BAB 42

Romance Completed 36813

'Hari ini akan bermulanya rancangan kita yang pertama,' Asyaa tidak berhenti mengukir senyuman sejak tadi.

'Asyaa kau pasti ke nak buat semua ni? Kalau mamat tu tahu macam mana? Masak kita.Aku tengok muka dia pun dah meremang bulu roma aku ni,' Fara menggosok-gosok lengannya.Tidak tenang dibuatnya dari tadi.Kalau diikutkan, takde mananya dia nak terlibat sekali dengan plan mengarut Asyaa tu.

'Hish, kau ni! Cuba relaks boleh tak?! Yang kau takut sangat kat mamat tu apa hal? Dia tu bukannya telan orang pun!' marah Asyaa setelah lama memerhatikan gelagat kawannya itu.

'So sekarang, aku nak kau call mamat tu.Do your job now!' arah Asyaa tegas.

'Tapi kenapa aku yang kena call dia pulak? Kau jelah,' Fara masih teragak-agak.Padahal ni semua idea dia sendiri.

'Hishh kau ni! Kalau aku boleh call dia sendiri buat apa aku suruh kau?! Cepatlah! Sergah Asyaa.

'Yelah...yelah,' Dah macam nak pergi berperang pula.Tapi memang pun, berperang dengan bapak harimau!

'A...assalamualaikum Encik Raqib.Ni Fara kawan Asyaa,' Fara cuba memberi salam dengan tenang.Rasa gugupnya cuba disembunyikan demi menjayakan rancangannya bersama Asyaa.

'Waalaikumussalam, ada apa awak call saya? Dia yang suruh ke? Apa lagi muslihat dia kali ni?' Tegas suara Raqib berbunyi.

Eleh...mamat ni.Leceh betullah..Aku belum cakap apa-apa lagi dah naik angin.Apa hal?! Datang bulan gamaknya! Dia ingat aku takut sangat ke nak berhadapan dengan dia? Mentang-mentanglah pangkat CEO! Dia ingat dia ada hak ke nak cakap macam tu kat pekerja bawahan macam aku ni!

'Cik, if you have nothing to say, please excuse me,' ujar Raqib setelah tidak mendengar suara di hujung talian.

Wow! Dah cakap omputih pulak.Awat hang tak duduk ja kat Amerika tu? Bahasa malambangkan bangsa tau!

Raqib mengeluh.

'Sekejap! Sebenarnya Cik Asyaa ni sakit jadi...

'Jadi kenapa call saya? Kenapa awak tak call ambulans?' Potong Raqib pantas sebelum sempat Fara menghabiskan ayatnya.Dengar nama Asyaa pun dia dah rasa meluat.Apatah lagi nak face-to-face.Kalau diikutkan hati, dia malas benar nak ambil tahu pasal Asyaa.Yelah, dah nama pun musuh ketat sejak azali lagi.

Errr...

'Bukan saya tak nak call ambulans tapi mungkin mereka akan ambil masa lagi lama untuk sampai sini.Sebab tu saya nak minta bantuan Encik Raqib untuk datang jemput Cik Asyaa kat ofis dia ni.Kalau lambat saya risau nanti sakit dia tu makin menjadi-jadi pula.Boleh kan Encik Raqib?' Fara cuba mencari alasan yang bernas.Dia memberikan jawapan yang sedang bermain di kotak fikirannya.Tapi memang benar juga apa yang diberitahunya itu.Silap hari bulan, boleh innalillah.Tapi mintalah dijauhkan.

Please say yes! Please...

'Give me 10 minutes,'

Yes! sorak Fara keriangan dengan nada perlahan.Kalau didengarnya si Raqib tu, tak tahulah apa akan jadi dengan nasib aku.Jadi nasib Si Labu Labi lah jawapannya.

'Terima kasih banyak-banyak Encik Raqib,' ucap Fara dengan rasa gembira.Dia senyum lebar.Tapi yang di hujung sana tu masam mencuka.

'Dia cakap apa? Cepatlah bagitahu aku.Aku dah tak sabar ni nak dengar,' Asyaa menggoncang-goncang bahu Fara.

'Settle.Sekarang dia tengah on the way ke sini,'

'Yeayyy! Thanks Fara.Kau memang terbaik! Tak sia-sia aku upah kau,'

'Of courselah.You can trust me,' Ujar Fara dengan rasa bangga.Mereka berdua melepaskan tawa.

'Encik Raqib terima kasihlah sebab sudi bantu kawan saya ni.Minta maaf sebab menyusahkan.Jaga kawan saya ni elok-elok tau,' pesan Fara sambil membongkokkan badannya.

Huh?! Jaga minah lampir ni?! Buat apa aku nak jaga minah lampir ni.Dah besar gedabak, pandai-pandailah jaga diri sendiri!

'Kita nak pergi klinik mana ni?' Soal Asyaa.Perutnya dipegang untuk menahan sakit.

'Aku nak bawa kau pergi hospital.Biar doktor kat sana boleh tengok dengan lebih detail kau sakit apa.Kalau perlu, biar dia orang operate je terus.Selesai,'

Hah?! Mamat kat sebelah aku ni dah hilang akal ke apa?! Aku bukannya sakit nak beranak sampai nak kena operate bagai.Fikir tak pakai otak betullah dia ni! Saja je kan kau nak kenakan aku?!

'Tak payahlah.Lagipun I sakit biasa je.Kita pergi klinik kat depan sanalah.I pun selalu juga pergi klinik sana kalau tak sihat,' Asyaa menunjukkan papan tanda yang terpampang di tepi jalan.

'Suka hati kaulah!'

'Doktor cakap apa?' Soal Raqib malas.Asyaa yang baru keluar dari bilik doktor selepas membuat check up dipandang dengan rasa tidak puas hati.

'Dia bagitahu I kena gastrik sebab makan lambat,' jawab Asyaa dengan senyuman di bibir tapi cuba disembunyikan oleh Raqib.

'Tulah kau, siapa suruh makan tak ikut masa! Kan dah menyusahkan orang kalau jadi macam ni.'

Senyuman itu terus mati.Hish! Kalau hati tu tak ikhlas nak tolong, baik tak payah tolong! Ni asyik nak merungut je.Nanti pahala tak dapat, dosa yang dapat adalah!

'I bukannya sengaja pun.Pagi tadi ada meeting kat ofis so I kenalah pergi awal.Sebab tu I makan lambat, tak sempat nak breakfast,'

'Kalau ya pun pentingkan kerja, jangan sampai lupa jaga makan.Kau kena pentingkan kesihatan diri tu juga.Kalau sakit nanti nak buat kerja pun tak boleh,'

So sweet! Tak sangka dia ambil berat juga pasal aku.Aku rasa akulah orang yang paling bahagia kat dunia ni!

Don't misunderstand.Aku cakap macam ni pun sebab aku tak nak nanti parents kau cakap aku tak peduli pasal anak dia.Nanti kalau kau jatuh sakit, kau menyusahkan orang lain pula nak kena buat kerja kau yang kat ofis tu!

Baru rasa happy! Nak berangan sekejap pun tak boleh ke?! Hati yang baru nak ditumbuhi bunga-bunga cinta pun dah kecut balik.Geram bercampur bengang.

Mamat ni nak buat apa pula kat kedai makan tu? Takkan dia nak mencekik sorang-sorang tak ajak aku.Aku pun nak makan juga.Jahat betullah!

You beli apa kat kedai makan tu?

Beli penyapu.

Hish! Aku tanya betul-betul boleh pula dia bagi jawapan tak masuk dek akal macam tu.Sejak bila pula ada jual penyapu kat kedai makan? Peraturan baru ke? Ada juga yang nak makan buku lima aku ni!

Kalau kau dah tahu aku pergi kedai makan, nak beli makananlah! Nak buat apa lagi?!Tanya soalan macam budak tak pergi sekolah,

Tahu nak beli makanan! Tapi makanan apa? Tu pun tak faham ke apa maksud aku?! Lepastu ada hati nak perli-perli orang pula.Kalau aku bertekak dengan mamat ni, sampai ke tahun depan pun tak sudah-sudah gamaknya!

Nah!

For me?

Yes, for you! Kau ada nampak orang lain lagi ke dalam kereta ni? Takde kan? Nah, ambil cepat! Kalau kau tak nak...

Dalam sekelip mata makanan di dalam plastik itu sudah bertukar tangan.

Thank you! Ucap Asyaa kasar sambil menghadiahkan jelingan maut.Sebelum beredar sempat lagi dia menjelirkan lidah kepada Raqib.Tapi Raqib tak mahu ambil pusing.Keretanya terus memecut laju.

Hello, Asyaa.Ha! Macam mana dapat keluar dating dengan buah hati? Mesti kau senyum sampai ke telinga kan? Hahaha,'

Takde maknanya lah.Mamat tahu nak sakitkan hati aku adalah,'

Pulak! Ingatkan lepas keluar dengan buah hati kaulah orang yang paling bahagia.Lagi pun bukannya senang nak pujuk mamat tu kau tahu tak?

Tahu sangat,'

Habis tu, dia cakap apa pasal kau sakit tu? Takkan kau sakit pun dia marah jugak,'

Ha'ah, memang kena marah pun plus kena dengar dia membebel macam mak nenek pulak tu,

Tapi dia ada belikan aku makanan sebab aku cakap yang aku kena gastrik, tambah Asyaa.

Baguslah tu! Maknanya dia ambil berat juga pasal diri kau sebab dia tak nak kau sakit.Garang-garang dia pun dia masih berhati perut jugak.Betul tak?

Hemmm betullah jugak,'

Dahlah tu, tak payah nak sedih-sedih.Lebih baik kau fikirkan pasal rancangan kau yang seterusnya.Takkan dah nak give up? Lagi pun aku kan ada boleh tolong kau.Anytime,'

Thanks Fara.You're my BFF forever,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience