BAB 27

Romance Completed 36813

'Uncle,sebenarnya Raqib nak ucapkan terima kasih untuk hadiah semalam.'

'Hadiah? Apa maksud kamu? Dato Zainal seperti orang kebingungan.

'Bukan ke semalam, uncle suruh Asyaa kirimkan ke Raqib? Dia diserang rasa pelik.

'Setahu uncle, takde pun uncle suruh Asyaa kirimkan apa-apa kat kamu,' ujar Dato Zainal.

Raqib merasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.Mesti ni ada kena mengena dengan minah lampir tu! Aku kena jumpa dia!

'Takpelah uncle, mungkin kawan Raqib yang bagi kut,'Raqib tidak mahu Dato Zainal mengetahui perkara yang terjadi antara dia dan Asyaa.

Dato Zainal mengangguk faham.

'Hoi minah lampir!' Laung Raqib Syah.Dia tidak menghiraukan orang di kawasan sekitarnya.

Alamakkk! Macam mana dia boleh tahu aku kerja kat sini.Boleh bocor rahsia aku kalau macam ni.No no no! Lebih baik aku buat-buat tak dengar je.Asyaa terus berjalan untuk ke cafe berdekatan.

Namun, langkahnya terhenti apabila sempat dipintas oleh Raqib yang kini berada di hadapannya.Dia kaku seperti patung cendana.

'Kau ingat, aku tak tahu yang kau buat-buat tak dengar masa aku panggil kau! Tengking Raqib.

'Sorry, aku nak cepat,'balas Asyaa pendek.Dia cuba menolak badan Raqib ke tepi namun usahanya sia-sia.Raqib sedikit pun tidak berganjak.

Ni badan manusia ke batu? Habis tenaga aku guna pun dia still tak gerak jugak.Kau nak aku guna kren ke untuk angkut, hamun Asyaa dalam hati.

'Mana kau nak lari? Aku rasa kau tahu kut tujuan aku datang jumpa kau ni.So, explain to me right now!' Raqib mendepangkan kedua-dua belah tangannya agar Asyaa tidak dapat lari.

'Explain? Pasal apa? Aku tak fahamlah,' Asyaa masih tidak mahu mengaku.'

Raqib semakin mendekatkan dirinya dengan Asyaa.Dia telan liur.Asyaa perlahan-lahan berundur.

'Okey, fine! Aku mengaku hadiah tu aku yang belikan...untuk kau.'Akhirnya dia mengalah.Takde guna bergaduh dengan Raqib.

'Why? Soal Raqib sambil kening dijongketkan.

'Sebagai tanda maaf untuk kejadian kat mall hari tu? Aku takde niat pun nak cakap kau macam tu.So...maafkan aku eh?' Rayu Asyaa.

'Apa? Aku tak dengar,'Raqib cuba menguji Asyaa.

Mamat ni buat-buat tak dengar pulak! Pekak ke apa?

'Aku cakap, aku minta ma..af,'tekan Asyaa.

'Fine.Aku maafkan kau.'

'Seriusly? Senangnya kau maafkan aku.Macam tu je?'

'Well, aku memang pemaaf orangnya.Not like you.'

Asyaa juih bibir.

'Tapi, aku nak kau tahu yang kau dah malukan aku tahu tak?'Marah Raqib.

'Sorrylah...aku tak sengaja.'

'Before that, aku nak kau ingat.Lain kali, kalau takde bukti jangan main tuduh je orang sembarangan.Aku pun ada hati dan perasaan jugak!' Kepala Asyaa seperti dihempap oleh batu.Tak pasal-pasal dapat ceramah free.Buat malu kaum wanita aje.

Tak sangka dari luar nampak kasar, tapi rupanya dalam hati ada taman.Pufff...Asyaa tergelak kecil sehingga boleh didengari oleh Raqib.

'Kau kenapa suka sorang-sorang? Dah tak betul eh? Nanti tak pasal-pasal orang ingat aku kawan dengan orang gila,' hambur Raqib tanpa mempedulikan perasaan Asyaa.Dia kemudiannya berlalu pergi dari situ.

Dasar penculik sewel! Suka hati mak bapak dia je cakap aku orang gila.Dia ingat, dia tu siapa hah nak cakap aku macam tu?! Hilang mood nak makan! Asyaa mengatur langkah ke ofisnya kembali.

'Cepatnya kau pergi.Mana makanan yang aku kirim tadi? Soal Alisa apabila melihat Asyaa pulang dengan tangan kosong.'

Opsss,aku lupalah.Ni semua salah penculik tak guna tulah!

'Sebenarnya aku memang nak pergi beli dah tadi tapi masa aku tengah jalan tu tiba-tiba ada orang gila datang marah-marah kat aku.So apa lagi,aku pun larilah,Asyaa memberikan alasan yang bermain dalam benaknya.'

Alisa berasa pelik.Dahinya berkerut.Orang gila mana pulak ni? Selama aku kerja kat sini tak pernah pun aku jumpa.Kepalanya digaru-garu.

'Aku rasa alasan kau ni macam tak masuk akal je,ujar Alisa.'

'Akal kau memanglah tak masuk,akal aku masuk...je,perli Asyaa.Dia berjalan menuju ke pantri sambil ketawa.'

Minah di dah kena rasuk dengan jin mana? Aku tengok dia dengan orang gila takde beza pun,kutuk Alisa dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience