BAB 18

Romance Completed 36812

Usai solat maghrib mak Nab terus ke dapur untuk memasak.Tangannya ligat memotong bawang.Dia ke hulu ke hilir memasak.Sekejap goreng ikan lepastu kacau tom yam kemudian masak ayam paprik dan last sekali goreng telur dadar.Hidangannya sungguh menyelerakan.

'Mak Nab dah siap masak semua?tanya Datin Zana.'

'Dah datin.Tunggu nak hidang je.Sekejap lagi siaplah,balas mak Nab.'

Dato Zainal khusyuk melihat berita di tv 9 sementara menunggu kehadiran Raqib untuk makan malam bersama.

'Assalamualaikum,sapa satu suara memberi salam dari luar.'

'Waalaikumussalam,balas Dato Zainal.Dia mengatur langkah ke muka pintu.Daun pintu ditarik perlahan.Bibirnya mengukirkan senyuman apabila melihat Raqib berdiri di depan pintu.'

'Uncle apa khabar?Sihat?sapa Raqib dengan sopan sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.'

'Alhamdulillah sihat.Macam nilah kalau dah tua kadang-kadang pun ada masa tak sihat jugak,jawab Dato Zainal.'

Datin Zana menjenguk ke luar.Dia melihat suaminya sedang berbual dengan Raqib di pintu utama.Datin Zana geleng kepala.Laki aku ni kalau jumpa denga anak buah dia memang dah tak hiraukan benda sekeliling.Berbual tak ingat dunia.Ingatkan perempuan je macam tu,omel Datin Zana dalam hati.

'Abang oi,takkan nak berbual depan pintu pulak.Tak nak ajak tetamu masuk ke?laung Datin Zana dari dapur.'

'Oh ya,lupa pulak nak ajak kamu masuk.Maklumlah kalau dah mula berbual sampai tak ingat benda lain.Jomlah masuk,pelawa Dato Zainal.'

Raqib tersenyum melihat gelagat Dato Zainal dan Datin Zana.Dia sudah menganggap mereka seperti ibu bapanya kerana layanan yang diberikan kepadanya sangat baik.

'Raqib jemputlah duduk.Kenapa berdiri kat situ pulak?soal Datin Zana.'

Mata Raqib bulat apabila melihat hidangan yang tersusun cantik di atas meja.Kecur air liur melihatnya.Perutnya sudah mula bergendang minta diisi.Boleh gemuk aku malam ni,getus Raqib.

'Banyaknya aunty masak.Minta maaflah susahkan aunty pulak,ujar Raqib lembut.'

'Tak de susah pun.Aunty tolong sikit-sikit je.Lagipun mak Nab yang masak semua ni.'

'Asyaa mana?Kenapa tak ajak dia makan sekali?soal Dato Zainal apabila perasan dengan ketiadaan anak perempuannya.'

Sekejap saya tolong panggilkan,Datin Zana mengatur langkah ke bilik Asyaa.Pintu diketuk bertalu-talu.

Asyaa yang dari tadi asyik melayan drama korea bingkas bangun setelah mendengar ketukan dari luar.Daun pintu ditolak perlahan.Tersembul wajah Datin Zana.

'Ada apa mummy?soal Asyaa malas.'

'Ada apa kamu tanya?Sekarangkan dah waktu makan malam,jomlah turun cepat.Raqib pun dah sampai.Tak elok biarkan tetamu menunggu lama,ujar Datin Zana dengan wajah serius.'

'Yelah.Kejap lagi Asyaa turun.Nak pakai tudung jap,jawab Asyaa lambat-lambat.'

Dia tiba-tiba tiada selera makan kerana kedatangan Raqib a.k.a penculik ke rumahnya.Dengan berat kaki Asyaa melangkah ke dapur.Dengan tiba-tiba satu idea jahatnya muncul.Asyaa terus berubah mood.Jika tadi wajahnya masam mengalahkan cuka sekarang berubah 100%.Dia senyum lebar.

'Mak Nab biar Asyaa je tolong bawa ke meja makan,tangannya ringan sahaja menghulurkan bantuan.'

'Yelah.Mak Nab terus menyambung kerjanya untuk mengemas dapur tanpa berpaling ke arah lain.'

Dulang air diletakkan atas meja.Asyaa menghulurkan cawan yang telah dituang teh panas kepada semua.Kemudian dia melabuhkan punggung di sebelah mummynya.Senyuman tak lepas dari bibirnya.

'Jemputlah makan Raqib.Kalau tak cukup tambahlah lagi.Tak payah segan-segan.Lagipun kami dah anggap kamu macam keluarga kami dah,ujar Dato Zainal.'

Asyaa terbatuk kecil mendengar ayat yang keluar dari mulut daddynya.Seriously?
Raqib mengangguk kepala sambil melakarkan senyuman.Dia memandang Asyaa pelik.Seperti ada sesuatu yang tak kena.Raqib membuat telahan sendiri.Mungkin perasaan aku je kut,omel Raqib.Dia cuba menyedapkan hatinya.

Mereka semua menikmati hidangan makan malam.Dalam masa yang sama turut berbual-bual diselitkan ketawa kecil.

'Raqib tambahlah lagi.Asyaa tolong sendukkan nasi untuk Raqib,arah Dato Zainal setelah melihat pinggan Raqib hampir licin.Dia tidak menolak.Menu yang terhidang membangkitkan lagi selera makannya.'

Kenapa Asyaa pulak kena tolong ambilkan?Dia kan ada tangan.Ambillah sendiri,jawab Asyaa selamba yang mendatangkan kemarahan Dato Zainal.Dia mencerlung Asyaa tajam.Hatinya sudah mulai panas dengan sikap keras kepala anaknya itu.

Asyaa perasan daddynya sedang merenungnya dengan renungan tajam.Dia telan air liur.Asyaa melepaskan keluhan kecil.Kalau aku tak buat nanti tak pasal-pasal aku yang kena marah pulak,getus Asyaa.Pinggan Raqib ditarik kasar lalu nasi disendukkan.Asyaa memandang Raqib dengan pandangan maut.Hatinya semakin sakit apabila melihat senyuman nipis terlakar di bibir Raqib.

Takpe sekarang kau boleh senyum.Sekejap lagi sekelip mata senyuman kau akan hilang,getus hati kecil Asyaa.Sudu dan garfu digenggam kemas.Gigi diketap kuat.
Nasib tak patah.Geram punya pasal.

Setelah selesai makan Raqib mencapai cawan teh yang terletak di hadapannya.Perlahan-lahan cawan dibawa ke mulut.Apabila air teh mencecah anak tekaknya dengan tiba-tiba tersembur keluar.Raqib terbatuk-batuk.Terperanjat Dato Zainal dan Datin Zana yang melihatnya.

'Ya Allah.Raqib okey tak?Air tu tak sedap ke?Nanti aunty minta mak Nab buatkan yang lain,ujar Datin Zana.Baru dia hendak mengangkat punggungnya terlebih dahulu dihalang oleh Raqib.'

'Eh takpe aunty.Air ni sedap.Sedap sangat.Mungkin panas sikit kut,jawab Raqib.Dia tidak mahu Dato Zainal dan Datin Zana tahu hal sebenar.'

Asyaa yang duduk bertentangan dengannya ketawa kecil.Mulut ditekup.'Tulah siapa suruh minum tak baca doa dulu.Tahulah air tu sedap kan?perli Asyaa.Senyuman nakal jelas kelihatan di bibir munggilnya.'

'Asyaa tak baik cakap macam tu.Tolong hormat tetamu sikit,tegas Dato Zainal.'

Asyaa buat-buat tak dengar.Tak pasal-pasal dia pulak kena marah.Raqib
memandang Asyaa tajam.Boleh menikam sampai ke hati dibuatnya.Asyaa buat muka selamba.Gila punya minah lampir.Dia bagi aku air dari bumi mana entah?Pedas!Sempat lagi kau kenakan aku ye?Mentang-mentanglah ni rumah kau.It's okay.Aku takkan berdiam diri.Ada beg aku galas ada hari aku balas,getus Raqib.

'Uncle,aunty Raqib balik dululah.InsyaAllah kalau ada masa kita jumpa lagi,ujar Raqib lembut.Dia menyalami tangan Dato Zainal dan Datin Zana.'

'Baiklah kalau macam tu.Bawa kereta tu elok-elok.Jangan pandu laju-laju.Waktu malam ni bahaya sebab gelap,pesan Dato Zainal.Dia begitu mengambil berat tentang Raqib.'

Asyaa yang berada dalam rumah hanya memandang dari jauh.Dia menghantar Raqib dengan matanya sebelum menuju masuk ke dalam bilik.Pintu dihempas kuat.Bergegar satu bilik.Punggung dihenyak kasar atas katil.Dasar talam dua muka!Depan parent aku kau boleh buat baik pulak.Siap ketawa bagai.Kalau dengan aku,hampeh!Muka sebiji macam harimau nak terkam mangsanya,bebel Asyaa perlahan.Penumbuk dikepal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience