BAB 6

Romance Completed 36812

Seperti biasa, awal pagi lagi Raqib Syah sudah bangun dan bersiap-siap untuk ke ofis kerana dia merupakan seorang yang menepati masa.Pintu dikuak perlahan.Terkejut bukan main kepalang lagi apabila tersembul wajah Asyaa di muka pintu biliknya.Hisy mainah lampir ni!! Kalau aku ada lemah jantung ni, dah lama aku innalillah kat sini.Aku bagi kang!!

'Woi minah lampir, kau buat apa kat depan bilik aku ni hah?! Sejak bila kau jadi mak guard pulak?' Sindir Raqib Syah.

'Baru je sebentar tadi.'

'Whatever.Now, move!' Keras suara Raqib.Macam askar tengah berkawad kat padang.

'Aku ada soalan untuk kau.'Arahan Raqib tidak diendahkan.

'Not now!'

'Eh, kau ni sebenarnya siapa? Kalau betul kau anak kawan daddy aku, kenapa aku tak pernah pun jumpa dengan kau?' Asyaa menyoal sambil membuntuti langkah Raqib.

'That's not my problem whether you know me or not.Kenapa kau tanya macam tu?'

Asyaa tergagap-gagap untuk bersuara.

'So, that's mean, kau dah tahulah cerita sebenar kan, yang aku tak bersalah dalam hal ni? Dan yang paling penting, aku bukan PENCULIK.'

'Manalah aku tahu.Daddy aku tak cakap apa-apa pun sebelum dia outstation.'

'Tapi, kau dah cemarkan nama baik aku tahu tak? Dan aku boleh saman kau pasal tu.'

'Ha?! Saman?' Asyaa menjerit.

'Kalau kau tak nak krna saman, jadi aku nak kau tunaikan janji kau yang semalam. Kau masih ingat kan apa yang kau cakap semalam?' Soal Raqib dengan menjongketkan sebelah keningnya.Sengaja ingin menakutkan Asyaa.

Jantung Asyaa berdegup kencang.Dia telan air liur.Alamak!! Bodoh betullah kau ni Asyaa...Yang kau pergi cakap macam tu dah kenapa?! Menempah maut namanya ni! Kau sanggup ke jadi orang suruhan dia? Tapi, dia pun salah jugak sebab tak bagitahu hal sebenar awal-awal.

'Tapi salah kau jugak! Daddy aku suruh kau jaga aku, bukannya culik aku! Kalau awal-awal lagi aku tahu daddy dengan mummy aku outstation, aku lebih rela tinggal sorang kat rumah daripada duduk sebumbung dengan penculik macam kau ni! Dahlah sewel.Tak sedar diri! Hamun Asyaa.

Dia ingin ke dapur.Belum sempat dia melangkah, Raqib sudah memegang pergelangan tangannya yang berlapik dengan baju.Macam tahu-tahu je mamat ni aku nak larikan diri.

'Kau jangan cuba nak lari! Sekarang aku nak kau tunaikan janji kau.Melainkan kau nak...'

'Fine! Kau nak aku buat apa?'

'Good question.Aku tak mintak banyak pun.Aku just nak kau buat semua kerja dalam rumah ni sementara kau menumpang kat rumah aku, kecuali memasak.Faham!' Sergah Raqib.Bahu Asyaa terangkat sedikit kerana terkejut.

'Kau gila ke apa?! Kenapa pulak aku kena buat semua tu?! Aku ni tetamu, bukannya bibik kau!' Asyaa mengetap giginya.Nafas laju turun naik.

'Sebab kau sendiri yang cakap, kau akan buat apa yang aku suruh kalau aku betul.Kau dah lupa ke?! Kasihan betullah kat kau ni, muda-muda dah nyanyuk.Kalau tua nanti, mesti hilang ingatan terus.Hahaha... Jangan lupa buat apa yang aku suruh! Kalau tak, tengoklah apa aku akan buat nanti.'Pesan Raqib Syah disertakan dengan gelak ketawanya yang menyeramkan.Dia segera melangkah menuruni anak tangga tanpa sempat bersarapan kerana terpaksa melayan perangai Asyaa.

'Woi penculik! Aku belum habis cakap lagi lah!' Laung Asyaa sebaik Raqib meninggalkannya.Asyaa mengepal penumbuk.

Dasar mamat sewel tak guna! Aku? Kemas rumah? Lambaaat lagi.Ada ke patut dia bagi aku kerja macam tu? Tak patutkan? Ya, memangbtak patut! Asyaa bercakap sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience