BAB 54

Romance Completed 36812

Saat yang paling ditunggu-tunggu kini tiba jua.Inilah hari yang paling bermakna dalam hidup setiap pasangan.Menantikan waktu untuk mereka disatukan.Hari yang menyatukan dua insan sehati dan sejiwa.

Namun, bagi Raqib dan Asyaa, adakah mereka menginginkan momen ini? Masih wujudkah rasa cinta Asyaa kepada Raqib Shah dan masih ada ruangkah di hati Raqib Shah untuk menempatkan Asyaa?

Asyaa duduk di birai katil.Dia redha kalau betul Raqib adalah imam baginya.Tapi, boleh ke Raqib terima dia sebagai isteri nanti? Boleh ke dia berubah atau akan tetap dengan dirinya yang sekarang ni meskipun selepas kahwin?

Tetamu yang dijemput berpusu-pusu datang.Semua saudara mara, rakan taulan dan jiran-jiran sudah tidak sabar untuk melihat bakal pengantin.Lagi-lagi untuk merasa nasi minyak bersama ayam masak merah.Kecur air liur.

'Asyaa mana? Semua dah tunggu ni.' Ujar Dato Zainal yang menjadi wali kepada Asyaa.

'Sekejap ya bang, biar saya pergi tengok.' Datin Zana lekas bangun sebelum memanjat tangga.

Dia bimbang kalau-kalau Asyaa buat perkara di luar jangkaan.Tambahan pula, Asyaa belum lagi memberi kata putus sampai sekarang.

Pintu diketuk beberapa kali namun tidak bersahut.Lantas dengan perlahan dia masuk ke dalam bilik anaknya itu.Asyaa yang duduk di birai katil dipandang lama.

'Asyaa, kenapa ni? Kenapa tak turun lagi? Semua orang dah ada kat bawah tu? Tunggu kamu aje ni.'

'Mummy, Asyaa takut...'

'Tak payah takut.Mummy kan ada.Banyakkan beristighfar dalam hati.InsyAllah, semuanya akan berjalan lancar.' Tangan Asyaa digenggam cuba untuk memberi kekuatan kepadanya.

'Boleh ke dia terima Asyaa? Mummy pun tahu kan macam mana hubungan Asyaa dengan dia sebelum ni.'

'InsyaAllah...Perlahan-lahan.Tapi, Asyaa tu boleh ke terima dia?'

Hampir lima belas minit menunggu, ada para tetamu yang sudah berbisik-bisik.Katanya, mungkin pengantin perempuan dah larikan diri atau ada sesuatu yang buruk terjadi kepadanya.

Di situ, Raqiblah yang paling risau.Hatinya tidak tenang selagi belum melihat bakal isterinya di depan mata.Apatah lagi setelah apa yang baru didengarinya.

Pelbagai perkara bermain dalam benaknya.Mustahil Asyaa akan buat begitu.Dia tahu yang Asyaa masih cintakan dia.Tetapi, dia redha kalau Asyaa tak nak teruskan perkahwinan ini.Mungkin ini adalah balasan baginya untuk perbuatan dia selama ini.

Hampir Raqib putus asa, kelihatan seorang gadis berjalan perlahan menuruni anak tangga sambil tangannya dipimpin erat.Semua mata memandang ke arahnya.

Dia kelihatan cukup manis dengan mengenakan gaun kembang berwarna putih.Cukup untuk memukau mata-mata yang memandangnya.Raqib juga tak lepas dari merenung bakal isterinya itu.Hilang semua gentar dalam jiwanya.

Tepat jam 11:30 pagi, Raqib dan Asyaa akhirnya selamat diijabkabulkan.Pihak perempuan memberi lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang oleh pihak lelaki.

Raqib menghampiri Asyaa bagi menyarungkan cincin yang sedang dipegangnya.Asyaa keras tidak bergerak.Wajahnya ditunduk.Raqib sabar menunggu.

'Asyaa, hulurlah tangan tu.Kalau tak, macam mana Raqib nak sarung cincin?'Tegur Datin Zana.

Asyaa seperti terjaga dari tidur.Wajahnya diangkat memandang gerangan yang sudah lama menunggunya di hadapan.

Tangan dihulur dengan terketar-ketar.Raqib menyambut tangannya.Kini, cincin bertatahkan tiga batu permata itu tersarung indah di jari manisnya.

Tangan dihulurkan.Lambat-lambat, Asyaa menyambut tangan suaminya itu sebelum dikucup.Raqib kemudian meletakkan tapak tangannya di atas kepala Asyaa sambil mulutnya membaca doa.

Walaupun hari ini adalah hari yang paling bahagia buat semua orang, namun bagi Raqib dan Asyaa, seperti tiada apa-apa.Perkahwinan bukan atas dasar cinta, tapi hanya untuk memenuhi kehendak orang tua mereka.

Mungkin sekarang bukan masanya.Siapa tahu lepas kahwin rumah tangga mereka akan jadi lebih indah? Lagipun bercinta lepas kahwin itu lagi istimewa.Sampai tak boleh nak berenggang macam pasangan tengah hangat bercinta.

Tetamu sudah ramai yang beransur-ansur pulang.Akhirnya, dapatlah mereka memberi ruang kepada diri sendiri pula untuk berehat.

Tak menang tangan mereka melayan tetamu tadi.Saudara mara yang tinggal jauh pun turut hadir.Inilah masanya untuk mereka mengeratkan tali silaturahim.Hampir semua topik habis dibincangkan.

'Alhamdulillah...Semuanya berjalan lancar.Tercapai jugak hasrat mama untuk bermenantukan Asyaa.'Ujar Datin Aisyah sambil melabuhkan punggung di sebelah menantunya.

Asyaa hanya mengukir senyum.Tak tahu nak balas apa.Rasa segan pulak nak bercakap.Apatah lagi bila semua ahli keluarganya sedang berkumpul bersama.

Raqib pulak asyik merenungnya sedari tadi.Naik rimas Asyaa dibuatnya.Baru kahwin tak sampai sehari dah pandang orang semacam, getus Asyaa.

'Betul tu.Syukur kepada Allah.Semuanya telah dipermudahkan.Sekarang, dah jadi besanlah kita.'Sahut Datin Zana.

Semua ketawa halus.

'Tak sangka betul anak perempuan aku dah kahwin.Kalau dulu, sebut aje pasal kahwin, mesti nak mengelak.Macam-macam alasan yang dia bagi.'

'Samalah Raqib ni pun.Banyak habiskan masa dengan kerja.Sampai takde masa untuk diri sendiri.'Balas Datin Aisyah.

'Apa-apa pun.Alhamdulillah...Impian untuk tengok anak kita disatukan akhirnya menjadi kenyataan jugak.'Dato Zainal mencelah.

'Eh, dah nak masuk Maghrib ni.Kita orang balik dululah ya? Badan pun dah rasa tak selesa ni.'Pinta Dato Muhaimin.

'Yalah.Lagipun, bila-bila masa kita boleh jumpa lepas ni.Kau datang je sini.Pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk kau orang.'

Raqib bangun untuk menyalami ibu bapa mertuanya.Sebelum menyarungkan kasut di muka pintu, sempat lagi Raqib membisikkan sesuatu di telinga isterinya.'Malam ni kau mesti tidur lena, kan?'

Asyaa tergamam apabila mendengar suara Raqib yang berada hampir dengan telinganya.Hatinya yang berdegup laju cuba ditenangkan.

'Memanglah, sebab I penat.Lagipun, majlis ni dari pagi lagi dan sekarang dah petang pun.Mestilah I tidur lena.'

'Betul ke? Bukan sebab kau dah dapat aku?'

'Eee...You merepek apa ni? Tak payah nak perasanlah Encik Raqib.Kita kahwin ni pun sebab you yang paksa I.Konon kalau I tak terima, you suruh I kahwin paksa.Tak begitu?'Sinis Asyaa berkata.

'Say whatever you want.What matter now is, you're my wife.Right?'

Asyaa malas nak bergaduh dengan Raqib.Lagipun, mereka baru sahaja kahwin.Tak sampai 24 jam pun lagi, takkan dah nak cerai?

Tapi tak pelik pun kalau perkara itu terjadi, sebelum kahwin lagi pun memang dah ada masalah antara mereka berdua.Lepas dah kahwin ni, boleh jadi masalah rumah tangga pulak agaknya.

'Tepilah, I nak masuk bilik.Nak mandi.'

Raqib tidak berganjak.Laluan Asyaa dihalang oleh tubuhnya.'Kau ajak aku sekali ke?'

Buntang mata Asyaa mendengarnya.Tak sangka yang Raqib spesis lelaki macam ni.Selama dia kenal Raqib, tak pernah pun dia tunjuk sikap seperti sekarang.Gatal! Tapi tak salah kalau dengan isteri sendiri.Dah halal pun.

'Eee...Gatallah you ni! Jangan cakap benda macam tu lagi boleh tak? Nak muntah I dengar.Takde maknanya lah I nak ajak you.'

Bibir Raqib ukir senyum nipis.Badan Raqib cuba ditolak, namun hampa.Langsung tak memberi kesan.Berat macam anak gajah, bisik hati Asyaa.

'Malam ni jangan lupa tidur awal.'

'Suka hati I lah nak tidur awal ke, lambat ke...You apasal?'Soal Asyaa geram.Pasal tidur pun dia ke yang buat keputusan?

'Kalau tak, macam mana aku nak masuk dalam tidur kau?'

Mulut Asyaa ternganga.Wajah Raqib yang sedang tersengih kepadanya itu sambil memakai kasut dipandang dengan rasa tidak percaya.Lama dia begitu sehingga Raqib hilang dari pandangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience