Bab 22

Romance Completed 30326

Bab 22

Kehadiran Syed Izzul Raziq disambut baik oeh seluruh staf Ecomas Executive Holdings. Sudah dilatih oleh Fakhrul. Tetamu wajib dihormat especially client dari luar.

Syed Izzul Raziq bersama PA dan arkiteknya menuju ke bilik meeting. Farhan, Ikha, Akram dan Zurin sudah menunggu kehadiran Syed Izzul Raziq. Tak lama kemudian, Syed Izzul Raziq melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat bersama senyuman di bibir.

Zurin hanya mencebik. Senyum pehal? Macam orang baru lepas keluar dari Tanjung Rambutan. Syed Izzul Raziq memandang Zurin. Haish…bilalah aku nak boleh tengok senyuman dia? Kalau aku datang je, langsung tak senyum!

Apahal usya-usya?! Apa?! Kau ingat kau tengok aku ni tol free ke? Zurin pura-pura membelek buku catatannya. Duh! Dahlah meeting ni lama gila! Start pukul 2 tapi habis pukul 5 petang! Huhuhu…

“So…welcome to Ecomas Executive Holdings Encik Raziq. Terlebih dahulu saya nak perkenalkan arkitek baharu saya, Nur Ain Zulaikha…” ujar Farhan sekadar memperkenalkan Ikha.

“Oh…Akram mana?”

“Dia jadi board of director.”

“Ok…”

“Jemputlah duduk.” pelawa Farhan. Syed Izzul Raziq dan pekerja-pekerjanya duduk. Sengaja Syed Izzul Raziq duduk berhadapan dengan Zurin. Senang nak usya sikit. Mereka memulakan perbincangan. Slide show ditayangkan. Syed Izzul Raziq melihat tayangan tersebut.

Giliran Ikha pula membentangkan ciri-ciri dan apakah konsep bangunan tersebut. Replika turut dibawa dan diletakkan di atas meja. Mereka semua memerhati bangunan kecil yang telah diubahsuai menjadi sebuah bangunan yang cukup sempurna pada pandangan Syed Izzul Raziq. Cantik! Lagi cantik orang depan aku. Syed Izzul Raziq curi-curi pandang Zurin melalui replika tersebut.

Zurin yang perasan pandangan Syed Izzul Raziq terus mengalih pandangannya ke arah Ikha yang sedang membentangkan slide show tersebut.

Dah kenapa mamat ni kemain usya aku? Tak biasa tengok perempuan ke?? Oh ya! Aku lupa! Dia manalah pernah tengok perempuan pakai tudung. That’s why jadi macam tu.

Syed Izzul Raziq mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menangkap gambar Zurin. Yes! Tepat! Nampak muka dia. Zurin…apalah yang kau jampi dekat aku hah sampai aku naik angau macam ni?

Farhan pula tersenyum melihat kesungguhan Ikha menceritakan tujuan bangunan itu direka sebegitu rupa. Ikha pula tak senang bila Farhan asyik tersenyum ke arahnya.

Dah kenapa mamat ni tersenyum-senyum tengok aku? Hesy! Dahlah aku tengah presents slide show ni! Dia boleh pulak dok usya aku sampai macam tu sekali! Gugup pulak aku.

Dan sepanjang mesyuarat ini, Zurin tak senang duduk. Dari tadi Syed Izzul Raziq hanya memerhati ke arahnya. Mamat ni aku cucuk jugak dengan garfu! Tak garfu pen yang aku tengah pegang ni! Biar tak boleh tengok terus. Dah tu sengih-sengih pulak tu! Sahih baru keluar dari wad sakit jiwa! Tak boleh jadi ni! Aku kena keluar jugak dari sini!

“Errr…Farhan.” panggil Zurin. “Sorry…I mean boss!”

“Ya?”

“Saya nak keluar kejap ya? Nak buat air.”

“Ok…boleh!” Zurin terus berlari keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Dia menuju ke pantry. Jug dibawa keluar dari kabinet. Dia membancuh air oren lalu 7 gelas dibawa keluar.

“Hai…” satu suara yang mengejutkan Zurin. Nasib baik tak terlepas gelas di tangannya. Dia buat apa dekat sini?! Suka betullah nak mengacau!

“Nak apa?!” tanya Zurin kasar. Sesungguhnya makhluk ini pengacau nombor satu!

“Saya nak tanya awak satu soalan boleh?” pinta Raziq.

“Apa?”

“Saya nak tahu nama awak boleh?”

“Buat apa hah?! Tak penting pun untuk awak tahu!”

“Oklah kalau awak tak nak bagitahu nama awak dengan sendiri. Saya boleh cakap sendiri Nazlili Zurin.”

Sentap terus Zurin. Macam mana dia tahu nama aku? Dia ambik mana nama aku?! Dia curi mana nama aku!! Arghhh!!!

“Kenapa senyap Zurin??”

Zurin mengetap bibirnya. “Macam mana awak tahu nama saya dan awak cilok mana nama saya hah?!” macam aku nak ketuk-ketuk je mamat ni!

“Kan saya dah cakap Zurin. Saya akan cari nama awak sampai dapat! And now I win!”

Zurin hanya mencebik. “Apa yang awak menangnya??? Saya rasa kita tak ada buat pertarungan apa-apa kan?”

“Ada! Memang ada! Saya akan bertarung untuk mendapatkan hati awak…”

“Uwekkk!” Zurin buat gaya nak termuntah. “Cakap tu biar berlapik sikit ye! Awak ingat saya nak buat awak ni jadi suami saya ke Syed Izzul Raziq? Saya tak minatlah! Lagipun awak playboy! Mungkin di tahap kasanova!” bidas Zurin.

“Tak boleh ke seorang playboy berubah menjadi seorang yang pencinta setia? Ada hukum ke?”

“Memanglah tak ada tapi kalau dah diri tu sebati dengan playboy, tak ada punyalah nak jadi yang stick to the one!” Zurin membawa dulang yang sudah diisi dengan air oren lalu ke bilik mesyuarat.

Syed Izzul Raziq hanya mengeluh. “Macam mana lagi aku nak pikat kau Zurin?”

“Sabar bro…” ujar Farhan tiba-tiba. Dia dengar semua perbualan antara Syed Izzul Raziq dengan Zurin.

“Farhan?” pelik! Bila masa dia dok tercegat dekat sini?

“Macam nilah…habis meeting, kita jumpa dekat bilik aku. Maybe we need a discussion?”

“Ok…sure.”

“Jom masuk balik!” mereka berdua sama-sama ke bilik mesyuarat.

AKHIRNYA, mesyuarat mereka habis juga. Syed Izzul Rafiq berpuas hati dengan pembentangan yang dibuat oleh Ikha tadi dan juga bentuk replika.

Alhamdulillah…habis jugak! Lagi lama aku terperap dalam ni, lagilah aku sakit jiwa tengok mamat jiwang ni! Ada hati nak menggayat dengan aku? Cakap je mampu tahan jiwa tapi bila dah tak seronok dengan bini sendiri nanti, mulalah nak jadi balik sindrom playboy dia tu!

“Well, congrats Encik Farhan! Saya suka cara arkitek you bagi maklumat tentang rekaan dan konsep yang digunakan. Tahniah! You did it!” kata Raziq dengan sambil bersalaman dengan Farhan.

“Thanks Encik Raziq. I really appreciate it a lot!” kata Farhan dengan bangga.

“Raziq…let’s!” Raziq hanya akur lalu mengikut Farhan ke pejabatnya.

Zurin dan Ikha memandang dengan pandangan pelik. Bukan ke meeting dah habis? Nak dibincangnya apa lagi? Arhhh…lantaklah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience