BAB 9

Romance Completed 36813

Asyaa senyum puas melihat lipas yang mati itu terbaring elok di atas katil.Seronok kau dapat tidur atas katil mamat penculik tu kan? Takpe, sekurang-kurangnya dia tak tidur keseorangan malam ni.Sebab kau boleh jadi peneman dia.Asyaa gelak jahat.Lipas yang mati itu ditutup dengan bantal peluk.Arghahaha...Asyaa tidak dapat menahan gelak apabila membayangkan reaksi Raqib nanti.Mesti best! Baru puas hati aku!

Seronok benar Asyaa menonton televisyen.Sampai tergelak-gelak sedari tadi dengan melihat kerenah kartun kegemarannya.Satu rumah dengar suara dia sahaja.

Raqib yang baru pulang dari kerja, sudah tercegat di belakang Asyaa, tanpa disedari olehnya yang asyik melayan cerita.Dia menjadi pemerhati.Tidak puas hati betul melihat kelakuan Asyaa itu.Boleh pulak dia duk goyang kaki.Dah lupa siapa tuan rumah? Raqib melempar kotnya pada Asyaa.

'Opocot! Apa masalah kau sebenarnya, hah?! Main campak-campak macam ni.Hari tu kau cakap aku tak ada adab, tapi kau pun sama je! Ujar Asyaa dengan kasar.

Eh minah lampir ni, banyak mulut pulak! Aku cili kang baru tahu.

'Habis, kau beradab sangat ke macam ni? Dah menumpang rumah orang, buat macam rumah sendiri pulak.Tak tahu malu!'

'Aku pun, bukannya nak sangat duduk rumah kau ni.Dah orang tu paksa, apa aku boleh buat?'

'Bila aku paksa kau, hah?'

'Dah tu, yang kau tarik aku bawa datang sini tu apa? Bukan paksa ke namanya?'

'Tu bukan paksa, tapi terpaksa.Ni semua, sebab ayah kau.Kalau bukan sebab dia, jangan beranganlah aku nak bawa kau datang sini.'Ujar Raqib sambil ketap gigi.

'Yang kau balik awal ni kenapa? Mimpi?'Sindir Asyaa.

'Suka hati akulah nak balik awal ke, lambat ke, tak nak balik ke...Kau ada masalah apa?'

'Nothing.Just asking.'

'Good.Lagipun, ni rumah aku.Sedar diri tu sikit! Jangan nak buat macam rumah sendiri pulak!' Oh, sebelum aku lupa.Kau dah kemaskan bilik aku?'Soal Raqib.

'Macam tu kau kata bilik? Aku tengok dah macam dengan reban ayam adalah.'Tawanya meletus.Berani betul dia cakap macam tu.

'Baguslah kalau kau tahu.'Balas Raqib bersahaja sebelum melangkah ke dalam bilik.Sebenarnya dia sengaja menyepahkan biliknya kerana ingin menaikkan kemarahan Asyaa.

Tawa Asyaa berhenti serta-merta.Dia menahan marah dengan sikap Raqib yang selalu buat tak endah.Dia ni memang tak ada perasaan me apa!? Tak apa,tunggu sekejap je lagi.

Usai selesai makan malam, Raqib baring di atas sofa sambil menonton televisyen.

'Woi minah lampir,esok aku nak kau cuci semua pakaian kotor yang bertimbun kat dalam besen tu!. Laung Raqib.Langkah Asyaa terhenti di depan anak tangga.

'Apa susahnya,mesin basuh kan ada.Kau ingat aku tak pandai guna ke?'Balas Asyaa.

'Masalahnya bukan pandai guna ke tak,tapi mesin basuh tu rosak! So,kau kena cuci baju dengan tangan.Ujar Raqib selamba yang menaikkan api kemarahan Asyaa.'

'Kau ni kalau bercakap memang tak guna otak kan!? Takkan aku nak basuh semua guna tangan!? Kau kan banyak duit,upah jelah orang untuk baiki! Jawab Asyaa kasar.'

'Sebab aku cakap guna mulut.Tapi apa salahnya kalau kau buat semua tu.Dapat pahala.Btw,kau tak ada kerja jugak! Balas Raqib bersahaja.'

Asyaa mengepal penumbuk kedua-dua belah tangannya.Dengan perasaan marah,dia berjalan sambil menghentak-hentak kakinya menuju ke bilik.

Raqib merebahkan badannya di atas katil.Selimut ditarik menutupi sehingga paras dada.Bantal peluk dibawa dalam dakapannya.Terbuntang mata Raqib bila melihat makhluk di atas katilnya itu.Arghhh!!! Raqib dengan pantas turun daripada katilnya.

'Mak Mah! Ooo mak Mah! Jerit Raqib.'

Mak Mak yang baru sahaja ingin melelapkan mata,segera menuju ke bilik Raqib Syah.

'Ya tuan,ada apa sampai menjerit macam ni? Soal orang gajinya itu.'

Raqib tidak menjawab,sebaliknya dia menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangan.Jari dituding ke arah makhluk itu.Mak Mah memandang ke arah yang ditunjukkan.Tanpa disedari,mereka diperhatikan oleh Asyaa.Dia menutup mulutnya menahan tawa melihat muka Raqib yang seperti ternampak hantu.

'Lipas ni dah mampus tuan Raqib.Tadi cik Asyaa cakap dia nak tolong buangkan.Kenapa boleh ada kat sini pulak? Ujar mak Mah sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.'

Asyaa berlari masuk ke dalam bilik apabila terdengar namanya disebut.Pintu bilik dikunci.Arghahaha!!! Tawa Asyaa meletus.Dia tidak dapat lagi menahan tawanya terutama bila mendengar jeritan keramat Raqib Syah.Harap muka je handsome,tapi menjerit mengalahkan perempuan,getus hati Asyaa.

Setelah lipas itu dibuang,mak Mah terus turun ke bawah.Jelas kedengaran di telinga Raqib suara orang ketawa.Memang tak ada orang lain dah,mesti minah lampir tu yang mengilai.Jadi ni kerja kau ye! Tak pe,hari ni hari kau esok lusa hari aku pulak,gumam hati kecil Raqib Syah.Dia menumbuk bantalnya.Tidak pasal-pasal bantalnya pulak yang menjadi mangsa dia melepaskan kemarahan terhadap Asyaa.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience