BAB 28

Romance Completed 36812

Dah buang tebiat ke apa minah lampir tu? Tiba-tiba belikan aku baju.Padahal boleh je minta maaf macam tu.Aku bukannya ada suruh dia belikan apa-apa
pun.Huhhh,Raqib senyum sinis.

Malu malu malu! Asyaa menghantuk-hantukkan kepalanya di bantal.Mukanya kelihatan merah bila teringatkan apa yang berlaku tadi.Kedua-dua belah pipinya yang gebu itu dijamah.Tanpa sedar Asyaa sudah diulit mimpi.

Kringgg...Asyaa bangun awal dari Kebiasaannya.Jarum tepat menunjukkan jam 5 pagi.Dia tidak mahu terlewat ke office.Kali ni dah masuk kali kedua dia kena warning dengan bos.

Dia mencari-cari mummy dan daddynya.Mesti diorang belum turun lagi.Roti putih di atas meja dicapai lalu disapu dengan peanut butter.Tanpa membuang masa dia terus bergegas menghidupkan enjin kereta dan terus meninggalkan perkarangan rumahnya itu.

Baru sampai separuh jalan keretanya pula buat masalah.Sekejap gerak sekejap berhenti.Lalu dia memberhentikan keretanya di tepi jalan.

Aduh! Kenapa pulak dengan buah hati aku ni.Tiba-tiba buat masalah pulak.Sebelum ni tak pernah-pernah pun jadi macam ni.Aku nak buat macam mana ni.Asyaa seperti cacing kepanasan.Dia mundar mandir membelek keretanya untuk mencari punca kerosakan.Daddy.Yes,daddy! Tiba-tiba dia teringatkan daddynya.Lagipun daddy mesti belum pergi kerja lagikan sebab jam baru pukul 5:15 pagi.

Tut...tut...Asyaa menekan butang nombor ayahnya.

'Assalamualaikum daddy.Boleh tak datang ambil Asyaa.Kereta Asyaa ni tiba-tiba pulak rosak,adu Asyaa kepada daddynya.'

'Waalaikumussalam.Daddy minta maaf because now I need to hurry up.Daddy ada meeting kat Shah Alam.But, its okay nanti daddy minta tolong kawan daddy,ujar Dato Zainal.'

'Ermmm... okaylah kalau daddy cakap macam tu,Asyaa kecewa kerana ayahnya tidak dapat menjemputnya.Talian dimatikan.'

Satu keluhan dilepaskan.Nasib baik aku bangun awal hari ni kalau tak bernanah telinga aku dengar bos membebel pagi- pagi lagi.Mana pulak kawan daddy ni? Tak sampai-sampai pun lagi.Dah puas aku tunggu.

Tiba-tiba sebuah kereta BMW berwarna biru gelap berhenti di hadapannya.

Ah! Panjang pun umur.Baru je sebut dah datang.Whattt!? Aku salah tengok ke?

Keluar seorang lelaki yang berpakaian segak dengan memakai kot,kasut,seluar dan kaca mata hitam.Serba serbi hitam.Nasib tuan punya badan putih.

Kenapa penculik tu yang datang pulak? Daddy!!! Lain kali aku takkan dengar cakap daddy lagi.

Belum sempat Asyaa ingin menurunkan tingkap,pintu keretanya terlebih dahulu dibuka.

'Kau masuk kereta aku sekarang,arah Raqib dengan kasar.'

'Tak nak.Lebih baik aku naik teksi daripada naik kereta dengan kau,jawab Asyaa.Bibir dimuncungkan.'

'Lantak kaulah kalau tak nak.Tapi yang aku tahulah teksi takde pagi-pagi buta macam ni.Raqib berjalan untuk ke keretanya.'

'Sekejap! Ok,aku naik kereta kau,Asyaa mengalah.Dia mengambil barang kerja di tempat duduk belakang sebelum meloloskan diri ke dalam perut kereta Raqib Syah.'

Baru je Asyaa melabuhkan punggungnya,Raqib dah mulakan sesi ceramah pagi.Dia buat-buat tidak dengar.

'Lain kali jangan tahu bawak je kereta! Tak reti nak pergi servis.Nilah padahnya.Asyik menyusahkan orang je,marah Raqib.'

Mulut tak ubah macam mulut murai.Pot pet pot pet.Kalau bini dia pun mulut macam ni,jawabnya hari-harilah diorang bertegang urat,sindir Asyaa.Bibirnya melakarkan senyuman.

Raqib menjeling Asyaa di sebelahnya.Confirm! Minah lampir ni mesti ada masalah mental.Ni dah kali kedua aku tengok dia senyum sorang-sorang.Raqib menggosok tangannya.Meremang bulu roma aku.Lebih baik aku bawa cepat-cepat.Entah apa yang akan jadi kat aku nanti.Kena gigit ke? Kena cakar ke? Raqib
mula berfikiran karut.

'Thanks! Ucap Asyaa kasar sebelum keluar dari perut kereta.Wajah Raqib yang hensem tidak dipandang.Pintu kereta dihempas.'

'Hoiii! Kau ingat ni teksi buruk ke apa? Suka-suka hati je nak buat kereta aku macam ni.Kalau tak ikhlas baik tak payah cakap! Sempat lagi Raqib membebel dalam keretanya.'

Dia memecut laju meninggalkan Global Entertainment.

Tok...tok...tok...

'Masuk,arah Raqib.Dia sedang sibuk menyiapkan tugasnya.'

'Tuan Raqib,petang ni tuan ada meeting dengan Dato Zainal.Lepas meeting tuan kena pergi site untuk tengok tapak projek yang baru dijalankan,ujar Dahlia selaku PA nya.'

Raqib hanya menganggukkan kepalanya.Dia tiada mood untuk bercakap.Mood baiknya hilang serta merta setiap kali berjumpa dengan Asyaa.

Kalau aku tahu macam ni,lebih baik aku tinggal je minah lampir kat tepi jalan tu.Biar padan muka! Asyik nak panaskan hati aku je yang dah sentiasa panas.Kalau bukan disebabkan ayah kau,lantaklah kau nak tidur tengah jalan pun,hamun hati kecil Raqib.Kemarahannya masih belum hilang.

Haish...aku nak balik naik apa ni? Dia menjenguk mencari-cari teksi.

'Hoi! Sergah Alisa dari belakang.'

'Opocot! Kau ni,nasib baik aku belum sempat buka taekwando.Kalau tak,mahunya lebam muka kau seminggu.'

Alisa sengih seperti kerang busuk.Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu.

'Kau tunggu siapa? Kenapa tak balik lagi? Soal Alisa apabila melihat Asyaa yang dari tadi berdiri di luar pintu pejabat.'

'Aku tunggu teksi,jawabnya pendek tanpa memandang ke arah Alisa.Matanya masih melilau mencari teksi.'

'Kenapa kau naik teksi pulak? Kereta kau mana? Macam-macam soalan yang keluar mulut kawannya itu hingga Asyaa pun dah naik rimas dibuatnya.'

Banyak soal pulak minah ni! Dah macam pegawai FBI.

'Kereta aku rosak.So,aku naiklah teksi.Ada faham? Ujar Asyaa.'

'Faham faham.Kalau macam tu jomlah aku tumpangkan kau balik.Payah nak cari teksi waktu-waktu macam ni.'

'Thank you Alisa sebab sudi tumpangkan aku.'

'No problemlah.Benda kecik je,jawab Alisa.Keretanya sudah berada di depan rumah Asyaa.'

Usai makan malam,Asyaa turut serta daddynya menonton televisyen.

'Daddy,Asyaa nak tanya sesuatu boleh? Soal Asyaa.Wajah dipalingkan menghadap ayahnya.'

'Tanyalah.'

'Berapa ramai kawan yang daddy ada?'

Dato Zainal berasa pelik dengan soalan yang diutarakan anaknya itu.Seperti tak masuk dek akal.

'Soalan apa yang kamu merepek ni? Marah Dato Zainal.'

'Sebab setiap kali daddy suruh kawan daddy tolong Asyaa,mesti penculik tu yang muncul.Macam dah takde kawan lain,rungut Asyaa.'

'Maksud kamu Raqib?'

Asyaa menganggukkan kepalanya.

Satu keluhan dilepaskan sebelum Dato Zainal memulakan bicaranya.

'Because Raqib the only one person yang daddy percaya.Daddy tak pernah lagi jumpa lelaki macam dia.Lagipun masa dia sekolah rendah lagi kami dah kenal.So,daddy know him very and dia bukannya garang tapi seorang yang tegas.That is what I like about him,jelas Dato Zainal panjang lebar.'

Sakit telinga Asyaa dibuatnya.Tak habis-habis nak puji si penculik tu.Aku ni,asyik kena marah je!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience