BAB 26

Romance Completed 36812

Arghhh! Malunya.Kenapalah kau ni bodoh sangat?,Asyaa menekup mukanya dengan bantal.Kejadian tadi asyik bermain-main di fikirannya.Dia membelek pakaian yang dibelinya itu.Takkan aku nak bagi dia benda ni pulak.Nanti apa dia cakap kat aku.Jatuhlah maruah aku macam ni.But still,kau kena minta maaf dengan dia.Siapa suruh cakap macam tu.Asyaa menampar-nampar mulutnya.

Ahaaa! Idea bernasnya tiba-tiba muncul.Apa susahnya,aku cakap jelah ni daddy yang bagi.Sekarang baru Asyaa dapat tidur dengan tenang.

Asyaa mengerling sekilas jam di tangannya.Jarum baru menunjukkan pukul 2 petang.Penculik tu masih belum balik lagikan? Dia tidak mahu diketahui oleh Raqib.

Assalamualaikum.

'Waalaikumussalam,jawab Mak Mah.'

'Eh, cik Asyaa.Lama tak tengok sejak orang tua cik Asyaa datang jemput hari tu.'

'Maaflah Mak Mak.Asyaa busy sikit dengan kerja.Oh sebelum Asyaa lupa,nah!'

'Apa ni? Soal Mak Mah kehairanan.'

'Nanti Mak Mah tolong bagi kat penculik tu eh.Cakap daddy Asyaa yang bagi.Dia kemudian berlalu meninggalkan rumah itu.'

'Tuan Raqib,nah ada orang bagi,beg pakaian dihulurkan kepadanya.Raqib mengerutkan dahinya.'

'Siapa yang bagi?'

'Cik Asyaa cakap daddy dia yang suruh kirimkan,jawab Mak Mah.'

'Kenapa? Soal Raqib masih ingin mengetahuinya.'

Mak Mah hanya mengangkat bahu.Dia juga tidak ambil tahu menahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience