BAB 13

Romance Completed 36813

Asyaa masuk dalam bilik.Pintu dihempas kasar.Punggung dihenyakkan atas katil.Gigi diketap menahan geram.Geram dengan perangai Raqib Syah yang seperti tidak tahu melayan perempuan.Dia tak tahu ke perempuan ni mudah sensetif.Kalau macam nilah sampai ke tua kau membujang,omel Asyaa.

Asyaa teringatkan makhluk di dalam kotak itu.Dia menggeliatkan badannya.Tidak tahan dengan rasa geli-geleman melihat rupanya.Dengan badannya menggerutu.Kulit lembik.Eeeu...,bebel hati kecil Asyaa.

'Tak boleh jadi.Aku kena buat perhintungan dengan mamat sewel tu.Kata Asyaa separa berbisik.'

Enjin kereta Raqib kedengaran dari luar.Pintu dikuak perlahan.Tersembul wajah Asyaa di belakang pintu.Tangan disilangkan ke dada.Dia riak bersahaja.

'Baru balik? Soal Asyaa sebagai pembuka bicara.'

'Taklah,semalam lagi aku balik.Aku tidur kat luar.Kenapa? Jawab Raqib selamba tanpa rasa bersalah.Dia sengaja ingin menaikkan api kemarahan Asyaa yang sudah marak.'

Eh...eh mamat ni,buat lawak bodoh pulak.Kenapa tak masuk maharaja lawak mega je? Confem kau orang pertama tersingkir,omel Asyaa.Dia senyum senget.

'Ha.ha.ha,lawaknye.Sindir Asyaa.'

'Bila masa aku buat lawak pulak? Aku rasa otak kau dah tak betul kut!Perli Raqib.Jari ditunjukkan kepada Asyaa.'

Amboi...amboi,sedapnya mulut kau.Dia yang sewel tak sedar pulak!

'Habistu aku tanya kau elok-elok,tak boleh ke jawab cara baik? Asyik nak sakitkan hati aku je,yang dah sememangnya sakit dengan perangai kau macam orang sewel! Hambur Asyaa.Penumbuk dikepal.Tunggu masa je untuk melayang ke pipi Raqib.'

'Salah kau jugak.Siapa suruh tanya soalan bodoh.Dah tahu aku baru balik lagi mahu tanya.Nak cakap rabun tak pakai cermin mata,nak cakap buta boleh melihat.So? Perli Raqib dengan ayat pedasnya.'

Dammm! Tu dia.Menusuk sampai ke kalbu dengar ayat yang keluar dari mulut dia.Boleh berdarah telinga tiga hari tiga malam.

Ayat Raqib terngiang-ngiang di telinga.
Mata dicerlung tajam memandang Raqib.Setajam pisau belati.Uish,tajam gila.Nasib baik mata tak boleh membunuh,kalau tak dah lama masuk lubang kubur.

'Apa kau ingat aku takut tengok mata kau tu?Setakat pandangan macam tu,aku pun boleh.Kata Raqib selamba.

'Ada aku kisah? Lantak kaulah mata kau!Jawab Asyaa berani.'

'Ada.Why not kau masuk pertandingan bertentang mata.Aku jamin 100% kau akan menang.Nanti aku jadi cheerleader untuk kau eh?.Hahaha...Hambur Raqib dengan gelak besar.Cadangan yang diberi betul-betul tak masuk akal.Akal dia je masuk.'

Ishhh! Kau ni memang minta penumbuk lagaknya.Gila ke apa nak jadi cheerleader.Tu bukan untuk perempuan je ke?Bukkk! Satu tumbukan dilepaskan.Tepat kena perutnya.Terbongkok Raqib dibuatnya.

'Aduh! Raqib mengaduh kesakitan.Perut yang sakit dipegang.'

'Nilah makannya.Padam muka kau! Baru puas hati aku.Hahaha...Asyaa gelak besar, meninggalkan Raqib yang mengerang kesakitan.'

Terbuntang mata Raqib dibuatnya.
Gila punya minah lampir!Kuat gila dia tumbuk.Bekas ahli gusti ke apa?Kau pun satu,siapa suruh cakap main sedap mulut aje.Tak pasal-pasal dah makan penumbuk,perempuan pulak tu.Mana aku nak letak muka? Ujar Raqib kepada dirinya.Tangan menggosok-gosok perut yang sakit.

'Huh,lega hati aku.Dapatlah aku rehat dengan tenang.Kau belum kenal lagi aku siapa.Kata Asyaa perlahan.Senyuman nakal terukir di bibir merahnya.'

Telefon dicapai.Lagu dendangan Amira Othman dimainkan.Ada dua jalan cerita,duka atau bahagia...Asyaa bernyanyi kecil sambil mata terpejam.Tangan diletakkan bawah kepala.Bukan main suka lagi.Raqib pulak yang berduka.

'Assalamualaikum.Pintu diketuk bertalu-talu.Salam yang diberi tidak berjawab.Dengan perlahan Hadif melangkah masuk.

'Woi,Raqib.Kau dah kenapa tidur kat office? Rumah kau tak de katil ke? Takkan Mak Mah halau pulak? Soal Hadif dengan soalan tak masuk akal.Dia masih tertanya-tanya.'

Soalan bodoh apa pulak mamat ni tanya aku? Pagi-pagi dah buat darah aku mendidih.Kalau bercakap tu tak boleh ke guna bahasa cantik sikit? Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah perangainya.Asyik tanya soalan diluar kotak je.Papa aku pun tak boleh nak jawab,bebel Raqib dalam hati.

'Aku datang awal hari ni.Jawab Raqib sepatah.Muka diraup.'

'Kenapa pulak? Tapi bukan hari-hari ke kau datang awal? Soal Hadif ingin tahu.'

Satu keluhan dilepaskan.Sakit pada perutnya masih dirasai.Hatinya masih panas dengan apa Asyaa lakukan padanya.Dia malas bertembung dengan Asyaa,jadi pagi-pagi lagi dia sudah ke tempat kerja.Buat naik darah aku je lama-lama kat rumah,getus Raqib.

'Oh yeke,tapi apa salahnya? Bukan berdosa pun.Suka hati akulah nak datang pukul berapa.Tegas Raqib.Kedudukannya dibetulkan.'

'Memang tak salah,aku tanye je.Tu pun nak marah.Hadif buat-buat merajuk.Mulut dimuncungkan panjang sedepa.Pandangan dilemparkan ke tingkap.'

'Merajuk pulak dah,buat malu kat budak jelah kau ni.Kata Raqib sambil diselitkan ketawa.Hadif masih membeku.'

Hish kawan aku sorang ni,tua-tua pun merajuk lagi.Budak pun tak merajuk sampai macam ni.Buat jatuh maruah lelaki jelah,bebel hati kecil Raqib.

''Bro,kau nak tak aku kenalkan dengan awek cun? Soal Raqib sambil mengukir senyuman nakal di bibir.'

'Nak...nak.Mana?Bila? Hadif yang dari tadi membeku sudah buka mulut.Wajahnya segera dihalakan ke Raqib.Muka yang tadi masam mencuka berubah 100%.'

'Gatal betul kau ni! Kalau bab-bab macam ni kaulah nombor satu.Sindir Raqib.'

'Hehehe...tahu pun kau.Hadif tersengih-sengih sambilmenayangkan barisan giginya yang tak berapa putih.'

'Dah,takde awek-awek! Aku gurau je.Ujar Raqib selamba.'

'Alah kau ni.Marah Hadif.'

'Habistu kalau aku tak cakap macam ni sampai ke besok lah kau jadi patung cendana.Hambur Raqib sambil ketawa kecil.

Hadif menayangkan muka masam.Masam lagi daripada lemon kut.

'Dahlah,nanti aku belanja kau makan.Balas Raqib.'

Senyuman manis mula terukir di bibir Hadif Danial.Senyuman yang membuatkan perempuan terus jatuh hati,but still tak boleh tandingi Raqib Syah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience