BAB 5

Romance Completed 36813

Raqib bersandar pada kerusi.Otaknya berfikir.Ni mesti kerja minah tu yang mengadu kat mak ayah dia bagitahu yang aku culik dia.Cari gaduh betul minah ni! Tapi aku peliklah.Tengok rupa minah tu dia macam tak tahu apa-apa.Uncle tak bagitahu dia ke? Serabut betul kepala aku fikir pasal benda ni, dengan kerja lagi bertimbun.Haisy!

'Woi, Raqib Syah! Apa yang kau termenungkan tu? Sergah kawan baiknya, Hadif Danial sambil menepuk meja.Nasib baik Raqib tak ada penyakit jantung.Kalau tak, mahunya tergolek keluar.

'Hisy kau ni! Kalau ya pun, bagilah salam dulu.Ni tak, main sergah je! Nasib baik tahap kesabaran aku ni tinggi.Kalau tak, dah lama tapak tangan aku singgah kat muka kau.'Geram betul Raqib dengan tingkah laku Hadif itu.

'Eh, eh...Aku pulak yang kena marah? Kalau kau nak tahu, dari tadi lagi aku duk tercegat kat depan muka pintu duk bagi salam.Dah takde orang sahut, aku masuk jelah.Yang kau tu termenung apa? Teringatkan buah hati ke?' Sindir Hadif dengan ketawa kecil.

'Sejak bila pulak aku ada buah hati? Takde masa nak fikir pasal tu.Macamlah kau tak kenal aku macam mana.Dah lah, aku nak balik! Buang masa aku layan kau!' Jam tepat menunjukkan pukul 6 petang.Raqib memang sudah biasa balik kerja lewat petang.Kadang-kadang sampai ke pagi.Baginya, ofis adalah seperti rumah keduanya.Selain keluarga, tiada benda lain dalam hidupnya melainkan kerja.

Selama Hadif Danial berkawan dengan Raqib Syah, dia tak pernah sekali pun nampak Raqib keluar dengan mana-mana perempuan kecuali sepupunya, Kamelia.Semuanya disebabkan satu peristiwa hitam yang terjadi kepada Raqib.Sejak itu dia terus alergik dengan perempuan.Hadif juga kenal dengan perwatakan Raqib yang selalu serius, terutama bila melibatkan hal-hal kerja.Dia yang merupakan rakan sekolah Raqib juga kini telah bekerja di bawah syarikat keluarga Raqib setelah mereka sama-sama menamatkan pengajian di Jerman.

Raqib menanggalkan tali lehernya.Dia terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.Sejurus selesai mandi, dia merebahkan dirinya di atas tilam yang empuk.Dia terlena seketika kerana terlalu penat bekerja.

'Mak Mah memang tinggal berdua aje ke dengan lelaki tu? Sebab saya tak nampak pun orang lain dalam rumah ni.' Soal Asyaa kehairanan sambil tangannya ligat memotong bawang untuk memasak hidangan makan malam.

'Eh, taklah.Sebenarnya Dato pergi luar negara, Datin pula ke Langkawi.Masing-masing atas urusan kerja.Sebab tulah tinggal kita orang berdua aje.' Jelas Mak Mah.

'Ooo...Macam tu rupanya.'Asyaa memuncungkan mulutnya persis mulut itik.

Hidangan makan malam telah sedia untuk dihidangkan.

'Ermm.. Cik Asyaa, jangan marah kalau Mak Mah nak tanya.Sebenarnya...' Belum sempat Mak Mah hendak menghabiskan ayatnya, Raqib telah muncul.Mak Mah segera mencedokkan nasi ke dalam pinggan Raqib.

Raqib segera menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.Hisy, mamat ni! Dah culik orang buat muka tak bersalah pulak! Sakit betul hati aku dibuatnya.Asyaa merenung Raqib Syah dengan mata yang tajam.

'Aku tahulah yang aku ni hensem.Kalau ya pun, tak payahlah tenung aku sampai nak terkeluar biji mata tu.'Sindir Raqib yang perasan Asyaa asyik merenungnya.

'Hahaha...perasannya kau ni.Kau ingat, kau tu hensem sangat?!'

'Kalau ya, kau nak kata apa?'

Kereknya mamat ni.Tak pernah lagi aku jumpa orang yang perasan bagus macam dia ni.Poyo!

'Muka kau ada tersenarai dalam Top 100 Most Hadsome Faces ke?' Perli Asyaa.

'Tak.'

'Sedar diri pun.Habis, yang perasan hensem tu kenapa?

'Sebab muka aku tersenarai dalam Top 10 Most Handsome Faces.'

Puihh! Tak sedar diri betul dia ni.Abang posmen lagi hensemlah!

'Hei penculik, baik kau lepaskan aku sebelum aku buat repot polis.'Ugut Asyaa.

'Buatlah, aku tak takut pun.Aku rasa aku tak ada buat salah apa-apa pun.'Jawab Raqib selamba yang menambahkan lagi bara kemarahan Asyaa.Dia mengetap giginya lalu berjalan masuk ke bilik sambil menghentakkan kaki.

Asyaa menangis teresak-esak.Bila mummy dengan daddy nak datang ni.Asyaa takut duk sorang-sorang.Asyaa menyapu air matanya dengan belakang tapak tangan.Belum sempat dia hendak menelefon daddynya, dia mendengar pintu diketuk dari luar.Dia segera membuka dedaun pintu.Tersembul wajah Mak Mah.

'Cik Asyaa,Tuan Raqib suruh turun bawah.Dia cakap ada benda yang dia nak bagitahu.'

Asyaa turun dengan wajah yang masam mencuka.

'Kau nak cakap apa dengan aku? Kau nak cakap yang kau tu bukan penculik?! Kau ingat aku nak percaya ke? Kata-kata Asyaa yang seperti menyindir itu ditujukan kepada Raqib.Dia senyum sinis.

'Sorrylah, aku lupa nak bagitahu kau yang sebenarnya ayah kau yang suruh aku tengok-tengokkan kau.'Ujar Raqib bersahaja.

'Hah? Daddy aku? Hahaha...,Kau ingat aku bodoh ke nak percaya kata-kata penculik, hah? Asyaa ketawa apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Raqib itu.Langsung dia tak percaya dengan apa yang diberitahu Raqib.

'Kalau kau tak nak percaya, itu masalah kau.Yang penting aku dah bagitahu hal sebenar.'

'Yalah tu.Bukannya boleh percaya apa yang kau cakap.Sebenarnya, kau takut aku repot polis kan? Sebab tu kau bagi alasan tak masuk akal ni.'

'Penatlah cakap dengan kau ni.Asyik ikut kepala otak kau...aje yang tak berapa nak betul tu.Senget!' Tempelak Raqib.

'Senget? Kau cakap aku senget?!'

'Ha'ah.Kau tak dengar ke?'

'Suka hati mak bapak kau aje cakap aku senget! Kau tu siapa nak cakap aku macam tu, hah?'

'Aku...Raqib Syah B. Dato Muhaimin.' Sakit pulak hati Asyaa dengan loyar buruk lelaki itu.Ditambah pulak dengan senyuman yang seperti menyindirnya.

Sambungnya lagi.'Tapi, kalau apa yang aku cakap tadi betul, kau nak buat apa?' Soal Raqib sambil berdiri dihadapan Asyaa dengan menyilangkan kedua-dua belah tangannya.

'Okey...Kalau apa yang kau cakap tu betul, aku akan buat apa saja yang kau suruh.Tapi kalau kau tipu, siap kau!'Balas Asyaa berani.

'Aku dah lama siap.Kau tu yang sepatutnya bersiap sedia.Siapa tahu apa yang akan terjadi nanti, kan?' Raqib senyum penuh makna.

Tut...tut... Panggilan Asyaa dijawab.

'Assalamualaikum daddy.Boleh tak terangkan apa sebenarnya yang terjadi?'

'Waalaikumussalam.Maksud kamu apa?'

'Betul ke daddy upah orang untuk jaga Asyaa? Tell me please.'

'Ya betul.Daddy suruh anak kawan daddy untuk jaga Asyaa sementara daddy dengan mummy outstation.InsyaAllah minggu depan kami balik.'

'But why?! Kenapa daddy suruh dia yang jaga Asyaa? Apa salahnya kalau Asyaa tinggal kat rumah.Mak Nab kan ada.'

'Kalau Mak Nab ada takpe.Tapi masalahnya sekarang, Mak Nab balik kampung.Jadi, daddy dengan mummy risau kalau Asyaa tinggal sendiri kat rumah.'

'Nak risau apa? Pak Cik Mat kan ada, tolong jaga rumah.'

'Kamu tak faham.Daddy buat ni untuk kebaikan kamu jugak.Daddy tak nak nanti kamu keluar dengan kawan-kawan sampai tak reti nak balik rumah.Lagipun, daddy bukannya boleh nampak apa yang kamu buat kat sana.Daddy tak nak kamu buat perangai nanti.'

'Daddy tak percayakan Asyaa ke? Takkan Asyaa nak buat perkara yang memalukan daddy dengan mummy.' Asyaa sedikit kecewa.

Asyaa sabar ya?'Pujuk dato Zainal dengan lembut untuk menenangkan anaknya yang tengah naik angin itu.

'Macam mana Asyaa nak sabar daddy!?Kenapa daddy dengan mummy tak bagitahu Asyaa nak pergi outstation?Asyaa tak nak tinggal dengan mamat sewel tu kat sini!Please daddy! Lagipun Asyaa dah besarlah.Pandailah Asyaa jaga diri.' Asyaa mengawal tangisnya.

'Maafkan Daddy Asyaa.Kami kena pergi outstation ni pun last minute.Sebab tulah daddy tak sempat nak bagitahu Asyaa.Daddy dengan mummy risau tinggal Asyaa sorang-sorang kat rumah,lagi pun mak Nab tak ada sebab balik kampung,so daddy suruhlah Raqib tolong jaga Asyaa. Ujar dato Zainal panjang lebar.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience