BAB 31

Romance Completed 36812

Usai solat isyak Asyaa terus merebahkan badannya di atas katil.Kedua-dua belah tangannya diletakkan di atas dahi.Mata memandang siling.'Kau kena ingat yang dia dah selamatkan kau dari accident tu kan? Kalau bukan sebab dia kau takkan ada kat sini sekarang.' Kata-kata Alisa tengahari tadi bermain-main benak difikirannya.Dia mula berkhayal sebelum lena diulit mimpi.Matanya terpejam rapat.

'Wah,cantiknya.Lagi cantik pemandangan kalau tengok dari atas bangunan KLCC ni,getus Asyaa dalam hati.'Matanya meliar ke kiri kanan.Bibirnya menguntum senyum.Dia berasa sangat gembira pada ketika itu walaupun hari-hari dia dah tengok KLCC itu.Dia berjalan-jalan di kawasan sekitarnya.Dia terus melihat pemandangan dari atas bangunan itu di sebalik penghadang kaca.Tanpa disedari,kaca itu pecah dengan tiba-tiba.Asyaa tidak sempat berpaut pada sesuatu untuk menyelamatkan dirinya.Dia terjatuh dari tingkat yang tinggi.

Gedebuk!!! Pintu dikuak dari luar.

'Ya Allah Asyaa.Asyaa kenapa ni? Pipi Asyaa ditepuk-tepuk perlahan untuk menyedarkannya.'

Aku kat mana ni? Aku dah mati ke? Sakitnya...Pinggangnya yang terasa sengal itu dipegang.

'Asyaa kenapa kamu tidur kat bawah ni? Dah tak selesa ke tidur atas katil tu? soal Datin Zana apabila melihat Asyaa berada dalam keadaan separuh sedar itu.'Dalam keadaan mamai dia bangkit.Matanya digosok-gosok.
'Mummy,Asyaa kat mana ni? soal Asyaa dengan nada perlahan.Dia masih belum sedar dari mimpinya itu.'

'Kat rumahlah.Kat mana lagi? jawab Datin Zana.'Dia menggeleng kepala melihat perangai anak tunggal perempuannya itu.Pelik-peliklah.

'Kamu tak nak turun makan ke? Takkan dah nak tidur.Awal lagi ni,soal Datin Zana pula.'Jam di dinding dipandang sekilas.Jarum tepat berada di angka 9.

'Sekejap lagi Asyaa turun,dia tersengih-sengih seperti babun dalam hutan.'Badannya yang terasa sakit akibat jatuh dari katil itu digosok-gosok.Fuh,mati-matian aku ingat betul-betul jatuh KLCC tadi.Aku dah lah banyak dosa.Nanti tak sempat bertaubat pulak,omel Asyaa dalam hati.Dia menarik nafas lega.Langkah diatur menuju ke dapur.

'Hai mummy.Good morning.'

'Good morning sayang.Asyaa breakfast dulu ye.Mummy nak bancuh kopi untuk daddy kejap,balas Datin Zana.Langkah diatur ke dapur.'

Asyaa menarik kerusi sebelum melabuhkan punggungnya.Dia duduk berhadapan dengan daddynya.Dato Zainal hanya diam membisu.Dia tidak berkata apa-apa.Mulutnya asyik mengunyah mi goreng.

'Daddy busy tak hari ni? Kalau tak Asyaa nak lunch dengan daddy nanti,soal Asyaa memecah kesunyian.Dia berasa teragak-agak untuk bercakap dengan daddynya memandangkan hubungan mereka tidak berapa baik.'

'Daddy kena jumpa client lepas lunch,balas Dato Zainal dengan suara mendatar.'

'Asyaa mengangguk faham.Kalau macam tu nanti kita lunch kat cafe bawah company daddylah.Nanti senanglah daddy nak jumpa dengan client,jawab Asyaa.Senyuman manis dihadiahkan kepada daddynya.'

'Ok,senyuman itu berbalas.'

Mereka berdua bertolak ke tempat kerja masing-masing.

Pintu utama Global Entertainment ditolak.Bibirnya tak lekang dari senyuman.Dia berasa sangat gembira kerana daddynya menerima permintaannya.

Handbag diletakkan atas meja.Dengan hati yang senang dia mengorak langkah ke pantri.Tangannya sedang mengacau Milo panas.Bibirnya bersiul-siul kecil.

'Buat apa tu? tegur satu suara dari belakang.'Bahu Asyaa sedikit terangkat dek kerana terkejut.Alisa sudah berdiri tegak di belakangnya.Asyaa menjegilkan biji matanya.

'Eh...eh kau ni,nanti kang tak pasal-pasal ada orang mandi Milo pagi ni,cawan yang berisi Milo itu disua ke bibirnya.'

'Hehehe...Aku tengok kau dari tadi happy semacam je.Ada apa-apa ke? Bagitahulah aku,Alisa mula busybody.'Dia tidak sabar untuk mendengar jawapan yang keluar dari mulut kawannya.Dia duduk sambil menongkat dagu.

'Takde apa yang penting pun.Tengahari nanti aku lunch dengan daddy aku.Sorry tak dapat teman kau,jawab Asyaa.'Milo dihirup sampai habis.Alisa hanya membalas dengan anggukan.

Asyaa sampai beberapa minit lebih awal dari daddynya.Kaki disilangkan.Tangannya laju sahaja menekan papan kekunci di skrin telefonnya.Setelah hampir tiga minit menunggu,akhirnya Dato Zainal sampai.Dari jauh dia sudah nampak susuk tubuh daddynya.Dia tersenyum lebar.Senyuman itu terus mati apabila melihat seorang lelaki yang tinggi lampai berjalan bersebelahan daddynya.What?! Mamat penculik tu pun datang jugak.Aduhai,kacau daun betullah dia ni.Asyik nak berkepit je dengan daddy aku.Diorang ni ada apa-apa ke? getus Asyaa.Dia mula membuat andaian sendiri.

'Asyaa dah lama sampai?,soal Dato Zainal sambil menarik kerusi sebelum melabuhkan punggungnya.Raqib turut serta.'

'Takdelah lama sangat,jawab Asyaa diselitkan senyuman manis.'

Setelah order diambil masing-masing mendiamkan.Asyaa tidak tahu hendak mula dari mana.Macam mana aku nak cakap dengan daddy ni? Takkanlah aku nak cakap depan dia pulak.Malulah aku.Nanti tak pasal-pasal dia ketawakan aku.Spoillah mood aku macam ni,bebel hati kecil Asyaa.

Dato Zainal melihat Asyaa pelik.'Asyaa,kenapa kamu diam je ni? Tadi kamu cakap ada benda nak bagitahu daddy,soal Dato Zainal memula bicara.'

Asyaa mula gelisah.Dia memandang Raqib dan daddynya silih berganti.Raqib naik hairan.Minah lampir ni dah kenapa? Kalau ya pun tak payahlah nak bandingkan aku dengan daddy kau.Memang sah-sahlah aku lagi handsome,omel hati kecil Raqib.Dia senyum sumbing.

Sebenarnya...Baru sahaja Asyaa hendak memulakan bicara Raqib terlebih dahulu meminta diri untuk ke tandas.Dia sengaja ingin memberi ruang kepada dua beranak itu dan dia tahu Asyaa tidak selesa dengan kehadirannya di situ.

'Asyaa nak minta maaf dengan daddy kalau sebelum ni Asyaa dah buat daddy marah.Tapi sekarang Asyaa dah tahu yang daddy buat macam ni demi kebaikan Asyaa sebab Asyaa satu-satunya anak daddy and mummy.Sebenarnya Asyaa nak cakap yang Asyaa dah ready untuk take over syarikat daddy.InsyaAllah Asyaa akan buat yang terbaik,jelas Asyaa panjang lebar.'

'Baguslah kalau macam tu.By the way daddy pun nak minta maaf juga sebab paksa kamu kerja kat company daddy walaupun kamu tak nak,balas Dato Zainal diselitkan senyuman.'Senyuman itu berbalas.Asyaa mengangguk kepala.

'Uncle jom.Client dah on the way tu,sapa Raqib tiba-tiba.'Dato Zainal mengangguk faham.Asyaa menyalami tangan daddynya.Sempat lagi dia menghadiahkan jelingan maut kepada Raqib sebelum beredar dari situ.Raqib pura-pura buat tidak nampak.Dia tahu yang Asyaa masih marahkannya disebabkan kejadian tempoh hari.Dia rasa bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience