BAB 56

Romance Completed 36813

Raqib memutuskan Pulau Pangkor sebagai tempat untuk mereka honeymoon.Salah satu pulau yang tercantik di Malaysia.
Beberapa hari sebelum bertolak, dia telah membuat tempahan bilik di salah sebuah resort yang terletak di pulau itu.

Sekarang mereka berada di Marina Island.Dari sini, kelihatan beberapa buah bot laju yang sedang bergerak di atas air.Kecut perut Asyaa melihatnya.Ada bot yang sedang membawa penumpang, ada juga yang sedang menunggu penumpang untuk dibawa di jeti.

'Err...You, kita buat apa kat sini? Takkan nak tengok aje bot laju tu lalu?'Asyaa bersuara.

'Siapa kata? Kita datang sini nak naik, bukan nak tengok aje depan mata.'Balas Raqib sambil memikul beg pakaian miliknya.Tidak lama lagi giliran mereka pula.

Raqib dipandang dengan mata bulat.'Nak...nak naik? Kenapa nak kena naik bot laju tu pulak?'Tanya Asyaa dengan rasa risau.Dah nama pun bot laju, mestilah laju bergeraknya.Itulah yang paling merisaukan Asyaa sekarang ini.

'Nak pergi resort.'Balas Raqib sepatah.

'Resort? Tapi, kenapa sampai perlu naik bot laju bagai? Tak boleh jalan ke? Naik kereta?'

Raqib melepas keluhan.Wajah si isteri yang sedang berdiri disebelahnya dipandang.'Banyak tanyalah kau ni.Macam murai tercabut ekor.Diam boleh tak? Dahi aku ni ada tertera kaunter pertanyaan ke? Yang kau nak tanya itu ini.'Bebel Raqib.Suaranya dikawal supaya tidak didengari pengunjung di situ.

Asyaa silang tangan.'Selagi you tak bagitahu I, selagi itu I akan tanya sampai you jawab soalan I.'

Raqib mendengus.Keras kepala betul Asyaa ni.Dia tak akan diam selagi soalanya belum terjawab.'Ya, memang kena naik bot laju tu.Tak boleh jalan, tak boleh naik kereta.Puas hati? Ada apa-apa soalan lagi yang kau nak tanya?'

Laju Asyaa angguk.'Satu lagi soalan.Dah tak ada cara lain lagi ke untuk ke resort tu? Selain daripada naik bot laju?'

'Ada.'

'Betul ke? Apa dia?'Soal Asyaa teruja.Dia senyum lebar.

'Kau terjun dalam air laut ni, lepastu, kau berenanglah sampai ke resort sana.'Jawapan yang keluar dari mulut Raqib betul-betul nak mengundang rasa marah Asyaa.Suka sangat jawab main-main bila ditanya.Tak pernah nak fikir perasaan orang lain dulu sebelum berkata.

Asyaa ketap gigi menahan geram.Nasib baik mereka berada di tempat yang ramai orang, kalau tidak, mahu sahaja mulut Raqib itu ditampar-tampar.Biar puas hati!

Bot yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai untuk membawa mereka ke resort.Barang yang dibawa diangkat untuk dibawa naik ke atas bot.Asyaa masih keras membatu.

'Woi, apa tunggu lagi? Cepatlah.Bot dah sampai tu.Dia takde masa nak tunggu kau lama-lama kat sini.'

Asyaa tetap tidak bergerak.Dia bermain dengan jari-jemarinya.Kepala ditunduk ke bawah mamandang kasut yang dipakai.

Melihat Asyaa yang keras seperti anak patung, Raqib berpatah balik ke arahnya.'Kau dah kenapa? Pelik semacam aje aku tengok.'

'I tak nak naik bot tu...'Sayup-sayup suara Asyaa kedengaran.

'Apasal pulak? Kenapa tak nak naik?'

'Sebenarnya...I takut.Bot tu kan laju.Lagipun, I tak pernah naik bot seumur hidup I.'

Raqib tengok Asyaa lama.Terbit rasa simpati pula dalam hati.

'Aku kan ada.Buat apa nak takut? Aku akan pastikan takde apa-apa yang berlaku kat kau.'Ujar Raqib bersungguh-sungguh.Cuba memujuk Asyaa untuk naik bot laju bersamanya.

Terharu Asyaa yang mendengar.Ini kali pertama Raqib bercakap lembut dengannya.Tiada perkataan yang menyakitkan hati, malah boleh menenangkan hatinya yang sedang cemas sekarang ni.

Asyaa perlahan-lahan mengangkat wajah.Raqib dipandang.Namun, dia masih ragu-ragu untuk pergi atau tidak.

'Trust me.Nothing happen.Aku pasti, kau mesti akan suka nanti.I'm not lying.'Raqib cuba meyakinkan isterinya lagi.

Pujukan Raqib akhirnya berjaya.Mereka berjalan ke arah bot laju yang sedang menunggu sambil membawa beg pakaian.Pemandu bot itu membantu mereka untuk naik ke atas bot.Sebelum enjin dihidupkan, dengan spontan tangan Asyaa melingkar erat di lengan encik suami.Takut sangat nampak gaya.Raqib terkejut dengan tindakan Asyaa, namun dibiarkan sahaja dia begitu.

Sepanjang menaiki bot, Raqib tak lepas dari menikmati pemandangan di pulau itu.Airnya yang kelihatan cukup jernih dan berwarna biru itu cukup mendamaikan jiwanya serta menenangkan fikiran yang tengah berserabut.Hilang semua masalah.

Namun, lain pula bagi Asyaa.Baru sahaja kaki melangkah naik atas bot, matanya sudah dipejam rapat-rapat.Seperti digam.Langsung tak buka tengok air laut.Pautan pada lengan Raqib pula, semakin lama semakin kuat.Seperti tak nak dilepaskan.Dia berasa lebih selamat begitu.Ada lelaki yang dapat menjaga dan melindunginya pada bila-bila masa.Dan lelaki itu adalah insan yang pernah menjadi nombor satu di hatinya.

Mereka kini tiba di destinasi yang ditunggu-tunggu.Resort Pangkor Laut, iaitu Resort yang dibina di atas pulau persendirian di Pangkor Laut.Oleh itu, untuk sampai ke resort ini, pengunjung perlu menaiki bot laju dari Marina Island.Dan, yang paling istimewa di resort ini adalah, ianya jauh daripada sebarang gangguan bunyi.Malah, dapat melihat taman tropika dan air laut yang cukup indah.Itulah yang menjadikan tempat ini sangat menarik untuk pasangan dua sejoli bercuti.

'Kita dah sampai.'Beritahu Raqib kepada Asyaa yang masih erat memegang lengannya sambil mata terpejam rapat.

'Hah? Dah sampai ke?'Perlahan-lahan mata dibuka.Dia bersyukur kerana masih dipanjangkan umurnya.Hati gembira apabila memandang resort yang sudah berada di depan mata sekarang.Tak sabar dia nak naik ke darat.

'Bila kita boleh turun?'

'Ha? Turun ajelah.Buat apa nak tanya I?Kita dah sampai kan?'

'Masalahnya, macam mana aku nak gerak? Kalau tangan kau masih tak nak lepaskan lengan aku.'Mata Raqib menunjukkan isyarat pada lengannya.Cepat-cepat Asyaa melepaskan pautan pada lengan si suami.Malu pula rasa.Pipi pun perlahan-lahan menjadi merah.

Sebelum masuk dalam vila, mereka ke kaunter penyambut tetamu terlebih dahulu untuk mengambil kunci.Setelah selesai, mereka terus masuk ke dalam vila.Setiap vila dilengkapi dengan televisyen, mini bar dan bilik mandi yang mempunyai pancuran air.Semuanya lengkap dan sangat selesa.

Beg diletak tepi.Belum apa-apa lagi Raqib terus meniarap atas katil.Mungkin sebab penat.Menunggu bot di jeti sudah lima minit.Bertolak dari Marina Island ke resort pula ambil masa 15 minit.Terus lena Raqib dibuatnya.Telinga Asyaa dapat menangkap bunyi dengkuran halus sejurus pintu bilik ditutup.

Dengan perlahan-lahan kakinya berjalan ke arah bunyi itu.Raqib yang sedang tidur menelentang di atas katil dipandang lama.Dahinya berkerut.Aik! Baru je check in, dah lena? Bila masa pulak dia tidur? Rasanya tak sampai lima minit pun lagi.Macam mana aku yang ada dengan dia dari tadi pun boleh tak perasan? Pelik...Pelik, Asyaa geleng kepala.

Tiba-tiba perutnya berkeroncong.Perut yang lapar itu dipegang.Ni mesti sebab tak sempat lunch tadi, getus Asyaa.Masa kali terakhir makan pun, waktu bersapan di rumah pagi tadi.Mestilah lapar! Sekarang dah petang.

Asyaa berfikir untuk keluar membeli makan.Tapi sebelum itu, dia membawa diri ke dalam bilik air terlebih dahulu.Pakaian bersih ditukar.

Asyaa berjalan seorang diri.Pada mulanya, dia agak takut untuk keluar sendirian, lagi-lagi apabila berada di tempat asing, namun diri diberanikan juga demi mengisi perutnya yang kosong.Kalau kena gastrik, lagi susah pula jadinya.Nak diajak si suami, tapi tak sampai hati pula bila tengok dia tengah tidur.'Manalah restoren ni? Kenapa susah sangat nak cari? Atas pulau aje kut.Pusing-pusing pun, kat sini jugak aku duduk.Perut aku dah lapar ni....'Cakap Asyaa pada dirinya.

Kakinya berhenti tiba-tiba.Apa yang dicari kini sudah berada di depan mata.Asyaa senyum lebar.Tanpa menunggu lagi, dia terus masuk ke restoren itu.

Seorang pelayan lelaki terus menghampirinya apabila dia sudah menunggu di meja makan.'Boleh saya ambik order?'Soalnya lembut dengan senyuman.

Asyaa laju memesan makanan yang diinginkan.Sudah tak sabar-sabar dia nak menjamu selera.Perutnya yang berbunyi dari tadi masih tak henti-henti lagi, malah makin kuat bunyinya bila bau haruman masakan menusuk hingga ke rongga hidung.

Asyaa melihat sekeliling.Memandang sekarang waktu petang, jadi tak ramai pelanggan yang makan di restoren itu.Kalau malam, sudah tentulah penuh.Waktu-waktu macam ni, kebanyakan pengunjung sedang bersiar-siar di pulau.Gelanggan tennis, pusat kecergasan, pusat spa dan kesihatan, snorkeling, semuanya ada.Memang takkan dilepaskan peluang kali ni.

Asyaa menghayun kaki dengan gembiranya.Perut yang sudah penuh diisi, sudah tidak berbunyi lagi.Bukan main lebar senyuman di wajahnya.

Sedang dia seronok dengan diri sendiri, tanpa sedar ada seorang lelaki sedang mengekorinya.Laju tangan lelaki itu menekup mulut dia.Cubaannya untuk menjerit meminta bantuan gagal.

'Shut up!'Arah lelaki itu.

Asyaa menurut.Dia cemas sampai tak boleh nak fikir apa.Kalau melawan, takut nanti lebih teruk apa yang lelaki itu akan buat padanya.Tapi, kalau terus macam ni pun bahaya jugak.Takkan nak berdiam diri aje? Dibuatnya mamat ni bawak aku masuk hutan, macam mana? Aku kena buat sesuatu ni, bisik hati Asyaa.

Demi menyelamatkan nyawa dan maruah diri, Asyaa menggigit tapak tangan lelaki itu.Dia menyeringai kesakitan.Asyaa segera dilepaskan.Rasakan! Itulah penangannya.Berani lagi cari pasal dengan aku.

Wajah dipalingkan pada gerangan di belakangnya.Bulat dua biji matanya seperti bola ping pong.Mulut pula hampir jatuh ke tanah.

'You...?'

'Sakitlah woi!'Marah Raqib.Dahinya berkerut-kerut.

'Padanlah dengan muka tu.Ini baru sikit.Kalau you nak rasa yang lagi sakit, buatlah lagi.'

'Yang kau pergi gigit tangan aku ni kenapa?!'

'Siapa suruh you buat macam tu? Lagak macam penculik.Lain kali, kalau takde kerja, duduk diam-diam.Jangan nak cari masalah.Kalau tidak, inilah makannya.'Sembur Asyaa.

'Siapa pulak yang nak culik kau? Aku rasa, penculik pun lari bila tengok muka kau.'

'Youlah penculik tu.Dah takde orang lain yang buat kerja gila ni selain you.'Asyaa berjalan laju menuju ke bilik.Raqib cuba menyaingi langkah Asyaa.

Pintu bilik dibuka.Plastik makanan diletak atas meja.Asyaa ingin melarikan diri ke dalam bilik air, namun, Raqib terlebih dahulu menghalangnya di depan pintu.

'You ni kenapa? Tepilah sikit.I nak masuk bilik air pun tak boleh ke?'Bentak Asyaa.

Wajah Raqib serius.'Kau tahu tak, puas aku cari kau tadi macam orang gila?'

'Manalah I tahu yang you cari I.Lagipun, I keluar beli makan aje.Bukan pergi tempat lain.'

'Kau tahu kan sekarang kita berada kat tempat orang? Bukan KL! Kalau kau nak pergi mana sekalipun, bagitahu aku dulu.Jangan keluar macam tu aje.Kalau jadi apa-apa kat kau, siapa yang susah kalau bukan aku jugak?'

Asyaa terpanar.Tak sangka yang Raqib macam tu sekali ambil berat tentang dia.'I minta maaf...I tahu I salah sebab dah buat you risau.I tak tahu pun boleh jadi sampai macam ni.'Ujar Asyaa perlahan.Kepala ditunduk.

Raqib menghela nafas.'Aku ni suami kau.Dan kau adalah tanggungjawab aku.What if something happen to you? Apa yang aku nak jawab dengan mak ayah kita nanti? Mesti aku yang akan dipersalahkan sebab tak jaga kau.Lain kali, kalau nak pergi mana-mana, cakap kat aku dulu.Takdelah aku risau macam ni.'

'I memang nak bagitahu you.Tapi dah you tidur, jadi I tak naklah kacau tidur you.Lagipun, I tahu yang you penat.'

Satu keluhan dilepaskan.'Aku tak nak kau buat macam ni lagi.'

'Okey...I janji yang I takkan buat lagi.Ermm...I ada beli makanan untuk you.I dah letak atas meja.Nanti you makanlah.Dari tengah hari tadi lagi you tak makan.'

Asyaa meloloskan diri ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk.Waktu Asar baru sahaja masuk.Memang kena dengan keadaan sekarang.Bolehlah dia bersendirian sekejap.Cuba menenangkan emosi masing-masing.

Pada sebelah malam, mereka hanya makan roti sahaja disebabkan masih kenyang.

'Kat sini, kau dah tak boleh lari nak tidur tempat lain.Nak atau tak, kau kena tidur atas katil jugak.'Sambung Raqib.'Dengan aku.'

Ee...Mamat ni.Ada-ada jelah.Sajalah tu nak takut-takutkan aku, omel hati Asyaa.

'Okey.Tapi ada satu syarat.'Asyaa duduk di birai katil.Jarinya telunjuknya diangkat.

'Syarat?'

'Ya.You tak boleh lepasi daripada garisan tengah ni.'Asyaa meletak benteng antara mereka.

'Apa pasal pulak?'

'You sendiri pun tahu kenapa.'

'Kau takut kita terlanjur, eh?'Kening diangkat sebelah.

Asyaa terlopong.Raqib, kalau bercakap memang tak reti nak tapis dulu.Ikut sedap mulut dia saja.Asyaa pula yang rasa segan.Kalau dah tahu, buat apa nak tanya lagi?

'Dahlah! Malas I nak cakap dengan you.Lebih baik I tidur, lagi bagus.'

Raqib tayang muka selamba badak.Dia duduk bersandar pada kepala katil sambil melayan cerita dalam televisyen.Asyaa dipandang-pandang sekali sekala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience