Bab 19

Romance Completed 30326

Bab 19

Ikha duduk di tempatnya. Dia meraup mukanya. Ya Allah…apakah ini satu cabaran untukku? Adakah benar-benar Farhan menyukai ku? Ataupun hanya sekadar ingin mengenakan ku? Aku buntu! Aku buntu!

Tok! Tok! Tok! terkejut Ikha dibuatnya. Dia memandang gerangannya di depan pintu pejabatnya.

“Oh…Encik Dani ke? Kenapa Encik Dani?” Ikha membetulkan tudungnya.

“Errr…are you okay Ikha? Awak nampak pale. Sakit?” soal Dani prihatin.

“Errr….tak ada apalah Encik Dani. Cuma saya peninglah dari segi design ni…”

“Insha-Allah! Lama-lama oklah tu. Baru 2 hari kerja kan? By the way, jomlah ke bilik mesyuarat sekarang? Kita nak ada sedikit perbincangan tentang projek yang baru proceed dengan Worldwide Centre hari tu…”

“Oh ok!” Ikha terus bangun lalu mengikut Dani ke bilik meeting. Farhan yang melihatnya terasa sedikit cemburu apabila melihat Ikha yang senang bermesra dengan mana-mana pekerja kecuali dia seorang! Aku sorang je yang dia jarang nak cakap mesra macam tu!

“Dahlah-dahlah nak jeles! Come on bro. Dia dengan Encik Dani tu work as a team ok?” Zurin tahu apa yang Farhan rasa. Jeleslah tu!

“Aku jeleslah! Kalau dengan aku, jangan harap dia nak cakap macam tu dengan aku! Tak fair lah!”

“Dah-dahlah tu! Tak payahlah nak jeles banyak sangat dengan si Dani tu. Dani dengan dia satu team pasal projek yang baru proceed Worldwide Centre. So, mereka mestilah bersama setiap hari untuk bincangkan projek tu.”

Tiba-tiba telefon pejabat di meja Zurin berbunyi. Zurin terus menjawabnya. “Hello? Ecomas Executive Holdings. Zurin yang bercakap. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”

“Oh! Cik Shiqin! PA kepada Syed Izzul Raziq ya?” mesti pasal meeting ni!

“Oh…pasal meeting esok memang confirm! Tapi, Syed Izzul Raziq yang datang ke ofis ni kan?”

“Ok…jadi bos Cik Shiqin pun dah confirm akan datang ke Ecomas esok?”

“Ok! Thanks Cik Shiqin!” Zurin meletakkan gagang telefon kembali.

“Dari Worldwide Centre?” soal Farhan. Zurin mengangguk.

“Mereka jadi datang esok.”

“Prepare yourself…” kata Farhan. Zurin mencebik.

“Perli aku?”

Hesy! Esok adalah worst day aku! Nak kena hadapi play buaya tu lagi! Hesy! Tak leh ke nak meeting 5 bulan lepas tu? Semaklah nak usya muka dia!!! Arghhh!!!!

SHIQIN masuk ke dalam pejabat bosnya untuk memberitahu yang esok memang confirm jadi meeting dengan Ecomas Executive Holsings.

Waktu itu Syed Izzul Raziq tersengih-sengih. Sengih lain macam. Shiqin pula memandang dengan pandangan pelik. Dah kenapa dengan bos aku ni?? Dah kena sampuk ke apa?

“Bos?” sengih lagi! “Bos??” sengih lagi! “Bos!!” Shiqin menepuk meja Syed Izzul Raziq menyebabkan Syed Izzul Raziq terkejut.

“Hesy! Awak ni dah kenapa ketuk-ketuk meja saya?! Dahlah masuk tak bagi salam!” terkejut betullah aku dengan si Shiqin ni.

“Hello bos?? Saya ni dah bagi salam dan ketuk pintu macam nak rak dah! Tapi bos yang tak jawab-jawab! Saya masuklah. Tengok-tengok bos dok sengih macam kena sampuk! Apa hal?”

Alamak! Dia nampak ke aku sengih-sengih tadi? Isy! Buat malu kau je Raziq!!! Nasib baik PA kau! Kalau papa yang nampak? Tak ke naya???

“Tak ada apa-apalah Shiqin. Kenapa masuk bilik saya ni?”

“Saya just nak cakap yang esok jadi meeting dekat Ecomas Executive Holdings. Bos mereka free esok.”

“Oh ye ke?” hehehe! Boleh jumpa Zurin! Dia tersengih lagi.

“Apa-apalah bos oiii! Sengih macam kera dapat pisang! Saya keluarlah dulu…” Shiqin beredar dari pejabat bosnya.

“Suka-suka dia je nak kata aku kera!” gumam Syed Izzul Raziq.

Macam mana dia tahu nama Zurin?? Hmmm…adalah caranya! Yang penting aku dah tahu nama dia! Nazlili Zurin! Nama yang cukup lawa.

Dia memerhati fail yang berisi dengan maklumat peribadi Zurin.

Nama: Nazlili Zurin bt. Mukhriz

Umur: 24 tahun.

Tarikh lahir: 28 June 1992

Tempat lahir: Subang Jaya.

No h/p: 01.-…….

“SAYA harap awak fahamlah apa yang kita bincangkan Ikha. Saya harap awak tak pening dengan apa yang kita discuss tadi.” kata Akram selaku ketua kumpulan.

“Tak…saya ok je. Cuma, saya nak terus-terang dekat sini yang bab-bab mencorakkan warna saya tak berapa nak pandailah.”

“Tak apa…itu saya akan uruskan ya? Yang penting, dari segi binaan pelan. Ok?”

“Ok…” Ikha hanya mengerti. Baik sungguh Encik Akram dengan Encik Dani. Untung aku se team dengan mereka.

Tiba-tiba meeting mereka dihadiri oleh Farhan. Mereka semua memandang Farhan. Farhan pual mengerutkan dahinya.

“Kenapa? Salah timing ke? Or saya tak diundang???”

Memang pun! Kata hati Ikha. Semak je!

“Tak bos cuma pelik. Selalunya pasal projek ni bos suruh kami handle dan ini pertama kali bos masuk.”

“Saja nak tengok sebab tengah free sekarang ni. Akram! Be prepared for tomorrow! Tomorrow will be gonna a big deal with Worldwide Centre.”

“Baik bos…”

“And you too Ikha!”

“Yes boss…” berapa kali dia nak pesan ni???

ZURIN duduk santai di kopitiam. Saja nak minum-minum bagi mengisi tekak yang sedia haus ini. Dia membelek-belek telefonnya. Ada what’s app dari group chat.

Maisarah: Weyh u olls! Jom buat reunion balik nak?? Rindulah nak jumpa korang!

Puteri: Pasaipa ni?? [LOL]

Maisarah: Aku ketuk kang!

Puteri: Rileks weyh…rileks!

Ikha: Aku ok je! Tak kisah bila-bila pun!

Maisarah: Kita buat hujung bulan ni nak tak?

Puteri: Aku ok ja…

Ikha: Aku tak tahu lagilah…aku banyak kerja!

Hahahah…nasib kaulah Ikha. Farhan sengaja nak buli kau supaya kau terus dekat-dekat dengan dia!

Zurinxxx: Aku ok je!

Ikha: Dia tak apalah! Anak buah bos! Bila-bila je boleh apply cuti!

Zurinxxx: Kau kekasih kesayangan bos! Hahaha…

Ikha: Zurin!!!!!

Maisarah: Woooo…hot gossip!

Puteri: Sapa dok kata ni?

Malas nak layan, Zurin menyimpan kembali hensetnya kembali ke dalam beg tangannya.

“Woi Zurin!” sapa Puteri tiba-tiba.

“Woi Puteri!” terus Zurin memeluk Puteri. “Anak-anak kau ke Puteri?”

“Halah weyh! Ingat anak buah aku ke? Please lah!”

“Comelnya!!!!” Zurin memandang anak-anak Puteri.

“Sapa dok jerit ni?” Ya Allah! Trademark lama dia ada lagi!

“Kau ni kalau tak guna trademark lama tak boleh?” geram pulak Zurin rasa.

“Isy! Kenapa tak tau?!” sengaja Puteri mengusik Zurin. Dia tahu Zurin tak suka dengan trademark dia.

“Macam manalah dah jadi ibu! Perangai pun tak matang lagi!” peril Zurin. “Eh! Duduklah…jom arrr sembang!”

“Boleh jugak! Kau belanja!”

“No problem!” terus Zurin memanggil waiter dan memberitahu pesanan Puteri.

“So? Mana Haziq?” soal Zurin. Dah lama tak nampak Haziq.

“Ada je! Dia kerjalah weyh! Nak beli pampers lagi!” Puteri sibuk melayan anak-anaknya.

Pesanan yang dipesan oleh Puteri sampai. Puteri mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut.

“Mak dengan ayah kau sihat?”

“Sihat je. Boleh main dengan cucu lagilah sihat!” seloroh Puteri. Zurin ketawa.

“Aku dengar Ikha dengan Farhan? Betul?” Zurin memandang Puteri dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

“Ikha sekarang dah keras hatinya…”

“Serius weyh?? Keras macam mana tu?”

“Susah gila nak tackle dia balik.”

“Betoi ka Farhan nakkan dia?”

Zurin mengeluh. “Yep…Farhan dah sedaya upaya cuba pujuk dia tapi Ikha buat bodoh je.”

“Sampai macam tu sekali?” Zurin mengangguk. Buntu macam mana nak satukan Ikha dengan Farhan.

“Keras sangat ka?” soal Puteri seolah-olah tak percaya dengan perubahan drastik Ikha.

“Keras gila balak weyh! Farhan pun tak tahu nak buat macam mana? Bagi hadiah? Aku tak rasa yang hadiah tu akan disimpan. Malah disedekahkan kepada tong sampah!”

“Sampai macam tu sekali? Dahsyat betul si Ikha ni!” semua tak percaya dengan perubahan drastik Ikha.

Ting! Ada what’s app masuk. Begitu juga dengan Puteri. Mereka membelek what’s app.

Maisarah: Weyh!!!! Aku nak kahwin!!!

Puteri dan Zurin memandang antara satu sama lain. “Gila agaknya!” kata mereka berdua serentak.

Zurinxxx: Tudia! Gatai nya!!!

Puteri: Isy! Galak aihhh!

Maisarah: Biaq lah! Kau sibuk pehal?!

Ikha: Ya ka?

Maisarah: Serius haih! Buat apa nak tipu??

Zurinxxx: Bila kau nak kahwin??

Maisarah: Insha-Allah dalam tahun depan. Tahun ni tunang duluan! [peace]

Puteri: Tunang buat apa? Kahwin terus!

Maisarah: Aku tak kalut macam kau!

“Hahaha…kena balik!” Zurin mentertawakan Puteri yang berada di hadapannya.

Zurinxxx: Apa-apa pun congrats. Happy for you!

Maisarah: Thanks…

Puteri: Dah dah! Sembang bohong pa tak tau? Dahlah sikit-sikit!

Maisarah: Lah weyh!

Zurin menutup laman what’s app nya. Dan…ada seorang menegur dirinya. Siapa???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience