BAB 52

Romance Completed 36812

Asyaa hanya mendiamkan diri sedari tadi.Sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab.Mukanya monyok.Bihun goreng di dalam pinggan sedikit pun tak terusik.

Datin Zana yang perasan dengan tingkah laku anaknya itu, mula risau.'Sayang, kenapa ni? Apa yang tak kena?'

Asyaa geleng.

'Habistu, kenapa tak makan? Tak baik tau buat makanan macam tu.Makanlah sikit.Nanti masuk angin pulak perut tu.'

Dengan malas, Asyaa makan juga walaupun sesuap.Mulutnya mengunyah perlahan.Seperti orang sakit.

'Asyaa, tell me.What's wrong?'Soal Datin Zana lagi.Dia tak puas hati selagi tidak tahu sebab kenapa anaknya jadi begitu.

Wajah mummynya dipandang.Lama, sebelum dia membuka mulut.'Kenapa mummy tak bagitahu Asyaa?'

Datin Zana kerut dahi.'Bagitahu apa?'

'About my wedding, with Raqib.'

'Ya Allah, pasal tu! Maaf ya sayang? Mummy terlupa.Sebenarnya, mummy memang nak bagitahu Asyaa semalam, tapi tak sempat.Lagipun, baru semalam bakal mertua Asyaa call dan cakap yang Raqib setuju nak teruskan perkahwinan ni.'

'Tanpa tanya persetujuan Asyaa?'

'Asyaa, bukan macam tu.'

'Then, like what?' Soalnya mendatar tetapi tegas.

Datin Zana garu kepala.Tak tahu macam mana dia nak jelaskan biar Asyaa faham.

'Okey, kalau Asyaa tak setuju untuk kahwin dengan Raqib, then, kita tak payah teruskan.Asyaa pun tahu kan yang mummy tak suka paksa-paksa?'

'Asyaa tak cakap pun yang Asyaa tak setuju.'

'Jadi, Asyaa setujulah?' Datin Zana sudah teruja.Nampak benar wajah kegembiran pada dirinya.Asyaa tahu, dalam diam mummynya berharap sangat untuk dia terima Raqib.Walaupun pada luaran, mummynya kelihatan seperti tidak ambil peduli, sama ada dia terima, atau tidak.

Tangan mummynya digenggam.Kejap.'Mummy, mummy rasa dia boleh bahagiakan Asyaa, tak?'

Datin Zana senyum.'InsyaAllah... sayang.Mummy tak boleh nak janji.Semuanya bergantung pada Dia.Dalam berumah tangga ni, banyak cabarannya.Tapi, kita tak boleh cepat melatah.Perlu banyakkan bersabar, kena ada sikap saling percaya dan hormat menghormati satu sama lain.Mama yakin, semuanya akan baik-baik saja.Lagipun, Allah tak akan menguji umatnya di luar kemampuan mereka.Dan yang paling penting, jangan pernah tinggal solat dan sentiasa berdoa.'Nasihat Datin Zana lembut.

'InsyaAllah mummy.Thanks for your advice.'Mereka berpelukan.Terasa sedikit lapang dadanya.Namun, tidak fikirannya.

'Asyaa buatlah keputusan sendiri.Yang mana Asyaa rasa terbaik untuk diri Asyaa.'

Asyaa duduk di atas katil sambil memeluk kakinya.Dia terfikirkan tentang masa depannya yang akan dilalui bersama-sama Raqib jika mereka menjadi suami isteri.Namun, dia sendiri masih keliru dengan perasaannya.Adakah dia patut meneruskan, atau batalkan sahaja majlis perkahwinan itu? Ah! Kepalanya kusut.Kalau terima, bermakna dia perlu membuang egonya.Kalau menolak, bermakna dia harus mengorbankan perasaannya.Sanggupkah dia?

Tiba-tiba bunyi hon kereta dari luar.

Mak kau meletop! Latah Asyaa.

Hisy! Siapa pulak lah yang buat bising tengah hari ni.Aku nak rehat pun tak senang.Kacau betullah, gertak Asyaa.

Dato Zainal keluar untuk melihat siapa yang datang.Dia segera mengajak.'Raqib, jomlah masuk dulu! Tunggu kat dalam.'Ajak Dato Zainal apabila melihat Raqib menunggu di dalam kereta.

Raqib segera keluar apabila dipanggil oleh Dato Zainal.Rasa tak elok pulak kalau nak menolak pelawaan bakal bapa mertua.Dia berjalan menghampirinya.Tangan tua lelaki itu disalami.

'Uncle apa khabar? Sihat?'Tanya Raqib sambil senyum manis.

'Alhamdulillah.Semua sihat.Marilah masuk.'

Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah.

'Eh, Raqib.Duduklah dulu.Ni datang nak jumpa Asyaa ke?' Soal Datin Zana yang baru turun dari bilik setelah selesai solat Zohor.

'Ha'ah.Sebenarnya kita orang nak pergi fitting baju kahwin.Mama suruh Raqib pergi sekali dengan dia.'

'Oh, macam tu.Sekejap ya, mummy pergi panggil dia.'

Raqib angguk.

Pintu bilik anaknya diketuk.'Asyaa, kenapa termenung lagi tu? Raqib dah tunggu kamu kat bawah tu.Pergilah siap cepat-cepat.'

'Hah? Dia ada kat bawah? Dia buat apa datang sini?'Asyaa kerut dahi.

'Kenapa tanya macam tu? Tak boleh ke dia datang sini? Ini kan rumah bakal ibu bapa mertua dia jugak nanti.'Sempat Datin Zana mengusik.

'Hisy, mummy ni...'

'Kenapa? Tak suka?'

Wajah Asyaa sudah masam.

'Dah, pergi ajelah jumpa dia.Tanya dia sendiri.Cepat sikit.Dia tengah tunggu tu.'

'Tapi...'

'Asyaa, tak baik buat orang menunggu lama.Kalau kamu nak perkara ni selesai dengan cepat, pergi bincang dengan dia.Kalau kamu asyik duduk macam ni, sampai bila pun tak selesai.'Pujuk Datin Zana.

Asyaa muncungkan bibir.

'Okeylah mummy.Give me ten minutes.'

Datin Zana kemudian turun untuk menyertai Raqib dan suaminya.

'Asyaa tengah bersiap tu.Sekejap lagi, turunlah dia.Jemputlah minum dulu air tu.'Lembut suara Datin Zana.

Raqib senyum.Cawan teh dibawa ke bibirnya.

'Raqib, mummy nak tanya kamu sesuatu ni.Tapi jangan kecil hati ya?'

'Tanyalah.'

'Emm...Raqib betul ke nak kahwin dengan Asyaa?'

Nafas ditarik sebelum menjawab.'Ya mummy, Raqib memang ikhlas nak memperisterikan dia.'Jawab Raqib dengan yakin.

'Bukan sebab mak ayah Raqib dengan kami yang rancang?'

'Tak.Raqib nak kahwin dengan dia bukan atas paksaan atau desakan sesiapa.Tapi, dengan kerelaan hati Raqib sendiri.'Ikhlas ucapan yang dituturkannya.

Datin Zana dan Dato Zainal sama-sama mengukir senyum.Mereka mengucap syukur dalam hati.Tapi, bagaimana pula dengan Asyaa? Adakah jawapannya sama dengan Raqib, atau sebaliknya? Masih adakah rasa cintanya untuk Raqib setelah apa yang berlaku?

'Alhamdulillah...Terima kasih ya Raqib sebab kamu sudi terima Asyaa sebagai isteri.Mummy tahu, masa awal-awal kamu berdua tak dapat terima satu sama lain.Masa bertunang tu pun, sebab kamu berdua terpaksa, disebabkan mummy.Mummy mintak maaf kalau apa yang berlaku ni buat Raqib tak selesa.'

'Mummy tak perlu mintak maaf.Mummy tak salah apa pun.Raqib tahu apa yang mummy buat ni terbaik untuk kita orang.Lagipun, kalau jodoh Raqib dah tertulis nama dia, Raqib tetap akan kahwin dengan dia, walaupun bukan sebab mummy.'

Sejuk dan tenang rasa dalam hati setelah mendengar pengakuan jujur yang dikatakan Raqib.Dia yakin! Memang tak salah dia pilih Raqib sebagai menantunya.Dan, itu adalah pilihan yang paling tepat untuk anaknya, Asyaa.

'Kenapa lambat?!' Soal Raqib garang sejurus Asyaa melabuhkan punggungnya.

Kalau ya pun nak berperang, tunggu aku tarik nafas dulu, boleh tak? Nanti kan, tak pasal-pasal mati tengah jalan sebab tak cukup nafas.

'Padan muka! Siapa suruh datang tak bagi tahu dulu? Tup tup dah ada kat luar.'

'Eh, cik adik.Kau dah lupa ke apa yang aku cakap semalam? Ke kau ni ada penyakit alzheimer? Belum tua lagi dah nyanyuk.Malang betul nasib aku jadi suami kau.Nanti wajah suami sendiri pun dah tak ingat,' sindir Raqib.

Wah wah wah...Cantik bahasa! Ada jugak yang cari penyakit dengan aku hari ni.Nak minta kena lempang kali mamat penculik ni!

'Amboi! Sedapnya mulut mengata I.Boleh tak, kalau sekali je you jaga mulut you tu.Cakap elok-elok sikit.Ni tak habis-habis asyik nak kutuk I aje.Sakit hati dengar tahu tak?!' Telinga Asyaa panas mendengar kata-kata Raqib kepada dirinya.Seatbelt ditarik kasar.

'Kau ingat kau je yang tengah sakit hati sekarang? Kalau bukan sebab mama aku yang paksa aku datang ambil kau, memang taklah aku nak buat macam ni! Leceh betullah perempuan ni.Dahlah lambat,' bebel Raqib.

'Eleh, nak salahkan kita pulak.Dia ingat aku nak sangat naik kereta dengan dia? Pigidahh,' omel Asyaa perlahan.

'Kau jangan ingat aku tak dengar yang kau tengah mengata aku sekarang,' ujar Raqib sambil matanya fokus pada pemanduan.

Asyaa segera menekup mulutnya.Tiba-tiba dia terfikir akan masa depannya.Pandangan dibuang ke luar tingkap.Betul ke apa yang aku buat ni? Kahwin dengan mamat penculik? Dah lah dia tu lelaki yang paling poyo pernah aku jumpa.Tapi kau pun pernah menaruh perasaan jugak kan kat dia? Mungkin sampai sekarang? Ah! Aku pun tak faham apa yang aku rasa tentang dia.Aku sendiri keliru dengan perasaan aku.Asyaa mengeluh kecil.

'Daripada kau duk mengeluh tak tentu pasal, baik kau turun sekarang.Kau ingat aku ni pengawal keselamatan nak tercegat kat sini tunggu kau?'

Asyaa tersedar apabila terdengar suara seseorang.'Bila kita sampai?'Matanya memandang persekitaran.

'Dah sepuluh minit.Bukan main jauh lagi aku tengok kau duk mengelamun.Dah sampai planet mana? Aku nak ikut jugak boleh?'Pandai pulak Raqib mengusik.

Muka Asyaa sudah kemerahan apabila diusik begitu.Pipinya dipegang.Maknanya, dah lama jugak Raqib perhatikan dia.Dirinya tiba-tiba terasa malu.Dia ni pun satu, dah sampai kenapa tak cakap awal-awal?! Geram betullah! Asyaa segera keluar dari perut kereta.

Tanpa sedar, bibir Raqib mengukir senyum melihat reaksi wajah Asyaa itu.Nampak comel pun ada.

'Boleh tak I nak tahu kita nak pergi mana?'

'Tak payah banyak tanya.Ikut aje.'

Asyaa mencebik.Tanya sikit pun tak boleh.

Kini, mereka sudah berada di depan butik pengantin Istana Puteh.Salah satu butik yang terkenal di Kuala Lumpur.Terdapat lebih seratus helai gaun pengantin yang ditawarkan.

'Kenapa kita berhenti kat depan butik pengantin pulak ni?'Soal Asyaa yang masih keliru.Dia tidak tahu yang Raqib nak bawanya pergi fitting baju kahwin mereka.Tambahan pula, Datin Zana sendiri pun tak bagitahu dia pasal tu.

'Saja-saja.'Jawab Raqib yang sengaja nak buat Asyaa marah.

Kehadiran mereka disambut oleh pemilik butik tersebut.Sejurus kaki Asyaa melangkah, dia bagai dipukau apabila melihat gaun-gaun pengantin di butik itu.'Incredible'.Semuanya kelihatan cukup mewah.Penuh dengan batu permata swarovski yang membuatkannya tidak mahu berpaling ke tempat lain lagi.

'Kau nak jadi patung cendana ke apa kat sini? Cepatlah pergi try baju! Nanti karang tutup pulak butik ni,' marah Raqib tetapi suaranya dikawal.

'Apa maksud you? Try baju apa?'

'Kita sekarang ni kat butik pengantin.Nak
try baju apa lagi? Baju kahwinlah.Takkan baju sekolah pulak!'Sembur Raqib.

Asyaa terpinga-pinga.Salah seorang pekerja di butik datang menyapa, lalu mengajaknya ke bilik persalinan.Asyaa hanya menurut.

Sesudah memilih, pekerja itu kemudiannya membantu Asyaa untuk menyarungkan gaun pengantin tersebut.Setelah beberapa minit, Asyaa keluar.Dia menayangkannya dihadapan Raqib.Namun, tiada langsung senyuman di bibir munggilnya.

Raqib seperti tidak tertarik dengan gaun yang sedang dipakai Asyaa sekarang.Tiada sebarang reaksi di wajah kacaknya.

'Dah hampir setengah jam aku tunggu, macam ni yang kau pilih? Takde taste langsung.Change now!' arah Raqib sambil menuding jarinya ke arah bilik persalinan.

Dengan rasa sebal, Asyaa terpaksa akur.Tidak mahu bertikam lidah dengan Raqib di dalam butik itu.

Buat entah yang ke berapa lama kemudian, Asyaa keluar dengan gaun yang dah masuk kali ke sepuluh!

Dengan rasa malas, dia berjalan kepada Raqib yang sedang menunggu di atas sofa.Lama Raqib pandang Asyaa.Dagu yang sedikt berjanggut itu dielus-elus.'Beautiful.I like it.Tapi kau jangan nak perasan pulak.Aku puji dress tu, bukan kau.' Ujar Raqib.Matanya masih tertumpu pada Asyaa.

Eleh...Orang tahulah.Dah memang aku tanya pasal baju ni pun.Bukannya tanya aku ni cantik ke tak?! Asyaa pandang Raqib tidak puas hati.

Raqib berdiri.'Kenapa kau tercegat lagi kat sini? Pergilah tukar pakaian cepat.Ke...kau nak aku tukarkan?' Bisik Raqib perlahan di telinga Asyaa.

Meremang bulu tengkuk dibuatnya.Sekali lagi muka Asyaa merona merah.Belum kahwin lagi dah gatal.Ni lah lelaki.Kalau tak, bukan lelaki namanya.Asyaa terus terkocoh-kocoh berjalan sambil mengheret gaunnya yang labuh itu ke bilik persalinan.Mulutnya tak henti-henti membebel.

Raqib yang melihat gelagat Asyaa itu sudah ketawa kecil.Tahu takut, getus Raqib.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience