BAB 38

Romance Completed 36813

Pintu utama pejabat ditolak.Dengan penuh yakin Asyaa berjalan menuju ke bilik pejabatnya.Sesekali dia akan melemparkan senyuman kepada staf-staf yang bekerja di situ.Semua staf di situ menyambut baik kedatangan Asyaa sebagai CEO baru yang akan menggantikan Dato Zainal yang telah pun bersara.

'Selamat pagi Cik Asyaa.Nama saya Amira selaku PA Cik Asyaa,'Amira terus memperkenalkan dirinya apabila melihat Asyaa menuju ke biliknya dengan senyuman manis.

Asyaa mengangguk sambil mambalas senyuman.

'Masuk office saya sekejap,'arah Asyaa lembut.

'Baik Cik Asyaa,'Amira menurut langkahnya dari belakang sambil membawa jadual kerja.

Asyaa melabuhkan punggungnya di atas kerusi CEO yang besar itu.'Projek yang kita jalankan bersama syarikat Omar Holding belum selesai lagikan?'

Amira menjawab dengan anggukan.

'Kalau macam tu saya nak awak aturkan meeting dengan Tuan Raqib esok untuk kita bincangkan pasal projek ni,'arah Asyaa.

'Baiklah Cik Asyaa.Nanti apa-apa saya inform Cik Asyaa balik,'balas Amira sambil tersenyum sebelum terus melangkah keluar dari bilik itu.

Raqib...Raqib.Tak sabar rasanya aku nak kerja dengan kau.Aku nak tengok sehebat mana kau boleh buat kerja and nak handel aku.Aku harap kau bolehlah bersabar dengan perangai aku nanti ye? Asyaa senyum sumbing.Dia kemudiannya menyiapkan beberapa tugasan yang akan dibincangkan semasa meeting esok nanti.

Pintu bilik diketuk dari luar.'Masuk,'arah Raqib.

'Ye.Ada apa tuan panggil saya?'Soal Dahlia.

'Hari ni saya ada meeting dengan klien tak?

Dahlia memeriksa jadual yang berada di tangannya.'Erm...tak ada Tuan Raqib.Tapi...esok tuan ada meeting dengan Cik Asyaa.'

'Meeting dengan Cik Asyaa?'Soal Raqib sambil mengerutkan dahinya.

'Ye.Cik Asyaa.Anak kepada Dato Zainal,'terang Dahlia.

Ooo...Aduh,macam mana aku boleh lupa nama dia pulak? Buat malu jelah.Tambah pulak aku dah jadi partner dengan dia untuk urus projek baru ni.Raqib tepuk dahi sendiri.

'Kalau takde apa-apa lagi saya keluar dulu ye?'

Raqib menjawab dengan anggukan.Nak ke tak nak nampaknya terpaksalah aku hadap juga muka dia lepas ni.Raqib melepaskan satu keluhan sebelum menyambung balik kerjanya.

'Yes.Dah masuk waktu lunch pun.Tapi aku nak makan kat mana.Dahlah aku sorang-sorang.Alisa pun dah takde,'omel Asyaa sebelum mengemaskan barang-barangnya.Langkah diatur menaiki lif.

Asyaa mengambil tempat di tepi dinding.Dia memesan makanan kegemarannya.Nasi goreng dan teh ais.Sementara menunggu makanan sampai dia duduk nengelamun.Macam mana eh aku nak ambil hati mamat penculik tu.Bukan main jual mahal lagi dia dengan aku.Dia tak kenal ke aku ni siapa hah?! Tak pernah lagi ada lelaki yang reject aku sebelum ni tahu tak? Diorang yang kene reject adalah.Tapi takpe,macam mana sekalipun aku tetap akan pastikan kau jadi milik aku.Aku akan lembutkan hati kau yang keras macam batu tu,bebel Asyaa panjang lebar.

'Assalamualaikum.' Sapa satu suara garau memberi salam.

Asyaa masih melayan angannya sehingga tidak perasaan ada orang yang menegur.

Lelaki itu geleng kepala melihat Asyaa yang keras seperti patung.Dari dulu sampai sekarang tak nak pernah berubah. Asyik mengelamun je kerjanya.

Adam memetik jarinya di depan muka Asyaa.Dengan sekelip mata dia tersedar dari lamunannya.

'Woi,kau ni asyik berangan je kan?'

Asyaa terkejut melihat gerangan yang sedang berdiri di hadapannya sekarang ni.

'Adam? Kau buat apa kat sini? Macam mana kau boleh ada kat sini?'Soal Asyaa bertubi-tubi.

'Kebetulan aku ada kerja kat area sini.So aku singgah lah makan sekali.Tak sangka pulak aku boleh jumpa kau.Kau lunch sorang je ke?'Soal Adam sambil mata melilau mencari orang lain.

'Ooo.Ye,aku lunch sorang je.Lagipun hari kan aku first day kerja kat syarikat daddy aku tu.So aku belum ada kawan rapat lagi,'balas Asyaa sambil bermain-main dengan penyedut minuman.

'Takpe,nanti lama-lama adalah tu.Tapi kalau kau nak aku teman kau lunch hari-hari pun aku on je,'Adam cuba bergurau.Tapi dalam hati sebenarnya dia ikhlas.

Asyaa buat muka menyampah.

'Terima kasih jelah.Nanti tak pasal-pasal orang lain ingat kita ni ada hubungan apa-apa pulak,'tempelak Asyaa.

'Apa salahnya kalau kita betul-betul ada hubungan pun?' Soal Adam tidak puas hati.

Asyaa mengerutkan keningnya.Pelik dengan soalan yang diutarakan oleh Adam.Gigi diketap.

'Sebab kau tu kawan aku.'

'Habistu kita tak boleh ada hubungan apa-apa ke'?

'Tak bolehlah.'

'Kenapa?'

'Sebab aku dah...'Mulut Asyaa tiba-tiba seperti terkunci.Tidak mampu untuk berkata-kata.Dia gigit bibir.

'Sebab kau dah apa?'Soal Adam.Perasaan ingin tahu mula menebal dalam diri.

'Eh makanlah dulu.Nanti sejuk pula makanan tu,'Asyaa cuba mengubah topik.Ingin mengelak daripada soalan yang ditanya oleh Adam.

Usai makan, jam ditangan dikerling sekilas.Waktu lunch hampir tamat.Asyaa menarik nafas lega.

'Adam aku masuk ofis dulu eah? Banyak lagi kerja yang aku kena siapkan,'ujar Asyaa sambil memikul beg sandangnya.Dia seperti tergesa-gesa untuk beredar dari situ.

Adam pelik dengan kelakuan Asyaa.Tapi dia tidak ambil tahu.

'Ok.Sekejap.Hujung minggu ni boleh tak kita jumpa?'

'Jumpa? Kat mana?'

'Nanti aku datang ambil kau kat rumah.'

'Eh takpelah,aku boleh pergi sendiri.Aku tak naklah susahkan kau,Asyaa cuba menolak dengan cara baik.Dia tidak mahu mengecilkan hati kawan baiknya itu.

Adam kelihatan agak kecewa.

'Oklah kalau kau dah cakap macam tu.Nanti aku hantarkan kau location,ujar Adam sebelum Asyaa beredar dari kedai itu.Adam menghantar pemergian Asyaa dengan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience