Bab 11

Romance Completed 30326

Bab 11

Zurin mengetuk pintu pejabat Ikha. Ikha memandang gerangannya. Dia tersenyum. “Masuklah Zurin! Sejak bila pulak kau jadi formal bagai ni?” Ikha tekun melihat pelan yang baru dihantar oleh Akram tadi.

“Hehehe…saja je! Tengok kau sibuk tanda apa-apa entah atas pelan tu. Aku tak naklah kejutkan kau! Kang tersenget pulak apa yang kau tanda tu!” Ikha hanya tersenyum.

“Beb…aku datang ni sebab nak cakap yang kejap lagi lepas lunch kita kena pergi site!”

“Hah?! Site? Serius?”

“Yelah! Arahan dari bos atas! Abah Farhan!” Ikha mengeluh. Aduh! Nak kena dekat dengan Farhanlah pulak!

“Hmmm ok!”

“Kau kenapa asyik nak mengelak dari Farhan ehh??” sengaja dia bertanya.

“Kau tahukan aku tak selesa dengan Farhan sejak kes sekolah dulu? Aku tak naklah ada hati lagi dekat dia! Just forget about it. Aku dah malas nak berurusan dengan dia!”

“Are you sure because I can see you still love him in your eyes!”

“Apa yang kau merepek ni Zurin? Dahlah…jangan cakap lagi pasal ni!” Ikha cuba-cuba menafikan perasaannya.

“Ok…fine! Lagipun, kau dah tengok anak Puteri? Perghh! Minah ni memang gila sungguh! Lepas SPM, kahwin terus!”

“Tulah! Dah cita-cita dari form 3 lagi!” selamba Ikha berkata.

“Kan??” Zurin turut join sekali gelak.

Tiba-tiba interkom Ikha berbunyi. Dia memandang interkom tersebut. “Weyh Zurin! Nak buat macam mana ni?”

“Tekan balik punat bernyala tu!” Ikha menekan lalu suara Farhan kedengaran.

“Ikha! Sila ke bilik saya sekarang!” arahan tegas! Alamak!

“Ok…” tut..tut…tut…

“Alamak Zurin! Dia suruh aku ke bilik dialah pulak!!!” stres Ikha dibuatnya.

“Rileks ok? Buat rileks sudah! Adalah tu dia nak bincang pasal projek yang baru dibina di site tu!”

“Ok…” Ikha segera gerak ke pejabat Farhan. Diketuk dahulu sebelum masuk ke dalam pejabat Farhan.

“Ye bos?”

“Sit here!” ujar Farhan sambil menunjukkan kerusi berhadapan dengannya. Ikha hanya akur.

“Kenapa bos suruh saya datang ke sini?” Ikha menundukkan wajahnya. Takut nak bertentangan mata dengan Farhan.

“Kenapa nak berbos-bos dengan aku ni?” kenapa dia tak panggil aku macam Zurin panggil aku?

“Bos kan bos saya. So, I should respect you as my boss!”

“But you’re my friend as you too!”

“Dahlah! Jangan nak cakap pasal ni. So, kenapa?”

“Nothing…just nak cakap dekat awak lepas kita lunch kita kena terus ke site.”

“Tahu…”

“Saya tahu Zurin dah cakap kan? Saja saya nak remind awak balik!”

“Ok…dah tak ada apa-apa kan? I think I should go!” Ikha terus bangun dari tempat duduknya.

“Wait!” Farhan bangun lalu menghampiri Ikha. “Kenapa awak macam nak lari dari saya je hah?”

“Lari?? What for saya nak lari dari bos?” jantung Ikha mula berdegup pantas.

“It seems like awak tak sukakan saya. Am I right?”

“Errr…why should I nak kena rasa macam tu dekat bos? Lagipun, awakkan bos saya. So, I must respect. Mungkin cara saya nampak macam saya nak larikan diri dari awak!” sengaja Ikha mereka cerita.

“Maybe…”

“Oklah…saya keluar dulu bos. Ada apa-apa, just inform dekat Zurin ye sebab saya ada banyak kerja sekarang ni. Sorry!” terus Ikha keluar dari pejabat Farhan.

Farhan hanya mengeluh. Banyak betul minah ni reka alasan! Aku tahu dia masih tak selesa nak bercakap dengan aku sejak kejadian dahulu dan aku tahu ini semua salah aku.

Ikha duduk di tempatnya kembali. Dia melepaskan keluhan yang panjang. Say me right! Farhan cuba dekati aku dan cuba berbual dengan aku balik! Tapi…entahlah! Dalam hati aku memang aku masih menaruh harapan tapi dalam masa yang sama aku takut jika aku menerima dia dalam hidup aku, aku akan dipermainkan. Diakan playboy famous!

“Ikha? What’s wrong with you? Are you okay?” soal Dani di depan muka pintu pejabat Ikha.

“Oh yes Encik Dani. I’m okay! Cuma pening sikitlah nak kena teliti dan perbetulkan balik pelan ni.”

“Biasalah tu…first time kan? Kalau dah lama-lama, I’m sure awak akan boleh buat kerja ni.”

“Thanks Encik Dani!”

“Welcome! Well, awak dah tahu yang kita kena ke site petang ni?”

“Ya…saya dah tahu! Zurin dah inform saya awal-awal tadi.”

“Good! Make sure awak tak terlepas pandang! Asyik teliti pelan tu sampai terlupa masa nak ke site!”

“Insha-Allah Encik Dani! Saya akan ingat!” kata Ikha sambil tersenyum. Dani terus pergi ke pejabat Farhan.

“Fuh! Pening kepala aku dibuatnya! Teliti tak apa tapi nak kena tanda tu yang susah! Nasib baik Encik Akram tolong aku!” gumam Ikha sendirian. Dia kembali meneliti pelan tersebut.

Ting! Telefon Ikha berbunyi tanda ada what’s app masuk. Daripada Puteri.

Puteri: Hello my Ikha!

Ain Zulaikha: Hello ibu muda! Macam mana dengan anak-anak kau?

Puteri: Sihat cek oiii!

Ain Zulaikha: Alhamdulillah…

Puteri: Bila kau nak kahwin Ikha?

Ain Zulaikha: Hahahaha…kau buat lawak ke Puteri oiii?? Aku ni bukannya galak macam kau nak nikah lepas SPM!

Puteri: Kurang ajar…!! Hahaha…well nak buat macam mana! Dah jodoh aku nak mai lepas SPM!

Ain Zulaikha: Alasan…cakap jelah yang kau pujuk Haziq suruh dia kahwin dengan kau cepat-cepat kan?

Puteri: [smile emoticon]

Ain Zulaikha: Dah dah! Aku nak sambung buat kerja ni! Nanti chat lain!

Puteri: Ok!

Ikha menutup laman what’s app lalu fokus kembali kepada kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience