BAB 8

Romance Completed 36813

Raqib Syah mengetuk pintu bilik Asyaa bertalu-talu.Bingit telinga dibuatnya.Nak tidur pun tak senang.Daun pintu ditarik kasar.Tersembul wajah Raqib Syah.

'Kau nak apa hah?! Pagi-pagi dah nak cari gaduh ke?! Memekak je orang nak tidur.' Soal Asyaa kasar.

Raqib senyum sinis.'Tak.Aku datang membawa pesanan.'

'Pesanan apa?! Aku tak pesan apa-apa pun.'

'Selepas aku pergi kerja, aku nak kau kemaskan bilik aku.Aku nak tengok semua dalam keadaan baik.Tapi, kau jangan cuba nak selongkar barang aku pulak! Kau dengar tak apa aku cakap ni?! Ujar Raqib sambil memakai jam di pergelangan tangannya.

Suka hati kau je nak mengarah aku buat itu ini.Kau ingat aku ni bibik indon kau?! Tak boleh jadi macam ni.Kalau aku biarkan, makin lama makin menjadi-jadi pulak perangai mamat sewel ni.Kau tunggu bila tiba giliran aku pulak! Just wait!

'Kenapa aku pulak?! Bilik kau, kau kemaslah sendiri! Sorry, aku tak ada masa nak buat semua tu.'Jawab Asyaa selamba.Sengaja nak membakar hati Raqib.

Wajah Raqib Syah 100% berubah seperti harimau hendak menerkam mangsanya pada bila-bila masa.Berani kau melawan cakap aku! Kau belum kenal lagi aku siapa!

'Kau tu menumpang kat rumah aku! Jadi, tak salah kan kalau kau kemaskan bilik aku? Bukannya berdosa pun! Kau tak nak pahala? Dahi Asyaa ditunjal.

Asyaa tersentak dengan tindakan Raqib Syah.Dia ketap gigi menahan marah.Berani dia buat macam tu kat aku! Dia ingat dia tu siapa?!

'Kau ingat, kepala aku ni buah tembikai yang kau boleh buat macam tu sesuka hati kau?! Daddy dengan mummy aku pun tak pernah buat macam tu, tahu tak?' Kalau bukan sebab lelaki ni anak kawan daddy aku, dah lama aku bagi penumbuk free kat muka mamat sewel ni.Biar dia rasa apa yang aku rasa.

'Memang kepala kau buah tembikai pun.Sama keras.Kalau tak, kau takkan degil macam ni! Disebabkan mak ayah kau tak pernah buatlah, aku buat.Biar betul sikit otak kau tu.'

Tu dia...ayat! Tikam sampai ke jantung!

'Baik kau pergi kemas sekarang! Kalau tak...' Raqib menghalakan pandangan yang menggerunkan kepada Asyaa.Dia menelan air liur berkali-kali.Faham benar dengan maksud di sebalik renungan itu.Lantas, dia berjalan laju menuju ke bilik Raqib.Raqib tersenyum puas.Kemenangan milik dia.

'Kau apasal senyum sorang-sorang ni.Ada berita gembira ke? Soal Hadif Danial sambil menarik kerusi.

'Ma...mana ada aku senyum sorang-sorang.'Raqib tergagap-gagap.Badan ditegakkan.

'Aku ni tak buta lagi kau tahu tak! Sharelah. Aku pun nak senyum jugak.Sharing is caring, right? Hadif melirik senyum.

'Kau ni takde kerja nak dibuat ke?! Asyik nak menyibuk hal orang...je.'

'Aku bosanlah...Semua orang sibuk buat kerja.Aku nak ajak berbual pun payah.'

'Diorang tu rajin, bukan macam kau, pemalas! Ofis ni, tempat untuk bekerja.Bukan tempat melepak.'Geram pulak Raqib dengan Hadif.Masa kerja pun nak ajak berbual ke?

'Relaklah bro.Jangan marah-marah.Nanti cepat tua, tau! Tu bukan aku cakap, orang tua-tua yang cakap.'Hadif tayang gigi.

'Banyaklah kau punya orang tua-tua! Aku ni bukannya marah, aku cuma nak bagi nasihat je kat kau.Kalau masa kerja, kerjalah.Kalau masa berbual, berbual.Faham?'

'Yes bos!' Hadif tabik hormat.Raqib ketawa kecil melihatnya.

'Tapi kan...'

'Baik kau keluar sekarang!' Tegas Raqib.Hadif mencebikkan bibirnya sebelum kembali ke meja kerja.Kecut perut bila Big Boss dah marah.

Terbuntang mata Asyaa apabila melihat bilik Raqib yang bersepah.Dengan baju berterabur atas lantai, bantal tercampak depan bilik air.Cukup membuatkan Asyaa sakit mata melihatnya.Ni bilik orang ke tongkang pecah? Macam manalah dia boleh duduk dalam bilik dengan keadaan macam ni? Haila...Keluh Asyaa sambil mencekak pinggang.

Argh!! Bukan main kuat lagi Asyaa menjerit, sampai Mak Mah kat tingkat bawah pun boleh dengar.Mujurlah dia tak ada apa-apa penyakit.Kalau tak, boleh terlantar kat hospitallah gamaknya.

'Cik Asyaa, kenapa tu? Cik Asyaa okey tak? Laung Mak Mah dari bawah.Panggilan tidak bersahut.Dia segera menaiki anak tangga.

Sampai semput Mak Mah.Dia menarik nafas dalam-dalam.'Kenapa Cik Asyaa jerit? Apa yang jadi?'

'Mak Mah, ada lipas! Tu...kat bawah bantal.'Mulutnya dimuncungkan.

'Laa...Lipas aje ke? Mak Mah ingatkan apa tadi.Risau Mak Mah dibuatnya.Kenapa Cik Asyaa tak buang?'

'Asyaa gelilah.'

'Lipas ni dah mampus.Nanti Mak Mah buangkan.'Dia segera turun ke dapur untuk mengambil penyapu.Asyaa asyik merenung lipas yang mati itu.Tiba-tiba dia mendapat idea yang bernas.Bibir meleret senyum.Senyum jahat.

'Mak Mah, biar Asyaa aje yang buang lipas tu.Tadi Asyaa menjerit sebab terkejut je.Hehehe...'Penyapu bertukar tangan.

'Hmm...Okeylah kalau Cik Asyaa cakap macam tu.Mah Mah turun dulu ya nak sambung masak.'Asyaa mengangguk kepala.

Lipas yang mati itu dimasukkan ke dalam penyodok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience