BAB 11

Romance Completed 36812

Raqib Syah bangun lebih awal dari kebiasaannya.Dia akan pastikan apa yang dirancang berjaya.Dia tidak akan membenarkan dirinya mudah-mudah dipermainkan oleh perempuan.Jadi hari ni, dia sudah plan baik punya!

Dengan bersahaja, langkah diatur ke dapur.Sambil sarapan, air teh di dalam teko itu direnung lama.Raqib mengukir senyuman.Usai sarapan, dia terus bertolak ke tempat kerja dengan hati senang.

Seperti biasa, Asyaa akan turun selepas Raqib pergi kerja kerana tidak mahu bersemuka dengannya dan tidak mahu merosakkan moodnya di pagi hari.

Air teh di dalam teko itu dituang.Air teh adalah salah satu minuman kegemarannya, walaupun sering dijumpai. Cawan disua ke mulut.Uhuk...uhuk...Tidak semena-mena air yang baru diminum tersembur keluar.Uwek!! Asyaa menjelirkan lidah.Tekak terasa tidak selesa.Lantas, pintu peti sejuk dibuka dan satu botol mineral dikeluarkan.Air itu diteguk sampai separuh botol.Ni air teh ke air apa? Kenapa teruk sangat rasanya?

'Astaghfirullahalazim! Kenapa ni Cik Asyaa? Tak sedap sangat ke rasa teh tu?' Mak Mah yang sedang mengemas dapur terperanjat.Basah habis meja.

'Hmm, kenapa lain sangat rasanya?' Soal Asyaa dengan muka kelat.

'Ya ke? Rasa macam mana?'

'Masin.'

'Mungkin dia tersalah letak garam kut.Yalah, dia pun mana biasa dengan kerja-kerja kat dapur ni.'

Dia? Siapa?

'Maksud Mak Mah?'

'Teh tu, Tuan Raqib yang buatkan.Tadi dia beria-ria sangat nak tolong.Jadi, Mak Mah bagilah dia yang buatkan.'

Hah? Mamat penculik tu yang buat? Patutlah tak sedap! Sengaja kau nak kenakan aku ya?! Cari pasal betul kau ni!

'Mak Mah pun pelik jugak tadi.Tiba-tiba aje dia nak tolong.Sebelum ni, tak pernah pulak dia macam tu.'Kata Mak Mah dengan wajah serius.

'Kalau cik Asyaa nak, nanti Mak Mah buatkan yang baru.' Ujarnya sambil mencapai uncang teh.

'Eh, takpelah Mak Mah.Menyusahkan Mak Mah aje.'

'Takde yang susah pun.Sekejap aje dah siap.'

'Tak payahlah Mak Mah.Asyaa nak minum air kosong aje.'Tolak Asyaa sopan.

'Betul ke ni?'

Asyaa laju mengangguk.

Rasanya tak ubah macam air pantai.Masin yang amat! Entah berapa banyak garam yang diletak pun tak tahu.

Kau punya kerja rupanya.Kau nak bunuh aku ke apa, hah?! Berapa kilo garam kau letak dalam air tu? Nasib baik aku muda lagi, takde darah tinggi.Kalau dah tua, mahu melayang nyawa aku! Takpe, kau ingat kau sorang aje boleh buat macam tu?Aku pun bolehlah...Ini Nor Asyaa bt Dato Zainal.Ujarnya sambil menepuk-nepuk dada.

Raqib ketawa halus bila membayangkan wajah cemberut Asyaa yang minum air teh buatan istimewanya.Hasil air tangan daripada Raqib Syah! Tak pernah dalam sejarah hidupnya dia membancuh air untuk orang lain.Ini adalah kali pertama! Puff!! Padan muka kau! Mesti sedap kan?

'Kau ni dah kenapa suka sorang-sorang? Nak cakap gila, pangkat CEO.Apa-apa pun, baguslah kalau kau bahagia macam ni.Takdelah aku nak kena menghadap muka kau yang macam cuka tu setiap hari.'Perli Hadif selamba.Nasi disuakan ke mulutnya.

Raqib mencerlung tajam memandang Hadif.Deep betul ayat mamat ni.Cakap main lepas aje.Tak fikir ke perasaan orang dulu sebelum cakap? Nasib kawan aku, kalau tak seminggu pengsan!

'Kau kenal ni apa? Kalau kau nak rasa, cakaplah lagi macam tu.'Ugut Raqib sambil menunjukkan penumbuk sebesar bola sepak.Mujur tak sama besar aje.

Hehehe...Hadif tersengih seperti kerang busuk.Dengan perlahan, dia menurunkan penumbuk Raqib yang berada tepat depan matanya.

'Janganlah marah bro.Aku main-main aje tadi.Tak bermaksud pun nak kecilkan hati kau.Sorry eh?' Ujar Hadif sambil menggaru-garu kepalanya.

'Main-main konon! Kalau dengan budak, bolehlah main-main.Tapi kalau dengan aku, tu cari penyakit namanya.'Marah Raqib.

'Alah, sorrylah.Kosong-kosong eh?'

Hadif dijeling.

'Tapi seriously, dalam dua tiga hari ni, aku selalu nampak kau sengih sorang-sorang.Kenapa?'Soal Hadif ingin tahu.

'Ma...mana ada.Kau aje yang perasan macam tu.'Jawab Raqib cuba menidakkan.Air dihirup perlahan.

'Eleh, dah terang-terang apa yang aku cakap tu betul, lagi mahu mengelak.Malu la tu.'Ujar Hadif sambil ketawa.

'Aku nak masuk ofis! Daripada menghadap kau, lebih baik aku menghadap kerja aku.Takdelah sakit kepala macam layan kau.Nah, nanti kau bayar.'Raqib menghulurkan sekeping not RM50 kepada Hadif.

'Uish! Banyak ni.Makan macam ni, baru RM20.'

'Hari ni aku belanja.Baki tu kau ambil ajelah.'Kata Raqib bersahaja.Anak orang kaya katakan.

'Tha...'

Belum sempat Hadif buka mulut, Raqib sudah berjalan keluar dari restoran.

'Woi Raqib! Love you!' Balas Hadif tanpa menghiraukan orang lain yang memandang.Dia menunjukkan bentuk hati dengan tangannya.

Raqib berpaling.Penumbuk ditunjukkan.Tapi kelakar jugak.Dia kemudian senyum nipis melihat kelakuan rakan baiknya itu.Raqib geleng kepala.Tak tahu malu betullah mamat ni! Nanti orang ingat aku gay pulak.Tak pasal-pasal jatuh maruah aku sebagai CEO RS Holding.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience