Bab 79

Romance Completed 30326

Bab 79

Setahun kemudian…

Alhamdulillah…Zurin dah selamat melahirkan anak lelaki. Comel pun comel! Muka nak sebijik dengan Syed Izzul Raziq. Kata-kata itu menyebabkan Zurin cemburu. Takkanlah tak ada satu pun dari aku melekat dekat baby ni? Isy! Sedih pulak!

Syed Izzul Raziq ralit memerhati anaknya yang sedang tidur di atas pangkuan Farhan. Bayi itu sudah pun berusia 3 bulan. Farhan turut ralit memegang anak Zurin. Yelah…walaupun dah setahun usia perkahwinannya bersama Ikha namun mereka masih belum ada rezeki dikurniakan anak.

Ikha pula merasa sebak melihat kegembiraan Farhan yang sedang mendukung anak Zurin dan Syed Izzul Raziq. Ya Allah, bilakah kami akan menimang cahaya mata. Kau berikanlah kebahagiaan kepada kami dengan mengurniakan anak sebagai penyeri hidup kami sebagai suami isteri.

Zurin melihat ke arah Ikha. Mukanya dah seperti nak menangis. Mesti dia terkilan sebab masih belum dikurniakan anak. Siapa yang tak nak ada anak?

“Ikha…jom ke dapur?” ajak Zurin. Ikha hanya mengangguk lantas mengikut langkah Zurin ke dapur.

Mereka berdua duduk di kerusi meja makan. Zurin bersimpati terhadap Ikha kerana masih belum lagi dikurniakan cahaya mata yang mungkin penyeri bagi hidup Farhan.

“Ikha…kau sabar ok? Insha-Allah…kalau korang ditakdirkan dapat anak, korang akan dapat jugak. Cuma, cepat atau lambat je.”

“Zurin…aku sedih Zurin. Aku tahu yang Farhan nak sangat anak dan aku boleh nampak kegembiraan di wajah dia bila dia dukung anak kau tadi. Aku…aku…”

“Dah! Kau janganlah macam ni ok? Insha-Allah satu hari nanti, kau dengan Farhan akan dikurniakan anak yang banyak! Percayalah cakap aku!” Zurin menghulurkan semangat.

“Tapikan Zurin, sebenanrya aku lapar!”

“Lapar?” amboi minah ni! Tadi sedih, ni lapar pulak?

“Yelah! Entahlah! Kebelakangan ni aku kerap lapar! Kau tahu tak? Period aku dah tak datang 2 bulan kot! Aduh! Macam mana ni?”

“Alah…biasalah tu tapi taklah biasa sangat sebab kemungkinan ada masalah! Baik kau buat check-up. Tadi kau nak makan kan? Hah…kebetulan sangat hari ni aku rajin aku masakkan lasagne. Kau makanlah!”

“Lasagne? Wuih! Sedap tu! Nak boleh?”

“Makanlah!” Zurin menghulurkan pinggan kepada Ikha lalu dicedok lasagne ke dalam pinggan Ikha. Ikha makan dengan berselera sekali.

Hesy pelik betullah minah ni! Makan kerap betul! Badan pun dah up 2 kilo apa? Entah-entah… “Kau mengandung tak Ikha?!”

“Uhuk! Uhuk!” Ikha tersedak. Zurin segera menyerahkan air kepada Ikha.

“Fuh! Apa kau merepek ni Zurin? Tak mungkinlah!”

“Tak…seriously aku cakap kau nampak lain! Mungkin kau tengah pregnant? Selera makan kau lain macam lepas tu period tak datang 2 bulan! Beb! Kau kena check-up!”

“Hesy! Nantilah!”

“Kau tak nak check-up kan? Tak apa! Biar aku yang check-up kan kau! Meh!” Zurin menarik tangan Ikha menuju ke biliknya.

Zurin mengeluarkan satu kotak pregnancy test lalu dihulurkan kepada Ikha. Ikha memandangnya pelik.

“Untuk apa ni beb?”

“Test lah! Manalah tahu kau pregnant! Cepat! Kalau kat reti guna, kau ikut panduan di belakang tu! Cepat!”

“Yelah!” Ikha segera masuk ke dalam bilik air.

5 minit berlalu…Ikha masih tak keluar dari bilik air. Haih…minah ni pengsan ke apa?! Zurin melangkah ke arah pintu bilik air. Diketuk perlahan. “Ikha? Ikha? Kau pengsan ke apa?”

Terdengar isak tangis kecil dari dalam. Ikha menangis ke? Perlahan Zurin membuka pintu. Memang betul Ikha sedang menangis.

“Kenapa ni Ikha?” mustahil dia tak pregnant. Tapi, apalah kuasa manusia nak menidakkan hal macam ni kan? Ikha hanya menggeleng.

“Tak apalah…sabar je ok?” Zurin mengusap bahu kawannya.

“Bukanlah!” lah…bukan pulak? Habis tu? Dah kenapa menangis ni?

“Habis tu?” Ikha menyerahkan pregnancy test kepada Zurin. Zurin menyambutnya. Diperhatikan test tersebut. Tiba-tiba Ikha tertawa kecil.

“Weyh!” Zurin menampar lembut tangan Ikha. “Alhamdulillah!” Ikha berpelukan dengan Zurin.

“Aku happy gila Zurin! Mesti Farhan happy jugak!”

“Mestilah!” Zurin turut happy untuk kawannya. Kali ini rezeki memang berpihak kepada mereka.

Di bawah pula, Farhan menyatakan kesedihannya kerana belum dikurniakan cahaya mata.

“Aku happy tengok korang ni dah ada anak. Aku ni entah bila nak dapatnya pun tak tahu.”

“Dahlah tu Farhan. Janganlah macam ni…aku yakin suatu hari nanti kau akan dikurniakan anak jugak cuma cepat atau lambat je Farhan. Dah…kau jangan mengeluh macam ni.”

“Aku bukannya apa Raziq. Aku pun nak jugak rasa pengalaman menjadi seorang ayah macam kau ni.”

“Farhan…jangan cepat berputus asa. Kau kena cuba dan cuba lagi…”

“Insha-Allah Raziq. Apa pun aku gembira sebab kau dah jagakan Zurin untuk aku…”

“No hallah bro. Zurin kan isteri aku dan jugak kawan baik kau kan? Jadi, memanglah aku akan jaga dia dengan baik. Tak mungkin aku nak sia-siakan hidup Zurin.”

“Baguslah kalau macam tu…” kemudian, mereka ternampak kelibat Zurin dan Ikha turun ke ruang tamu.

“Abang…jom balik?” pinta Ikha. Farhan pula memandang pelik.

“Kenapa?”

“Adalah…jom balik. Zurin, thanks untuk tadi tau!”

“No problem!” senyuman manis terukir di bibir mereka. Farhan pula memandang pelik begitu juga Syed Izzul Raziq. Apa yang mereka berdua buat dekat atas tadi?

“Jom?”

“Hmmm yelah! Raziq, aku balik dulu. Nanti aku datang lagi ok?”

“Ok…” Syed Izzul Raziq bersalaman dengan Farhan lalu mereka beredar keluar. Zurin hanya tersenyum gembira. Syed Izzul Raziq pula pelik dengan isterinya. Dah kenapa senyum sampai ke telinga ni?

“Ada apa-apa yang abang terlepas ke?” soal Syed Izzul Raziq.

“Tak ada apa-apalah abang. Just rasa gembira je…”

“Apa yang gembiranya?” Zurin memandang ke arah suaminya. “Awak tahu? Ikha pregnant!”

“What?!” Allahuakhbar! Berita gembira untuk Farhan.

“Yep! Tadi saya suruh dia buat test dan hasilnya positif. Tapi, tak boleh sangat bergantung pada test tu. Saya suruh dia balik dan pergi buat check-up dekat klinik.”

“Mesti Farhan happy sangat kan?”

“Mesti!” mereka berdua tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience