BAB 29

Romance Completed 36812

Memandangkan hari ni hujung minggu,Asyaa pun ke taman untuk menghilangkan stress.Stress dari kerja and masalah personal.Sebelum ni asyik shopping je lebih baik aku datang sini.Jimat duit.

Sedang asyik dia mengelamun,tiba-tiba telefonnya berdering.Butang hijau ditekan.

'Assalamualaikum.Asyaa kau kat mana? Busy ke? Soal Adam di hujung talian.'

'Waalaikumussalam.Aku tak busy pun.Sekarang ni aku tengah jalan-jalan kat taman,jawab Asyaa.Matanya tidak lepas dari memandang pemandangan yang cantik di situ.'

'Oh,yeke? Kalau macam tu aku pergi tempat kaulah,ujar Adam malu-malu.Nasib Asyaa tak nampak.'

'Ok.Aku tunggu kau kat sini,balas Asyaa pendek.'

Selepas beberapa minit menempuh perjalanan Adam pun sampai.Kereta diletakkan di bawah pokok yang rimbun.Kakinya perlahan-lahan melangkah mendekati Asyaa.Tadaaa!

Lantas Asyaa berpaling dek kerana terkejut.Bahunya sedikit terangkat.

'Kau ingat aku budak 5 tahun ke nak buat macam tu! Dah tak reti nak bagi salam sejak balik oversea? tempelak Asyaa.Hatinya yang sudah berapi kini ditambah pula dengan minyak petrol.'

Suka sangat buat orang terkejut.Nasib aku takde penyakit apa-apa,kalau tak dah lama aku jatuh tergolek kat tanah ni.

Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dia tersengih-sengih seperti kera mendapat bunga.Nak gurau pun tak boleh.Ni mesti dia tengah ada masalah.Bukannya aku tak kenal si Asyaa ni.Kalau tak,takkan tiba-tiba dia naik angin macam ni.

'Kau mesti ada problemkan? sangkal Adam.'

Satu keluhan perlahan terbit dari bibirnya.Kepala ditunduk.Kakinya bermain-main dengan dedaun kering.Dia tidak tahu hendak memulakan ceritanya dari mana.Asyaa mendiamkan diri.

'Kalau kau belum sedia untuk cerita,takpe aku tunggu.Tapi aku nak kau tahu,aku akan selalu ada untuk kau dan setia untuk mendengar apa yang kau nak luahkan,ujar Adam.Kata-kata yang keluar dari mulutnya ikhlas dari hati.'

Asyaa mendongakkan kepalanya.Mata dikalih memandang Adam lama,sebelum memulakan bicara.Adam jadi tidak tentu arah.Jantungnya berdebar.Semakin lama semakin kuat.Nasib tak melompat keluar.Adam mengalah.Pandangannya dihalakan ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang seronok bermain gelongsor.Kenapa dia pandang aku macam tu pulak? Aku ada salah cakap ke? Ke ada sesuatu kat muka aku? Adam berteka-teki dengan diri sendiri.

'Thanks.Tapi aku tak nak susahkan kau dengan masalah aku,ujar Asyaa yang membuka bicara setelah lama mendiamkan diri.'

Adam memalingkan wajahnya memandang Asyaa.

'Kenapa kau cakap macam tu? Kitakan dah lama kenal.Aku akan buat apa je untuk tolong kau,jawab Adam bersungguh-sungguh.'

'Thanks again.Asyaa berasa terharu dengan kata-kata Adam.Dia tidak sangka Adam sebaik tu.Walaupun Adam yang dia kenal dahulu adalah jenis perangai gila-gila.'

'Welcome.Dahlah,tak payah nak sedih-sedih.Jom pergi pusing kat taman ni.Lama dah aku tak datang tempat macam ni,Adam berdiri sambil mendepangkan kedua-dua belah tangannya.'

Mamat ni dah gila ke apa? Nak peluk aku kat sini.Tak tahu halal haram ke? Asyaa telan liur.

'Ke...kenapa kau buat macam tu? Asyaa tergagap-gagap.'

'Why? Tak boleh ke aku buat macam ni? Saje nak hirup udara segar,balas Adam.'

'Asyaa kenapa muka kau nampak merah? Soal Adam.'

'Hah? Ma...mana ada merah.Pandai-pandai je kau ni,Asyaa cuba menyembunyikan perasaannya yang sebenar.Dia berasa malu dengan dirinya sendiri.Perasan betullah kau ni Asyaa!.'

Bola mata dikecilkan.Wajah Asyaa yang cantik itu dipandang.Bibirnya mengukir senyum.Sekarang baru aku faham kenapa dia macam tu.Dia ingat aku nak peluk dia agaknya.Asyaa...Asyaaa.Kepala digeleng-geleng.

'Kau nak peluk aku ke? Aku tak marah pun.Bukan senang nak dapat peluang macam ni tau.Kau sepatutnya gembira tahu tak,dia cuba menyakat Asyaa.'

'Gembira kepala lutut kau! Daripada peluk kau,lebih baik peluk parents aku.Tenang sikit jiwa ni,bidas Asyaa.Ayatnya seperti peluru yang ditembak tepat menikam hati dan jantungnya.'

'Alahhh.Aku gurau je.Tu pun nak marah.Aku pun tahulah mana halal mana haram,jawab Adam.Bibir dicebikkan.'

'Dahlah.Jom pergi makan.Gaduh dengan kau ni buat aku lapar je,balas Asyaa.Mereka berdua berjalan menuju ke kedai makan berhampiran.'

'Asyaa boleh tak kau makan perlahan-lahan.Nanti tercekik tak pasal-pasal mati katak kau kat sini.Makan mengalahkan budak lima tahun,bebel Adam.'

Asyaa mendongakkan kepalanya memandang Adam.

'Bisinglah kau ni!Pot pet pot pet.Aku nak makan pun tak senang!,balas Asyaa dengan nasi yang masih penuh di dalam mulutnya.Tiba-tiba dia terpandang susuk tubuh seorang lelaki.Macam kenal.Macam pernah tengok.Tapi kat mana eh? Dia cuba untuk mengingati.Otaknya diperah untuk mengembalikan ingatannya.'

Kenapa aku rasa macam ada orang pandang aku? Penyamun ke? Langsuir ke? Jangan-jangan...penculik.No no no.Think positif.Kepala digeleng-geleng.Nafas ditarik dalam-dalam.Dia cuba memberanikan diri untuk melihat mata siapa yang memandangnya.Badannya perlahan-lahan dipusing ke belakang.Matanya melilau mencari.Bola mata dikecilkan.Gotcha! Patutlah aku rasa seram semacam je.Rupa-rupanya hantu minah lampir ni! Memang sah-sahlah seram.Raqib memandang Asyaa tajam.Anak matanya tepat menikam.

Habis tersembur keluar nasi di dalam mulutnya.Berterabur di atas meja makan.Uhuk...uhuk...Asyaa batuk kecil.Dia menekan-nekan dadanya untuk menahan batuk.

'Tulah kau,aku dah cakap awal-awal tadi suruh makan perlahan kau degil.Lain kali kalau orang bagi nasihat simpan baik-baik.Bukannya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Now see...,sempat lagi Adam bagi ceramah.Siapa suruh keras kepala sangat.Tak nak dengar cakap orang.Dasar kepala batu.'

'Nah! Minum ni baru lega sikit nanti,gelas yang berisi air bandung dihulurkan ke Asyaa.'

Gelas bertukar tangan.

'Thanks Adam.Sorry aku tak hiraukan nasihat kau tadi,ujar Asyaa dengan nada perlahan.Senyuman manis dihadiahkan buat kawannya itu.'

Padan muka kau! Hahahha...baru puas hati aku.Raqib sudah gelak besar dalam hatinya.Tulah,siapa suruh berani-berani pandang aku macam tu.Nanti kau juga yang kena.Raqib senyum sinis.

Mesti seronok kau mentertawakan aku kan? Tak guna punya penculik! Ni semua kaulah yang salah! Tak pasal-pasal aku dapat malu.Nafas ditarik dalam-dalam sebelum menghembusnya perlahan-lahan.It's okay.Hari ni hari kau,esok lusa hari aku pulak! Just getting ready for it.Asyaa senyum senget.Senyum yang penuh makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience