BAB 12

Romance Completed 36812

Jarum menunjukkan pukul 5 petang. Asyaa mengelus-elus dagunya yang licin.Sekejap lagi mesti mamat sewel tu balik.Nilah masanya untuk aku balas perbuatan dia balik.Asyaa mengatur langkah ke dapur.Tangannya ligat mengacau adunan cekodok pisang.Satu ramuan istimewa dimasukkan.Setelah siap digoreng Asyaa menghidangkannya di atas meja.Tunggu masa je.Asyaa senyum nipis.

Kasut dimasukkan dalam almari.Raqib melangkah masuk.Langkahnya terhenti di hadapan anak tangga kerana dihalang oleh Asyaa.

'Kau ni dah kenapa sengih-sengih macam tu!? Ingat cantik sangat? Kata Raqib selamba.'

Senyuman Asyaa mati serta-merta.Dia berdiri betul-betul di hadapan Raqib sambil membawa pinggan cekodok.

'Nah,rasalah.Aku tahu kau mesti laparkan? Ujar Asyaa dengan senyuman manis di bibir.Pinggan cekodok dihulurkan.'

Minah lampir ni dah buang tabiat ke apa? Tiba-tiba je baik.Mesti ada udang sebalik mee ni.Aku takkan terpedaya,getus Raqib.

'Tak nak! Aku dah kenyang.Kau makanlah semua.Pinggan ditolak semula.'

Takkan mamat ni tahu kut rancangan aku.Tak boleh jadi macam ni!

'Alah,makanlah.Satu pun takpe.Kau tak kesian kat aku ke? Penat-penat aku buat untuk kau.Asyaa buat muka monyok.'

'Ada aku suruh kau buat ke? Tak kan!? Sindir Raqib.'

'Memanglah takde.Tapi aku buat ni sebagai tanda maaf kat kau.Sebab aku selalu susahkan kau.Asyaa buat muka sedih.Mata dikelipkan beberapa kali.Harap pujukan ni berjaya.'

Raqib melepaskan satu keluhan.Tahu pun selalu menyusahkan aku.Pandai pulak pujuk orang.Tapi betul ke dia dah berubah? Ah! Makan jelah.Nanti kang menangis macam budak kecil pulak,gumam hati kecil Raqib.Tanpa teragak-agak,cekodok diambil lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.Raqib mengunyah perlahan.

Argh!!! Dia mengeluarkan kembali cekodok yang dimakan atas tapak tangannya.Mukanya kelihatan merah seperti udang kena bakar.Peluh didahi diseka.Dia segera berlari ke dapur.Air diteguk rakus.

'Tuan Raqib kenapa ni? Mak Mah terkejut melihat Raqib.Mukanya jelas kelihatan merah kerana wajahnya yang putih.'

'Mak Mah,pedas...pedas.Raqib mengibas-ngibas lidahnya.'

'Nah,makan roti ni.Nanti hilanglah rasa pedas tu.Roti bertukar tangan.'

Asyaa mengintai dari luar dapur.Hahaha!!! Yes! Mission complete.Padam muka kau! Mesti best kan makan cekodok cili.Apa salahnya sekali seumur hidup.

Raqib duduk di birai katil.Mukanya masih kelihatan merah tapi merah lagi hatinya yang sedang membara.Raqib mencerlung tajam.Gigi diketap.Gila punya orang.Nasib baik tak terbakar lidah aku.Berapa banyak cili dia letak dalam tu.It's okay,hari ni kau suka esok kau duka,bebel hati kecil Raqib Syah.

Raqib terbongkok-bongkok mencari sesuatu.Haih...manalah kau ni.Takkan satu pun takde.Encik katak,ooo... Encik katak...Seru Raqib dalam hatinya agar tidak didengari orang lain.Matanya tertarik dengan sesuatu benda di belakang pokok.Aha! Ada pun kau.Dia segera menangkapnya lalu dimasukkan ke dalam kotak kecil.

Raqib pandang kiri kanan.Tak ubah macam pencuri.Okay,line clear! Kotak kecil diletakkan di hadapan pintu bilik Asyaa.Raqib senyum senget.

Kot hitam yang berada di dalam almari disarung.Wangian Channel disembur.Untuk kali terakhir rambutnya dirapikan sebelum berangkat.Daun pintu dibuka perlahan.Dia memandang kotak yang diletakkan semalam.Raqib senyum nakal.

'Woi,Raqib! Tegur satu suara dari belakang.'

Raqib berpaling mencari pemilik suara tersebut.Bola matanya dikecilkan.Dari jauh kelibat Hadif sudah kelihatan.Hadif berlari anak mendapatkan Raqib.

'Ha,ada apa? Soal Raqib tegas.'

'Amboi,garangnya! Bila nak dapat awek kalau macam ni.Silap hari bulan semua awek lari.Kata Hadif bersahaja.'

'Kau kalau jumpa aku tak cakap benda ni tak boleh ke? Asal je nampak muka aku mulalah aweklah buah hati bagai.Menyampah aku dengar.Tegas Raqib.'

'Eleh,menyampah konon.Habistu takkan kau nak jadi teruna tua.Selalu aku dengar anak dara tua je.Sembur Hadif selamba.'

Renungan tajam diberikan.Setajam mata keris.Hadif buat derk je,walhal dia tahu Raqib sedang merenungnya.Boleh membawa padah kalau dia renung aku lama-lama macam ni.Meremang bulu roma aku,getus Hadif.Lengannya digosok-gosok.

'Bro,aku cau dululah,ada kerja sikit nak diselesaikan.Hadif mencari alasan untuk melarikan diri.Tidak berani dia bertentang mata lama-lama dengan Raqib.'

Hadif hilang dari pandangan.Raqib memikirkan apa yang dikata oleh kawan baiknya itu.Wajah diraup kasar.Satu keluhan dilepaskan.

Pintu dikuak.Dengan hati yang gembira dia mengatur langkah ke dapur untuk sarapan.Gembira kerana berjaya menyuruh Raqib makan cekodok cilinya.Bibirnya melakar senyuman.

Kakinya terasa seperti terpijak sesuatu.Mata dihalakan ke bawah.Kotak itu diambil.Dia diserang rasa pelik.Kotak apa pulak ni? Aku takde pesan barang apa-apa pun.Takkan mak Mak bagi hadiah pulak.Apa kes,gumam Asyaa sambil membelek-belek kotak itu.

Penutup dibuka perlahan-lahan.Hampir tersembul biji mata Asyaa melihat makhluk itu.Mak Mah!!! Jerit Asyaa.Boleh bergegar satu rumah dibuatnya.Kotak dilempar. Tidak pasal-pasal katak yang tak bersalah itu menjadi mangsa,tercampak ke tingkat bawah.

'Eh mak engkau! Latah mak Mah yang sedang asyik memasak sambil bernyanyi-nyanyi kecil.Mak Mah berlari anak mendapatkan Asyaa.

'Ya Allah cik Asyaa,kenapa ni? Soal mak Mah dengan wajah cemas.'

'Ka...katak.Asyaa tergagap-gagap.'

'Hah katak,mana?Mak Mah terlompat-lompat.Matanya meliar mencari-cari.Siapa yang tidak geli melihat makhluk itu.Eeee...'

Di dalam pejabatnya Raqib menahan tawa.Takut didengari oleh orang lain.Nanti tak pasal-pasal dilabel gila.Jatuh maruah aku sebagai anak Dato Muhaimin,getus Raqib.

'Confem,satu taman boleh dengar suara dia menjerit macam pontianak.Ada ke pontianak menjerit.Tak pernah lagi aku dengar.Lantaklah,malas aku pikir!Buat semak kepala otak je,bebel hati kecil Raqib.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience