BAB 14

Romance Completed 36812

'Yahoo,dapat makan free! Sorak Hadif keriangan.Senyuman lebar terlakar.'

'Kau bersorak bagai ni dah kenapa? Macam dapat durian runtuh pulak.Soal Raqib.Wajah dipalingkan pada kawannya.'

'Mana aku tak happy,dah ada orang tu nak belanja makan.Bibir dijuihkan kepada Raqib di sebelahnya.Senyuman masih tidak lepas dari bibir.'

'Tapi bukan hari-hari ke aku belanja kau makan.Asyik nak makan free je kerja kau.Hambur Raqib bersahaja tanpa memikirkan perasaan kawannya.'

Wajah Hadif terus berubah.Tadi bukan main happy macam dapat banglo sebuah, sekarang dah macam mati bini pulak.Masam mencuka.Tapi sejak bila pulak dia ada bini? Raqib geleng kepala.Penat melayan kerenah kawannya itu.

'Sampai hati kau cakap macam tu.Aku anggap kau macam abang aku dah.Jawab Hadif dengan bibir dimuncungkan.'

'Kau gila ke apa? Sejak bila pulak aku jadi abang kau? Umur kau dengan aku takde beza pun.Suara Raqib sedikit meninggi,pening kepala dapat kawan macam ni.'

'Haa lah,macam mana aku boleh lupa pulak.Sorry bro.Hehehe...Hadif menayangkan barisan giginya.Kepala digaru-garu.'

'Kepala gajah kau boleh lupa! Jomlah pergi makan.Kalau layan kau sampai ke besok pun tak sudah.Perli Raqib,tangan diletakkan atas bahu kawannya.'

'Macam tak terusik je makanan ni.Soal Asyaa perlahan tetapi masih boleh didengari.'

'Haah,tuan Raqib tak sarapan pun sebelum pergi office.Dia minum kopi je tadi.'

Ooo macam tu.Lantaklah dia,ada aku kisah dia nak sarapan ke tak,nak minum kopi ke apa,getus Asyaa.

'Tapi mak Mah tengok dia tadi macam ada tak kene je,macam tak sihat sebab asyik pegang perut.Ujar mak Mah dengan wajah serius.'

'Yeke? A...Asyaa tak perasan pulak.Nanti ok lah tu.Ujar Asyaa tergagap-gagap.Kepala yang tidak gatal digaru.'

'Ermmm...takpelah macam tu.Bukan apa,mak Mah risau je,nanti dato dengan datin tanya nak jawab apa.Jawab mak Mah sambil menepuk-nepuk tangan Asyaa.'

Asyaa termenung di meja makan.Betul jugak apa yang mak Mah cakap.Kalau mak dengan ayah dia tanya aku nak jawab apa? Macam mana kalau sakit tu tak hilang? Bertubi-tubi soalan yang keluar.Dia tiba-tiba rasa bersalah.

'Tapi,takkan dia nak bagitahu kat mak ayah dia kut.Dia bukannya budak kecik nak mengadu bagai.Buat malu kat budak je..Tapi peduli apa aku,memang patut pun dia makan penumbuk,omel Asyaa perlahan.Meja dihentak kasar,geram dengan sikap Raqib.'

'Ya Allah! Terkejut mak Mah.Cik Asyaa kenapa? Ada masalah ke? Soal mak Mak,dada diurut-urut.'

Asyaa berpaling menghadap mak Mah yang dari tadi membelakanginya.

'Ha,ta...takde apa-apalah.Asyaa saja nak uji meja ni kuat ke tak? Asyaa sengih seperti kerang busuk.'

Mak Mah geleng kepala.Ada-ada jelah.

'Asyaa masuk bilik dulu eh? Nak rehat jap.Ujar Asyaa.'

'Erm,yelah.Kalau nak apa-apa bagitahu je mak Mah.'

Asyaa menganggukkan kepalanya. Senyuman manis dihadiahkan kepada mak Mah.

Asyaa berfikir sejenak.Hari ni Jumaat,esok...sabtu.Yeay! Mummny dengan daddy nak balik.Asyaa bersorak seperti kanak-kanak mendapat gula-gula.Dia melompat keriangan di atas katil.

'Woi,minah lampir kau buat apa tu? Kau dahla berat macam anak gajah,kalau runtuh katil tu macam mana? Siapa nak ganti? Hambur Raqib apabila ternampak Asyaa melompat-lompat di atas katil kerana pintu tidak ditutup rapat.'

Asyaa terkejut.Mulutnya terlopong.Hampir tersembul biji matanya apabila melihat Raqib yang berdiri di depan pintu biliknya.

Aduh! Macam mana aku boleh tak perasan pulak? Malunya aku.Kenapalah kau bodoh sangat Asyaa tak tutup pintu rapat-rapat? Dia menepuk dahinya.

'Turun sekarang! Arah Raqib Syah dengan suara tegas sambil menunjukkan dengan jari sebagai memberi arahan.'

'Suka hati akulah nak turun ke tak.Kau ada masalah ke? Jawab Asyaa selamba yang menaikkan lagi api kemarahan Raqib.'

'Masalah aku tu kau.Dasar minah lampir tak sedar diri.Kau lupa ke ni rumah siapa?Soal Raqib kasar.'

'Aku tahulah ni rumah kau.Tapi tak semestinya kau boleh intai orang sesuka hati.Asyaa memulang paku buah keras.'

Raqib ketap gigi.Penumbuk dikepal.Kang tak pasal-pasal makan penumbuk jugak minah lampir ni.Tapi aku tak sekejam itu.Sabar jelah.Dia mengikut kata hati yang menyuruhnya bersabar.Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dilepaskan perlahan-lahan.

'Bila masa pulak aku intai kau.Kau ingat aku tak de kerja lain ke? Perasan.Raqib senyum sinis.'

Mulut Asyaa ternganga mendengar ayat yang keluar dari mulut Raqib Syah.

'Kau yang salah tutup pintu tak rapat ada hati nak salahkan aku pulak?Marah Raqib.'

'Tapi aku...Raqib memotongnya terlebih dahulu'

'Kau jangan menyesal kalau apa-apa jadi kat kau.Ugut Raqib.Matanya tepat menikam anak mata Asyaa.Jarinya mengetuk -ngetuk pintu.'

Gulp!Air liur ditelan.Asyaa mati kutu,tidak tahu untuk menjawab apa-apa.Dadanya berdebar-debar melihat riak wajah Raqib.Tidak ubah seperti harimau yang ingin menerkam mangsanya.Asyaa lantas turun dari katil.

'Aku dah turun.Puas hati kau? Suara Asyaa meninggi.'

'Dah.Balas Raqib sepatah.'

'Macamlah dia sorang ada katil.Katil kat rumah aku lagi besarlah daripada katil kau,bebel Asyaa dengan suara perlahan.'

Tidak semena-mena Raqib berpaling sebelum sempat kakinya melangkah.

'Kau cakap apa? Raqib merenung Asyaa tajam.'

'Ma...mana ada aku cakap apa-apa.Kau yang salah dengar kut.Jawab Asyaa tergagap-gagap.Mulut ditekup dengan tapak tangan.'

'Kau ingat aku pekak ke? Tegas suara Raqib Syah.'

'Memang kau pekak pun.Pekak badak. Hambur Asyaa selamba.'

Raqib Syah mencerlung Asyaa tajam.Asyaa buat tidak tahu.Mata dipandang ke tempat lain.Kalau diikutkan hati nak aje aku cekik-cekik minah lampir ni.Cakap memang tak bertapis,gumam Raqib dalam hati kecilnya.

'Lantak kaulah.Bukan ada faedah pun aku layan minah lampir macam kau ni.Lebih baik aku layan orang gila tepi jalan.Takdelah menyakitkan hati aku macam kau! Templak Raqib Syah.'

'Kau ni...Belum sempat Asyaa menghabiskan ayatnya,Raqib sudah mengangkat kaki ke biliknya.Dia mengetap gigi geram.'

Takpe,hari ni akan jadi hari terakhir aku berjumpa dengan kau.Tak sabar nak balik rumah esok,omel Asyaa.Punggung dihenyakkan atas katil dengan kasar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience