Bab 54

Romance Completed 30326

Bab 54

“Farhan…aku jahat tak?” soal Zurin sambil menggentel hujung bajunya.

“Taklah…kau mana ada jahat. Kau selalu baik dengan aku Zurin. Cuma, sekarang ni aku nak tanya, kenapa kau boleh jadi macam ni?”

“Jadi apa?”

“Yelah…dengan diri kau tak terurus ni Zurin. Zurin…tolonglah sedar!”

“Oh…kau tak nak kawanlah dengan aku?” Zurin tarik muncung lalu memeluk dirinya.

“Aku tak cakap macam tu pun Zurin. Cuma, aku rindukan Zurin yang dahulu. Zurin yang sentiasa buat orang tersenyum!”

“Ye ke? Aku dulu macam tu erkk???” Zurin bermain-main dengan jarinya.

“Yep!” sampuk Ikha lalu duduk di sebelah Zurin sambil memeluk bahu Zurin. “Kau dulu selalu buat lawak bodoh. Memang kau ni…the best lah!”

“Oh…hehehe aku macam tu dulu erkk?? Mesti best kan?”

“Mestilah!” sampuk Farhan.

Tak lama kemudian… “Assalamualaikum!” suara doktor peribadi Zurin sudah datang. Ikha menjenguk kepalanya.

“Oh ya. Masuklah!” sengaja Ikha tak menyebut perkataan doktor. Takut Zurin terasa pula.

“Eh? Doktor Mia kan?” sudah! Zurin dapat cam!

“Yelah tu…”

“Doktor Mia buat apa datang sini?” Doktor Mia duduk berhadapan dengan Zurin lalu tangan Zurin dipegang.

“Saya datang nak berbual dengan Zurinlah…kan dah lama kita tak jumpa kan?”

“Oh!! Saya pun rindu dengan Doktor Mia!” Zurin pula memeluk Doktor Mia erat.

“Zurin ok?”

“Ok! Doktor kenal tak dengan kawan-kawan saya? Ini Farhan dan sebelah ni yang cantik ni Ikha!”

“Oh…cantik dan hensem kawan Zurin!” Doktor Mia tersenyum. Apalah yang mengakibatkan Zurin kembali menjadi mental ni? Ada sesuatu ke yang membuatkan dia rasa terbeban?

“Memanglah! Mereka dua ni nak kahwin dah tau! Kan kan???” Zurin memandang Ikha dengan Farhan dengan pandangan muka comel.

“Oh…Zurin dah kahwin?” Doktor Mia sengaja ketawa agar Zurin tidak sentap dengan pertanyaan nya.

“Dah! Tapi entah ke mana entah laki tu! Dia tak suka dekat Zurin dah kot!” balas Zurin sambil mencebik sedih.

“Janganlah cakap macam tu! Ok, macam ni. Sebenarnya doktor datang ni sebab ada hadiah untuk Zurin!”

“Hadiah?! Apa dia?” Zurin tak sabar apabila mendegar perkataan hadiah keluar dari mulut Doktor Mia.

“Macam biasa! Doktor bawak coklat untuk Zurin!”

“Nak!!!”

“Tapi dengan satu syarat!”

“Apa dia?!”

“Zurin kena makan benda ni dulu…” Doktor Mia mengeluarkan satu botol yang mengandungi ubat khas untuk Zurin.”

“Alah…apa pulak doktor?”

“Ini ubat…”

“Saya tak sakitlah doktor!” bentak Zurin.

“Tak…yang ini bukannya untuk sakit ke apa Zurin tapi yang ini untuk mencerdaskan badan Zurin. Doktor tengok Zurin lesulah. Tak best lah macam ni! Kalau Zurin lemah, doktor tak mau kawan dengan Zurin! Kawan-kawan Zurin pun tak nak kawan dengan Zurin kan?” Doktor Mia mengerdip matanya supaya pakat-pakat bohong sunat.

Zurin menoleh ke arah kawan-kawannya. Farhan dan Ikha mengangguk. Zurin tayang muka sedih.

“Alah…”

“Sebab tulah Zurin kena makan ubat ni! Kalau badan Zurin cergas, barulah kita senang nak main! Zurin nak kan main dengan doktor dengan kawan-kawan Zurin?”

“Naklah! Ok…Zurin akan makan ubat ni! Janji doktor nak main dengan Zurin!”

“Janji!” Zurin mengambil botol ubat di tangan Doktor Mia. Doktor Mia menyerahkan bungkusan coklat Cadbury kepada Zurin. Zurin menjerit suka.

“Zurin dah makan?” soal Doktor Mia.

“Dah! Dah kenyang!”

“Oklah…kalau Zurin dah makan, Zurin makan ubat ni sekarang ya?”

“Alah…kena sekarang ke?”

“Zurin…”

“Ok…Zurin makan…”

“Lepas makan, kena tidur tau? Kalau Zurin tidur, nanti badan Zurin ada kekuatan balik. Barulah Zurin boleh main dengan doktor dengan Ikha dan Farhan!”

“Ok!” Zurin hanya menurut. Dia menelan ubat itu bersama air lalu dia merebahkan badannya. Matanya terpejam rapat.

“MACAM mana Zurin boleh jadi macam ni balik? Bukan ke selama ni dia ok je?” soal Doktor Mia

“Saya pun tak pastilah doktor tapi apa yang saya syak ini ada kaitan dengan suaminya…” jawab Ikha.

“Oh ya, mana suami Zurin? Takkan dah…?”

“Eh! Taklah doktor cuma mereka ada sikit masalah salah faham dan sekarang ni suami dia ada dekat Europe. Sampai sekarang tak balik lagi.”

“Ya Allah…sampai sekarang? Tak boleh dibiarkan macam ni je Ikha. Masalah ni pun suami dia berperanan tau untuk memulihkan Zurin macam biasa balik. Kalau setakat kita je, tak mampu. Dia kena cari orang yang punca membuatkan Zurin jadi macam ni.”

“Oh…so macam mana sekarang? Maksud saya langkah pertama selain tunggu suami dia untuk balik?” soal Farhan pula.

“Buat masa sekarang, korang ikut je layanan dia. Apa yang dia nak tolong penuhi. Jangan buat sampai dia mengamuk. Itu akan menganggu lagi minda dia.”

“Ok doktor…” Farhan bangun lalu menuju ke luar rumah. Dia harus menelefon Syed Izzul Raziq sekarang.

Tut…tut…tut…panggilan tak bersambung. Hesy! Jawablah! Farhan mencuba lagi. Tak berjawab dan Farha cuba dan mencuba lagi. Argh! Tak reti nak angkat fon ke hah?!

Senang cerita, aku SMS je dia!

Me: Raziq! Please balik Malaysia now! Something urgent happen! Ini pasal Zurin! Please…minda Zurin dah terkacau disebabkan kau! Tak ada orang yang boleh sembuhkan dia kecuali kau!

Harap-haraplah Raziq baca! Aku tak tahu nak buat macam mana lagi melainkan aku fly ke Europe sendiri tapi…buat masa sekarang aku tak boleh! Tak apa! Kalau dalam masa sebulan atau 2 bulan, Raziq tak balik jugak ke Malaysia, memang aku akan fly ke Europe. Takkan aku nak biarkan Zurin jadi macam ni sampai bila-bila? Memang taklah!

SASHA tersenyum sinis membaca mesej yang dihantar oleh Farhan. Missed call dari Farhan turut direject. Call history pun turut dipadam. Zurin sakit mental? Hahaha…akhirnya plan aku memang berhasil! Sampai sakit mental si minah tu dibuatnya!

Tapi…aku tak harap kau mental Zurin. Yang aku harap ialah kau mati! Lenyap terus dari muka bumi ni! Bolehlah aku hidup bahagia dengan Raziq dan tak ada siapa yang boleh halang aku daripada dapat Raziq! Mesej dari Farhan itu dipadam. Biar padan muka kau Zurin! Padan muka!

Sasha meletak kembali telefon Syed Izzul Raziq lalu berlari pergi. Dia datang ni pun secara senyap-senyap. Dah tadi ternampak Raziq ke toilet, dia terus datang ke meja yang diduduki oleh Raziq dan kebetulan ternampak mesej dan missed call dari Farhan. Hahaha…thanks God!

Syed Izzul Raziq kembali ke tempatnya dan menyambung kerjanya yang terbantut. Dia memerhati telefonnya. Macam ada something tak kena tapi apa ya?

Sasha hanya tersenyum di sebalik dinding tersebut. Padan muka! Raziq…kau takkan tahu perkembangan isteri kau tu! Never and ever!

Kenapa aku dapat rasakan yang ada panggilan dari Malaysia? Tapi, dekat call history aku ni tak ada pulak missed call. Hmmm…mungkin firasat aku je kot!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience