” sindir Zurin kembali.

“It’s ok Zurin! Aku boleh handle!”

“Ok…” Zurin terus melangkah keluar dari pejabat Farhan.

Nadzra memandang Farhan dengan senyuman manis lagi mekar. Mekarlah sangat! Aku tengok dia ni macam dah terdesak sangat nak menggatal dan menggedik! Diri tak lakulah tu!

“Kau nak apa?!”

“I nak jumpa youlah sayang…”

“Siapa sayang you hah?!! Hey! You ni pekak ke tuli hah?! Aku dah cakapkan yang aku tak nak jumpa kau lagi?!”

“Sayang…kenapa dengan you ni?” Nadzra memegang tangan Farhan.

“Kau jangan nak pegang akulah pompuan! Aku jijik dengan tangan kau ni! Yang aku nak sekarang ni ialah kau berambus dari sini!”

“I tak nak!” bentak Nadzra.

“Ini ofis aku dank au langsung tak ada kena mengena dengan aku! Kau keluar!!”

“Tak nak!”

“Keluar aku cakap! Keluarlah!!!” nada Farhan sudah memuncak. Minah ni memang nak makan penerajang aku!

“I cakap tak nak, tak naklah!”

“Kau nak main cara kasar?! Mari sini aku berkasar dengan kau!” terus Farhan menarik lengan Nadzra dan mengheret Nadzra keluar dari pejabatnya.

“Lepaslah I Farhan!” Farhan mencampak Nadzra di luar pintu pejabatnya. Semua melihat adegan tersebut. Ada yang sudah tergelak. Ada yang tersenyum sinis. Especially Zurin. Ikha pula hanya melihat.

“Aku tak nak tengok muka kau dekat sini lagi bohsia!!! Kau boleh berambus! Lagi senang kau mampos!” Farhan menutup pintu pejabatnya. Berdentum kuat bunyinya.

“Apa?!” Nadzra bangun lalu menentang mata dengan Zurin yang sedang tergelak sinis ke arahnya.

“Padan muka! Bajet makwe sangat! Bajet orang sukakan kau sangat! At last, kena heret dan dimalukan depan orang! Hahaha…”

Nadzra mengetap bibirnya. Dia ternampak bayangan Ikha yang tidak jauh dari mereka.

“Ini semua salah perempuan tu!” kata Nadzra dengan nada perlahan namun tegas. “Siap kau!” Nadzra dengan perasaan sebalnya terus melangkah keluar dari bangunan Ecomas Executive Holdings.

TIBANYA waktu lunch, Farhan segera keluar dengan senyuman di wajahnya. Hehehe…nak lunch dengan Ikha oiii!! Gila tak happy?

“Amboi Encik Farhan? Sengih-sengih ni kenapa?” tegur Fina. Pelik pulak dengan bos dia yang sorang ni.

“Tak ada apa-apalah…”

“Yelah tu! By the way, ini projek yang Encik Farhan nak tu. Tapi, dah memandangkan encik dah nak keluar lunch, saya letak atas meja Zurin dululah.”

“Ok thanks Fina!”

“Welcome! Encik nak lunch dengan Ikha kan?”

Teurs muka Farhan jadi blur. Macam mana dia tahu? “Tahu mana ni?”

“Saya tahulah encik!” terus Fina beredar. Dia selama ini perhati gerak-geri bosnya sendiri dan dia yakin yang bos dia sukakan Ikha.

Pelik! Macam mana dia tahu erkkk??? Jangan-jangan…Zurin bagitahu?! Isy! Nak kena Zurin ni!

“Zurin!” panggil Farhan bila ternampak Zurin keluar dari pejabat Akram.

“Ada apa?”

“Kau bagitahu Fina pasal aku sukakan Ikha?”

Zurin mengerutkan dahinya. “Bila masa aku bagitahu dia?”

“Habis tu? Macam mana dia boleh tahu aku nak keluar lunch dengan Ikha?”

Zurin turut berasa pelik. “Entah! Manalah aku tahu! Yang aku tahu, aku tak pernah cakap apa-apa pun pasal kau dengan Ikha dekat dia!”

“Habis tu??”

“Three…dahlah! Pergi keluar lunch! Aku ada kerja ni!”

“Kau tak lunch?”

“Malaslah!”

“Ok! Aku pergi dulu!” Farhan melangkah ke arah pejabat Ikha. Dia mengetuk perlahan pintu pejabat Ikha.

Ikha memandang Farhan yang tercegat di hadapan pintu pejabatnya. “Ada apa bos?”

“Lunch?”

Lunch?? Oh! Betullah dia ada ajak aku tadi…tapi macam mana ehhh??? Nak keluar ke tak?

“Kalau saya tak pergi, tak boleh?”

“Alah…jomlah Ikha!”

“Tapi masalahnya bos. Saya ada banyak kerja. Lagipun katanya esok CEO Worldwide Centre nak datang kan?” Ikha cuba memberi alasan.

“Alah…lepas lunch lah buat! Saya janji. Kejap je! Lepas tu, kita balik ofis. Ok?”

“Tapi…”

“Ikha! Please…”

“Ikha…pergilah! Kang dia ni menangis terguling tertiarap kesemuanya ada!” sampuk Zurin apabila melihat keengganan Ikha hendak mengikut Farhan keluar lunch.

“Yelah…” kalau aku banyak songeh, kang Farhan ni buat kerja gila pulak! “Tapi, kejap je! Pelan tu tak habis lagi!”

“Ok!” Farhan angkat thumbs up. Farhan mengenyit matanya kepada Zurin sebagai tanda terima kasih. Zurin tersenyum.

“Encik Farhan tu memang suka betul dekat Ikha kan?” sampuk Dani tiba-tiba.

“Isy kau ni! Terkejut aku. Hmmm…crush lah katakan!”

“Ohhh…” Zurin kembali ke tempat kerjanya.

MEREKA berdua lunch di area ofis sahaja atas permintaan Ikha. Dia tak nak kerjanya lambat siap. Kalau tak siap, kemungkinan syarikat di sana tak akan bekerjasama lagi dengan Ecomas Executive Holdings.

“So? Dah prepare untuk pembentangan esok?” tanya Farhan apabila terasa krik krik di antara mereka.

“Dah…pelan je sikit lagi nak siap.” balas Ikha malas.

“Ok…well I wish the best and good luck untuk presentation esok. Selepas Akram bentang apa maksud bangunan itu dan kegunaannya, turn awak pulak nak kena bentang…”

“Ye…” balas Ikha sepatah. Dia rasa kekok nak bercakap dengan Farhan sebenarnya. Kalau cakap pun, hanya perkara-perkara yang penting sahaja. Walaupun ini penting, tapi…kekok tu masih ada!

“Ikha…kenapa kalau saya cakap dengan awak, awak lebih suka berdiam diri?”

Dia tanyalah pulak! Aku malaslah nak jawab! “Sebab saya malas…”

“Malas? Ikha?? Dulu awak ok je?”

“Itu dulu. 9 years back. Sekarang ni di depan awak adalah Ikha yang berumur 24 tahun. Bukannya Ikha yang berumur 15 tahun.”

“Saya tahu Ikha tapi at least cakaplah dengan saya…”

“Tentang apa? Awak tahukan saya ni pemalas nak bercakap?”

“Yang saya tahu Zurin je malas nak cakap!” isy! Banyak soal pulak si Farhan ni!

“Ikha…”

“Awak! Awak ni bos saya ok! Awak di kedudukan yang tinggi! Awak expect saya nak bergurau senda dengan awak macam zaman dulu? Not anymore Farhan. Saya tak nak kalau saya berkawan rapat dengan awak, saya meletakkan harapan pada awak macam dulu! Cukuplah dulu saya dah dapat pengajaran!”

“Ikha…ok saya mintak maaf? Kita bukak buku baru?”

“For what Farhan? Awak tahukan yang Nadzra dan Sasha masih terhegeh-hegehkan awak? Lagipun saya tak meletak harapan kepada playboy. Tambah-tambah lagi awak ni playboy famous!”

“Ikha…please lah jangan nak ungkit. Saya dengan Sasha dan Nadzra tu dah tak ada apa-apa kaitan!”

“Sekarang bolehlah cakap! Tapi nanti tengok-tengok…hmmm…” Ikha menyedut sedikit ice lemon tea yang masih berbaki dalam gelasnya.

“Ikha…you know what??? Okay I know it was too early to me confess how my feeling towards you but seriously I’m said that I’d fallen in love with you!”

“Farhan! Please stop all this! Saya tak nak dengar lagi Farhan! Jangan cuba nak mainkan hati saya!”

“Ikha…do I look like I’m playing around with my words?” Ikha tak berani nak melihat muka Farhan yangs edang merenung ke arahnya.

“Ikha…I know it’s hard for you to accept my feeling towards you but seriously I want to say that I really need you in my life and I really, really love you!”

Ikha tak mampu mendengarnya lagi. Dia segera bangun lalu ingin beredar. Namun, dengan pantas Farhan segera menegahnya.

“Ikha…please say something?”

“Apa yang awak nak saya cakapkan lagi? Saya tak ada apa-apa lagi yang nak dikata dekat awak. Saya malas nak dengar apa-apa lagi dari awak dan saya tak nak cakap dengan awak!”

“Ikha…does it wrong I’m a playboy become a truly lover?” Ikha tiada jawapan untuk jawapan Farhan. Sungguh lidahnya kelu.

“Sorry boss. I don’t have any idea with you words.” Ikha terus beredar pergi. Dia malas lagi nak layan ayat-ayat jiwang Farhan. Dia takut dia jatuh.

“Ikha…tak boleh ke sekali ni saja awak percayakan saya?” gumam Farhan perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience