BAB 59

Romance Completed 36812

Sejurus keluar daripada bilik air, Asyaa ke meja solek untuk mengambil pengering rambut.Namun, ada sesuatu yang menarik perhatian Asyaa.Sebuah kotak kecil berwarna merah yang diikat dengan reben terletak elok di atas meja soleknya itu.

Rasa ingin tahu semakin menebal dalam dada.Dengan langkah berhati-hati, kotak itu diambil dan dibelek-belek depan matanya.Kotak apa ni? Siapa yang letak kat sini? Takkan laki aku pulak? Dia mengigau apa tiba-tiba nak bagi aku hadiah?

Tanpa sedar, ada sepasang mata sedang memerhati.Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri Asyaa.Lalu, pinggang ramping Asyaa dipeluk dari belakang.

Terkejut bukan main lagi Asyaa dibuatnya.Nasib baik sempat istighfar awal-awal dalam hati.Kalau tak, memang dah lama Raqib makan buku limanya.

'You buat apa ni? Lepaslah!' Asyaa meracau-racau minta dilepaskan.Namun tangan Raqib lebih kuat melingkar di pinggangnya dibandingkan dengan kudrat wanita Asyaa.

'Aku peluk kaulah.Kenapa? Tak salah kan?'

'Memang tak salah.Ta...tapi...,' Asyaa tergagap-gagap.

'Kau kan dah jadi isteri aku yang sah.So, apa masalahnya? Lagipun tak baik kalau melawan cakap suami, tahu?' Ujar Raqib dengan nada perlahan.

Asyaa meremang geli.Tiba-tiba pula Raqib jadi romantik.'Ni kotak apa?' Asyaa cuba mengubah topik.Tidak mahu Raqib bercakap merapu nanti.

'Bukalah.Aku beli untuk kau.'

What?! Seriously? Takde ribut takde angin, tiba-tiba belikan aku hadiah? Dah bertaubat ke apa? gumam Asyaa dalam hati.

'Kau mengutuk aku ke? Mesti kau tertanya-tanya kan, kenapa aku bagi kau benda tu?'

Asyaa tidak berkata apa-apa.Malah, dia berasa semakin rimas apabila lama dipeluk oleh Raqib sebegitu.

'Please let me go,'

'No.You're my wife.And I don't want you to leave me alone,' bisik Raqib lembut.

'You mengarut apa malam-malam ni?!' Asyaa dah konfius dengan sikap Raqib yang sekarang ni.

'Aku tak mengarut.Aku cakap benda betul.Lepas ni, aku tak nak kau jauh dari aku lagi.'

'Kenapa you tiba-tiba cakap macam ni? Bukan you ke yang tak nak I kacau hidup you dulu? Tak nak tengok muka I.And I tahu, yang you tak pernah pun anggap I ni sebagai wife you kan?' Asyaa sudah sebak.Air mata mula menitik.Ada tangisan halus kedengaran di telinga Raqib.

Raqib akhirnya melepaskan Asyaa dari rangkulannya.Tangan diletakkan atas bahu isterinya itu dan dipusing perlahan menghadapnya.

Wajah Asyaa dipandang penuh kekesalan.Jari-jemarinya menyapu sisa air mata isterinya itu.Dia mengeluh.Tangan Asyaa diraih dan digenggam.Erat.Asyaa agak terkejut dengan perbuatan Raqib ketika itu.

'Please, jangan menangis.Aku tak sanggup nak tengok kau sedih macam ni.Aku tak nak kau bazirkan air mata untuk orang tak guna macam aku."

'Aku...aku nak minta maaf.Aku menyesal dengan apa yang aku dah buat kat kau selama ni.Aku tahu aku salah.Aku tahu yang aku dah banyak buat dosa kat kau.Aku suami yang zalim.Aku suami yang dayus.' Raqib cuba menahan rasa sebak di dada.

'Aku tak patut buat apa yang aku dah buat kat kau selama ni.Disebabkan orang lain, kau yang jadi mangsa dan jadi tempat aku lepaskan marah.Aku mintak maaf...' sayu suaranya.

Asyaa tersentuh dengan pengakuan suaminya itu.Dia meletakkan jarinya pada bibir merah Raqib.

'Kita cuma manusia biasa yang tak lepas dari buat kesalahan.I pun banyak buat salah kat you jugak.Sebagai isteri, I tak menjalankan tugas I dengan baik walaupun I tahu yang syurga seorang isteri tu di bawah tapak kaki suaminya.'

'Tak.Kau tak salah apa-apa pun.Cuma aku je yang selalu layan kau teruk, marah kau, kata kau macam-macam.Aku menyesal sangat.Kenapa baru sekarang aku sedar? Kenapa bukan dari dulu? Kalau masa dapat diputar balik...'

'Raqib, benda yang dah lepas you tak payahlah nak ungkit balik.Lagipun I dah tak nak ingat dah semua tu.Biarlah apa yang berlaku sebelum ni jadi sejarah untuk kita.Lagipun, baguslah kalau you dah sedar sekarang.I gembira sangat.' Senyuman nipis terukir di bibir Asyaa.

'Aku faham kalau kau tak boleh nak maafkan aku.Sebab apa yang aku dah buat memang tak boleh dimaafkan.'

'Raqib, I tak pernah berdendam atau marah kat you.I dah lama maafkan you.Lagipun, I tahu kenapa you layan I macam tu.Itu bukan diri you yang sebenar.Hadif dah ceritakan semuanya pada I,' jelas Asyaa dengan tenang.

'Betul ke? Kau tak marah aku?'

Asyaa mengangguk.'Kalau I di tempat you pun, mungkin I akan buat benda yang sama.'

Lalu, tubuh isterinya itu dibawa ke dalam dakapannya.Asyaa terkedu.Namun, dia tidak menolak malah lebih selesa berada dalam dakapan sang suami.Raqib turut menitiskan air mata lelakinya.Sekarang, baru Raqib sedar dan insaf akan kelakuannya itu.Dia berasa sangat-sangat menyesal dan malu akan dirinya kerana selalu berkasar dengan perempuan terutama isterinya sendiri.Sedangkan Nabi pun amat menghormati wanita.

Lama mereka melepaskan tangisan masing-masing.Akhirnya Asyaa bersuara.

'Dahlah, tak payah nak nangis.Nanti tak hensem pulak suami I ni,' gurau Asyaa.Pelukan dileraikan.Raqib senyum nipis.Air mata disapu.

'Ermm...boleh tak I nak minta satu benda dari you?'

'Boleh.Anything for you,'

Asyaa sudah senyum.'Jangan guna bahasa kau aku lagi boleh? Tak sweetlah,'

'Hmm...boleh darling,' laju saja Raqib menjawabnya diselangi ketawa.

Asyaa memuncung.Merajuk dengan encik suami.

'I tengah serius.You main-main pulak!'

'Okey...okey.I'm sorry.Abang takde niat pun nak buat awak marah,' spontan ayat itu keluar dari bibirnya.

Asyaa terpegun.'Abang'? Aku tak salah dengar ke?

'Macam nilah baru saya suka,' Asyaa senyum lebar.Tubuh sasa suaminya itu dipeluk erat.Raqib membalas pelukannya.

'Sayang, tutup mata kejap boleh?'

'Kenapa? Abang nak buat apa?'

'Abang ada surprise untuk sayang.Cepatlah tutup,' Rayu Raqib.

'Yalah...'Tangan isterinya itu dipegang.Raqib berjalan dengan berhati-hati sambil memimpin tangan isterinya itu.

'Lambat lagi ke bang? Abang nak bawa saya pergi mana sebenarnya ni? Saya takutlah,' terkedek-kedek Asyaa berjalan.Takut-takut kalau terjatuh dalam longkang atau mana-mana lubang.

'Kenapa nak takut? Abang kan ada.InsyaAllah, abang janji akan selalu ada di sisi sayang.' Tangan isterinya itu dibawa ke bibir dan dikucup lembut.

Asyaa terkedu dengan perbuatan Raqib itu.Namun, dalam hatinya dia berasa sangat gembira dengan layanan Raqib terhadapnya sekarang.Sesungguhnya, itulah perkara yang diimpikan oleh semua para isteri di luar sana.Dan baru sekarang dia dapat merasai semua itu.

'Okey, dah sampai.Sekarang sayang dah boleh buka mata.'

Lidah Asyaa tiba-tiba menjadi kelu seribu bahasa.Dia sangat terharu.Semua rasa bercampur baur.Tidak tahu hendak ketawa atau menangis.Tanpa sedar air mata mula bergenang di birai mata.Lalu segera diseka dengan jarinya.

Sebuah meja yang dihias cantik terletak elok di tepi kolam renang.Kegelapan malam pada malam itu diterangi dengan cahaya lilin yang berada di atas meja.Tidak ubah seperti candle light dinner.Pada dahan pokok pula, ada belon yang tergantung dengan pelbagai warna.

'Sayang, kenapa menangis ni? Abang ada buat salah ke? Sayang tak suka apa yang abang buat?' Soal Raqib bertubi-tubi.Melihat keadaan isterinya begitu, dia diburu rasa bersalah.

Laju Asyaa menggeleng.Lalu, dia meluru ke arah dada bidang suaminya.

'Saya rasa gembira sangat-sangat bang.Saya tak tahu nak cakap macam mana.Saya tak sangka abang sanggup bersusah payah buat semua ni untuk saya.'

'Small matterlah sayang.Lagipun hari ni kan hari jadi sayang.Ni je yang abang mampu buat.Abang bukannya pandai sangat perkara macam ni.Abang harap sayang sukalah ya?'

Asyaa mengangguk.'Ini pun dah lebih dari cukup.Lagipun saya tak kisah kalau abang tak buat semua ni, asalkan abang jangan tinggalkan saya.'

'I won't.'

Kerusi ditarik sebelum mendudukkan isterinya.Raqib mengambil tempat di depan Asyaa.

Asyaa sudah senyum lebar melihat kek yang terletak dihadapannya.Kek coklat moist.Di atasnya dihias dengan badam, strawberi, kepingan coklat dan aising coklat di sekelilingnya.

'Abang tahu tak yang kek coklat ni adalah kek favourite saya? Tak sabarnya makan!' Kecur liur Asyaa melihat kek coklat moist di depannya itu.

'Betul ke? Abang tak tahulah pulak.Tapi mujrlah kalau sayang suka,'

Lilin yang sedang menyala di atas kek ditiup.Dalam sekelip mata apinya padam.Raqib menghulurkan pisau pemotong kek kepada Asyaa sebelum kek itu dipotong dan diletakkan di atas pinggan.

'Abang buka mulut.Saya nak suap ni,' arah Asyaa.

Raqib senyum.

'Sedapnya.Tapi rasa lain macamlah,'

Dahi Asyaa berkerut.'Rasa apa bang? Rasa pahit ke manis sangat?'

Raqib geleng.'Rasa sedap sangat.Bertambah sedap bila isteri abang yang suapkan,' Raqib sudah mengekek.

Pantas bahu suaminya itu dicubit.'Abang ni suka tau usik saya,' Asyaa buat-buat marah.

'Alah...abang gurau aje sayang.Tapi isteri abang ni nampak lagi cantiklah bila marah,' seloroh Raqib.Asyaa turut ketawa.

'Tapikan, macam mana abang tahu hari ni birthday saya? Saya rasa saya takde pun bagitahu abang sebelum ni.Abang tu pun jangan harap nak tanya saya.'

'Adalah.Rahsia...Sebenarnya banyak perkara yang abang tahu tentang isteri abang ni.Cuma sayang je yang tak perasan.'

Sekarang giliran Raqib pula untuk menyuapkan kek kepada Asyaa.Mereka sama-sama ketawa riang pada malam itu sambil bercerita itu ini.

Dalam hati, Asyaa tidak pernah putus dari mengucap syukur kepadaNya kerana telah melembutkan hati si suami untuk menerima kehadiran seorang perempuan terutama dirinya dalam hidup Raqib.Sesungguhnya, sudah lama dia menantikan saat-saat romantis bersama si suami seperti ini.Kini, doa Asyaa sudah termakbul kerana Dia telah membuka pintu hati suaminya untuk berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience