BAB 45

Romance Completed 36813

Hari ni genap seminggu Asyaa tidak bersemuka atau berjumpa Raqib sejak kejadian di ofis Raqib hari tu.Masing-masing buat hal sendiri.Apatah lagi buat Asyaa.Sudah pastinya dia berasa sangat sedih, kecewa dan malu kerana diperlaku seperti itu.Hati Asyaa remuk redam mendengar kata-kata yang dilontarkan Raqib kepadanya.Pada masa sama, dia tidak menyangka bahawa Raqib masih berdendam dengannya kerana kejadian lalu.

Selepas kejadian itu, Asyaa banyak mendiamkan diri dan lebih selesa berseorangan di dalam biliknya.Dia juga banyak memendam perasaannya sendirian.

Asyaa memberi makan kepada ikan di dalam kolam sementara fikirannya melayang entah ke mana.Sesekali keluhan dilepaskan.Datin Zana berjalan menghampirinya.Dia senyum nipis.Wajah anaknya itu dipandang penuh belas kasihan.Dia sendiri pun tidak tahu kenapa Asyaa tiba-tiba jadi begini.Selalu termenung melayan fikirannya.Tambahan pula dah nak masuk seminggu Asyaa tak pergi ofis kerana ambil cuti sakit.

'Asyaa sayang, kenapa sejak kebelakangan ni mummy tengok Asyaa selalu murung je? Asyaa sakit ke? Kalau Asyaa rasa tak sihat jom kita pergi klinik.Nanti makin teruk pula jadinya,' pujuk Datin Zana lembut.Bahu anaknya itu digosok perlahan.Rambut yang kelihatan agak berserabai dirapikan.

'Asyaa tak sakit pun,' jawabnya pendek tanpa memandang wajah mummynya itu.

'Kalau bukan sebab tu, kenapa Asyaa jadi macam ni? Asyaa ada masalah ke dengan kawan-kawan, kat ofis...? Cuba bagitahu mummy.Mummy risaulah dengan keadaan Asyaa macam ni.Asyaa pun dah lama tak masuk ofis.Entah dah bertimbun ke apa kerja tu.Boleh jadi bukit,' seloroh Datin Zana yang cuba menggembirakan anaknya.

Asyaa seperti senyum tidak senyum.Dia tiada mood untuk bergurau.Apatah lagi untuk senyum seperti selalu.Semua itu seperti sudah hilang dari hidupnya.Dia kini bukan lagi Asyaa yang dulu.Sentiasa happy go-lucky.

'Asyaa, apa kata kita pergi holiday nak tak? Nanti bolehlah Asyaa rilek-rilek.Tenangkan diri dari semua perkara.Nanti takdelah Asyaa masam je macam ni.Lagi pun Asyaa tak bosan ke duduk rumah je tak buat apa-apa? Mummy yang tengok ni pun dah serabut tau?' Datin Zana cuba memberi cadangan kepada Asyaa.Namun tiada jawapan.Asyaa berjeda sejenak.

'Takpelah mummy.Asyaa takde mood lah nak pergi bercuti.Asyaa nak berehat kat rumah je.Lagi pun lusa Asyaa dah nak masuk kerja,' balas Asyaa dengan suara mendatar.

Datin Zana memandang wajah sayu anaknya itu.'Baguslah kalau Asyaa dah cakap macam tu.Nanti marah pulak daddy kamu tak masuk ofis lama.'

Sejurus Asyaa melangkah masuk ke dalam rumah, kedengaran ringtone telefonnya berbunyi.Punat hijau ditekan.

'Hai, Cik Asyaa.Ingat lagi tak saya Hadif, kawan Raqib?' Soal Hadif cuba mengingatkan saat pertemuan mereka.Mungkin Asyaa dah lupa sebab berjumpa pun baru sekali.Itu pun sebab nak jalankan plan Asyaa.

'Ouh, Hadif.Ingat ingat.Ada apa awak call saya?' Soal Asyaa balik.

'Esok Cik Asyaa free tak?' Saya ada benda penting nak bagitahu sebenarnya, ujar Hadif serius.

'Maaflah esok saya busy.Banyak kerja nak kena urus sebab esok saya baru nak masuk ofis.Kalau awak tak kisah, hujung minggu ni boleh tak?'

'Haah, boleh Cik Asyaa.'

Talian dimatikan.Benda penting apa yang dia nak bagitahu aku? Sampai kena jumpa? Soal hidup dan mati ke? Perkara mustahak ke? Soal Asyaa kepada dirinya.Pelbagai soalan muncul.Dia tertanya-tanya.

'Dahlah, malas nak fikir.Layan running man lagi best,' omel Asyaa.Kontrol televisyen dicapai.Badan dihenyak kasar ke atas sofa.Dia leka melayani rancangan hiburan Korea itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience