BAB 23

Romance Completed 36812

Kringgg... Tangan Asyaa mencari-cari jam loceng di atas meja sebelah katilnya sambil matanya separuh terbuka.Uarghhh...Dia menggeliatkan badannya sebelum menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.Tuala yang tersidai dicapai.

Nak pakai baju mana eh untuk matching dengan tudung.Ermmm...Asyaa berfikir sejenak sambil jarinya mengetuk-ngetuk dagu.Ah! Warna pinklah.Dress labuh yang tergantung dalam almari dicapai.Tali yang terletak di dress diikat di pinggang rampingnya.Shawl yang sama colour dengan dress dililit di kepala.Okay,done!Sling bag hitam disangkut pada bahunya.

'Wow,cantiknya anak mummy hari ni,puji datin Zana.'

'Thanks mummy,tapi Asyaa kan memang selalu cantik,gurau Asyaa.'

'Tengoklah siapa emaknya,balas datin Zana.Dua-dua melepaskan tawa kecil.'

'Amboi! Happynya.Ada apa-apa yang saya tak tahu ke? Soal dato Zainal.'

'Tak apa-apalah bang.Mari saya isikan mee goreng ni,kata datin Zana yang menyuruh suaminya menghulurkan pinggan.'

'Mummy daddy,Asyaa pergi kerja dulu eh,takut lambat pulak,ujar Asyaa sambil mencium tangan kedua-dua ibu bapanya.'

'Tulah,siapa suruh bekerja dengan orang lain.Company sendiri kan ada,dato Zainal seperti menyindirnya.Asyaa hanya mengukir senyuman.'

Asyaa menggagau kunci kereta di dalam begnya lalu enjin kereta dihidupkan.Kereta mini cooper s nya laju meninggalkan perkarangan rumah.
Asyaa memberhentikan keretanya apabila lampu isyarat bertukar merah.Kepala dilentokkan ke stereng.Kenapalah daddy tak habis-habis nak ungkit benda sama setiap hari? Penting sangat ke kalau aku kerja kat syarikat dia? Lagipun aku belum bersedia lagi kut untuk ambil alih tempat dia and kalau pangkat aku lagi besar,nanti tanggungjawab pun besar and kerjapun mesti bertimbun.Arghhhh! Serabut betullah aku macam ni,bebel Asyaa sendiri sampai tidak sedar lampu sudah bertukar hijau.Kereta di belakangnya sudah berkali-kali membunyikan hon.

Tok...tok...Tiba-tiba pintu keretanya diketuk dari luar.Asyaa tersedar dari lamunan.Tingkap dibuka.Tidak berkelip Asyaa memandang wajah lelaki itu yang terlindung di sebalik cermin mata hitamnya.Asyaa cuba mengingati sesuatu.

'Woiii minah! Kau ingat jalan ni tok nenek kau punya ke,suka-suka hati je nak halang jalan orang.Kau tepi sekarang.Nanti tak pasal-pasal aku lambat pergi kerja disebabkan kau.Buang masa aku je,marah Raqib panjang lebar.'

Sah! Memang sah ni penculik tu.Patutlah mulut mengalahkan perempuan kalau bercakap.Dasar mulut puaka! Sindir Asyaa hanya dalam hati.Dia tidak menjawab apa-apa.Hanya jelingan maut dilemparkan sebelum tingkap kereta ditutup dan memecut laju.

Mak aih! Bawa kereta mengalahkan pelumba F1.Kau ingat ni litar lumba.Teruk betullah perempuan zaman sekarang.Macam manalah aku nak cari bini nanti.Kalau macam ni lah,lebih baik aku tak payah kahwin langsung,omel Raqib sendiri sebelum meneruskan perjalanannya.

'Hei brother,kau apasal pagi-pagi dah bad mood.Takkan datang bulan pulak,ujar Hadif tanpa rasa bersalah.'

'Kau kenal ni apa? Mulut tu baik sikit eh,imarah Raqib sambil menggenggam penumbuk di depan batang hidung Hadif.Hadif hanya tersengih yang menampakkan barisan giginya.'

'Dah,aku cau dulu.Banyak kerja nak kena handle,kata Raqib sebelum menuju ke billik pejabatnya.'

Pintu utama pejabat ditolak kasar.Punggung dihenyakkan atas kerusi.Sling begnya dicampakkan atas meja.Satu keluhan besar dilepaskan.Kelakuannya itu hanya diperhati oleh kawan sepejabatnya,Alisa.

'Asyaa,kau dah kenapa pagi-pagi dah marah-marah macam ni? Kalau kau ada masalah cuba kau bagitahu,mana tahu aku boleh tolong apa yang patut,Alisa cuba menenangkan Asyaa.'

Takde siapa yang boleh tolong aku untuk settlekan hal ni.Kalau kau nak tahu,nilah masalah yang paling besar dalam hidup aku,ujar Asyaa.

'Takkanlah kau tak nak share langsung.Sekurangnya ringanlah sikit masalah kau tu,Alisa masih tidak mengalah.'

'Betul kau nak tahu? Asyaa ingin dapatkan kepastian.' Bola matanya dikecilkan memandang Alisa.

Alisa mengangguk laju seperti burung belatuk.

Sebenarnya.....Asyaa menceritakan kejadian yang berlaku pagi tadi.Bila difikirkan balik,dia tidak mahu mengungkit hal yang lama bermula bagaimana dia kenal dengan Raqib sebab Asyaa kenal sangat dengan Alisa yang mulut bocor ni.Nanti tak pasal-pasal riuh satu pejabat.

Hahahahha....Alisa tidak dapat menahan tawanya.Air mata yang bertakung di birai mata diseka dengan jarinya.

'Nilah sebabnya aku malas nak cerita kat kau.Bukannya nak tolong settlekan masalah,tolong gelak adalah,marah Asyaa.Bibir dimuncungkan.Mata dikalih ke arah lain.'

Alah bucuk bucuk.Sorrylah,aku takde niat pun nak gelakkan kau.Lagipun cerita kau ni memang serious kelakar.Kalu aku belanja kau makan nanti lunch nak tak? Alisa cuba memujuk.Mata dikelip-kelipkan.

'Janji? Asyaa menunjukkan anak jarinya sebagai persetujuan dengan Alisa.'

Alisa mengangguk.

'Mana waiter ni. Perut aku dari tadi dah berbunyi, mata Asyaa melilau mencari pelayan restoren itu.Tangannya memegang perut yang sedang berkeroncong itu.'

'Sabarlah.Ha! Tu dah datang pun,Alisa hanya tenang menunggu tidak seperti Asyaa yang sudah macam cacing kepanasan.'

Buku menu ditarik.Asyaa membelek-belek buku mencari menu yang sesuai dengan seleranya. Gotcha! Western food.

'Bagi saya chicken chop satu,spaghetti carbonara satu,french fries satu and lastly orange juice,ujar Asyaa kepada pelayan itu sampai tidak sempat berhenti menulis.'

'Saya nak nasi goreng and teh o ais,tambah Alisa.'

'Woiii Asyaa! Kau gila ke apa nak makan semua tu? Sempat ke kau habiskan? Marah Alisa.Lengan kawannya itu dicubit perlahan.'

'Aku masih waras lagilah.Kalau aku gila, aku dah tak duduk kat depan kau ni tahu tak? Balas Asyaa spontan.'

Ishhh minah ni! Tak habis-habis dengan lawak bodoh dia,umpat Alisa dalam hati.

'Boleh kering duit aku kalau macam ni,Alisa bersuara.'

'Tadi kau juga yang cakap nak belanja aku kan? Siap dah janji bagai,kata Asyaa dengan wajah serious.'

Memanglah aku cakap nak belanja kau lunch tapi aku mana tahu kau nak makan banyak macam ni.Kalau aku tahu,aku tak payah cakap macam tu,ujar Alisa tanpa memikirkan perasaan kawannya itu.

Sampai hati kau cakap macam tu.Lagi pun apa salahnya aku makan banyak,kau belanja aku pun setahun sekali je,perli Asyaa.Mata dijelingkan ke Alisa.

Setelah beberapa minit menunggu,makanan pun sampai.

Yesss! Dah sampai.Asyaa terus makan tanpa pandang kiri kanan.

'Lajunya kau makan.Kau sedut ke apa? kata Alisa.Burger yang tinggal separuh dikerling'

Asyaa tidak mempedulikan kata-kata kawannya itu.Dia terus makan tanpa henti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience