BAB 30

Romance Completed 36812

'Asyaa,duduk sini sekejap.Ada benda mummy nak cakap,arah Datin Zana.Sofa ditepuk-tepuk lembut.'

'Ada apa mummy? soal Asyaa.Dia kehairanan.Punggung dilabuhkan di sebelah mummynya.'

'Macam mana keadaan kamu dengan daddy kamu? soal Datin Zana.Walaupun lidahnya berasa kelat untuk menanyakan soalan itu,tetapi dia memberanikan diri untuk mengambil tahu tentangnya.Dia tidak mahu hubungan dalam keluarganya menjadi renggang.'

Asyaa senyum pahit.Pandangan dihalakan ke lantai.Satu keluhan kecil jelas kedengaran ditelinga mummynya.

'Asyaa pun tak tahulah mummy sampai bila nak macam ni.Asyaa bukannya tak nak ikut apa yang daddy suruh tapi...kata-katanya terhenti.Seperti ada sesuatu yang menghalangnya untuk berkata-kata.'

'Mummy faham apa yang Asyaa rasa.Tapi kamu tak boleh buat macam ni.Lagipun kamu seorang je satu-satunya anak kami dan waris kepada semua harta daddy and mummy.Walau apa pun yang jadi,kamu tetap akan gantikan tempat daddy kamu,ujar Datin Zana panjang lebar.'

'Baiklah mummy.Asyaa akan ingat kata-kata mummy.Nanti Asyaa fikirkan.Asyaa pergi kerja dulu ye? Asyaa minta diri. Tangan mummynya dicium.'

Huhhh...Asyaa asyik mengeluh dari tadi.Kepala otaknya serabut memikirkan tentang apa yang diberitahu oleh mummynya pagi tadi.Well...apa yang mummy cakap memang betul.Akulah satu-satunya waris dalam keluarga ni.Walau macam mana pun aku tetap kena ready untuk gantikan tempat daddy bila-bila masa.

'Daddy mesti masih marahkan aku lagi.Macam mana aku nak berbaik dengan dia ni? Hermmm...apa kata aku ajak daddy lunch tengah hari nanti.Okay,settle.Asyaa menyambung kerjanya yang tergendala.'

'Assalamualaikum,Raqib kat mana sekarang? Uncle ada kerja sikit ni.Kejap lagi uncle sampai.Maaf ye buat kamu menunggu,ujar Dato Zainal.'

'Waalaikumussalam,takpe uncle.Raqib pun baru je sampai.Uncle settlekanlah dulu apa yang patut,balas Raqib lembut.Dato Zainal kagum dengan sikap Raqib yang sentiasa memahami.Talian dimatikan.Raqib berjalan menuju ke tempat yang telah dijanjikan untuk bertemu dengan Dato Zainal.'

Kereta diparking di tepi jalan.Enjin kereta dimatikan.Pintu kereta dibuka.Dia mencari-cari handphonenya di dalam handbag.Kakinya terus melangkah untuk menyeberangi jalan tanpa menoleh ke kiri dan kanan terlebih dahulu.Tiba-tiba datang sebuah kereta ke arahnya tanpa disedari.Pemandunya sudah membunyikan hon kereta berkali-kali tetapi Asyaa tidak bergerak.Dia menjadi kaku seperti patung cendana kerana dia sangat terkejut dengan apa yang dilihatnya.Muka ditekup dengan kedua-dua belah tangannya.Dalam hatinya tidak henti-henti berdoa kepadaNya agar tidak berlaku apa- apa kepada dirinya.

Tanpa berlengah lagi,dengan pantas lelaki yang memakai kaca mata hitam itu terus menariknya untuk ke tepi jalan.Asyaa terkejut.Dia seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku.

'Kau dah gila ke apa?! Kalau kau nak bunuh diri sangat kenapa tak terjun je dari KLCC?! Menyusahkan orang je tak habis-habis.Lain kali jalan guna mata bukan guna kepala lutut.Allah dah bagi mata elok-elok pun tak reti nak guna,hambur Raqib Syah.Suaranya agak meninggi.Dia tidak menghiraukan orang-orang yang memandangnya.'

Asyaa hanya menundukkan kepalanya.Dia tidak mampu untuk menjawab apa-apa.Lidahnya kelu.Dia masih terkejut dengan apa yang baru terjadi.Raqib kemudian mengatur langkah meninggalkan Asyaa terkulat-kulat di situ seorang diri.Air matanya mula bertakung di birai mata.Bila-bila masa sahaja akan tumpah namun segera diseka dengan jarinya.Asyaa berjalan menuju ke keretanya.Pintu kereta ditutup kasar.Air mata yang ditahan akhirnya tumpah jua.Dia menangis sepuas-puasnya.Asyaa berasa sangat sedih dan malu kerana Raqib sanggup memarahinya di tempat awam.Maruahnya seperti diinjak-injak.

Setelah sampai di Global Entertainment, pintu utama pejabat dibuka.Dia laju berjalan mengatur langkah untuk menaiki lif namun sempat ditahan oleh Alisa yang melihatnya seperti sedang menangis.Alisa terkejut melihat keadaan Asyaa.Matanya kelihatan bangkak kerana terlalu kuat menangis.Asyaa terus memeluk tubuh kurus kawannya itu.Dia berasa sedikit tenang.

'Asyaa,kau ok tak ni? Kenapa kau menangis ? Siapa yang buat kau macam ni? Bermacam-macam soalan yang keluar dari mulut Alisa.Terbit rasa simpati di hatinya apabila melihat keadaan sahabat baik di tempat kerjanya yang sebegitu rupa.Belakang Asyaa digosok-gosok perlahan.Dia cuba untuk menenangkannya.'

Asyaa menangis sepuas-puasnya dalam dakapan sahabatnya itu.Dia melepaskan segala yang dipendam dengan tangisannya.

'Jom kita duduk dulu,ajak Alisa.Asyaa hanya menurut.Bahunya masih terhinjut-hinjut dek kerana menangis.Sisa Air mata disapu dengan hujung jari.'

'Ok,sekarang kau tarik nafas perlahan-lahan dah hembus,Alisa cuba untuk meredakan tangisan Asyaa.Asyaa mengikut seperti yang disuruh oleh Alisa.'

'Now kau cerita kat aku apa yang terjadi sebenarnya,ujar Alisa dengan perasaan ingin tahu yang menebal.Bahu Asyaa disentuh lembut untuk cuba memberi kekuatan kepadanya.'

'Sebenarnya tadi aku hampir kemalangan,jawab Asyaa setelah lama berdiam diri.'

'Ya Allah.Tapi kau ok tak? Ada cedera kat mana-mana? Kalau tak aku boleh bawa kau pergi hospital terus,balas Alisa.Dia agak terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut Asyaa.Mukanya terpamer riak risau.'

'Aku ok.Takde luka kat mana-man pun,ujar Asyaa dengan nada perlahan.Dia bermain-main dengan jari-jemarinya yang runcing itu.'

'Baguslah kalau macam tu.Risau aku tahu tak? Habistu kalau bukan sebab tu kenapa kau menangis sampai macam tu sekali? Mata kau pun dah nampak sembap sebab kuat sangat menangis,ujar Alisa.'

'Orang yang tolong aku buat aku macam ni,balas Asyaa dengan tenang walaupun hakikatnya dalam hati sedang membara.Tunggu masa untuk meletus je.'

'Hah?! What do you mean by that? Aku tak fahamlah.Cuba kau explain kat aku,Alisa mengerutkan keningnya.Pelik dengan apa yang diberitahu oleh kawannya itu.Perasaan ingin tahu mula menebal.'

'Dia dah malukan aku depan orang ramai kau tahu tak? Dia ingat aku ni takde perasaan ke apa? Nak marah-marah aku kat tempat public macam tu.Sakit hati aku kau tahu?jelas Asyaa.Suaranya sedikit meninggi tetapi masih dikawal'.Asyaa mendengus kasar.Penumbuk dikepal bila mengingatkan kembali kejadian tadi.Ingin sahaja disumbat-sumbat cili api dalam mulut lelaki itu biar dia tahu macam mana rasa panasnya hati dia.

'Sabar Asyaa.Kau jangan marah-marah macam ni.Cuba bawa bertenang,nasihat Alisa dengan lembut apabila melihat kawannya itu sudah mula naik minyak.'

'Macam mana aku nak bertenang? Kau tak tahu apa yang aku rasa,balas Asyaa.Gigi diketap menahan marah.'

'Tapi kau sepatutnya kena berterima kasih...'

'Berterima kasih nak buat apa? Sebab dia dah malukan aku? Macam tu? laju sahaja Asyaa memotong kata-kata Alisa sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya.'

'Ishhh kau ni.Bukan macam tulah.Kau kena ingat yang dia dah selamatkan kau daripada accident tu kan? Kalau bukan sebab dia,kau mungkin takkan ada kat sini sekarang,ujar Alisa penuh makna.Dia meminta diri sebelum meloloskan diri ke meja kerjanya.Asyaa terkulat-kulat seorang diri di situ.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience