BAB 1

Romance Completed 36813

Jam menunjukkan pukul 10 pagi.Asyaa menggosok-gosok matanya setelah bangun dari tidur.Mulutnya sebiji macam badak air ketika menguap.Asyaa segera ke bilik air untuk mandi dan bersiap sebelum turun untuk bersarapan.

'Mak Nab, mummy dengan daddy pergi mana.Tak dengar pun suara diorang'. Tanya Asyaa kepada pembantu rumahya.

'Maaf Cik Asyaa, Mak Nab pun tak tahu mereka pergi mana.Tapi Mak Nab nampak mereka macam terburu-buru keluar tadi.' Jelas Mak Nab bersungguh-sungguh.

'Oh, ya ke? Mungkin mereka ada kerja kut kat office.Alamak!!! Asyaa lupa yang Asyaa dah janji nak keluar dengan kawan.Mak Nab, nanti mummy dengan daddy balik Mak Nab bagitahu diorang eh?' Pesan Asyaa kepada Mak Nab sambil mencapai sekeping roti bakar di atas meja.

' Baiklah Cik Asyaa'.Jawab Mak Nab sambil mengangguk kepalanya.

Asyaa terus mengambil kunci keretanya yang terletak di atas meja.Dia segera menghidupkan enjin keretanya sebelum keluar dari halaman banglo itu.

'Hello Asyaa, bila kau nak sampai ni hah? Dah berjanggut kita orang tunggu kau kat sini tau tak?'Bebel teman baiknya, Farah.

'Hehe, aku on the way dah ni.Kejap lagi aku sampai.'Jawab Asyaa sambil tersengih seperti kerang busuk.Asyaa kembali menumpukan perhatian pada pemanduannya setelah panggilan ditamatkan.

Setelah sampai di hadapan Pavillion, Asyaa segera memarkir kereta Mini Cooper S kesayangannya apabila terjumpa tempat kosong.Dia terus mencapai beg tangannya di tempat duduk sebelah dan berjalan dengan terburu-buru untuk berjumpa kawannya yang telah lama menunggu.

Fuhhh! Asyaa tercungap-cungap keletihan.Dia kini sudah berada di dalam Pavillion.

'Hai korang, sorrylah aku lambat.Korang dah lama ke tunggu aku?' Soal Asyaa sambil tersengih yang menampakkan barisan giginya.

'Tak lama pun, baru setengah jam,' balas Kamila berbunyi sindiran.Dia berpeluk tubuh.

'Err...sorry eh.Aku betul-betul lupa.'Kata Asyaa kepada kawan-kawannya sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.'Apa kata aku belanja korang makan sebagai tanda maaf.Please...' Pujuk Asyaa kepada kawan-kawannya sambil membuat muka kasihan persis kanak-kanak meminta coklat.

'Okeylah, kali ni kami maafkan kau.Tapi janji jangan buat lagi okey?' Pesan Farah sambil menghalakan jari telunjuknya ke muka Asyaa.

'Yeay! Okey aku janji,' Asyaa mengangkat tangannya seperti orang membaca ikrar.Lalu dia dan kawan-kawannya melangkah masuk ke restoren makanan segera McD.

Hampir tiga jam jugak mereka pusing-pusing dalam Pavillion.Selesai makan, mereka ke kedai pakaian pula.Sampai tak cukup tangan nak bawa barang.

'Asyaa, banyaknya barang kau.Kau beli apa?'

'Aku beli baju, seluar, tudung, barang make up...'

'Banyaknya! Orang kaya, bolehlah.Kalau ikut heran kau, semua kau nak borong.Lainlah macam kita orang ni, tunggu gaji masuk baru boleh merasa semua ni tahu?' Kawan-kawanya yang lain turut mengiakan kata-kata Farah.

Asyaa tidak kata apa.Yang kaya tu pun mak ayah dia.Dia cuma menumpang je.Lagi pula dia anak tunggal.Semua harta mak ayah dia akan diberikan kepadanya juga suatu hari nanti.Jadi, tak heranlah kalau Asyaa dapat berbelanja sesuka hati dia saja.

Usai shopping, mereka semua membuat haluan masing-masing.Bye...!! Sempat Asyaa melambai-lambai kepada kawan-kawannya.Dia membimbit beberapa buah beg barangan dari jenama terkenal seperti Polo, Chanel dan Louis Vitton yang dibelinya tadi.Langkah segera diatur ke tempat lot parkir.Semasa Asyaa leka berjalan ke keretanya, tanpa disedari dia telah diperhatikan oleh seseorang lelaki dari dalam kereta BMW nya.Wajahnya terlindung disebalik cermin kereta.Lelaki itu senyum nipis.

'Assalamualaikum datin, sebenarnya Mak Nab nak minta cuti dua tiga hari untuk balik kampung jaga anak Mak Nab yang sakit kalau datin tak keberatan.'Tanya mak Nab kepada majikannya.

'Waalaikumussalam, kalau macam tu Mak Nab baliklah, nanti makin teruk pulak sakit dia.'Kata Datin Zana.

'Baiklah, terima kasih ya datin.Oh sebelum saya terlupa, tadi Cik Asyaa ada bagitahu yang dia keluar dengan kawan-kawan dia.'

'Ha'ah.Takpelah kalau macam tu.Nanti Nak Nab jaga diri ye.'Pesan Datin Zana.

'InsyaAllah, terima kasih datin.'Kata Mak Nab sambil mengukir senyum di hujung talian.

Dato Zainal dan Datin Zana berada di pejabatnya kerana sedang membincangkan tentang hal kerja yang tak dapat dielakkan.Tiba-tiba pulak tu.

'Abang, macam mana ni? Tadi Mak Nab call dia cakap nak balik kampung sebab nak jaga anak dia yang sakit.'Cerita Datin Zana kepada suaminya dengan perasaan bimbang apabila memikirkan tentang anak perempuan tunggal kesayangannya itu.

'Ya Allah, ya ke? Kalau macam tu, nampaknya dia kena tinggal soranglah kat rumah.'Balas Dato Zainal.

'Hisy abang ni.Takkan nak biar dia duk sorang-sorang pulak kat rumah besar tu.Lagipun kita ni kena outstation kat luar negara, seminggu pulak tu.Awak ingat senang ke saya nak tinggal dia macam tu? Dengan Mak Nab lagi yang tak ada.Saya risaulah.'Rungut Datin Zana yang berat hati untuk meninggalkan anaknya.

Keluh Dato Zainal yang memikirkan tentang anaknya itu.'Kalau macam tu nanti abang minta tolong dengan seseorang lah.'Belum sempat Datin Zana hendak menjawab, Dato Muhaimin yang merupakan sahabatnya pun tiba dan mereka segera memulakan meeting.

*****************************************

Baru Asyaa hendak membuka pintu keretanya, dia telah didatangi oleh seorang lelaki tak dikenali.Dia menutup sebahagian mukanya dengan topi dan memakai kaca mata hitam.Lelaki itu segera menekup mulutnya lalu menariknya masuk ke dalam kereta miliknya.Pada waktu itu, tidak ramai orang yang berada di tempat letak keretanya kerana dia memarkirnya di lorong tepi bangunan.Kawasan yang tak berapa ramai orang lalu lalang.Hal ini memudahkan lagi misi lelaki itu untuk melaksanakan tugasnya.

'Lepaslah! Sakit tahu tak?! Bentak Asyaa.Dia meronta-ronta minta dilepaskan namun tak diendahkannya.

Lelaki itu terus menolak Asyaa untuk masuk ke dalam keretanya di bahagian penumpang hadapan.Pintu ditutup kasar.Pergelangan tangannya yang merah digosok-gosok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience