BAB 7

Romance Completed 36812

Walaupun dia membantah keras tak nak ikut apa yang Raqib suruh, namun apakan daya? Melainkan dia nak kena saman.Tapi sebenarnya, Raqib main-main saja.Bukan betul pun apa yang dia cakap tu.Saja nak kenakan Asyaa.

Kau jangan ingat, aku ni tak pandai buat kerja rumah walaupun aku anak ni Dato.Mesti kau akan terkejut tengok hasil kerja aku.Kau tengok jelah nanti.Setakat kemas rumah, apalah sangat.Masalah kecik jelah.

Setelah hampir 30 minit Asyaa kemas rumah, dia berhenti rehat.Peluh yang mula membasahi diseka.

Ahh! Penatnya...Buat apa rumah besar-besar? Menyusahkan orang aje.Boleh tercabut tangan kaki aku kalau macam ni. Kenapalah wujud jugak orang sewel macam mamat ni kat muka bumi.Tahu sakitkan hati orang je! Eee, benci! Someone ...help me!rungut Asyaa.Dari tadi dia tak henti-henti membebel dengan perangai Raqib.Mulut je yang bunyi, tapi tangan tak bergerak.

Mak Mah ke ruang tamu apabila terdengar bunyi bising.Terkejut dibuatnya apabila penyapu, penyodok, kain lap meja, vakum...berselerak atas lantai.'Cik Asyaa, tak payahlah buat semua ni.Ni kerja Mak Mah.Cik Asyaa kan tetamu kat sini.Apa kata Cik Asyaa pergi berehat.'

'Takpe, Asyaa boleh buat.Lagipun Asyaa kasihan tengok Mak Mah buat semua kerja ni sorang-sorang.Mesti penat, kan? Nak masak lagi.'

'Mak Mah dah biasa dengan semua ni.Dah hampir lima tahun jugak Mak Mah kerja dengan Dato Muhaimin.'

'Uish, lamanya! Kalau macm tu, biarlah Asyaa tolong.Nanti bolehlah ringankan sikit kerja Mak Mah kan? Gurau Asyaa sambil mencuit bahunya.Mak Mah tersenyum.

'Sejuk perut ibu Cik Asyaa mengandung.Dah cantik, rajin pulak tu.'

'Biasa-biasa ajelah Mak Mah.Tak payahlah puji, malu saya.'

Mak Mah ketawa.

Dia kembali serius.'Cik Asyaa ni...sebenarnya...isteri Tuan Raqib ke?' Soal Mak Mah dengan tiba-tiba hingga mengundang gelak besar Asyaa.Dari semalam dia ingin bertanya, tapi tak berkesempatan.

Uhuk...uhuk... Raqib tersedak air.Ada orang mengumpat pasal aku ke?

'Tulah kau! Minum laju lagi.Kan dah tersedak.Hahaha...! Hadif ketawa melihat keadaan Raqib.Merah mukanya.

Raqib mencerun tajam.Hadif terus berhenti ketawa.

'Kau ni kan, memang kawan sejati betul! Dah tengok aku macam ni, bukan nak hulur bantuan.Tolong gelak pulak!'

'Maaf, maaf...Kau nak aku tolong apa? Urut belakang kau?'

'Tolong diam!'

'Okey.Tapi serius lawak aku tengok muka kau.' Hadif sambung tawa.

'Dahlah! Aku masuk ofis, nanti lambat pulak! Banyak lagi kerja yang aku nak siapkan.Buat penat aku je layan kerenah kau! Sindir Raqib kepada Hadif.Dia sudah masak dengan perangai kawannya itu yang suka bergurau.Tapi Hadif tak pernah ambil hati walaupun selalu dimarahi oleh Raqib.Dah memang dia yang salah.

'Sabarlah kejap.Aku tak habis makan pun lagi.'

'Dah tu, siapa suruh gelak? Ha, gelaklah lagi sampai kenyang.'Raqib menghayun langkah ke ofis.Kedai makan itu dengan ofisnya terletak berdekatan saja.Jalan kaki pun tak sampai seminit.

'Pandai jugak Mak Mah buat lawak.'Asyaa menyapu air mata yang keluar dek kerana tidak dapat tahan tawa.

'Kenapa pulak? Mak Mah tanya betul-betul ni.Cik Asyaa isteri dia ke? Atau...'

'Mak Mah, jauh sekali saya nak jadi isteri dia.Takde langsung ciri-ciri suami yang saya cari.Kita orang kenal pun tak.'

Mah Mah kerut dahi.

'Cik Asyaa dengan Tuan Raqib tak kenal satu sama lain?'

Asyaa geleng.'Tak.'

'Kalau tak kenal, kenapa Tuan Raqib bawa Cik Asyaa tinggal sini?

'Adalah sebab-sebabnya Mak Mah.'Asyaa sengih.

'Habis tu, apa kaitan kamu dengan dia? Soal Mak Mah dengan wajah serius.

'Sebenarnya, ayah dia dengan daddy Asyaa berkawan rapat.So, daddy Asyaa mintalah tolong dia untuk jaga Asyaa, sebab diorang outstation kat luar negara.Lagipun, kat rumah Asyaa tak ada orang.Jadi, mummy dengan daddy Asyaa risau nak tinggalkan Asyaa sorang-sorang kat rumah tu.Tambah pula, Asyaa tak pernah tinggal sorang.Asyaa harap Mak Mah tak salah faham lah ya?' Terangnya panjang lebar.

'Saudara mara Cik Asyaa takde ke?'

'Ada, tapi diorang jauh dari sini.Mummy dengan daddy pun pergi macam tu aje tak sempat cakap apa-apa.Kalau tak, Asyaa boleh tumpang rumah diorang je.'Dia menyambung kembali kerja mengemas rumah.

Setelah semua selesai, Asyaa dan Mak Mah berbual-bual di halaman rumah dengan diselitkan hilai ketawa.Tanpa disedari, mereka sedang diperhatikan oleh Raqib Syah yang baru saja pulang dari ofis.

Sejak bila pulak mereka jadi kawan? Tak boleh jadi ni! Bukan main seronok lagi minah lampir tu ketawa.Tunggu kau! Ketawa, ketawa jugak.Tapi kerja dah siap ke belum? Raqib meluru masuk ke dalam rumah.Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat dengan matanya.Keadaan rumahnya kelihatan bersih dan rapi.Barang dalam rumah pun tersusun elok.Dia meleretkan jarinya di atas meja.Licin!Pandai jugak minah lampir tu buat kerja.Tapi, hari ni baru sikit.Kau ingat kerja kau dah selesai ke? Takpe, tunggu, esok aku akan bagi kerja lain pulak.Raqib senyum senget.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience