Bab 29

Romance Completed 30326

Bab 29

Ikha sudah beberapa kali menghubungi Zurin namun tak dapat. Ke mana pulak Zurin ni? Sakit ke? Aku call tak angkat-angkat pun! Zurin! Angkatlah! Aku risau ni! Dia cuba menghubungi lagi. Tak berjawab lagi!

“Zurin…angkatlah!” desak Ikha. Dia mencuba lagi.

Manakala Zurin pula…diam tak berkutik di atas katilnya. Dia langsung tak turun makan walaupun perutnya terasa lapar. Biar! Biar aku sakit! Bukannya orang peduli pun dekat hati aku ni! Senang je mereka tunangkan aku? Tanpa persetujuan aku pulak tu dan yang syoknya ialah aku tak tahu yang aku ni tunangan orang! Can you imagine and believe it??! Gosh!

Perlahan Farhan masuk ke dalam bilik Zurin. Dilihatnya Zurin diam tidak berkutik di atas katil. Berbaring sambil matanya memandang ke satu arah sahaja. Dinding. Dia duduk di sebelah Zurin.

“Zurin…” Zurin hanya buat bodoh dengan kehadiran Farhan.

“Zurin…let me explain?”

“Tak payah!”

Farhan mengeluh. Zurin…kenapalah kau ni keras sangat hah?? “Zurin…ok bukan aku nak berahsia dengan kau but look at you now and what happen when you know the truth. Kau melenting…that’s why aku berahsia.”

Zurin bangun dari pembaringannya lalu menampar bahu Farhan dengan kasar. “Kenapa?! Kau ingat kalau korang berahsia dari aku, aku tak melenting?! Macam tu?!”

“Zurin…ok dengar ok. Lagipun tujuan aku dengan Syed Izzul Raziq rahsia benda ni dari kau sebab Syed Izzul Raziq tak nak kau melenting then kau putuskan pertunangan korang yang dah terjalin selama 4 tahun ni…”

“What?! 4 tahun?! Maknanya sejak aku umur 20 tahun?!” Farhan mengangguk.

“What the…??!” Zurin mengetap bibirnya. Dia meraupkan wajahnya. Buntu dengan apa yang terjadi sebenarnya. Aku bertunang sejak umur 20 tahun?! Aku kena tanya ibu dan abah! Zurin lantas bangun lalu keluar dari biliknya.

“Zurin!” panggil Farhan lantas mengikut langkah Zurin ke ruang tamu.

“Apa ni ibu? Abah?!” keras nada Zurin tanda dia tak berpuas hati.

“Kenapa Zurin?” tanya Puan Zaria.

“Ibu jangan nak buat don’t know dekat sinilah! Zurin dah tahulah semuanya! Kenapa Zurin ditunangkan tanpa pengetahuan Zurin dan persetujuan Zurin?!” matanya mencerlung tajam ke arah ibu dan abahnya.

“Zurin…ibu dengan abah ada sebab kenapa buat macam ni…” sampuk Encik Mukhriz.

“Ada sebab?! Sebab apa?! Bagitahu Zurin sekarang jugak!” dadanya naik turun naik turun. Menahan geram yang mula beraja di hatinya.

“Kami hanya nak tolong keluarga Syed Mokhtar sahaja…” balas Puan Zaria.

“Tolong?! Kiranya Zurin ni dijuallah?!”

“Zurin!” tegur Encik Mukhriz.

“Abah! This is unfair! Kenapa tak bagi orang lain je yang ganti tempat Zurin?! Kenapa perlu Zurin?!”

“Sabar…” bisik Farhan.

“Kau nak suruh aku sabar?! Kalau kau ada dekat tempat aku, apa yang kau rasa?!” Farhan tersengih bila dirinya dimarahi. Kena marah pulak…

“Kami mintak maaf Zurin…” kata Puan Zaria perlahan. Dia tahu dia salah sebab merahsiakan perkara yang sebenarnya.

“Maaf?!” Zurin tersenyum sinis. “Kalau nak Zurin maafkan ibu dan abah…call of this engage!” Zurin terus menuju ke biliknya. Farhan mengikut langkah Zurin ke bilik.

“Zurin! Zurin!” Farhan menahan pintu dari ditutup oleh Zurin. Dia melangkah masuk lalu menutup pintu.

“Kau nak apa Farhan??!”

“Kau tak sepatutnya marah parents kau macam tu…” Farhan menegur cara Zurin menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada ibu dan abahnya. Eleh kau pun sama je Farhan!

“Habis tu?! Kau nak suruh aku buat macam mana Farhan? Cuba kau bayangkan parents kau jodohkan kau dengan Sasha dan bukannya Ikha! Apa yang kau rasa?”

“Marahlah…” bengap pulak Farhan ni.

“Tahu pun kau nak marah! Samalah macam aku…kau tahukan si Syed Izzul Raziq tu buaya besar! Paling besar yang aku pernah jumpa!”

Farhan memeluk bahu Zurin. Dia cuba menenangkan Zurin. “Dahlah…kau jangan nak fikir sangat benda ni. Aku yakin Syed Izzul Raziq dah berubah…”

“Kau tahu mana?”

“Dia pernah mengaku dekat aku yang dia sayangkan kau dan jatuh cinta dekat kau masa perjumpaan pertama kau dengan dia…”

Bohonglah! Dia kan playboy yang tahap Gunung Everest tu! Mustahil dia senang-senang nak jatuh cinta dekat aku yang bertudung ni.

“Tak salahkan playboy jatuh cinta?” soal Farhan kepada Zurin. Zurin hanya diam. Tak tahu nak cakap apa.

“Dahlah…kau tidur dulu. Esok fikir lain…” Farhan meninggalkan Zurin sendirian. Kesian Zurin…

ESOKNYA Zurin datang ke pejabat dengan muka yang pucat lesi. Memang pucat. Bibirnya pun pucat semacam. Pagi tadi Farhan cakap yang Syed Izzul Raziq akan datang untuk membincangkan pasal projek yang sudah bermula semalam.

Kenapalah mamat tu perlu datang lagi?! Semak betullah. Ikha mendapatkan Zurin yang sedang berdiri di hadapan meja kerjanya.

“Zurin…” Zurin menoleh. Oh…Ikha rupanya.

“Kenapa Ikha?”

“Wait Zurin! Kenapa dengan kau ni? Kenapa muka kau pucat sangat ni?” Ikha membelek-belek wajah Zurin yang terserlah pucatnya.

“Tak ada apa-apalah…aku just letih,” dalih Zurin.

“Zurin! Cakap dekat aku! Kenapa?! Ke Farhan ada buat sesuatu dekat kau?!”

“Eh! Taklah…Farhan tak buat apa-apa pun. Farhan tak ada kena mengena dalam hal ni…”

“So then?”

“Sorry Ikha…aku tak boleh nak cerita dekat kau sekarang ni sebab aku letih sangat. Kalau kau nak tahu, kau tanyalah Farhan waktu lunch nanti…”

“Ok…by the way kau pergi tak majis pertunangan Mai malam ni?” Ikha mengingatkan tentang majlis pertunangan Maisarah yang akan berlangsung malam ini.

“Insha-Allah aku akan pergi kot…” balas Zurin. Kepalanya terasa berdenyut-denyut.

“Ok…tak apa. Malam nanti aku pick up kau ok? Aku nak pergi sambung kerja…” Zurin hanya mengangguk. Dipicit sedikit dahinya. Kenapa pulak aku nak kena sakit kepala bebagai ni?

Syed Izzul Raziq masuk ke dalam ofis Farhan. Dia ternampak kelibat Zurin yang sedang berdiri di hadapan meja kerjanya. Dia mendekati Zurin. Namun baru sahaja nak tegur, Zurin rebah. Nasib baik dia sempat menangkap tubuh Zurin dari jatuh ke lantai.

“Zurin?? Zurin???” Syed Izzul Raziq menepuk-nepuk pipi Zurin namun Zurin tidak juga sedar. Tanpa membuang masa, dia mencempung tubuh Zurin lalu dibawa ke pejabat Farhan.

“Kenapa ni?” soal Farhan apabila melihat Syed Izzul Raziq sedang mencempung tubuh Zurin.

“Dia pengsan tiba-tiba. Suhu badan dia pun naik semacam…kau tolong call doktor.”

“Ok…” Farhan menghubungi doktor peribadi keluarganya.

“Thanks doktor…” Farhan menghentikan perbualannya. Dia melangkah ke arah Syed Izzul Raziq.

“Macam mana boleh jadi macam ni?” tak pernah lagilah Zurin jatuh sakit macam ni. Seteruk-teruk dulu pun tak pernah pengsan macam ni.

“Aku rasa pasal pertunangan nilah…” kata Syed Izzul Raziq perlahan. Rasa bersalah makin menebal dalam dirinya bila melihat Zurin dalam keadaan pucat macam ni. Pengsan pulak.

“Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi…better kau selesaikan dahulu dengan dia ya? Aku akan tinggalkan korang berdua dekat sini. Dalam 5 minit lagi, doktor akan sampai.”

“Ok…thanks bro.” Farhan hanya mengangguk lantas keluar dari pejabatnya.

“Apa dah jadi?!” soal Ikha. Dia ternampak Zurin pengsan tadi dan Syed Izzul Raziq mencempung tubuh Zurin masuk ke dalam pejabat Farhan.

“Dia pengsan…”

“Pengsan?! Macam mana boleh pengsan?! Ada masalah ke?”

“Ikha…boleh tak kalau saya cerita benda ni waktu lunch?”

“Kenapa?”

“Sekarang ni masa tak sesuai dan saya nak keluar kejap…jumpa waktu lunch!” Farhan segera melangkah pergi.

Ikha pulak mengerutkan dahinya. Kenapa dengan Zurin dan apa yang dah jadi sebenarnya???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience