BAB 37

Romance Completed 36812

Asyaa berasa tidak selesa.Ada sepasang mata yang sedari tadi asyik merenunungnya.Penuh dengan tanda tanya.

'Yang kau ni dari tadi asyik duk pandang aku dah kenapa? Tahulah aku cantik.'

Ceh,masuk bakul angkat sendiri nampak.

Fara menegakkan badannya.

'Aku ada satu soalan nak tanya kau.So,kau kena jawab dengan jujur,'ujar Fara serius.

'Apa dia?'Soal Asyaa pelik.Keningnya bertaut.

'Kenapa kau beria-ria sangat nak tackle mamat tu?'

'Kenapa? Tak boleh ke?'Soalan Fara dijawab dengan soalan.Dia tidak puas hati dengan jawapan yang keluar daripada mulut Asyaa.

'Asyaa aku serius ni.Boleh tak kau jangan main-main?'Fara sudah naik angin.

'Kalau betul sekalipun,kenapa? Salah ke? Tak salah kan?'Jawab Asyaa dengan tenang.Air oren diteguk.

'Memanglah tak salah.Tapi kenapa kau pulak yang kena tackle dia? Bukan dia ke yang sepatutnya tackle kau.'

Asyaa mengeluh.Dia bermain-main dengan cawan minumannya.

'Aku faham apa maksud kau.'

'So? Kenapa kau buat juga.'

'Tapi apa salahnya kalau perempuan nak mengurat lelaki.Lagipun,zaman sekarang ni ramai je perempuan yang buat macam tu,'jawab Asyaa selamba.

Fara mendengus kasar.

'Aku bukannya apa.Aku tak naklah nanti orang cakap kau ni takde harga diri.Terhegeh-hegeh duk kejar lelaki.Nanti tak pasal-pasal kau pulak yang bertepuk sebelah tangan,'ujar Fara berserta nasihat.

'Biarlah apa orang nak cakap sekalipun.Aku tak kisah.Yang penting aku tahu apa yang aku buat dan tidak melanggar hukum agama,'Asyaa tidak mahu kalah.Siapa yang tak kenal dia.Kalau bab berbahas pandai je dia bagi jawapan.

Fara mengeluh lagi.Tidak tahu nak nasihat kawannya itu macam mana lagi.Buntu kepala dibuatnya.Setiap apa yang dia cakap pasti akan ada je jawapan daripada Asyaa.Fara geleng kepala.

'Fine.It's up to you.Nanti kalau jadi apa-apa kau jangan salahkan aku pulak.'

'Fara,kalau kita belum cuba mana kita tahu hasilnyakan? Lagipun tak salah kalau perempuan yang confess tentang perasaan dia kat lelaki tu dulu.Tu maknanya kita berani jujur tentang perasaan kita kat dia,'ujar Asyaa.

Tapi...

Asyaa terlebih dahulu pintas.

'Samada dia nak terima atau tak,tu terserah pada dia.Kita tak boleh nak paksa orang tu untuk suka kita and aku redha.Yang penting kita tak boleh putus asa untuk dapatkan apa yang kita nak and selalu doa,'sambung Asyaa lagi.Dah macam pakar cinta pulak.Fara hanya setia mendengar.Tidak tahu hendak kata apa lagi.

'Zana,mana anak perempuan kamu tu?' Soal Datin Nora apa tidak melihat kelibat Asyaa.

'Kat luar rasanya.Tengah bersembang dengan kawan dia.'

Tidak sampai beberapa saat Asyaa sudah tercegat di muka pintu.Macam tahu-tahu je ada orang tengah cakap pasal dia.Asyaa tersenyum manis.

'Maaf uncle aunty sebab Asyaa lama kat luar.Tengah sembang dengan kawan sampai lupa nak layan tetamu,'dia mengambil tempat di sebelah Datin Nora.

'Takpe,aunty faham.Lama dah kita tak jumpa kan? Rindu pulak aunty nak berborak dengan Asyaa,'jemari Asyaa digenggam.

'Asyaa pun sama.Takpe,insyaAllah nanti ada masa Asyaa datang jenguk aunty,'balas Asyaa sambil senyum lebar.

Datin Nora mengangguk.

'Ha,lepas ni kamu bolehlah buat projek untuk syarikat sama-sama.Betul tak Raqib?'Sampuk Dato Zainal setelah lama mendiamkan diri.

Raqib batuk kecil mendengar soalan yang diajukan kepadanya.

'Betul uncle,'jawab Raqib pendek.Macam tak ikhlas je bunyi.

Asyaa menahan tawa apabila melihat Raqib yang seperti kebingungan.Mulut ditekup.

Suka kau ye.Kau ingat aku nak sangat ke kerja dengan kau.Kau jangan nak perasan sangatlah.Kalau ye sekalipun,aku buat semua ni sebab aku tak nak kecewakan daddy kau je.But it's okay,kau tunggu jelah nasib kau macam mana nanti,omel Raqib.Asyaa direnung tajam.Dia senyum sinis.

'Uncle aunty,Raqib nak keluar sekejap.Nak ambil angin kat luar.'

Dato Zainal dan Datin Zana sama-sama mengangguk tanpa bertanya apa-apa soalan.

Asyaa sudah melihat Raqib berjalan ke muka pintu.

'Aunty,Asyaa nak keluar sekejap eh?'

'Asyaa nak pergi mana?'Soal Datin Nora pendek.

Asyaa berfikir sejenak.Memikirkan jawapan yang hendak dilontarkan.

'Errr...Asyaa nak...Ha,nak jumpa kawan Asyaa sebab dia baru je sampai,'balas Asyaa teragak-agak.

'Yelah.'

Asyaa berjalan laju menurut langkah Raqib yang sudah berada di hadapannya.Kini dia pula yang sudah berada di hadapan Raqib.

Stop! Kedua-dua belah tangan didepangkan.Langkah Raqib serta merta terhenti.Satu dengusan kedengaran.Asyaa dah tahu apa maknanya.Tapi dia tetap buat-buat tidak tahu.

'Kau nak apa lagi hah minah lampir? Boleh tak kalau sehari kau tak kacau hidup aku?' Marah Raqib tetapi suaranya masih dikawal.

Asyaa buat tidak endah dengan arahan yang diberikan.

'I nak join you ambil angin boleh tak?' Asyaa mengerdipkan matanya.

'Tak payah nak sibuklah! Kau hari-hari dah buat aku naik angin tahu tak? So,kau jangan nak tambah angin aku lagi.' Tempelak Raqib.

Eleh...cakap sikit pun dah nak marah.Naik angin betul mamat penculik ni.

'Yang you ni asyik nak marah je dah kenapa? Ada masalah ke? Boleh I tolong?'

'Ye,memang aku ada masalah.Masalah aku tu kau.Tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku.Sejak dulu sampai sekarang ada je nak bagi aku masalah itu ini.Aku nak buat kerja pun tak senang,'bebel Raqib panjang lebar.

Asyaa yang sedari tadi asyik memandang Raqib tidak berkelip langsung.Dia khusyuk menatap wajah itu.Hatinya berasa tenang.Setenang lautan yang tidak dibadai ombak.Alahai...kenapalah handsome sangat lelaki kat depan aku ni? Kenapa aku tak perasan awal-awal lagi ye? Kalau tak dah lama kita orang couple and sekarang ni mesti dah ada anak comel-comel.Asyaa seperti berada di alam lain.

'Woi! Kau pandang aku macam tu dah kenapa? Kau dengar tak apa yang aku cakap?'Sergah Raqib.

Handsome...

'Hah?! Kau cakap apa?'Soal Raqib apabila tidak jelas dengan apa yang dikatakan oleh Asyaa.

Asyaa tiba-tiba baru tersedar dari lamunannya.Dia menyentuh pipinya yang sudah merah padam.Malu punya pasal.Hish mulut ni! Kenapa kau cakap macam tu hah kat depan dia? Buat malu aku jelah.Asyaa marahkan mulutnya sendiri.Tanpa berlengah dia berlari masuk ke dalam rumah.

Raqib terpinga-pinga.Tidak faham dengan kelakuan Asyaa itu.Tapi dia malas ambil tahu.Langkah diatur sebelum masuk ke dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience