Bab 48

Romance Completed 30326

Bab 48

Ikha hadir ke bilik meeting. Kata Dani, Akram ada benda untuk dibincangkan pasal projek di Singapura tu. Ikha duduk di kerusi bersebelahan dengan Dani. Dia membuka pelan yang telah direkanya.

“How is it?” soal Ikha.

“Ok…good cuma dari segi bangunan ni saya nak awak tukar sikit ok? Awak tukar dia jadi bentuk yang lagi impak! Kalau 4 segi macam ni, ia dah selalu sangat orang buat. Kita buat yang lagi gempak.”

“Oh ok! No problem. Sure je…” Ikha menggulung kembali kertas pelan tadi. Tak lama kemudian, replica dibawa masuk oleh 2 orang staf. Replika tu agak besar jugak. Ikha memandang replica yang berada di atas meja meeting.

“Woah…ini besar ni. Projek besar?” soal Ikha. Memang bapak punya besar tapi cantik!

“Memang projek besar. Kali ni memang bos nak kita dapat projek ni. Cuba tengok dari segi design…memang cantiklah. Ada kolam ditengah-tengah…titi…”

Ikha meneliti replika di hadapannya. Memang cantik. Gaya susun aturnya memang nak mewah. No wonder Farhan nak projek ni berjaya.

Tak lama kemudian, Farhan melangkah masuk ke dalam bilik meeting. Turut nak bincangkan tentang projek yang baru hendak bermula di Singapura.

“Ok…dah tengok replika tu?” mereka mengangguk.

“Ok, saya berharap sangat yang kita dapat urus projek tu dengan lancar. Ini bukan calang-calang tau! Minggu depan, kita berangkat ke Singapura untuk pantau projek dekat sana. You too Ikha!”

“Hah?! Saya?” Ikha menunjuk ke arah dirinya.

“Ya…awak kan arkitek so awak kena pergi.”

“Oh…ok.” kena pergi jugaklah dalam erti kata sebenarnya walaupun hakikat yang sebenarnya aku malas! Singapura kot!

IKHA mengemas mejanya selepas habis membuat kerja. Dia hendak keluar lunch. Ketika dia keluar, dia terserempak dengan Farhan.

“Jom lunch sekali?” ajak Farhan.

“Errr…”

“Jomlah!”

Kesian pulak dekat mamat ni. “Hmmm oklah…” Ikha hanya mengikut. Farhan membawa Ikha makan di restoran yang berdekatan dengan area ofis. Lagipun, lepas makan ni dia akan menghadiri meeting di sebuah syarikat yang agak terkenal jugak.

Farhan memandang Ikha yang sedari tidak menjamah makanan yang telah dipesan. Farhan berhenti makan.

“Kenapa tak makan?” soal Farhan. Pelik! Ikha banyak mendiamkan diri.

“Farhan…awak pernah tanya saya kan sama ada saya masih cintakan awak atau tak?”

“Ya…kenapa?”

“Sekarang saya dah ada jawapannya…” mata Farhan kaku pada wajah Ikha dihadapannya.

“A…apa jawapan awak?” Farhan mula gentar. Janganlah dikata jawapannya tidak.

“Selama ni saya kerap menafikan perasaan saya and yes memang sebenarnya saya tak sukakan awak Farhan.”

“Shoot Ikha…”

“And the answer is yes I do like and love you…”

“Serius?!” Farhan dengan excited bertanya terus kepada Ikha. Ikha memandang wajah Farhan yang kelihatan gembira.

“Ada nampak saya-saya main ke Farhan? Lagipun Zurin dah banyak celikkan minda saya. Sekarang, yang saya tahu memang saya masih sayangkan awak lagi…”

Alhamdulillah Ya Allah! Thanks Zurin! Terima kasih Ya Allah kerana membuka hati Ikha buatku!

“Awak serius kan?”

“Taklah…saya main-main je.”

“Alah!”

“Dah tahu saya serius, lagi mahu tanya?” Ikha meneruskan suapannya.

“Thank you very much Ikha! Tak sia-sia saya tunggu awak selama ni! Jadi, jom kahwin?!” Ikha tersedak. Dia terbatuk kuat.

“What?! Kahwin?! Oh my god Farhan! Saya baru je proceed and confess perasaan saya hari ni tau and you wanna make it up?”

“Tak bolehlah lama-lama…takut dikebas orang!” Farhan tersenyum kambing. Alahai…gelojoh sangat kau ni Farhan!

“Ok…for now apa kata kita kenal each other. Bila kita betul-betul dah kenal, baru kita ke next stage. Boleh?”

“Lama tu…”

“Farhan!”

“Ok, ok. Untuk awak, saya sanggup! Awak cakap awak masih sukakan saya pun saya dah bersyukur Ikha.”

“Dah makan!” arah Ikha tegas. Mamat ni dia jadi hyper pulak bila aku confess yang aku suka dekat dia! Hesy!

FIKRI memasuki bilik abangnya. Dah buat apa dalam bilik tu sampai makan malam tak keluar-keluar. Hai…macam-macam abang aku yang sorang ni! Fikri duduk di kerusi meja solek abangnya.

“Abang!”

“Hmmm???” Farhan masih meniti dengan fonnya.

“Abang!”

“Hmmm???!”

“Abang!” Fikri merampas telefon abangnya.

“Fikri! Baklah balik fon tu! Suka betul nak ambik fon orang! Fon sendiri kan ada!” Farhan cuba merampas kembali telefonnya namun tak boleh. Fikri melarikan telefonnya.

“Wah! Sweet nya! Bilalah kita boleh kahwin?” sengaja Fikri membaca mesej Farhan yang dihantar kepada Ikha.

“Fikri!” Farhan mengejar Fikri hingga ke ruang tamu bawah.

“Abah! Ibu! Angah galak! Angah dah nak kahwin!” Fikri masih lagi lari dari ditangkap oleh Farhan.

“Fikri!” budak ni memang nak kena betullah!

“Ibu! Abah!” Fikri masih lagi keliling ruang tamu.

“Ya Allah! Ada apalah dua beradik ni?!” Datin Noraini dan Dato Aswad hanya menggeleng melihat telatah anak-anaknya.

“Ibu! Abah! Angah dah galak! Dia nak kahwin!” jerit Fikri lantang. Farhee pula turun ke bawah. Nak join sekaki dengan Fikri. Nak kenakan abangnya.

“Fikri! Bagi dekat Achik!” Fikri pass telefon tersebut kepada Farhee. Farhan mengejar Farhee pula.

“Hah? Angah dah nak kahwin?” Datin Noraini bertanya kembali.

“Betul ibu! Dia tulis bilalah kita boleh kahwin dekat Kak Ikha!” jerit Fikri. Farhan pula menekup mulut adiknya. Dia tersengih.

“Kau nikan…!” geram Farhan dibuatnya. Dia menampar kepala adiknya perlahan.

“Betullah ibu!” Farhee pula menjerit. Dia tergelak. Farhan mengetap bibirnya lalu mengejar Farhee yang sedang mentertawakan dirinya.

Farhee mengatur langkah seribu lalu telefon tersebut diberi kepada Dato Aswad. Dato Aswad dan Datin Noraini membaca mesej yang dihantar oleh Farhan kepada Ikha.

“Amboi! Dah gatallah ni?” Farhan berhenti mengejar Farhee. Kantoi sudah! Dia hanya tersengih busuk.

“Boleh bagi kahwin dah ni!” sakat Datin Noraini. “Ikha dah bagi green light ke?” soal Datin Noraini.

“Dah ibu!” jawab Farhan laju. Farhee menyigung lengan Farhan membuatkan Farhan memandangnya tajam.

Kalau tak kerana kau Achik, ibu dan abah tak tahu benda ni! Hesy! Suka betul nak kenakan aku balik kan?!

“Kalau orang dah bagi green light tunggu apa lagi kan? Abah pun tak sabar nak timang cucu. Yelah, kalau nak harapkan Abang Fakhrul kamu tu, entah bilalah abah nak rasa dapat cucu? Ye tak?” ujar Dato Aswad sambil menjongketkan keningnya.

“Isy abah ni! Ke situ pulak! Abah…Ikha dia mintak time untuk kami mengenali hati masing-masing. Bila semuanya dah ready, baru kami akan ambik next stage.”

“Hmmm tak apa kalau macam tu tapi jangan lama sangat!” kata Dato Aswad. Farhan hanya mengangguk. Aku pun tak nak tangguh lama-lama. Buatnya merana hati aku! Huhuhu... sedih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience