BAB 15

Romance Completed 36812

Hari ini Asyaa bangun awal pagi dari kebiasaannya.Setelah membersihkan diri dia mencapai beg di atas almari sebelum menyumbat semua pakaiannya.Asyaa kemudian turun lebih awal untuk sarapan pagi dan dia tidak kisah jika bertembung dengan Raqib kerana ini hari terakhirnya tinggal di sini.

'Awalnya cik Asyaa turun.Ada apa-apa ke?soal Mak Mah sambil tangan mengacau mee goreng di dalam kuali.Wajah dipalingkan menghadap Asyaa.'

'Sebenarnya hari ni Asyaa happy sangat,jawab Asyaa dengan riak gembira.Senyuman tak lekang di bibir.'

'Kenapa?Ada berita gembira ke?soal Mak Mah ingin tahu.'

'Sebab hari ni mummy dengan daddy Asyaa dah balik.So,Asyaa tunggu diorang datang ambil lah nanti.Tak sabarnya Asyaa nak balik,ujar Asyaa.Wajah ceria jelas terpampar di muka manisnya.'

Tanpa disedari perbualan mereka didengari oleh seseorang.Dia mendengarnya dengan teliti di sebalik dinding.

Ooo....patutlah lain macam je kau hari ni.Aku ingatkan mimpi apa,getus Raqib.

'Hoi,minah lampir,alang-alang ni hari terakhir kau kat sini so aku nak kau kemaskan semula bilik tidur tu.Aku nak nampak macam yang asal.Faham! tengking Raqib.'

Bahu Asyaa terangkat sedikit dek kerana terkejut dengan sergahan Raqib Syah.

'Kau ni dah kenapa?Pagi-pagi dah nak cari gaduh.Gila ke apa?templak Asyaa selamba.Mata dijeling kepada Raqib.'

'Kau cakap apa tadi?Gila?Aku rasa kau yang gila.Mulut tak ada insuran,Raqib tidak mahu kalah.

'Haah,aku cakap kau gila.Sejak bila pulak kau jadi pekak? And for your information kenderaan je yang ada insuran.Sejak bila pulak mulut kena ada insuran.Aku tak pernah pun dengar,hambur Asyaa disertakan gelak ketawa.'

'Kesian kat kau kan?Kau tinggal kat planet mana sebenarnya hah?Asyaa cuba menahan tawanya.'

Mak Mah yang dari tadi menjadi pemerhati juga ketawa kecil melihat kerenah mereka berdua.Dah macam kucing dengan anjing,asyik nak bertekak je.Elok jugak kalau dijodohkan.Mesti bahagia keluarga mereka nanti,omel mak Mah dalam hati.

Raqib memandang Asyaa dengan panahan anak matanya.Gigi diketap.Penumbuk dikepal.Dah tak lama kau nak hidup rasanya,getus Raqib.

'Boleh tak kau berhenti mengilai macam hantu raya? Boleh berdarah telinga aku dengar,hambur Raqib.'

'Kalau aku mengilai macam hantu raya,kau tu macam apa? Hah,macam orang gila,sindir Asyaa dengan berani.Dia tidak henti-henti ketawa sejak tadi.'

Dasar minah lampir.Kalau lama-lama aku layan nanti silap hari bulan aku pulak jadi tak betul,getus Raqib.

'Sebenarnya kau yang patut dikasihankan.Sebab kepala kau tu sejak dahulu lagi dah sewel,templak Raqib dengan senyum sumbing di bibir.Kakinya ringan melangkah ke tempat kerja.'

Kereta dihidupkan.Laju sahaja BMWnya meninggalkan perkarangan rumah.

Tawa Asyaa terhenti serta-merta.Dia membayangkan mulut Raqib disumbat penuh dengan cili.Pasti best,omel Asyaa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience