BAB 53

Romance Completed 36812

Asyaa langsung tidak senyum sejak keluar dari butik tadi.Dia hanya diam tak bercakap apa-apa.Tak ada mood nak bersuara agaknya.Siapa lagi nak dipersalahkan, kalau bukan orang di sebelahnya?

'Kau makan lemon ke tadi?'Soal Raqib memecah kesunyian.

'Kenapa?'Tanya Asyaa balik tanpa memandang wajah Raqib.

'Sebab muka kau nampak masam aje.'

Asyaa menjeling Raqib sekilas, tanpa membalas kata-katanya.Langsung tak lucu.Geram pulak rasanya.Dia tak tahu ke yang Asyaa tengah marahkan dia sekarang? Tapi boleh pulak dia buat lawak.Tak kena masa betul.

Raqib mendengus.'Kau apasal sebenarnya? Diam aje dari tadi.Selalunya, kaulah orang yang paling banyak mulut.Bercakap tak henti macam basikal tak makan brek.'

Asyaa buat tak peduli.Matanya lurus memandang ke hadapan.

Satu keluhan dilepaskan.Dia rasa tak senang duduk selagi Asyaa terus berkelakuan begitu.'Okey, tell me.What's wrong?'

Dengan laju, wajah Raqib ditatap.'You boleh tanya lagi kenapa? Ni semua sebab youlah!'

'Sebab aku? Apa aku dah buat?'Raqib tidak faham.

'Habis, tadi tu apa? Kenapa you bawak I pergi butik pengantin?'

'Ofcourselah nak fitting baju kahwin .Apa lagi?'

'Tulah masalah I sekarang ni.'

'Kenapa?'

'Yalah, sebab semalam you cakap yang kita akan kahwin hujung bulan ni.Lepastu, tiba-tiba hari ni you bawak I fitting baju nikah pulak.Macam mana I tak marah?'Luah Asyaa rasa ketidakpuasan hatinya.

'Apa salahnya? Lagi cepat, lagi bagus.Tak gitu?'

'I tak suka.You selalu buat sesuatu tanpa ajak I berbincang dulu.Macam I ni tak penting.'

'Kenapa pulak? Kau nak salahkan aku dalam hal ni?'

'Kalau bukan you, siapa lagi?'

'Cubalah tanya mummy kau.Semua ni dia orang yang uruskan, bukan aku.Aku cuma menurut je.'

Asyaa mendengus kasar.'Kenapa you ikut apa yang dia orang suruh? Kenapa tak bantah aje? You kan tak suka I.'

'Sebab, aku anak yang mendengar kata.Aku tak nak lawan cakap parents aku.'

Asyaa senyum sumbing.'You bagi alasan yang masuk akal sikit boleh tak? Ni macam tak logik aje.'

'Apa yang tak logiknya? Mama aku yang nak sangat aku kahwin dengan kau.Aku nak buat apa lagi? Takkan nak mengamuk depan dia pulak?'

'You bincanglah dengan dia elok-elok.You cakap yang you tak cintakan I, kan senang.'

'Kau cakap memanglah senang.Tapi yang kena menanggungnya aku.Kau tak kasihan ke kat parents kita? Dia orang dah banyak buat persiapan untuk majlis kahwin.Takkan nak cancel macam tu aje?'

'Siapa suruh? Ada I cakap ke yang I setuju nak kahwin dengan you?'

Raqib ketap gigi.Nampaknya, Asyaa sengaja nak menguji kesabaran dia.

'Sama ada kau setuju atau tak, kau tetap akan kahwin dengan aku! Kau dah lupa apa yang aku cakap hari tu?'

'Entah.I tak ingat.'Dengan malas Asyaa menjawab.

'Biar aku ingatkan kau balik.First, kahwin secara sukarela, or second, kahwin secara paksa.So, which one do you prefer?'

Asyaa semakin panas hati.'You ingat, I ni barang ke yang you boleh buat macam tu? I pun ada harga diri, tahu tak?! Suka sangat nak paksa-paksa orang.'

'Kalau aku tak paksa pun, mummy kau tetap akan suruh kau kahwin dengan aku.'

Asyaa senyum nipis.Dia lebih kenal mummy dia macam mana.'You jangan nak perasan boleh tak? Mummy I pun tak kisahlah kalau I nak kahwin dengan sesiapa pun.And, dia tak paksa I untuk terima you okey.'

'Really?'

'Kenapa? You tak percaya? Okey, kalau macam tu biar I tanya mummy I sendiri.Nanti I update you.'

Sejurus sampai di rumah, Asyaa terus mencari mummynya.Dia ingin dengar sendiri jika apa yang dikatakan Raqib itu benar atau tidak.Tapi, dia percaya yang semua itu hanya rekaan cerita daripadanya.Sebelum ini pun, mummy dia selalu cakap yang dia tak paksa Asyaa untuk terima Raqib, dan dia biarkan Asyaa yang buat keputusan sendiri.

'Mummy...Mummy!'Teriak Asyaa.

'Ada apa bising-bising ni? Dari atas pun dah boleh dengar suara kamu tu.'Ujar Datin Zana yang sedang menuruni anak tangga.

Tangan mummynya segera ditarik sebelum didudukkan di atas sofa.Dia bersila menghadap mummynya.

'Kenapa tengok mummy macam tu?'

'Asyaa ada benda nak tanya mummy.Asyaa nak mummy jawab dengan jujur.'Serius wajah Asyaa.

'Nak tanya apa? Macam penting aje.'

'Betul ke mummy nak Asyaa kahwin dengan Raqib, walaupun Asyaa tak suka dia?'Soalan terus diajukan.

'Maksud kamu?'

'Tadi, Raqib ada cakap yang mummy tetap nak kita orang kahwin walaupun kita orang tak setuju.Betul ke?'Desak Asyaa ingin tahu.

'Kenapa cakap macam tu pulak? Raqib kan dah terima kamu untuk jadi isteri dia.Dia dah setuju pun untuk kahwin.'

'Eleh, dia tipu aje tu.'Cemik Asyaa.

'Tak baiklah cakap macam tu.Dia sendiri yang bagitahu mummy tadi tau.'

'Kalau ya pun, tu sebab mama dia yang paksa.Takde sebab lain pun untuk dia buat macam tu.Dia bukannya cintakan Asyaa pun.'

'Mana kamu tahu yang dia tak cintakan kamu?'

'Sebab, dia selalu marah-marah Asyaa.Buli Asyaa.Kalau betul dia cintakan Asyaa, takkan dia buat macam tu pulak.Mesti dia layan Asyaa dengan baik.Bagi bunga ke, coklat ke, ajak date ke...Tapi dia tak pernah pun buat semua tu.'Rungut Asyaa sambil memuncungkan bibirnya.

Datin Zana melepaskan satu keluhan.Kepala geleng melihat anaknya itu.

'Tak semestinya pasangan kita kena buat macam tu.Semua tu tak penting.Setiap orang berbeza caranya.Mungkin dia nak tunjukkan rasa cinta dia kat kamu dengan cara ambil berat, selalu ada bila kamu perlukan...Atau, dia saja nak uji kamu.Dia nak tengok sejauh mana kamu boleh bertahan dengan perangai dia?'

Asyaa berfikir sejenak.Ada betul jugak apa yang diberitahu mummynya.Ambil berat? Raqib pernah suruh untuk dia jaga makan masa kena gastrik hari tu.Dia pun memang selalu ada bila Asyaa dalam kesusahan.Dah dua kali dia tolong Asyaa masa keretanya rosak.Tapi, betul ke dia sengaja nak uji Asyaa?

'Tapi, perlu ke dia buat macam tu? Lagipun, Asyaa rasa dia buat macam tu bukan sebab sengaja nak uji Asyaa, tapi dia memang tak sukakan Asyaa.'Itulah apa yang dirasakan Asyaa selama ni.Bukan setakat dia saja yang Raqib tak suka, tapi semua perempuan.Bolehkah dia hadirkan semula rasa cinta untuknya?

'Asyaa, lelaki ni ego dia tinggi.Walaupun hati dah suka kat kita, tapi dia orang tak luahkan.Dia orang malu nak mengaku apa yang ada dalam hati.Mungkin belum bersedia atau takut kena reject? Lagipun, zaman sekarang ni ramai aje perempuan yang confess dulu kat lelaki.Jadi, apa kata Asyaa pun buat macam tu?'Datin Zana memberi cadangan.

'What?! Mummy jangan haraplah Asyaa nak buat macam tu.Kalau betul dia suka Asyaa, dah lama dia bagitahu.Buat apa nak malu? Belum cuba, belum tahu.'

'Suka hati kamulah.Mummy cakap pun, bukan kamu nak dengar.Lebih baik kamu tanya aje dia sendiri.'Sambungnya lagi sebelum bangun.'Tapi, percayalah yang dia ikhlas nak kahwin dengan kamu.Bukan sebab mama dia atau sesiapa yang paksa.Tapi, sebab diri dia sendiri.'Ujarnya lalu langkah diatur ke dapur.

Asyaa terkedu.Susah nak percaya apa yang diberitahu mummynya.Bukan senang untuk Raqib terima kehadiran perempuan dalam hidup dia setelah apa yang jadi.Tapi, itu tak mustahil.Sebab semuanya terletak di tangan Allah dan kita tak boleh nak tolak takdir yang telah ditentukan olehnya.

Telefon bimbit Raqib berdering.Dia yang baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib terus menjawab panggilan itu.

'Assalamualaikum.You tengah buat apa tu?'

'Waalaikumussalam.Aku baru lepas solat.Apasal kau call?'

Diam.

'Kau ada pengakuan nak dibuat ke?'Soal Raqib lagi.

'Pengakuan apa?'

'Yang kau cintakan aku.'

'Tak payah nak perasan sangatlah! Sebenarnya you yang cintakan I.Tapi malu nak cakap.Kan?'Teka Asyaa.Tekaannya hampir mengena sasaran tetapi belum tepat.

Raqib betulkan suaranya.'Kau call aku ni cakap apa? Banyak lagi kerja aku nak buat.Baik kau cakap sekarang.'Soalan Asyaa dibiarkan sahaja.

'Err...Sebenarnya I...'

'Aku rasa aku tahu apa yang kau nak cakap.'

Erk! Dia dah tahu?

'Apa yang aku bagitahu kau siang tadi, betul kan? Mummy kau suruh kau kahwin dengan aku.'Raqib selalu dapat membaca apa yang ada dalam kotak fikirannya.Andai dia juga tahu apa isi hati Asyaa, mesti kecoh jadinya!

'Pembetulan.Dia tak suruh pun I kahwin dengan you, tapi dia yakinkan I untuk kahwin dengan you.Understood?'

'Whatever.So, what's your answer?'

'My answer is...'

'Sekejap.Kau tak payah cakap.Aku dah tahu apa jawapan kau.'Potong Raqib.

Asyaa kebingungan.Tadi dia yang tanya, sekarang dia yang jawab.Pening dibuatnya.Raqib ni ada kuasa untuk baca fikiran orang ke? Semua benda dia boleh tahu.

'Aku tak payah tanya pun.Jawapan kau dah lama ada dalam tangan aku.'

'Kalau betul you tahu, cakaplah.Apa jawapan I.'

'Kau memang dah lama ready untuk jadi isteri aku, kan?'

Asyaa telan liur.

'Diam, maknanya betullah tu.'Raqib senyum nipis di hujung talian.Dia tak pernah kalah dengan Asyaa.Kalau bergaduh, memang selalu dialah yang jadi pemenangnya.

Asyaa laju meletakkan panggilan.Kalau lama macam ni, silap hari bulan, dia boleh tertangkap! Semua dia boleh teka.Bahaya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience