BAB 40

Romance Completed 36813

'Hai, nak mintak tolong boleh? Bagitahu bos awak yang saya nak jumpa dia sekejap,' ujar Asyaa kepada pembantu peribadi Raqib Shah.Matanya merayau-rayau melihat ofis Raqib.Maklumlah, itu kali pertama dia datang ke situ walaupun dah lama kenal Raqib.Cantik jugak, getus Asyaa.

'Maaf cik.Tuan Raqib sedang meeting dengan klien.Mungkin cik boleh tunggu dulu, ujar Dahlia sambil menunjukkan tempat duduk kepada Asyaa.

'Terima kasih,' ucap Asyaa dengan senyuman manis.

Hish! Asyik sibuk... je memanjang mamat ni.Meeting dengan klien tulah, klien nilah.Sampai nak jumpa pun susah! Entah meeting pasal apa pun tak tahu!

Nanti kalau aku dah kahwin dengan dia macam manalah agaknya? Entah-entah lagi pentingkan kerja daripada isteri sendiri.Ermm...nasib kaulah Asyaa dapat suami macam ni.Dahlah keras kepala! Hati batu! Semuanya nak kena ikut cakap dia,hamun Asyaa dalam hati.

Asyaa geleng kepala.Dah jauh betul aku berfikir ni.Sampai bab kahwin pulak. Haih...lambat lagi ke?! Dah lenguh kaki aku berdiri ni.

Hermm...Raqib berdehem.

Asyaa asyik dengan melayan fikirannya.Sampai Raqib yang dah lama berdiri kat belakang dia pun dia boleh tak perasan.

Asyaa memusingkan badannya untuk mencari Raqib.Kut kut dia dah selesai meeting.

Hampir luruh jantung dan hati dibuatnya.Gerangan yang dicari-cari dah berdiri tegak kat belakang.Siap silang tangan kat dada lagi.Jarak Asyaa hanya beberapa inci dari Raqib.Kini mereka berdua saling bertentangan mata.

Apa pandang-panadang?! Korek kan biji mata tu baru tahu.Ingat ni permainan bertentang mata ke? Siapa tak berkelip dia menang.Lainlah kalau dah kahwin.Tenunglah sampai terkeluar biji mata tu, hambur Asyaa hanya dalam hati.

'Kau buat apa kat sini?! Soal Raqib garang.

Asyaa telan air liur.Melihat rupa Raqib yang sekarang ni tak ubah macam kucing yang kelaparan.Dia tidak mampu bersuara.Seperti ada sesuatu yang melekat di kerongkongnya.Peluh mula membasahi dahi.Matanya tidak berkelip.

'Dah puas kau tenung muka aku? Ada nampak macam Jung Kook tak?!' Soal Raqib sekali lagi apabila Asyaa tidak bersuara.Dia hanya membekukan diri di situ.

'Erkk...I...'

Raqib mendengus kasar.Dia naik rimas dengan kelakuan Asyaa yang hanya mendiamkan diri dari tadi.Terus, Raqib membuka langkah untuk pergi dari situ.

Tengok orang macam nak telan! Nasib tak kena telan dengan minah lampir.Seram!bebel Raqib sambil menuju ke tempat letak keretanya.

Asyaa yang baru tersedar dari lamunannya itu terus mengejar Raqib dari belakang.Dia berjalan dengan terkocoh-kocoh.Beg yang terjatuh dari bahu diangkat.

'Raqib!!' Panggil Asyaa.Dia hanya memandang Raqib dari jauh.Lelah Asyaa dibuatnya.

'Mak aih, cepatnya hilang! Pakai kuasa halimunan ke apa?! Aku pun dah semput ni.'

Asyaa yang nampak kelibat Raqib di tempat letak kereta terus berjalan laju mendapatkannya.Sebelum membuka bicara, dia terlebih dahulu menarik nafas dalam-dalam.

Raqib yang melihatnya pun dah naik hairan.'Kau ni dah kenapa?! Baru balik joging dari mana?!' Soal Raqib disertakan sindiran.

Hishh mamat ni! Aku penat-penat kejar dia boleh pulak dia perli aku.Hempuk kan baru tahu! Sabar...sabar..

'Sebenarnya I nak ajak you lunch sama-sama.Jom!' pelawa Asyaa bersungguh-sungguh.Senyuman manis dilemparkan ke Raqib.

'Kau datang sini semata-mata nak cakap benda tu je? Kau mengigau ke apa ni?!' Raqib senyum sumbing.

'Ye, I mengigaukan you.Jomlah teman I makan.Lagipun I takde kawan sebab I kan baru je masuk kerja hari ni,' pujuk Asyaa dengan suara manja.Bibir dimuncungkan.Berharap pujukannya akan berjaya.

Raqib mengeluh.

'Aku busy! Kau pergilah ajak orang lain.Kat kaki lima tu pun aku rasa ramai je yang sudi lunch dengan kau!' templak Raqib.

Asyaa merenungnya tajam.

'Kalau you tak nak lunch dengan I, I akan batalkan projek kita tu! ujar Asyaa berbaur ugutan.

Main ugut-ugut pula minah lampir ni! Raqib diam sejenak.

'Ada aku kisah?! Buatlah kalau kau berani.Nanti syarikat kau juga yang akan rugi besar,' balas Raqib selamba sebelum menghilangkan diri ke dalam perut kereta.Dia senyum sinis.

Asyaa ditinggalkan terkulat-kulat di situ.Mulutnya ternganga.Tidak percaya dengan apa yang telinganya baru dengar.Tiba-tiba dia terasa seperti panas sedang membahang.

Siapa tak kenal dengan Raqib Shah yang dah sememangnya terkenal dengan perangai dinginnya dan selalu serius atau lebih mudah jarang senyum tapi tetap kacak.Dia juga tidak pernah takut akan ugutan atau cabaran.Siapa yang berani cari masalah dengan dia memang silap besar.Nak menempah maut namanya!

Eee....benci..benci..benci.Asyaa meronta-ronta sambil menghentak-hentakkan kakinya di atas lantai.Lantas, dia terus berlalu pergi dari situ dengan rasa geram yang setinggi gunung kepada Raqib.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience