Bab 76

Romance Completed 30326

Bab 76

Farhan terjaga dari tidurnya. Dia mengusap perlahan matanya. Dia memerhati jam yang tertera di telefon bimbit. Dah pukul 6.45 pagi?! Allahuakhbar! Dah nak terlajak ni! Farhan segera bangun lalu menuju ke bilik mandi.

Usai mandi, dia segera menggerakkan Ikha. “Sayang…bangunlah sayang…”

“Hmmm…kenapa?”

“Sayang! Bangun cepat! Dah pukul 6.50 pagi dah ni! Cepat!”

“Hah?!” Ikha terbangun terus dari tempat tidurnya lalu segera menuju ke biliknya. Alamatnya subuh gajahlah hari ni!

Usai mengaminkan doa yang dibaca oleh Farhan, Ikha meraupakn telapak tangannya ke muka. Kemudian, tangan Farhan disalami. Farhan tersenyum ke arahnya. Menimbulkan rasa pelik di hati Ikha.

“Dah kenapa senyum-senyum ni?” Ikha sibuk melipat kain telekungnya.

“Senyumlah sebab semalam kan abang dah hadiah yang paling best dan abang takkan lupa seumur hidup abang!”

Serta-merta muka Ikha memerah. “Hesy! Suka betullah nak merepek di Subuh hari ni.”

“Apa yang abang merepeknya? Betullah…semalam kan…” terus Ikha menekup mulut Farhan. Kalau dibiarkan memang dia akan melebih!

“Dah! Jangan dok sebut benda tu!” Ikha menyimpan telekungnya kembali. Sejadah turut disimpan.

“Thanks!”

“Hesy!” Ikha mencubit lengan Farhan.

“Auww! Sakitlah sayang!”

“Tulah! Gedik sangatkan mulut tu dok mention pasal semalam! Eiii! Dahlah mention pasal tu!” Ikha mengemaskan katil yang berselerakan.

“Ni! Cadar ni macam mana nak basuh? Kalau basuh sekarang, apa pulak kata mama dan papa?”

“Alah…apa susahnya? Kalau mereka cakap kenapa nak basuh cadar ni, cakaplah yang kita semalam…” segera Ikha menekup mulut Farhan. Dia ni mention tak habis-habis! Ada jugak nak kena penampor kang!

“Hesy! Suka betulkan nak mention pasal semalam? Dahlah! Malas nak cakap dengan awak!” Ikha hendak turun ke bawah namun ditegur oleh Farhan.

“Kenapa?” Ikha meraba-raba kepalanya. “Tapikan…saya mana ada aurat dengan papa.”

“Adik dan abang saya?”

“Oh ya! Lupa pulak!”

“Tapi bukan pasal tu je…”

“Habis tu?” Farhan menunjuk tepat ke arah leher Ikha. Ada apa pulak dengan leher aku ni? Ikha melangkah ke arah cermin lalu membelek lehernya.

Oh my gosh!!!! Those love bite?! Urgh! Farhan!!!! Farhan pula tersengih memandang Ikha yang sedang menahan geram.

“Awak!!! Huhuhu….macam mana ni?! Belum tentu letak bedak 3 inci boleh hilang!” Ikha menonyoh lehernya.

“Sayang oiii! Dahlah tu tonyoh leher awak. Alah…beberapa hari lagi hilanglah merah tu.”

“Hesy! Ni semua awak punya pasal!” Ikha mencapai tudungnya lalu turun ke bawah.

“Selamat pagi ma, pa…” ujar Ikha lalu duduk di meja makan.

“Selamat pagi. Awal bangun? Mana Farhan?”

“Ada dekat atas tu…kejap lagi turunlah tu…” tak lama kemudian, kelibat Farhan muncul.

“Mama, papa!” sempat lagi Farhan mengucup pipi mamanya.

“Isy budak bertuah ni! Dah besar pun cium kita lagi! Ciumlah Ikha tu!” songeh Datin Noraini. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah!

“Sunyi je rumah ni? Along, Achik dengan Alang mana?”

“Emmm…macamlah kamu tak kenal Along kamu tu? Kalau tak keluar tak sah macam kamulah! Achik dia pergi interview kerja dekat syarikat mana entah. Alang pulak hari nikan Isnin? Sekolah lah dia…”

“Oh…lupa pulak. Papa, hari ni Angah masuk lambat sikitlah ofis.”

“Eh? Kenapa pulak kamu nak masuk ofis? Tak payah!”

“Lah…dah kenapa pulak papa?”

“Tak apa! Biar papa ganti tempat kamu untuk sementara waktu ni. Kamu tu ambiklah cuti seminggu atau 2 minggu. Pergi honeymoon!”

“Uhuk! Uhuk!” Ikha tersedak. Errr…honeymoon?

“Aikk? Tersedak?” Dato Aswad tersengih memandang menantunya. Macam-macam orang muda zaman sekarang.

“Isy papa. Tapi, papa kan tak sihat?”

“Insha-Allah! Demi kamu papa sihat. Alah, lagipun ada Zurin yang boleh tengokkan papa ni. Tak apa. Papa bagi kamu cuti sebulan!”

“Isy! Lama sangat tu papa!”

“Betul!” Ikha serta-merta setuju dengan kata-kata suaminya.

“Lah…kamu berdua ni pelik sungguh! Papa nak bagi kamu berdua honeymoon pun tak nak ke?”

“Errr…bukan tak nak papa tapi sebulan tu lama sangat! Seminggu pun dah cukup kan?”

“Betul!” sokong Ikha lagi. Datin Noraini dan Dato Aswad hanya menggeleng dengan telatah anak menantunya.

“Apa-apalah kamu berdua ni. Pelik betul! Yang lain sibuk nak berhoneymoon. Kamu berdua pulak sibuk nak elak honeymoon. Haih…pelik-pelik betul!” gumam Dato Aswad.

ZURIN mendapat info yang katanya Dato Aswad akan menggantikan tempat Farhan buat sementara. Zurin menelefon Farhan.

“Hello?” panggilan bersambung.

“Hello Farhan. Betul ke papa kau nak gantikan tempat kau?”

“Yep! Kenapa? Rindu aku ke?”

“Oh please! Tak ada masa aku nak rindukan kau! Aku cuma nak memastikan je. Tapi, aku ada benda jugak nak bagitahu kau ni.”

“Apa dia?”

“Sebenarnya Syakir dah tak ada. Dia dah kembali kepadaNya semalam. Dia kemalangan…”

“Innalillahi wainna ilaihi rajiun! Macam mana dia kemalangan?”

“Aku pun tak tahulah. Raziq tak cerita full pun dekat aku. Katanya kereta dia terbabas…”

“Astaghfirullahalazim!” baru sahaja semalam Syakir mengganggu hubungannya dengan Ikha dan hari ni dia mendapat khabar yang Syakir tiada lagi di muka bumi Allah.

“Oklah Farhan! Aku off dulu sebab papa kau dah sampai! Nantilah kita chat!”

“Ok!” Zurin memutuskan talian. “Assalamualaikum dato!”

Dato Aswad memandang pelik ke arah Zurin. Zurin pula tayang muka pelik. “Kenapa dato tengok saya macam tu?”

“Taklah…kenapa kamu tiba-tiba panggil uncle dato?”

“Oh…ingatkan apalah tadi. Yelah! Dekat luar memanglah saya panggil dato ni uncle tapi kalau dalam ofis ni baik saya guna dato kan?”

Dato Aswad tertawa kecil. “Ikut suka hati kamulah Zurin. Oh ya? Hari ni base jadual Farhan, dia ada appointment ataupun meeting dengan sapa-sapa tak?”

“Kejap eh?” Zurin membuka buku catatannya. “Tak ada dato…”

“Baiklah. Saya masuk dulu?” Zurin mengangguk. Zurin duduk di kerusinya. Fuh! Tak lah lenguh pinggang aku asyik berdiri je!

Tak lama kemudian, Dani menghampiri meja kerjanya. “Zurin…boleh tak awak tolong saya?”

“Tolong apa?”

“Tolong panggilkan Fina kejap. Ini urgent!”

“Ok!” Zurin menekan punat nombor di interkom. Taliannya bersambung. “Hello Fina! Tolong ke pejabat Encik Dani sekarang ya? Encik Dani nak jumpa. Katanya urgent.”

“Ok!” talian diuputuskan. Tak lama kemudian, kelibat Fina kelihatan. Fina hanya tersenyum ke arahnya sambil melangkah ke bilik Dani. Pasal projeklah tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience