BAB 24

Romance Completed 36813

Kenapa minah lampir tak menjawab pun cakap aku? Kalau tak,aku cakap sepatah, sepuluh patah dia jawab,Raqib berfikir tentang kejadian pagi tadi.

Raqib! Turun makan cepat,jerit datin Aisyah dari dapur.

Raqib segera bergegas ke dapur.

Banyaknya lauk.Ikan siakap 3 rasa,tom yam,daging blackpaper,ayam panggang,puding laici dan jus oren.

'Ma,kenapa masak banyak malam ni? Ada orang nak datang ke? Raqib seperti dapat mengagak.'

'Ye,jawab Datin Aisyah.Tangannya ligat menyusun hidangan di atas meja sambil dibantu oleh Mak Mah.'

'Assalamualaikum.'

'Waalaikumussalam,jemputlah masuk,pelawa Datin Aisyah sambil berpelukan dengan Datin Zana.'

Asyaa kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden berwarna ungu dan dipadankan dengan shawl yang sedondon.Tangan dihulurkan untuk menyalami kawan mummynya itu.

'Cantiknya anak kamu Zana.Lama tak tengok.Dah besar pun,puji Datin Aisyah.Asyaa hanya senyum tersipu malu.'

'Jomlah masuk makan.Dah lapar ni,ajak Dato Omar.'

Aduh! Minah ni lagi.Dah takde muka orang lain ke atas dunia ni.Raqib tepuk dahi.Asyik-asyik menghadap muka dia je.Buat sakit mata aku jelah,omel Raqib sendiri.Matanya tajam merenung Asyaa.Asyaa tidak lepaskan peluang untuk membalas renungannya.

'Raqib,kenapa kamu tak makan? Fikir pasal apa? Soal ayahnya apabila melihatnya masih tidak menjamah makanan.'

'Takde pa,Raqib teringatkan hantu lampir dalam cerita semalam.Tiba-tiba hari ni dia muncul depan mata,ujar Raqib.Dia senyum sinis.'

Dato Omar hanya menggelengkan kepala.Tak habis-habis dengan loyar buruk dia.Depan tetamu pun sempat lagi.

Setelah beberapa minit,hanya tinggal Raqib dan Asyaa di meja makan.Baru sahaja hendak ke dapur,langkah Raqib terhenti.

'Woiii penculik! Bukan main lagi kau kutuk aku tadikan,marah Asyaa.Suaranya masih dikawal agar tidak didengari oleh orang lain.'

'Mana ada aku kutuk kau.Tapi kalau kau terasa baguslah,seloroh Raqib disertakan tawa kecil.Tulang ayam di dalam pinggannya dicampakkan ke Asyaa dan mendarat baik di atas pinggannya.'

Mulut Asyaa terlopong.Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Asyaa ketap gigi menahan geram.Penumbuk dikepal.Kalau mak ayah kau dan aku takde kat sini,dah lama lunyai kau aku kerjakan.Kau tunggu jelah.Aku takkan duduk diam.

'Asyaa,jomlah kita berbual di luar.Dah lama aunty tak berbual dengan kamu.Kerja tu biar Mak Mah je yang buat.Datin Aisyah menarik lembut tangannya.Asyaa hanya menurut.'

'Ha Asyaa,kamu masih kerja dengan orang lain ke? Bila nak ambil alih syarikat ayah kamu? Soal Dato Omar.'

Asyaa sudah jemu apabila ditanya asyik ditanya soalan yang sama.Dia sudah dapat mengagak jawapan untuk diberikan.

'Bukan Asyaa tak nak uncle,cuma Asyaa belum sedia lagi.Lagipun banyak lagi pengalaman yang Asyaa nak cari sebelum ambil alih untuk uruskan syarikat tu and Asyaa pun baru je habis study kan? Terang Asyaa panjang lebar.'

'Betul juga apa yang anak kamu cakap tu.Bagilah dia masa sikit,ujar Dato Omar.'

Elehhh,nak uruskan diri sendiri pun tak boleh ini kan pula nak uruskan syarikat.Raqib senyum senget.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience