BAB 46

Romance Completed 36812

'Bro, kau okey tak? Ada masalah ke?' Soal Hadif sejurus melabuhkan punggungnya di depan Raqib.

'Aku okey.Kenapa kau tanya macam tu? Kau ada nampak aku tak okey ke?' Soalan Hadif dijawab dengan soalan.

'Yelah, aku tengok kau macam tengah berserabut je.Dah macam kucing hilang anak,' gurau Hadif.

Raqib hanya senyum nipis.Tidak nenjawab apa-apa.Jarinya bermain-main di papan kekunci laptop.

Hadif tidak lepas dari memandang Raqib.Dia tahu yang kawan baiknya itu ada sembunyikan sesuatu darinya.Dia merenung Raqib lama tetapi Raqib buat tidak tahu.Keluhan dilepaskan sebelum satu soalan diajukan.

'Betul ke apa yang aku dengar?' Soal Hadif setelah lama tidak bersuara.

'What?' Raqib pura-pura tidak faham dengan maksud soalan yang diajukan oleh Hadif.

Hadif ketap gigi.Dia tahu yang Raqib malas nak bercakap tentang perkara tu.Tapi dia tetap nak tahu juga hal yang sebenarnya berlaku semasa ketiadaan dia di ofis hari tu kerana terpaksa balik kampung untuk menjenguk maknya yang sakit.Dia tidak mahu hanya mendengar cerita-cerita dari mulut makcik bawang kerana belum tentu betul.Mungkin cerita sebenarnya sudah ditokok tambah.Nanti tak pasal-pasal boleh jadi fitnah pula.

'Aku ada dengar ramai staf kat sini yang duk bercakap pasal kau dengan Asyaa.Apa hal? Cuba kau bagitahu aku perkara sebenar.Aku nak dengar daripada mulut kau sendiri,' ujar Hadif dengan riak serius.Tangan disilangkan ke dada.Dah macam nak soal siasat penjenayah lagaknya.Dia dah lupa ke yang pemilik ofis tu ada kat depan mata dia sekarang?

'Takde benda penting pun yang aku perlu bagitahu kat kau,' jawab Raqib malas.Matanya masih menatap laptop di depannya.

Hadif mengeluh.

'Betul ke yang kau marah Asyaa depan semua staf kat sini?' Hadif sudah malas berbasa basi.Soalan kepada jawapan yang ingin ditahu terus dikemukakan.

'Kalau ye pun, kenapa? Dia tu girlfriend kau ke?' Jawab Raqib acuh tak acuh.

'Memanglah dia tu bukan siapa-siapa kat aku, tapi kenapa kau buat dia macam tu? Dia tu perempuan tahu tak? Kau kenalah pandai jaga perasaan orang perempuan ni.Lagipun dia orang ni jenis mudah sensitif.Benda kecil pun boleh jadi besar, apatah lagi macam masalah kau dengan dia sekarang ni,' Hadif cuba memberi nasihat.

'Kenapa aku pula yang nak kena jaga perasaan dia? Habistu, kau ingat aku ni takde perasaan ke?' Riak wajah Raqib sudah berubah.Bila-bila masa je boleh bertukar menjadi singa jantan.Badan disandarkan pada kerusi.Wajah Hadif direnung.Hadif sudah telan air liur.Tengok kawan sendiri pun dah seram.Meremang bulu roma.

'Bukan itu maksud aku.Lagi pun aku rasa kau sendiri pun faham kan apa yang aku maksudkan? Kau tak bolehlah selalu berkasar dengan dia macam tu.Tak baik.Dia ada buat salah kat kau ke?'

'Ye, memang dia selalu sakitkan hati aku.Sebab tu aku benci kat dia! Aku benci semua perempuan.Mereka semua tu hipokrit!' Suara Raqib sedikit meninggi.

'Aku tahu aku tak pernah berada di tempat kau.Tapi sebagai sahabat, aku faham sangat apa yang kau rasa.Orang lain pun ada masalah juga dalam bercinta ni.Perkara ni dah biasa.Tapi janganlah sampai berdendam macam ni sekali,' Pesan Hadif lembut yang cuba meredakan kemarahan Raqib.Bimbang juga kalau-kalau ada barang yang terbang nanti.

'Kalau betul kau faham apa yang aku rasa, habis tu, kenapa sibuk nak bagi nasihat semua ni kat aku? Kenapa kau sibuk nak sebelahkan perempuan tu?!

'Sebab apa yang aku cakap memang betulkan? Aku bukannya nak memandai ke apa.Kau tak boleh nak samakan semua perempuan macam yang kau pernah kenal dulu.Bukannya disebabkan peristiwa masa silam, kau boleh anggap semua orang sama macam dia.Itu salah Raqib,' Hadif masih cuba melembutkan hati Raqib.Dia tahu yang Raqib bencikan perempuan.Sebab itu sampai sekarang dia masih membujang dan banyak menghabiskan masanya dengan kerja di ofis.Walaupun ramai perempuan kat luar sana yang cuba mengenalinya, namun dia langsung tidak berminat.Pandang pun tidak.Bagi dia, 'Cinta' dah lama mati dalam hidupnya.

Raqib melepaskan keluhan.Muka diraup dengan tapak tangan.

'Aku pun tak tahulah Dif nak buat macam mana.Aku masih tak boleh nak lupakan pasal hal tu.'

'Ya, aku tahu.Tapi walau apu pun yang terjadi, kau janganlah nak lepaskan rasa amarah kau tu kat orang lain yang tak bersalah.Aku minta maaflah kalau apa yang aku cakap ni ada buat kau terasa hati.Aku cuma nak nasihatkan kau je.Lagi pun aku dah anggap kau macam abang aku.Aku tak nak nanti kau menyesal dengan perbuatan kau tu.So, better kau move on dan mulakan dengan kisah baru,' Ujar Hadif penuh makna.Tombol pintu ditarik sebelum keluar dari bilik ofis Raqib.

Raqib melepaskan keluhan berkali-kali.Berserabut kepala otaknya memikirkan masalah yang dihadapi.Namun, sedikit sebanyak teguran dan nasihat yang diberikan oleh Hadif memberi kesan kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience