Bab 28

Romance Completed 30326

Bab 28

Zurin pergi melepak dengan Ikha. Anak beranak tu mesti lama lagi nak bercakap. Nak melepas rindulah katakan??? Ibu mana tak sayang anaknya tapi kalau bapanya…aku tak tau nak kata apa! No comment!

Tiba-tiba telefonnya masuk satu mesej. Unknown number lagi! Dia ni memang cari nahas betullah!

Unknown number: Buat apa tu?

Zurin: Kau sibuk pehal??? Kau pun aku tak kenal! Kau ni siapa sebenarnya hah?!!!

Zurin memandang skrin telefonnya. Macam nak pijak-pijak je tapi tak boleh! Mahal!!!

Unknown number: [smile face] Insha-Allah tak lama lagi kau akan tahu…cuma satu sahaja yang aku nak cakap. Kau sebenarnya tunang aku.

“What the heck?!” jerit Zurin. Aku? Tunang kepada unknown number ni?! Oh my god!

“Kau dah kenapa Zurin?” hampir nak terlajak lakaran dia tadi. Zurin mengetap bibirnya lalu menjawab kembali mesej unknown number tu. Soalan Ikha tadi dibiarkan sepi.

Zurin: Kau memang gila erkkk??? Ke kau ni memang biul hah?! Kenapa kau nak buat lawak hiperbola sangat ni?!

Unknown number: Bukan lawak hiperbola tapi ini adalah kenyataannya! Kau akan tahu jugak nanti…just wait for me sayang!

“Pergi mampuslah!” Zurin membaling kasar telefonnya ke atas meja.

“Agak-agaklah weyh! Kau dah kenapa?” soal Ikha. Dah kenapa meroyan tiba-tiba ni?

“Aku geramlah dengan mamat unknown ni! Ikut suka hati dia je nak kata yang aku ni tunang dia!”

“What?!” Ikha turut terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Zurin tadi.

“See??? Kau pun terkejut kan??” Zurin melepaskan keluhannya. Zurin mencapai telefonnya lalu menyimpan nombor mamat unknown itu kepada mamat hiperbola. Padan muka!

Ting! Satu mesej masuk. Zurin mmembuka peti mesej.

Mamat hiperbola: See at your finger…cinicin tu menjadi bukti yang kau tu sebenarnya tunang aku. Kalau kau tak percaya, aku pun ada cincin yang sama dengan kau. Kita pernah jumpa dan cincin yang ada di jari kau tu jugak ada di jari aku…cuma kau yang tak perasan.

Zurin memandang ke arah jarinya yang tersemat dengan cincin yang masih lagi cantik. Betul ke yang aku ni tunangan orang? Tapi…ibu kata yang cincin ni pemberian arwah mak ngah aku sebagai hadiah hari jadi aku? Tapi…

“Kenapa kau renung cincin tu lama sangat?” suara Ikha kedengaran.

“Tak…aku just curious. Betul ke aku ni tunangan orang. Cuba kau baca mesej ni…” Zurin memberi telefonnya kepada Ikha. Ikha membacanya. Matanya memandang Zurin dengan padangan yang….what??

“Zurin…”

“Speechless! Tak mungkin aku ni tunangan orang…” Zurin masih tak percaya dengan mesej tersebut.

“Wait! Dia hantar MMS! And seriously double triple big memang sama cincin dia dengan cincin kau!” Ikha menyerah kembali telefon Zurin dan Zurin memandang gambar yang dihantar oleh mamat hiperbola itu.

Zurin keliru. Mana satu yang harus dia percaya?? Mesej ini ataupun kata-kata ibunya bahawa cincin ini adalah pemberian hadiah dari arwah mak ngahnya?

Dan mesej dia…kita pernah jumpa dan cincin yang ada di jari kau tu jugak ada di jari aku…cuma kau yang tak perasan. Siapa dia? Siapa mamat ni sebenarnya yang tiba-tiba menjadi tunang aku ni?? Aku kena balik tanya ibu! Ya! Zurin bangun dari tempat duduknya lalu segera keluar.

“Zurin! Zurin! Kau nak ke mana??!” soalan Ikha langsung tak diendah.

Zurin menghantar mesej kepada Farhan yang dia hanya half day hari ini. Dia terus keluar dari pejabat. Dia perlu rungkai benda ni jugak!

Farhan meninggalkan Datin Noraini sebentar. Dia keluar melihat meja kerja Zurin. Dah tiada. Dia menuju ke bilik Ikha. Manalah tahu Ikha tahu keberadaan Zurin dan Zurin ke mana sampai half day saja hari ni.

“Ikha…awak tahu ke mana Zurin pergi mana? Dia hantar mesej dekat saya yang dia half day je hari ni…”

“Entahlah…tadi pun dia keluar tak bagitahu.”

“Tahu sebab apa?”

“Sebab??? Tadi sebenarnya ada seorang mamat ni text dia dan cakap Zurin tu tunang dia!”

Aiseymen!!! Confirm Syed Izzul Raziq! Tak salah lagilah! Kalau Zurin tahu yang tunang dia Syed Izzul Raziq macam mana agaknya ya?

Ikha pulak pelik dengan perubahan Farhan tiba-tiba. Kenapa bila dapat tahu yang ada orang text Zurin tu dah bertunang, Farhan jadi senyap?

“Errr…tak apalah!” Farhan kembali ke pejabatnya. Dia mendapatkan Datin Noraini.

“Ibu…Farhan kena pergi sekarang. Urgent. Can we meet later?” pinta Farhan.

“Kenapa ni tiba-tiba? Mana Zurin??”

“Urgent matter! Please and I’m so sorry…! Bye ibu!” terus Farhan melangkah keluar dari pejabatnya.

Datin Noraini memandang pelik. “Kenapalah dengan anak aku ni??” Datin Noraini menggeleng-geleng kepalanya.

ZURIN memandu masuk keretanya ke dalam garaj. Dia memandang kereta Audi Q5 yang tersadai di luar pagar rumah abahnya. Kereta sapa pulak ni??? Takkanlah abah ada kawan sekaya raya ni?

Dia melangkah masuk ke dalam rumah. “Assalamualai…” ucapannya terhenti bila ternampak kelibat mak cik dan pak cik yang dia tak kenal dan seorang lelaki yang dia memang cukup kenal! Siapa lagi kalau bukan Syed Izzul Raziq! “kum…” dia menghabiskan ucapannya.

Siapa mak cik dan pak cik ni?? Apa kena mengena dengan Syed Izzul Raziq ni dan macam mana Syed Izzul Raziq boleh tahu rumah parents aku dan yang paling penting ialah dia buat apa dekat sini?!

“Eh? Zurin? Awal balik?” Puan Zaria memandang anaknya lalu meletakkan dulang air di atas meja.

Zurin dengan perasaan tertanya-tanya terus mendapatkan ibunya. “Ibu…siapa mak cik dan pak cik ni dan kenapa lelaki tu boleh ada dekat sini?!” soal Zurin agak tegas.

“Errr…Zurin…jom duduk!” Zurin memandang abahnya yang sedang bersembang dengan pak cik yang tak dikenali.

Hesy! Buat apa tak tau playboy ni dekat sini?! Semak betullah! Zurin mahu tak mahu duduk di ruang tamu itu bersama ibunya.

“Jadi…inilah Zurin?” soal Puan Husna. Mama kepada Syed Izzul Raziq.

“Ye…inilah anak dara saya…” kata Puan Zaria.

Sesi soal menyoal apa pulak ni?! Hesy! Tak faham betullah aku! gumam Zurin dalam hati. Tak puas hati apabila melihat Syed Izzul Raziq yang sedang tersengih ke arahnya.

Namun, matanya terpaku kepada jari Syed Izzul Raziq. Cincin??? Kenapa cincin tu sama…Zurin memandang cincin miliknya. Sama! Oh no! Tak mungkin! Tak mungkin! Mengarut! Tak mungkin aku tunang dia! Say it no! Arghhh!!! Aku tension!

Syed Izzul Raziq tersenyum kecil melihat kekeliruan yang terserlah di wajah Zurin ketika ini. Kau tunang aku Zurin…

Telefon bimbit Syed Izzul Raziq berbunyi. Dia meminta diri untuk menjawab panggilan tersebut.

“You nak apa lagi Sofea?!” soal Raziq kasar.

“No! I takkan balik dekat you! You tahukan I ni playboy! So, you mesti tahukan ciri-ciri seorang playboy? Lagipun I ni dah bertunang!” terus Raziq memutuskan talian. Dia mengeluh perlahan.

“So! Explain!” tiba-tiba suara Zurin menyapa telinganya. Dia menoleh ke arah Zurin yang sedang merenung ke arahnya serupa nak telan.

Kemudian, kereta Farhan memarkir masuk ke dalam garaj. Farhan keluar dari kereta lalu melangkah ke arah Zurin dan Syed Izzul Raziq.

“Bro…kau serius ke nak confess dia sekarang ni??” soal Farhan. Zurin pula memandang Farhan dengan seribu tanda tanya.

“Kau tahu Farhan?!” Zurin memeluk dirinya.

“Errr Zurin…”

“Jadi, kau tahulah yang aku bertunang dengan mamat ni?! Kau tahukan?!” mata Zurin tajam menikam mata Farhan.

“Zurin…”

“Kenapa kau diamkan?! Kau tahukan aku tak suka mamat biul ni?! Kenapa kau diamkan!”

“Zurin…awak janganlah marah Farhan. Saya yang mintak dia rahsiakan. Lagipun, dia baru je tahu benda ni beberapa hari yang lepas. Yang tahu hanyalah saya, keluarga saya dan keluarga awak.”

Zurin mengetap bibirnya geram. Apa semua ni?! “Kau…!!! Jadi, selama ni kaulah yang kacau aku huh?!! Kaulah yang text aku apa segala ni?!”

“Zurin…let me explain…”

“Tak payah! Kau tak payah nak explain! Aku malas nak dengar!! Kau tahukan aku tak sukakan mamat buaya macam kau ni?! Aku tak suka!!! Aku benci!!! Arghh!!!” Zurin melangkah masuk ke dalam rumah lalu segera masuk ke dalam biliknya. Tension! Tension! Panggilan ibunya langsung tak diendahkan.

Zurin menghentak-hentak tangannya di atas almari meja solek. Air matanya mengalir. Geram dengan apa yang berlaku. Maknanya mamat yang aku benci ni adalah tunangan aku?!

“Arghhh!!!!” Zurin menyembamkan mukanya ke bantal. Bantal-bantal itu ditumbuk.

“Aku tak suka! Aku benci!!! Aku tak suka Syed Izzul Raziq!!!” jerit Zurin. Mamat hiperbola! Eiii!!!

Syed Izzul Raziq pula mengeluh. Farhan menepuk bahu Syed Izzul Raziq. “Rileks bro…Zurin memang macam tu. Lama-lama dia oklah tu…” kata Farhan. Memberi semangat kepada Syed Izzul Raziq. Syed Izzul Raziq hanya berasa kosong. Mampukah Zurin terima dirinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience