BAB 55

Romance Completed 36812

Sudah tiga hari Asyaa tinggal di rumah ibu bapanya setelah berkahwin, kini dia harus mengikut si suami pula untuk tinggal di rumah mertuanya.

'Menantu kesayangan mama dah sampai! Dari tadi mama duk tunggu tau sebab tak sabar-sabar dah nak jumpa Asyaa.'Pipi Asyaa dicium.Sayang benar Datin Aisyah dengan menantunya itu.

'Lepas ni, bolehlah mama tengok muka Asyaa ni hari-hari sampai jemu.'

'Hisy, mana ada jemu.Mama lagi suka adalah.Nanti, ada jugak yang boleh jadi kawan mama kat rumah ni.Kalau tak, bosan mama duduk sorang-sorang.Papa tu selalu outstation.Raqib tu lagilah. Lebihkan kerja dia kat ofis daripada mama sendiri.'Rungut Datin Aisyah.

Lepas ni, ada geng membawanglah dalam rumah ni, getus Raqib.

'Raqib, apa tunggu lagi? Pergilah ambil barang-barang Asyaa kat dalam kereta tu.Bawak masuk dalam bilik.'

'Takpelah ma.Biar Asyaa tolong dia.Banyak barang yang nak kena angkat tu.Kesian pulak dia buat sorang-sorang.'

'Biarlah...Itu kan tugas orang lelaki.Takkan nak angkat barang sikit tu pun tak boleh.Nanti, macam mana dia nak jaga kamu?'

'Ma, Raqib ada kat sini lagi tau? Janganlah mengumpat depan-depan.'Sakit pulak hati Raqib mendengar mereka berdua bercakap tentang dirinya.

Datin Aisyah dan Asyaa sama-sama ketawa melihat muka Raqib yang sudah berubah.

Asyaa diajak masuk ke dalam.Raqib pula dibiarkan mengangkat barang sorang-sorang di luar.

'Datin, makanan dah siap hidang.'

'Eloklah tu.Asyaa pun baru sampai.Mesti laparkan? Jomlah kita makan sama-sama.Mama ada suruh Mak Mah masakkan spesial untuk Asyaa.'

'Susah-susah aje.Terima kasih ma.Sekejap ya, biar Asyaa pergi panggilkan Raqib sekali.'

Datin Aisyah mengangguk.

Asyaa cuba mencari Raqib di luar namun tak kelihatan.Dia pergi mana? Takkan merajuk kut pasal tadi? Ha! Mungkin ada dalam bilik, omel Asyaa.

Dari luar bilik Asyaa sudah nampak Raqib terbongkok-bongkok menyusun barang.'Laa, you kat sini rupanya.Ingat pergi mana.'

'Ya, kat sinilah sebab nak kena angkut semua barang kau ni.Nak pergi mana lagi?'

'You marah I ke? I bukannya tak nak tolong tapi mama yang tak bagi.I mintak maaf eh?'Terbit rasa bersalah dalam diri Asyaa.Kasihan pula dia tengok Raqib ke sana ke mari mengangkat barang-barangannya.

'Seronok ya kau sekarang ada geng nak mengumpat pasal aku.'Sindir Raqib.Soalan Asyaa dibiarkan sepi.

'Kenapa you cakap macam tu pulak? Mana ada I mengumpat pasal you.'

'Dah tu, tadi apa? Kau ingat aku tak dengar?'

'Tadi tu bukannya mengumpat.You sendiri pun dengar kan? Lainlah kalau I dengan mama bercakap belakang you.'

Raqib pandang Asyaa tajam.Baru sahaja kakinya ingin menapak ke arah si isteri, suara mamanya bergema.

'Raqib! Asyaa! Cepatlah turun makan.Nanti sejuk pulak makanan ni.'Asyaa menarik nafas lega.Nasib baik ada Datin Aisyah yang menjadi penyelamatnya daripada dibaham singa.

'Haa! Mama dah panggil tu.'Dia segera berlari ke dapur.Raqib hanya melihatnya dari belakang.

'Maaf ma.Tadi seronok berbual sampai lupa nak ajak makan.'

'Dah, mari duduk.'Raqib yang baru turun terus duduk bersebelahan Asyaa.

'Wah, sedapnya! Ada tom yam.Mana mama tahu yang Asyaa suka tom yam? Ke...ada orang tu yang skodeng?'

'Tolong sikit eh.Takde maknanya a...Maksud abang, mana ada abang skodeng sayang.Ni mummy yang bagitahu.'Mujur Raqib tak terlepas cakap.Kalau tak, mahunya kena marah dengan mama dia di depan isteri sendiri.Jatuh air muka nanti.

Datin Aisyah gembira mendengar tutur kata yang keluar dari mulut Raqib.Sopan dan tak menyakitkan hati.Tiada lagi bahasa kasar yang digunakan seperti dulu.

Asyaa laju menelan sisa nasi yang ada dalam mulutnya.Tangan pantas mencapai cawan di hadapannya sebelum air diteguk.Dia tak percaya apa yang baru keluar dari mulut Raqib.

'Sayang, kalau awak lapar sekalipun janganlah gelojoh sangat makan tu.'Tegur Raqib yang sengaja ingin menyakat Asyaa.Nak tengok bagaimana reaksinya bila dia bercakap begitu.

Asyaa tayang senyum palsu.Mamat ni pun, kalau nak beromantik tu cakaplah dulu.Ni tak, tiba-tiba aje berabang sayang bagai.Nasib baik aku tak tercekik nasi tadi, marah hati Asyaa.

Datin Aisyah dan Asyaa seronok melayan drama tv3 sambil mengunyah biskut.Dari dalam bilik pun boleh dengar suara Asyaa ketawa.

'Raqib, duduk sini kejap.Ada benda mama nak cakap.'Raqib yang baru ingin melangkah ke dapur terbantut.

'Ada apa ma? Esok tak boleh ke?'

'No.Mama nak cakap sekarang jugak.Sit here.'Arah Datin Aisyah.

Raqib terpaksa beralah.Dia mengambil tempat di sebelah mamanya.Datin Aisyah sudah tak sabar-sabar nak bertanya.

'Kamu berdua ambil cuti berapa lama?'

'Kenapa mama tanya?'Soalan dilontar balik.

'Takkan mama nak tahu pun tak boleh?'

Raqib mengeluh.'Dua minggu.'

'Hah?! Dua minggu aje? Mana sempat.'

'Apa yang tak sempatnya ma?'Soal Raqib pelik.

'Yalah, mana sempat kamu nak bawak Asyaa pergi honeymoon.'

'What? Honeymoon?!'Jerit Asyaa dan Raqib serentak.

'Ha'ah honeymoon.Yang kamu berdua ni terkejut sampai macam ni sekali dah kenapa? Takkan tak kenal kut honeymoon tu apa.Nak mama terangkan?'

'No no no.Tak payah explain.Kenapa nak kena pergi honeymoon pulak ma? Tak payahlah...'

'Tak boleh! Kamu kena jugak bawak isteri kamu ni pergi honeymoon.Nanti mama nak kamu ambil cuti sebulan.'Datin Aisyah bertegas.

'Sebulan?! Lama tu ma...Nanti siapa pulak yang nak jaga kompeni? Kerja pun banyak yang tertangguh nanti.'Cemik Raqib.Asyaa hanya diam.Tak nak masuk campur perbualan ibu dan anak.

'Pasal kompeni tu, kamu suruh aje sesiapa yang kamu percaya untuk handle.Sebelum ni pun, mana pernah kamu ambil cuti.Jadi, apa salahnya kalau kamu ambil cuti sekarang untuk luangkan masa dengan isteri sendiri? Cuti sebulan tu biasalah kalau lepas kahwin.'

'Perlu ke kita orang pergi honeymoon?'Soal Raqib masih tak puas hati dengan keputusan mamanya.

'Mestilah! Mama tak kira, walau macam mana pun, mama nak kamu berdua pergi jugak honeymoon.Kalau bukan luar negara sekali pun, dalam Malaysia pun dah okey.'

Otak Raqib dah beku.Kalau mama dia dah cakap macam tu, dia nak menjawab apa lagi? Nak tak nak, kenalah ikut jugak.

Sesudah solat Isyak, Asyaa terus berbaring di atas katil.Tiba-tiba rasa mengantuk nak tidur awal.Rasa penat lepas kemas barang-barang tadi pun belum hilang.Matanya sudah sayup-sayup.Bantal ditepuk-tepuk sebelum meletakkan kepalanya.Baru sahaja mata ingin ditutup, terus tak jadi.Matanya terbuka luas.

'You buat apa kat sini?'

'Dah duduk atas katil, nak tidurlah.Takkan nak bermain pulak?'Perli Raqib.

'You pergilah tidur atas sofa sana tu...'Asyaa memuncungkan bibirnya ke arah sofa yang terletak bersebelahan katil.

'Ni bilik aku, suka hati akulah nak tidur mana pun.Sepatutnya kau yang pergi tidur atas sofa tu, bukan aku.'Raqib merebahkan badannya di atas katil.Terkebil-kebil Asyaa melihatnya.Geram pula dia dengan sikap Raqib yang bersahaja itu.Lantas, bantal dicapai.

'Kau nak pergi mana dengan bantal tu?'

'Nak tidurlah.Kan you jugak yang suruh I tidur atas sofa tu.'

'Tak payah! Tidur aje atas katil ni.Bukannya tak cukup besar pun katil aku ni.'

'Tadi you jugak yang...'

'Kau jangan membantah cakap aku boleh tak? Asyik nak menjawab aje mulut tu.Naik sekarang!'Pintas Raqib.Matanya memberi isyarat untuk Asyaa naik ke atas katil.

Bantal yang dipegang dipeluk erat.Bibir dikemam.Tak tahu nak pilih katil atau sofa.Kalau sofa, mestilah tak selesa, sempit, nak lena pun payah.Tapi kalau katil, sekejap saja sudah lena.Matanya bergilir memandang.

'Kau nak tidur berdiri macam tu ke malam ni?'Sinis Raqib bertanya.

'Bila masa I tidur berdiri pulak? Dah you ambik katil, I tidurlah atas sofa.'Balas Asyaa sambil kakinya melangkah ke arah sofa yang terletak di sebelah katil.

'Kenapa? Apa masalahnya? Kau takut aku buat sesuatu kat kau ke?'

Asyaa tidak jadi untuk melentokkan kepalanya.'Err...Ma...mana ada.I tak fikir macam tu pun.'

'Kalau kau tak fikir macam tu, then, like what?'

'Ermm...'Asyaa cuba mencari ayat yang sesuai untuk dijadikan alasan.

'Kau sendiri pun tak tahu sebabnya kan? Dah, tak payah banyak songeh! Tidur aje atas katil ni.Aku pun makan nasi jugak, bukan makan orang!'

'Tu I tahulah.Kalau you bukan orang, takkan I nak kahwin dengan you pulak.'Bidas Asyaa.

'Banyak cakap betul kau ni malam-malam.Sebelum aku apa-apa kan kau, lebih baik kau tidur atas katil sekarang!'Tegas Raqib bersuara.

Dengan rasa sebal, Asyaa turutkan apa yang disuruh Raqib.Bantal peluk di letakkan di tengah-tengah antara mereka berdua.Namun, cepat sahaja tangan Raqib menarik bantal peluk itu ke dalam dakapannya.Mata Asyaa bulat.

'Kenapa you ambik bantal tu balik?'

'Nama pun bantal peluk, aku nak peluklah.Takkan nak cium pulak.'Selamba Raqib membalas.

Asyaa mencerun Raqib tajam.Panas hati mendengar jawapan dari mulut Raqib.

'Kau pandang aku macam tu dah kenapa? Ada benda yang kau tak puas hati ke dengan aku?'

'Memang I tak puas hati dengan you sekarang ni! I nak tidur atas sofa you tak bagi.Bila I tidur atas katil, you buat macam ni pulak.Tak boleh ke kalau you cuba menyenangkann keadaan?!'Bentak Asyaa.

'Kau nak aku peluk kau ke?'

'Eee...Tak nak I.'

'Kalau tak nak, baik kau tidur sekarang sebelum kau jadi bantal peluk aku.Now!'

Asyaa segera menurut.Selimut ditarik menutupi separuh tubuhnya.Dia cuba menjarakkan dirinya sejauh mungkin dari Raqib.Selamat tak jatuh tergolek atas lantai.Takut punya pasal.Bapak harimau cuma kat sebelah saja.Bila-bila masa boleh kena terkam.Jadi, awal-awal lagi kena letak jarak sebelum dia menjadi mangsanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience