BAB 32

Romance Completed 36812

'Asyaa kau tak nak balik lagi ke? Dah petang ni,tegur Alisa dari belakang.'Tangannya sibuk mengemaskan barang-barangnya di atas meja kerja sebelum pulang.

'Sekejap lagi kut.Aku nak siapkan kerja ni sikit lagi.Nanti bising pulak bos esok,balas Asyaa.'Tangannya laju menaip sesuatu di komputer.Dia fokus pada kerjanya.Mata tidak berkelip langsung.

'Kalau macam tu aku balik dululah ye? Kau tu jangan balik lambat sangat.Bahaya duk sorang-sorang.Lagipun hari dah nak gelap ni,pesan Alisa kepada Asyaa.'Dia bimbang jika berlaku sesuatu yang buruk kepada kawannya itu.Asyaa hanya membalas dengan anggukan.

Hari sudah hampir maghrib.Jam yang melekat di pergelangan tangannya di pandang sekilas.Dah nak masuk pukul 7 ni.Nasib baik sempat siap jugak kerja aku hari ni.Dia menggeliatkan badannya yang terasa sakit akibat terlalu lama duduk menghadap komputer.Fail-fail yang berselerak dikemaskan dan disusun rapi di atas meja.Dia segera mengatur langkah ke tempat letak kereta.Butang on ditekan.Enjin kereta cuba dihidupkan tetapi tidak berhasil.Jam sudah menginjak ke 7:15 malam.Ya Allah,apa aku nak buat ni? Masa nilah pulak buat hal.Asyaa memandang keadaan sekeliling.Kawasan di situ agak lenggang memandangkan semua orang sudah pulang ke rumah.Tanpa sedar terbit satu keluhan dari celah bibirnya.

'Abang,mana anak kita ni? Tak balik-balik lagi.Hari pun dah malam.Risaulah saya,Datin Zana tidak senang duduk kerana bimbang akan keselamatan anak perempuannya itu.'Sebelum ni Asyaa tidak pernah pulang lewat kerana dia selalunya akan pulang sebelum pukul 7 lagi.

'Nanti saya cuba call dia.Awak tu cubalah bertenang sikit,balas Dato Zainal.'Nama Asyaa yang tertera pada kaca telefon ditekan.Sudah beberapa kali dia cuba menelefon tetapi tidak berjaya.Hanya suara mesin yang kedengaran.Dia mengeluh kecil.

'Kenapa bang? Dia angkat tak? Dia kat mana sekarang? Dato Zainal diasak dengan pelbagai soalan.'Dia diam sejenak. Pertanyaan Datin Zana dibiarkan sepi.Lantas dia membuat panggilan kepada Raqib.

'Assalamualaikum.Raqib kat mana sekarang?'

'Waalaikumussalam.Raqib tengah makan dengan kawan ni kat luar sebab Raqib baru je habis kerja and terus datang sini.Kenapa uncle? soal Raqib pelik.'Suara Dato Zainal kedengaran cemas.

'Sebenarnya uncle tengah risau ni sebab Asyaa tak balik-balik lagi.Uncle dah cuba call dia beberapa kali tapi tak dapat,jelas Dato Zainal.'Riak risau jelas terpamer di wajah Dato Zainal.

Raqib mengangguk faham.'Kalau macam tu nanti Raqib cuba cari dia.Uncle janganlah risau.InsyaAllah dia tak apa-apa,balas Raqib lembut.'Talian dimatikan.Hish,manalah pulak minah lampir ni pergi? Menyusahkan betul! getus Raqib.

'Bro,aku cau dululah.'

Hadif yang sedang khusyuk makan nasi goreng tiba-tiba terhenti.Kepala diangkat memandang Raqib yang sudah berdiri di depannya.Kau nak pergi mana? Makan pun belum habis lagi,soal Hadif pelik dengan dahi berkerut.Dia menanti jawapan yang keluar daripada mulut Raqib.Raqib berfikir sejenak.

'Aku ada kerja yang belum settle,'balas Raqib pendek.

'Kerja apa malam-malam macam ni.Kau jangan macam-macam Raqib.Ingat Allah SWT, 'ujar Hadif.Dia senyum nakal.Jari telunjuknya lurus menuding ke arah Raqib.

'Kau jangan fikir kotor boleh tak? Suka hati akulah nak buat kerja apa pun.Takde kena mengena pun dengan kau,'marah Raqib.

Tanya sikit je.Tu pun nak marah,omel hati kecil Hadif.Bibir dicebikkan.Raqib tidak ambil pusing.Dia membuka langkah menuju ke keretanya.

'Sekejap.'Baru je beberapa langkah dia terus berhenti.Raqib mendengus kasar.Badan dipusing menghadap Hadif di belakangnya.

'Makanan kau tu nak habiskan ke? Membazir tu amalan syaitan tau.Kalau kau tak nak aku boleh habiskan,soal Hadif tanpa segan silu.'Dia tersengih-sengih seperti kerang busuk.

Dia ni perut manusia ke perut gajah.Makan sampai dua pinggan.Aku tengok badan taklah besar mana pun.Tak jauh beza dengan orang lidi,hambur Raqib dalam hati.

'Aku ingatkan apa tadi.Kau habiskan jelah,'balas Raqib sepatah sebelum beredar dari kedai makan itu.Hadif senyum lebar.

Mana aku nak cari minah lampir ni malam-malam macam ni.Bukannya aku tahu pun dia kat mana.Entah-entah pergi jumpa geng dia tak malam-malam ni.Dia buat lawak sendiri.Dengan tak semena-mena tawanya meletus.Bergegar satu kereta.Nasib takde orang nampak.Kalau tak,nanti tak pasal-pasal dia dicop gila.Jatuh maruah Dato Omar sebagai pemilik Omar Holding yang sentiasa menjadi bualan ramai.

Aku nak buat apa sekarang? Bukannya aku pandai pun bab-bab ni.Kalau drive aku pandailah,omel Asyaa.Dia menggaru-garu kepala yang terlindung di sebalik tudung itu.Dia berdiri sambil mencekak pinggang.Keretanya dipandang lama.

Tanpa disedari,tiba-tiba datang seorang lelaki dari arah belakangnya dan tanpa amaran lengannya terus ditarik kasar.

'Woi,kau dah kenapa main tarik-tarik lengan aku macam ni! Kau ingat aku ni anak kau? Lepaslah! Sakit tahu tak?! marah Asyaa.'Dia meronta-ronta minta dilepaskan Tangan lelaki itu ditampar berkali-kali namun usahanya sedikit pun tidak memberi kesan kepada lelaki itu.

Dengan kasar Asyaa ditolak masuk ke dalam perut kereta.Pintu kereta dihempas kuat.Terkejut Asyaa dibuatnya.

'Kau ni penculik ke penyamun?! Kenapa kau culik aku? Aku takde duitlah! Kalau kau nak duit kau pergilah bank.Jangan nak main culik orang macam ni.Kau ingat muka aku ni tempat cop duit ke? tempelak Asyaa.'

Amboi! Sedapnya bahasa kau.Minah lampir ni memang tak habis-habis nak naikkan darah aku.Boleh kena penyakit darah tinggi aku kalau duk lama-lama dengan dia ni,hambur Raqib.Gigi diketap menahan geram.Wajahnya dipaling memandang Asyaa.Lama.Asyaa tidak perasan orang yang disebelahnya adalah Raqib Syah disebabkan matanya terlindung oleh spek hitam dan ditambah pula dengan keadaan malam yang menyebabkan penglihatannya agak samar-samar.

'Apa tengok-tengok?! Kau ingat kau kacak sangat ke macam tu? sembur Asyaa dengan berani.'Dalam hati dia saja yang tahu.Air liur ditelan.Dalam waktu-waktu macam ni apa-apa sahaja boleh berlaku.Ditambah pula dia adalah kaum wanita.Insan yang dipandang lemah di mata lelaki.

'Kalau macam ni aku lagi kacakkan? soal Raqib dengan menghalakan pandangan seperti lelaki miang.'Spek hitam yang melekat di atas batang hidungnya ditanggalkan.Asyaa melopong.Matanya terbuntang luas.Raqib senyum sumbing.

'Kenapa? soal Raqib selamba tanpa rasa bersalah.'

Asyaa ketap gigi menahan marah.Geram bercampur bengang.Penumbuk dikepal.Bila-bila masa sahaja boleh melayang ke muka Raqib yang poyo itu.

'Kenapa kepala lutut kau! Kau tu yang kenapa? Dah takde kerja lain ke? Kalau kau nak sangat jadi penculik macam ni lebih baik kau berenti je kerja kat ofis tu,hambur Asyaa.'Suaranya meninggi.Berdesing telinga orang yang mendengarnya.

'Kalau betul aku ni penculik,kau orang pertama yang akan jadi mangsa aku tahu tak?balas Raqib disertakan senyuman nakal.Kening dijongket-jongketkan.'

'Eee...kau ni...'Asyaa menahan amarahnya yang sedang membuak-buak.Rasa macam nak luku-luku... je kepala mamat penculik ni.Tapi imannya masih kuat menyuruhnya bersabar.

'Apa eee....?Kau ingat aku nak sangat ke buat macam ni? Kalau kau tu tak menyusahkan hidup aku sehari memang tak sah gamaknya,jawab Raqib sambil mengetap gigi.'

Asyaa menjeling tajam.Dia memusingkan badannya ke depan sambil berpeluk tubuh.Bibir dimuncungkan sepanjangnya.

'Kau ingat aku ni pasukan penyelamat ke? Asyik-asyik nak kena tolong kau je.Aku buat semua ni pun untuk jaga hubungan parents kau dengan aku je.Dahlah tak kenang budi! Orang dah tolong nak marah-marah pulak,tempelak Raqib.'

'Dah kau tu memang sengaja nak buat aku marah.Salam entah ke mana tiba-tiba main tarik macam tu je.Kau ingat aku ni apa? Lantang Asyaa bersuara.'

'Seingat aku kau tu minah lampir,balas Raqib bersahaja.'Dia ketawa terbahak-bahak.Suka sangat tengok wajah cemberut Asyaa.

Dah gila agaknya mamat ni.Ketawa mengalahkan langsuir.Sakit telinga aku dengar,omel Asyaa.Raqib dijeling dari ekor mata.Dia memilih untuk berdiam diri kerana penat asyik bertengkar dengan Raqib dan dia tahu Raqib jenis yang bukan mudah mengalah.Raqib Syah fokus pada pemanduannya.Setelah hampir 15 minit menempuh perjalanan kereta Marchedes Benz Raqib pun berhenti di depan pagar banglo Dato Zainal.Asyaa terkocoh-kocoh untuk keluar dari situ.Tidak tahan lama-lama dengan Raqib.Buat sakit hati je.

'Wait...'Baru sahaja kaki hendak memijak tar,Raqib sudah bersuara.Asyaa mendengus kasar.Dengan wajah menyinga dia berpaling memandang muka Raqib.

'Kau nak apa? Tak puas lagi nak cari gaduh? hambur Asyaa.'Beg yang hampir terlondeh di bahunya diangkat.Matanya tajam mencerlung Raqib.

Raqib mengeluh kecil.Aku belum cakap apa-apa lagi dah naik angin.Apa kes minah lampir ni? Datang bulan ke? desis Raqib.Dalam ketidakrelaan dia terpaksa mengungkapkannya.

'Aku nak...'

'Nak apa? Aku tak dengar,'potong Asyaa sepantas kilat.

Raqib buat muka menyampah.Gigi diketap menahan marah.Memanglah kau tak dengar dah aku belum habis cakap lagi. Apa ke bangang sangat minah ni?! Nasib kaulah Raqib kena layan orang macam ni,omel hati kecil Raqib.

'Aku nak minta maaf pasal kejadian tempoh hari,'ucap Raqib dengan riak bersahaja.Tiada langsung rasa bersalah di wajahnya yang kacak itu.

'Cuba kau cakap sekali lagi.Aku tak dengar,'Asyaa pura-pura buat tidak dengar.Telinganya dihalakan ke Raqib yang duduk di kerusi pemandu sebelahnya.

'Kau ni memang ada masalah dengan telinga ke? Kesian.Muka cantik tapi sayangnya kurang pendengaran,'kutuk Raqib.Dia senyum sumbing.

Asyaa naik radang.Dadanya turun naik menahan marah.Tidak puas hati dengan apa yang dikatakan oleh Raqib.Telinganya seperti mengeluarkan asap.Aku benci kau!!! jerit Asyaa sekuatnya dalam hati.Nafas ditarik dalam-dalam sebelum menghembusnya perlahan.

'Kalau tak ikhlas baik tak payah minta maaf.'

'Well,at least aku ada juga rasa bersalah dalam hati ni untuk minta maaf dengan kau.Bukan macam orang tu.Takde perasaan langsung.Hati batu,'tempelak Raqib disertakan sindiran.

'Dahlah! Malas aku nak layan orang otak tak betul macam kau ni.Nanti otak aku pulak jadi tak betul macam kau!'balas Asyaa.Dia tidak mahu kalah.Langkah segera diatur keluar dari perut kereta Raqib Syah.Pintu dihempas kasar.Nasib tak tercabut.

Terbuntang mata Raqib dibuatnya.Berdentum bunyi.Kau ingat ni kereta bapak kau punya.Suka-suka hati je nak buat macam tu.Ucap terima kasih pun tak! Entah datang dari keturunan celah manalah perempuan ni.Tak sama langsung perangai macam mak ayah dia.Tak sangka ada jugak orang macam ni atas dunia.Kesian...kesian,bebel Raqib sendiri.Kepala digeleng-geleng.Dia senyum seget di hujung bibir.Kereta dipecut laju pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience